Showing posts with label Politeknik Mukah. Show all posts
Showing posts with label Politeknik Mukah. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Kelab Kayak PMU di You Tube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Styukur Alhamdulillah... Setelah hampir 4 tahun, akhirnya berjaya juga mengupload Koleksi Foto Kelab Kayak PMU 2008 ke You Tube..


Walaupun video ini tidaklah menarik,..Tetapi ianya dapat menggamit nostalgia kepada ahli kelab kayak yang pernah terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh kelab ini..

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelab kayak PMU, saya dengan sukacitanya menjemput anda untuk menonton video tersebut..





Read more...

Tuesday, April 12, 2011

Karnival Inovasi Robocon Dan Go-Cart 2011 (Bah. 2)

Syukur Alhamdulillah..

Akhirnya berjaya juga saya menyiapkan siri kedua atau siri terakhir Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011..

Bersengkang mata juga saya dibuatnya untuk menyiapkan coretan demi coretan tentang Karnival Inovasi ini.. Dalam masa yang sama "terkejar-kejar" untuk menyiapkan markah penilaian berterusan pelajar dan lain-lain kerja yang perlu disiapkan sebelum bermulanya peperiksaan akhir pelajar sesi Disember 2010...  

Tapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa.. Disebabkan saya dan nekad untuk mengabdikan memori-memori indah di Mukah.. Jadi saya usahakan juga untuk mencari masa-masa kecemasan untuk menyiapkan juga coretan demi coretan berharga untuk blog ini..

Fuhh.. Nasib baik FRP pun dah hantar.. ;)

Oklah.. kita sambung balik tentang entri sebelum ini yang masih tergantung.. Belum ada penamatnya untuk Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011..

Pada entri sebelum ini saya hanya cerita tentang Robocon dan "Ampifire And Subwoofer" yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik..

Bagaimana pula dengan penyertaan Jabatan lain yang tidak kurang hebatnya iaitu dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam..

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terus dengan kecemerlangan mereka dengan mengadakan pameran, perlumbaan Gokart, Perlumbaan Formula Future, Robot dan Mini bike..

Manakala Jabatan Kejuruteraan Awam pula turut mempamerkan projek pelajar semester akhir mereka.. Antara projek-projek yang dipamerkan tersebut saya tertarik dengan 2 kajian iaitu:-
  1. Penggunaan Kulit Rumbia Sebagai Alternatif untuk bahan kemasan dinding
  2. Konkrit yang Boleh Terapung..
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek-projek sem akhir Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang turut mengambil bahagian dalam Karnival Inovasi tempoh hari, sila klik pada pautan-pautan di bawah:

Gambar-gambar Pameran dan Perlumbaan Go-Cart (Klik di sini)
Gambar-gambar Pameran dan Perlumbaan Formula Future (Klik Di Sini)
Gambar-gambar Pameran Projek JKA dan Mini Bike (Klik Di Sini)

Secara keseluruhannya Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. Seperti yang telah dirancang..

Tahniah diucapkan kepada orang-orang kuat yang bersungguh-sungguh untuk mengadakan karnival inovasi ini seperti Encik Mahdzir Jamia'an, En. Hisyamsani Bin Idris, Penyelaras projek Jab. Kej. Mekanikal, Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah dan Staf Jabatan Kej. Elektrik, Pensyarah dan Staf Jab. Kej. Mekanikal, Pensyarah Jab. Kej. Awam dan semua pelajar dan AJK yang mengambil bahagian dalam Karnival ini..

Disebabkan Karnival Inovasi ini diputuskan untuk dilaksanakan pada saat-saat akhir, jadi sudah pasti terdapat ruang penambah baikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.. Antara penambah baikan yang perlu diberi perhatian adalah dari sudut Publisiti..

Sebenarnya PMU telah berjaya mengadakan satu Karnival inovasi yang besar.. Tapi sayangnya tiada jemputan/hebahan kepada pihak luar untuk menyaksikan karnival inovasi ini terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Mukah..

Jadi cadangan penambah baikan pada masa akan datang karnival inovasi ini perlu dihebahkan kepada seluruh warga Politeknik Mukah Sarawak dan juga masyarakat di sekitar Mukah.. Secara tidak langung ia juga akan dapat mempromosikan Politeknik Mukah Sarawak..

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Akhir kata saya ingin mengatakan..

KITA BOLEH, ANDA BOLEH, SEMUA ORANG BOLEH..
KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA SEMUA..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
http://anuarmenulis.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Karnival Inovasi Robocon Dan Go-Cart (Bah. 1)
Perkhemahan Polibriged PMU Siri 2
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Sunday, April 10, 2011

Karnival Inovasi Robocon Dan Go-Cart 2011 (Bah. 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya beberapa perkara yang telah dirancang pada minggu lepas telah pun berjaya dilaksanakan..

Ini semua berkat kerjasama, usaha gigih dan saling bantu membantu diantara rakan-rakan sekerja dan para pelajar.. Tahniah saya ucapkan..

Pada minggu lepas iaitu pada 6 dan 7 April Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak telah berjaya menganjurkan Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011 yang diadakan di Dewan Serbaguna (DSG).. Bermula jam 9.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang..

Tujuan utama Karnival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan projek-projek pelajar semester akhir untuk tatapan para pengunjung.. Disamping perkongsian ilmiah hasil daripada projek-projek semester akhir yang telah berjaya disiapkan..

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang diadakan disepanjang Karnival ini berlangsung.. Antaranya ialah:-
  1. Pembentangan dan Penilaian Projek Pelajar Semester Akhir
  2. Pameran Projek Pelajar Semester Akhir Peringkat Diploma Dan Sijil Jab. Kej. Elektrik
  3. Pameran Projek Pelajar Semester Akhir Diploma Jab. Kej. Mekanikal
  4. Pameran Projek Pelajar Semester Akhir Diploma Jab. Kej. Awam
  5. Pertandingan Robocon
  6. Perlumbaan Go-Cart
  7. Perlumbaan Formula Future
Sekiranya anda berminat untuk melihat gambar-gambar disepanjang kejohanan ini diadakan, anda boleh klik pada pautan-pautan di bawah:-

Gambar-gambar Pameran 20W Amplifire And Subwoofer (Klik Di Sini)
Gambar-gambar Pameran Robocon (Klik Di Sini)
Gambar-gambar Pertandingan Robocon (Klik Di Sini)

Karnival Inovasi ini sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan semangat inovasi di kalangan seluruh warga kerja dan para pelajar di Politeknik Mukah Sarawak..

Program seumpama ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang.. Dalam masa yang sama perlu ada penambah baikan dalam setiap projek pelajar dari masa ke semasa supaya budaya R&D dapat diwujudkan di PMU..

Sebagai contoh, pada tahun lepas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya menganjurkan program seumpama ini pada tahun lepas dengan hanya fokus pada Go-Cart semata-masa..

Tetapi pada tahun ini terdapat penambahbaikan yang telah dilakukan iaitu dengan menghasilkan minibike, pameran robot dan juga pertandingan Formula Future..

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011, nantikan bahagian ke 2 pada entri selanjutnya..

Sekian, terima kasih..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, April 9, 2011

Perkhemahan Polibriged PMU (Siri 2)

Sambungan dari Program perkhemahan polibriged PMU Siri 1..

Pada hari ke 2 program perkhemahan polibriged, para peserta dikehendaki menyertai pertandingan kawad kaki.. Terdapat sebanyak 9 kelas/kursus yang bertanding.. iaitu:-

DKA1A
DKA1B
DEP1A
DKM1A
DNS1A
DPM1A
DPM1B
DSK1A
DAT1A

Kesemua peserta menunjukkan komitmen dan kesungguhan disiplin yang tinggi.. namun begitu menang kalah adat pertandingan.. Pertandingan kawat tersebut dimenangi oleh.....

Nak tahu lebih lanjut tentang keputusan pemenang pertandingan kawad ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Gambar-gambar program (Klik Di Sini)

Walau bagaimanapun tahniah diucapkan buat pelajar seliaan saya (DEP1A) kerana turut mendapat hadiah dalam pertandingan kawad tersebut ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Anda Juga Mungkin Meminati:
Program Perkhemahan Polibriged PMU (Siri 1)
Panduan Temuduga Untuk Graduan
Keputusan Pemenang Contest Blog Sembang Hari2 Minggu ke 5
Teruja tengok Ikan Besar Di Pasar Mukah
Pelajar Di Bawah Seliaan saya akan terlibat dalam Dua Pertandingan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Sunday, April 3, 2011

Perkhemahan Polibriged PMU (Siri 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharap anda semua berada didalam keadaan sihat disamping terus membaca blog sembang hari2..  ;)

Walaupun baru 3 hari tak update blog.. Tapi dah rasa begitu lama tak menulis.. Maklumlah saya sibuk sejak akhir-akhir ini untuk menghabiskan silibus dan menyiapkan markah-markah penilaian berterusan pelajar.. Biasalah ini merupakan rutin pekerjaan staf politeknik pada penghujung semester..

Sekejap betul masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dah sampai penghujung semester.. Banyak juga kerja-kerja saya yang tak siap.. Tapi tak salahkan untuk saya luangkan masa sebentar untuk berblog.. hehehe ;)

Semalam saya baru sahaja selesai mengikuti program perkhemahan Polibriged untuk pelajar semester 1.. Kebetulan pada semester ini saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum pelajar semester 1.. Jadi dapatlah merasa join program perkhemahan.. Seronok sebenarnya join/kendalikan aktiviti seumpama ini untuk mereka yang berminat.. ;)

Program ini bermula pada hari Jumaat 1 April jam 4.30 petang sehingga Hari Sabtu, 2 April jam 11 pagi..Sekejap sahaja.. Objektif perkhemahan ini, bukan untuk bersuka ria.. Sebaliknya untuk menilai jati diri para pelajar disamping beberapa penilaian lain yang terkandung dalam kurikulum kursus AR101-Polibriged..

Program ini disertai oleh hampir 200 orang peserta dari kalangan pelajar semester 1.. Semua pelajar semester 1 yang mengikuti kursus AR101 diwajibkan untuk mengikuti program ini.. Program ini dikendalikan oleh 20 orang staf dan dibantu oleh 20 orang fasilitator dari kalangan pelajar senior..

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat saya ambil pada hari pertama (1 April) program ini dijalankan..
Para peserta memasang Khemah..

Saling bantu membantu.. kalau tak tolak markah.. ;)

Para peserta menikmati juadah makan malam di tapak perkhemahan.. 

Mengikuti aktiviti LDK selepas selesai solat maghrib dan Isyak..
Sehingga jam 12.30 malam..

Para peserta bersedia untuk mengikuti aktiviti terkahir pada hari pertama.. (12.30 malam) 

Setiap Fasilitator membawa "si buta" bersiar-siar..

Baik-baik dik.. Ada longkang dekat depan.. 

Apa pula halnya ni.. ;)

Ishh. Ishh.. Ishh..

Antara peserta yang terputus hubungan dengan rakan kumpulan..
(Siapa punya angkara ni..)

Pusing-pusing pokok ker.. ;)

Apalah yang dia orang buat tengah malam-malam buta dekat tiang bendera..

Layan jiwang ke bang.. ;)

Awas.. Ada longkang.. ;)

Oklah setakat itu saja gambar-gambar yang dapat saya paparkan untuk aktiviti perkhemahan polibriged pada hari pertama..

Aktiviti pada hari pertama tamat pada jam 3.00 pagi.. Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh rakan-rakan pensyarah disepanjang aktiviti demi aktiviti yang diadakan pada hari pertama..

Selain daripada aktiviti perkhemahan polibriged, terdapat juga kejohanan badminton MAKSAK yang turut diadakan di Politeknik Mukah Sarawak..

Banner Pertandingan..

Jadi semasa LDK berlangsung ada masanya sempat juga lah saya singgah di pusat sukan yang terletak bersebelahan dengan dewan tempat kami mengadakan program.. Untuk menyaksikan perlawanan badminton yang disertai oleh Jabatan-jabatan kerajaan di sekitar Mukah..

Mat Det turut serta dalam kejohanan Badminton MAKSAK

3 gelanggan di gunakan sepanjang kejohanan berlangsung..

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Diharap anda semua sudi meneruskan pembacaan untuk siri ke 2 aktiviti perkhemahan Polibriged.. Jumpa lagi di lain waktu untuk membeli laluan kepada saya untuk berjoging, sementara anak-anak masih tidur.. ;)

P/s: Sejak akhir-akhir ini saya kena rajin berjoging dan bersenam untuk menyertai Jogathon yang diadakan di PMU pada minggu depan


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Panduan Temuduga Untuk Graduan..
Keputusan Pemenang Contest Blog Sembang Hari2 minggu ke 5
Teruja tengok ikan segar di Pasar Mukah..
Pelajar di Bawah seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan..
Liga Cilik JMSK 
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Monday, March 28, 2011

Tahniah Buat Semua graduan... ;)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah buat semua graduan-graduan Universiti dan Politeknik yang telah menamatkan pengajian dan telahpun menerima Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah sarjana dan juga PHD sebagai peringkat tertinggi dalam sistem pengajian.. ;)

Syukur alhamdulillah sebab dah melalui peringkat demi peringkat dalam pengajian.. Cuma setakat ini peringkat PHD belum merasa lagi.. Pada Jumaat minggu lepas ada satu taklimat daripada pihak UTEM untuk menawarkan kursus PHD secara sambilan bagi sesiapa yang berminat..

Setakat ini saya belum bersedia lagi.. Disebabkan komitmen keluarga.. Jadi tangguhkan dulu.. sehingga sampai satu masa yang difikirkan sesuai pada suatu hari nanti.. Insya Allah..

Untuk makluman bekas graduan PMU.. PMU akan mengadakan konvokesyen kali yang ke 4 pada 21 Julai 2011 ini di Dewan Serbaguna PMU.. Graduan kali ini agak ramai iaitu hampir 1300 orang..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat anda semua kerana telah berhempas-pulas selama beberapa tahun berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan jayanya..

Akhirnya berakhir juga anda membuktikan kepada kedua ibu bapa anda yang pelaburan mereka selama ini kepada anda benar-benar terbalas kembali.

Semoga selepas ini anda berjaya menempuhi fasa seterusnya iaitu menyambung pengajian bagi yang berminat untuk menyambung pengajian.. Dan bekerja bagi yang tidak berminat untuk menyambung pengajian..

Walau apapun keputusan anda selepas tamat pengajian, samada cemerlang atau kurang cemerlang…anda telah mencuba sehabis baik selama ini. Kehidupan sebenar anda bermula dan SELAMAT DATANG ke alam pekerjaan – punca rezeki anda.

Untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan pada zaman sekarang ini begitu besar saingannya.. Terdapat ratusan ribu lulusan pelajar IPTA dan IPTS berlumba-lumba untuk mencari peluang pekerjaan.. Pesanan saya jangan sekali-kali anda leka dan suka bertangguh untuk memulakan usaha mencari kerja..

Pada Zaman sekarang ini siapa cepat dan pantas merebut peluang orang tu akan terlebih dahulu dapat.. Manakala siapa yang lambat dan suka bertangguh, maka akan terlepaslah peluang keemasan yang mungkin boleh manjadi milik anda..

Walaubagaimanapun sebelum memulakan dunia pekerjaan anda, anda bakal bergelumang dengan satu skil yang akan mempromosikan diri anda sendiri kepada bakal majikan anda.. Anda perlu memantapkan skill ini supaya kreabiliti anda lebih menonjol berbanding calon-calon lain yang sama-sama berusaha mencari perkejaan..

Apakah skil yang saya maksudkan ini?

Skil yang maksudkan ini adalah “Skil penulis resume”. Skil inilah yang mampu membawa diri anda ke alam pekerjaan yang hebat. Tanpa skil penulisan resume yang baik anda mungkin tidak mampu meyakinkan bakal majikan anda. Keyakinan mereka adalah target utama anda. Yakinkan dan kunci hati mereka dengan skil penulisan resume yang baik.

Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dalam satu subjek, anda pernah nyaris-nyaris mengulang paper subjek yang susah sangat tu…tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda.

Ada juga daripada anda yang cemerlang dari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian. Anda cemerlang atau tidak, jika anda memerlukan pekerjaan, skil inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan.

Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resumenya dan skil menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.

Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume dengan skil yang diasah anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

Sekiranya anda berminat untuk menguasai skill ini, saya syorkan anda mengunjungi laman web berikut:

Panduan menulis Resume Kerja (Klik Di Sini)

Seorang sahabat saya akan membantu anda untuk menulis resume kerja yang baik.. selamat maju Jaya.. Semoga anda berjaya memperolehi pekerjaan yang anda impikan..


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Sunday, March 27, 2011

Pelajar seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan minggu hadapan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Begitu cepat masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dalam tak sedar sesi pengajian Disember 2010 sudahpun hampir melabuhkan tirainya.. Tinggal kira-kira 3 minggu sahaja lagi sesi perkuliahan.. huhuhu

Kepada rakan-rakan sekerja semua semua, saya ucapkan selamat maju jaya dalam menyiapkan Markah Penialaian berterusan.. ;)

Pada minggu depan dua kumpulan pelajar di bawah seliaan saya akan memasuki dua pertandingan..

1 pertandingan Robocon peringkat Politeknik Mukah Sarawak (PMU) yang akan disertai oleh semua pelajar sem akhir Diploma Kejuruteraan Elektronik.. Robot yang kumpulan pelajar seliaan saya buat simple sahaja.. Ini memenuhi kehendak penyelianya yang simple.. Simple di sini bermaksud tidak hebat untuk dipuji dan tidak buruk untuk dikeji..

Wujud ker perumpamaan seperti ini.. Saya pun tak tahu hahaha.. Jadi saya harap anda tak gunakan perumpamaan tersebut sebagai rujukan dalam penulisan mana-mana jurnal atau kajian yer.. ;)

Rajah di bawah menunjukkan gambar projek student seliaan saya..


Agak-agak ada peluang nak menang tak? Saya pun tak boleh nak meramal.. Sebabnya hasil kerja kumpulan lain semuanya hebat-hebat belaka.. Antara kumpulan-kumpulan yang telah dikenal pasti akan kehebatannya adalah kumpulan En Hisyamsani, En Kumar, Cik Shirley, En Mahadzir, En Iskandar, En Hatta dan lain-lain..

Takper menang kalah adat pertandingan.. Yang penting pertandingan yang diadakan dapat memberi sedikit perkongsian ilmu kepada semua pihak.. Selamat maju jaya saya ucapkan..

Pertandingan kedua yang akan disertai oleh satu lagi kumpulan pelajar di bawah seliaan saya adalah pertandingan Kawad.. Sebenarnya pasukan untuk pertandingan kawad ini diselia sepenuhnya oleh En. Fauzi Ghani.. Beliau lebih arif dengan aktiviti berkawad ini..

Berdasarkan pemerhatian saya kumpulan ini ada potensi untuk menyerlah semasa pertandingan tersebut nanti.. Walaubagaimanapun kita sama-sama mendoakan mereka dapat lakukan yang terbaik sepanjang pertandingan tersebut nanti.. Kalau ada rezeki.. Insya Allah kami boleh menang..



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/ Anda Juga

Mungkin Meminati:
Egg Tart And Cheesecake From Uncle Joe
Emm.. sedapnya Umai Ikan haruan Abang Dan..
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Liga Cilik JMSK

Sabtu, 26 Mac 2011..

Berlangsung satu perlawanan bola sepak (tak tahu berapa sebelah) antara warga-warga kecil JMSK, Politeknik Mukah Sarawak.. Tiada peraturan pertandingan yang ditetapkan disebabkan pengadil lupa nak buat kertas lerja pertandingan huhuhu..

Terdapat tiga peserta yang menyertai pertandingan tersebut iaitu Adam, Haikal dan Naufal.. Selang 1 jam berikutnya ada peserta baru sampai.. tapi tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini, atas faktor kelewatan.. Huhuhu kejamnya pengadil pertandingan.. Kesian Yasmin kerana tidak dapat turut serta mengikuti pertandingan ini..

Takperlah jadi penonton jer..

Sebenarnya aktiviti ini diwujudkan bagi mengelakkan anak-anak kecil ini keboringan sementara menunggu ibu-ibu mereka menyelesaikan kerja-kerja "part time" pada hari Sabtu tersebut..

Jom kita saksikan gambar-gambar perlawanan bola sepak yang begitu meriah ini.. Jom Layan.. ;)


Adam Dan Haikal, sebelum pergi bermain kemas rumah dulu yer.. ;)

Adam mengelecek.. Dan main sorang-sorang..

Alamak.. Mana pergi bola ni?

Haikal dan Adam berebut bola.. Adam bersorak???

Adam menunjukkan teknik mengelecek di celah-celah kipas.. ;)

Apa yang dibuat oleh Naufal tu.. Padang panas kot.. ;)

Sabar-sabar jangan gaduh.. game tak habis lagi ni..

Adam berjaya membawa lari bola tersebut dari Haikal dan Naufal..

Keputusan permainan berkesudahan seri.. Lepas ni boleh berlatih lagi di rumah masing-masing untuk mengikuti pertandingan selanjutnya.. Mungkin sem depan kot.. Walaubagaimanapun terpulang kepada pengadil kejohanan untuk menjemput "bintang-bintang" kecil ini pada pertandingan yang akan datang.. ;)

Cik Fairuzah terima kasih di atas kesudian menganjurkan pertandingan ini.. lain kali jangan lupa jemput kami lagi dan juga anak-anak cilik JMSK yang lain.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Egg Tart And Chesscake from Uncle Joe
Emm.. Sedapnya Umai Ikan haruan Laut Abang Shahdan..
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Peluang Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Egg Tart And cheesecake From Uncle Joe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk terus membaca blog Sembang Hari2.. Tanpa sokongan anda untuk membaca blog ini.. Mungkin tiada faedahnya untuk saya menjadi seorang blogger.. ;)

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan tentang keusahawanan dalam bidang masakan atau pun dipanggil sebagai "kulinari". Seperti interi terdahulu blog ini, pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang seorang "Chef" yang baru berjinak-jinak menjadi usahawan dalam bidang masakan secara "part time".. Nama beliau semakin glamour dari sehari ke sehari di Politeknik Mukah Sarawak..

Beliau yang saya maksudkan adalah Uncle Joe ataupun nama penuh beliau adalah Johari Bin Kusai.. Saudara Johari ni pandai memasak walaupun beliau seorang lelaki, berkerjaya sebagai pensyarah di Jab. Kej. Awam PMU, masih bujang dan pandai bertukang.. Jadi kata orang beliau mempunyai satu pakej yang lengkap sebagai seorang lelaki, bapa dan suami Mithali pada suatu hari nanti.. Insya Allah..

Gambar beliau?.. Minta maaf yer, blog ini bukan bertujuan sebagai ejen mencari Jodoh.. hehehe.. Tapi kalau berminat nak berkenalan atau nak tahu lebih lanjut tentang beliau, boleh hubungi saya melalui email ataupun telefon.. Nanti saya sampaikan salam anda kepada beliau.. ;)

Saya merupakan pelanggan baru beliau disebabkan "anak pak mertua saya" dan anak-anak saya suka makan kuih "egg tart".. Sebelum ini saya membeli "egg Tart" daripada sebuah kedai Cina yang terdapat di Pasar Mukah.. Biasalah kebanyakan kedai-kedai di sini kepunyaan kaum Cina.. Tapi saya membeli "egg Tart" daripada kedai Cina yang memaparkan Sijil Halal di premis perniagaan mereka.. ;)

Jadi bila dah tahu ada rakan kita yang pandai membuat "egg Tart", sudah tentu saya membeli dari rakan saya yang dah tentu 100% terjamin kehalalannya.. Kiranya saudara Johari pada hari ini telah menjadi satu alternatif baru untuk rakan-rakan di PMU membeli kuih dan kek.. Syabas diucapkan buat saudara Johari.. Lagipun kek yang anda buat memang sedap.. Dan harganya juga berpatutan jauh lebih murah..  ;)

Berikut merupakan hasil kerja anak teruna Saudara Johari.. ;)

Sedapnya Egg tart ni..

10 biji "Egg tart" yang dihantar di depan pintu rumah saya..

Egg tart dibungkus rapi untuk tujuan penghantaran..

Selain daripada "Egg Tart",  beliau juga pandai membuat "Chesse Tart" dan aneka jenis kek.. Tapi setakat ini saya pernah mencuba "CheeseCake" yang beliau hasilkan.. Yummi.. Memang sedap.. Nak tengok gambar "Chesscake" tersebut? Nah.. Tengoklah..  

"Cheesecake" daripada saudara Johari..

Berdasarkan pemerhatin saya, saudara Johari boleh pergi jauh dalam bidang Kulinari ini.. Beliau melakukannya secara sambilan dapa waktu malam ataupun semasa cuti Sabtu dan Ahad.. Tempahan yang beliau terima semakin hari semakin bertambah.. Nampak gayanya lepas ni beliau kena mencari "pekerja" untuk membantu beliau..

Kagum saya dengan rakan-rakan lelaki yang pandai memasak ni.. Sebab saya sendiri tak pandai memasak.. Nasib baiklah dapat orang rumah yang pandai memasak.. Kalau tak makan di luar hari-hari jawabnya.. 

Saya suka bercerita tentang kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan disebabkan saya suka membaca dan mengikuti kisah-kisah tersebut.. Pasti ada sesetengah orang berasa hairan disebabkan saya merupakan seorang pensyarah, tak ada barang pun yang saya jual.. Tapi kenapa saya suka bercerita tentang perkara-perkara ini? 

Sebenarnya saya memang meminati bidang keusahawanan.. 7 tahun lepas saya pernah menghadiri satu taklimat tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh pihak Mara dengan kerjasama Kementrian Keusahawanan.. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan, saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut.. Walaupun dalam masa yang sama saya terikat dengan perjanjian biasiswa semasa saya belajar iaitu berkhidmat selama 7 tahun atau membayar RM80,000.. 

Selepas saya menamatkan pengajian diperingkat Ijazah, saya bersama rakan saya pergi ke Kuala Lumpur untuk belajar "bekerja" sebelum mendapat pekerjaan tetap.. Disamping itu saya boleh belajar selok belok jalan di KL dan asam garam kehidupan di sana..

Dengan menaiki motorsikal Yamaha SS2, maka saya bersama seorang rakan saya pun pergilah ke Kuala Lumpur.. 
(Motor Yamah SS2 saya telah dicuri orang pada tahun lepas semasa ayah saya membawanya ke surau :(... )

Semasa berada di Kuala Lumpur saya bekerja secara part time di hotel JW IOI Marriot, Putra Jaya sebagai tukang sedia dan angkat makanan.. Dengan gaji RM5 sejam.. huhuhu..

Biasalah kerja Part Time on Call, masa kerja kita bekerja.. Masa tak der kerja dapatlah peluang pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur, sambil surevy manalah tahu ada peluang pekerjaan yang menarik.. ;)

Pada satu hari tu, ada seorang kawan saya mengajak saya masuk satu taklimat tentang kursus keusahawanan seperti yang telah saya nyatakan di atas.. Sebenarnya saya memang tertarik dengan kursus tersebut.. Walaupun banyak kekangan yang mungkin saya terpaksa ditempuhi seandainya saya memilih untuk mengikuti kursus tersebut..

Sebenarnya saya dah tak berapa ingat maklumat secara lengkap tentang kursus keusahawanan tersebut.. Maklumlah perkara tersebut dah berlaku terlalu lama.. dan pada masa sekarang pun saya kurang pasti samada kursus ini masih diteruskan ataupun tidak.. Sekiranya terdapat kesalahan/maklumat yang tidak tepat sepanjang penerangan saya ini, minta tolong anda perbetulkan dengan menulis komen di bawah entri ini yer.. Tq ;)

Jadi saya cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang kursus tersebut, secara ingat-ingat lupa..

Untuk memasuki kursus tersebut ada yuran yang dikenakan.. Kalau tak silap saya lebih RM20,000.. Kursus tersebut dibahagikan kepada 4 fasa.. Fasa pertama, peserta kursus akan diajar secara teori tentang ilmu-ilmu keusahawanan dalam tempoh masa kira-kira 3-6 bulan..

Fasa ke 2 peserta dikehendaki memilih satu jenis produk/barangan.. Dan dikehendaki menjualkannya kepada orang ramai secara bersemuka kepada setiap pelanggan.. Contohnya anda menjual pen.. Anda dikehendaki berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan anda untuk menjual pen tersebut.. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam diri peserta disamping untuk menghilangkan pearasaan malu untuk berniaga..

Fasa ke 3, peserta dikehendaki membuat satu proposal tentang perniagaan yang kita minati dan mencari seorang mentor untuk membuat praktikal di tempat perniagaan mentor tersebut.. Contohnya anda berminat untuk berniaga kereta.. Jadi anda perlu membuat proposal perniagaan tentang kereta dan berjumpa dengan mana-mana tokoh perniagaan yang telah berjaya dalam bidang ini untuk menjadi mentee mereka.. Jadi peserta akan belajar untuk memasarkan produk mentor mereka di samping kemahiran-kemahiran keusahawanan yang lain yang dapat diperolehi daripada mentor mereka..

Seterusnya pada Fasa yang terakhir, peserta dikehendaki membuka syarikat perniagaan sendiri dengan mendaftarkannya di bawah SSM.. Peserta dikehendaki mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari semasa mengikuti fasa 1 hingga fasa 3 kursus ini disamping mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada mentor mereka.. Jadi peserta akan dibimbing sehingga berjaya menguruskan perniagaan mereka sendiri..

Bagaiman.. Menarik tak kursus ini?  

Semasa saya mendengar taklimat tersebut, saya diberi tempoh dalam masa sebulan untuk mendaftar sekiranya berminat.. Dalam masa yang sama saya sedang menunggu samada akan dipanggil untuk tawaran menyambung pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan (dibiayaai biasiswa) atau kontrak tawaran mengajar di Politeknik..

Pada ketika itu saya hanya berserah diri kepada Allah S.W.T, mana yang sampai dulu kepada saya, saya anggap itu rezeki saya dan saya akan terima seadanya.. Seminggu kemudian saya menerima panggilan telefon supaya melapor diri untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan.. Jadi saya pun pergilah melapor diri untuk menyambung pengajian dan menandatangani perjanjian biasiswa yang baru iaitu kontrak kerja selama 10 tahun atau bayar RM100,000..

Disebabkan itu, maka inilah rezeki dan pekerjaan saya sekarang.. Sebenarnya saya sendiri tak dapat nak meramal samada pekerjaan ini merupakan pekerjaan saya sehingga berpencen atau akan ada pekerjaan lain untuk saya setelah tamat tempoh perjanjian nanti..

Walaubagaimanapun buat masa sekarang ini, saya cuba untuk mempelajari bidang-bidang yang berkaitan dengan pekerjaan saya sekarang ini disamping juga ilmu-ilmu keusahawanan.. Semoga ada petunjuk untuk saya membuat pilihan dengan tepat pada 5 tahun akan datang.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Laut Abang Shahdan...
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Tiefazatie Pemenang Hat Trick Contest Blog Sembang Hari2
Seperti Baru Semalam Tiba Di Mukah.. Rupa-rupanya...
Peluang Kerjaya Sebagai Guru DI Malaysia
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, March 12, 2011

Rumah baru untuk anakku...

Petang semalam saya ada menghadiri satu mesyuarat tentang aktiviti perkhemahan pelajar semester 1 polibriged yang dirancang untuk diadakan pada 1-4 April 2011 di Padang Politeknik Mukah Sarawak..

Kebetulan sebelum meeting tersebut diadakan saya solat Jumaat di masjid Mukah, manakala isteri saya dan Pn. Aida pergi membeli barang di sekitar Mukah.. Masa sedang berjalan-jalan isteri saya terpandang khemah yang agak murah dijual di One Stop, Mukah..

Disebabkan kami sebenarnya dah lama survey harga khemah untuk membelinya.. Kebetulan pula terjumpa khemah yang berharga RM85.00, jadi isteri saya tanpa berfikir panjang menyuruh jurujual membuka khemah tersebut.. Memandangkan harganya berpatutan dengan saiz dan material yang digunakan, maka isteri saya pun membeli sebuah khemah.. Walaupun beliau sendiri tidak pernah bermalam di dalam khemah.. ;)

Haikal "perposing" di Khemah baru beliau..

Berkhemah di dalam rumah..

Beg Khemah.. Mudah di bawa ke mana-mana..

Reaksi Haikal bila saya dan isteri memasang khemah..

Dengan penuh gembira beliau mengucapkan terima kasih kepada saya dan isteri.. "Terima kasih Ibu dan terima kasih ayah, sebab belikan Ekal khemah.. Ekal sayang Ibu, Ekal sayang Ayah"..

Sebenarnya khemah tersebut kami beli sapaya kedua-dua anak kami dapat bermain bersama-sama.. Sebelum ini isteri saya ada "mendirikan" sebuah rumah untuk mereka berdua..Tetapi saiznya terlalu kecil dan dibuat dengan susunan kepingan-kepingan huruf.. Sajer je suka-suka.. Teringat masa zaman kecil-kecil dahulu... Saya dan isteri orang kampung.. Walaupun kami tak pernah bersua muka atau kenal mengenali antara satu sama lain.. ;)

Tapi yang pasti, kami berdua pernah merasai pengalaman bermain pondok-pondok di kampung.. Disebabkan anak-anak kami hidup di kawasan bandar, mereka tidak akan dapat merasai pengalaman tersebut.. Jadi kami cuba mencari alternatif lain untuk mereka..

Rumah ini roboh disebabkan...

rumah asal sebelum di sepak bola..

Binaan rumah ini tidak kukuh..

Adam dan Haikal.. Main sama-sama yer..

Disebabkan isteri saya tidak pernah tidur di dalam khemah.. Jadi malam tadi kami anak beranak tidur dalam khemah yang dipasang di dalam rumah..Kebetulan pula khemah yang dibeli muat untuk kami sekeluarga (Queen Size)..

Dengan adanya khemah ini, selepas ini mungkin lebih panjang lagi episod cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga.. ;).. Doakan kami sekeluarga murah rezeki dan juga mempunyai kesihatan yang baik..

Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Tuesday, March 8, 2011

Kem Alapong (Siri 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi tentang aktiviti yang kami jalankan pada hujung minggu yang lalu iaitu kem kepimpinan yang diadakan pada 3-6 Mac 2011 di Kem Alapong, Lundu Sarawak..

Para peserta kem kepimpinan ini adalah dari kalangan AJK Kelab KKE (Kelab Kejuruteraan Elektrik), Politeknik Mukah.. Kami bertolak ke kem Alapong dengan menaiki sebuah bas dan sebuah kereta.. Seramai 25 orang peserta (pelajar) dan diiringi oleh 17 orang staf termasuk 2 orang pemandu bas..

Gambarajah di bawah menunjukkan antara peserta dan staf yang turut menyertai program ini.. Di kem tersebut kami memasak makanan sendiri untuk menjimatkan kos.. Jadi semua peralatan memasak kami bawa sekali dari Mukah.. ;)


Sebuah kereta staf yang turut serta dalam program ini..


Kami bertolak dari Politeknik Mukah hampir pukul 8.30 pagi (perancangan awal pada pukul 8.00 pagi).. kami tiba di Sibu pada pukul 12.00 tengahari..


Berehat sebentar di bandar Sibu selama 1 jam untuk makan tengahari, sambil jalan-jalan dan melepaskan hajat mana yang patut sebelum menyambung semula perjalanan pada pukul 1.00 petang.. Sempat lah kami makan nasi ayam Singapore Chinken Rice (SRC) di Sibu.. ;)

Destinasi persinggah seterusnya adalah di sebuah kawasan rehat dalam perjalanan ke Serian pada pukul 3.20 petang untuk bersolat dan melepaskan hajat mana yang patut.. Sebelum memulakan perjalanan seterusnya pada jam 3.50 petang..




Memandangkan kami di jangka tiba di Kem Alapong malam.. Jadi kami singgah di Pekan Serian pada pukul 6.45 petang untuk menikmati makan malam..



Makan di salah sebuah warong yang terdapat di Serian..

Akhirnya kami sampai ke Kem Alapong, pada pukul 9.30 malam.. Fuh penatnya.. 12 jam perjalanan untuk sampai ke Kem Alapong, Lundu Sarawak ini..

Walaupun jauh, tapi sebenarnya berbaloi untuk sampai ke sini.. Sebelum program ini dijalankan, saya telah diberi tugas untuk menyiapkan modul untuk kem kepimpinan ini.. Berikut merupakan hasil modul yang telah saya bangunkan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saya timba sepanjang terlibat sebagai fasilitator atau peserta di dalam kem-kem/program-program motivasi yang pernah saya sertai sebelum ini..



Sekiranya anda berminat nak tahu isi kandungan modul yang tidak seberapa ini, anda bolehlah muat turun secara percuma dengan klik pada gambar modul atau tulisan tersebut.. kalau modul motivasi kepimpinan yang saya hasilkan ini menarik anda boleh gunakan atau berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.. sekiranya anda dapati modul ini tidak menarik dan ada cadangan penambah baikan anda bolehlah meninggalkan komen untuk membantu saya memperbaiki modul ini.. ;)

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa kisah menarik yang berlaku sepanjang kem ini diadakan, sila tunggu episod seterusnya tentang pengalaman berada di kem Alapong, Lundu, Sarawak...

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..