Saturday, September 10, 2011

Samsung GALAXY mini laris di Pasaran...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Diharap semua pembaca blog sembang hari2 sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu... ;)

Minggu ini merupakan minggu ke dua kita menyambut Hari Raya Aidilfitri... Tentu ada dikalangan anda yang menggunakan kesempatan ini untuk ziarah menzirahi sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga.. 
Mungkin ada juga yang sedang menggunakan kesempatan ini untuk mengadakan rumah terbuka... Jadi kepada yang masih seronok menyambut hari Raya... Saya ucapkan Selamat berhari raya.... Bagi yang memandu saya nasihatkan, bawa kereta elok-elok.. Ingatlah insan-insan yang anda sayangi...

Bagi mereka yang menggunakan kesempatan ini untuk mula berpuasa 6 hari di bulan Syawal... Saya ucapkan selamat berpuasa... Semoga anda beroleh keberkatan hasil daripada ibadah yang anda lakukan... Insya Allah...

Pada kali ini, saya nak berkongsi cerita tentang telefon bimbit keluaran SAMSUNG... Kenapa saya nak berkongsi cerita tentang telefon bimbit SAMSUNG??? Kenapa tak NOKIA, SONY ERICSON, MOTOROLLA dan sebagainya...

Sebabnya mudah sahaja... Sekarang ni SAMSUNG sedang mengadakan promosi harga bagi telefon bimbit terpilih... Antara telefon bimbit yang termasuk dalam senarai promosi tersebut adalah Samsung GALAXY mini dengan harga RM499 seunit...

Telefon bimbit yang saya dan isteri pakai sebelum-sebelum ini adalah keluaran NOKIA dan SONY ERICSON... Tapi sejak SAMSUNG GALAXY TAB berada di pasaran, timbul keinginan untuk membeli telefon bimbit keluaran SAMSUNG.. Sebabnya SAMSUNG GALAXY TAB pada ketika ini sedang mendominasi HP jenis Android... Dan harga pasaran pada masa sekarang ni masih agak mahal...

Jadi kalau nak merasa menggunakan HP jenis Android ini, pada harga yang mampu anda miliki... saya syorkan anda membeli Samsung GALAXY Mini.. Sekarang ni SAMSUNG sedang membuat jualan promosi pada harga RM499.. Dan Promosi akan tamat pada bila-bila masa sahaja sehingga produk ini habis terjual...

Samsung GALAXY mini sekarang ni tengah laris macam goreng pisang... Baru-baru ini semasa saya pergi ke Batu Pahat Johor, puas kami meronda-ronda dari satu kedai telefon bimbit ke kedai yang lain... Tapi semuanya telah kehabisan stok...

Bila berada semula di Perak, kami pergi mencari HP ini di Tesco pengkalan... Fuh nasib baik ada stok.. Isteri saya yang terlalu teringin nak menggunakan Samsung GALAXY Mini ini pun belilah satu... warna Putih... Jadi isteri saya telah mengikuti jejak ayah beliau yang telah membeli HP ini terlebih dahulu, pada minggu lepas... Isteri saya jadi berminat, bila cuba memakai HP ini dari ayah mertua saya...

Nota: Terdapat sesetengah kedai tidak mahu menjual HP ini dengan harga Promosi yang ditetapkan oleh SAMSUNG.. Jadi kalau ada kedai yang menjual HP ini pada harga RM599, saya syorkan anda pergi ke kedai lain...

Berdasarkan pemerhatian saya, Samsung GALAXY Mini ini memang menarik... Dan harganya tersangatlah berbaloi untuk dimiliki, bagi kategori HP jenis Android... Kalau nak tahu lebih lanjut tentang HP ini, anda boleh tonton video berikut:


Nak main Angy Bird pun boleh... Takder masalah...


Jadi kalauanda berminat untuk membeli HP ini, jangan berlengah-lengah lagi.. Dapatkan segera di kedai-kedai telefon bimbit berhampiran... Sebelum ianya kehabisan stok...

Ok setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini... Saya memperomosikan HP ini pun bukannya dapat sebarang keuntungan.. Tapi sekadar untuk berkongsi sesuatu yang saya kirakan ianya baik dan memberi lebih nilai untuk wang anda...

Sekian sahaja dari pada saya pada kali ini... Jumpa lagi di lain waktu...


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..