Monday, October 18, 2010

Ikan Fresh Murah! Murah!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang sedikit pengalaman yang saya lalui semasa hidup di Mukah Sarawak. Seperti yang pernah saya ceritakan pada Post-post terdahulu, Mukah merupakan kawasan nelayan. Ramai penduduknya mencari sumber pendapatan dengan hasil perikanan samada sumber laut atau sungai.

Semalam apabila saya mengambil anak saya di rumah pengasuah, mereka sedang membakar ikan beberapa kembung yang masih segar. Masa mula nak bakar saya dapat lihat keadaan ikan tersebut yang masih baru, dengan sisiknya yang berkilat. Untuk pengetahuan anda, keluarga pengasuh anak saya biasa makan ikan yang segar sahaja.

Menurut Abang Shahdan, biasanya ikan yang baru ditangkap akan terus di masak. Beliau tidak gemar memakan ikan yang telah disimpan ditempat beku (Frosen) sebelum dimasak, kerana akan hilang "feel" untuk menikmati ikan tersebut.


Ikan Kembung Besar Segar sedang di Bakar

Menurut Abang Shahdan ikan tersebut diberikan oleh kawan beliau yang turun ke laut pada hari tersebut. Pada ketika ini, harga ikan kembung besar ini agak mahal. Sekilo dijual pada harga sekitar RM10. Ikan yang rakan Abang Shahdan tangkap telah dibeli kesemuanya (120 kg) oleh seorang Tauke China dengan harga RM8 sekilogram.

Harga ikan di Mukah ini tidak menentu. Saya pernah di beri offer ikan ini dengan harga 3 kilo RM10, semasa bulan Ramadhan baru-baru ini iaitu sehari sebelum saya pulang ke semenanjung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau sekarang ada orang offer macam tu memang saya beli.

Berikut merupakan gambar yang sempat saya tangkap pada ketika itu, di mana ikan-ikan tersebut telah diserbu oleh orang ramai sejak dalam perahu lagi. Ikan masih tersangkut di jaring Pukat tetapi telah ditunggu oleh orang ramai untuk dibeli..

Pemandangan Di Jetty Mukah

Orang ramai tidak sabar untuk membeli ikan segar.
Murah! Murah! Murah! Harga Lelong, 3 kilo RM10


Seronoknya akak tu, dah dapat ikan..
Cuba tengok di Jety seberang sana, juga ada ikan yang sedang di punggah..


Ikan masih tersangkut dalam jaring Pukat, timbang dan plastik dah menunggu..


Steady Abang Shahdan, masih banyak lagi ikan tu..


Ramainya orang menunggu nak beli ikan sehingga ke saat-saat akhir..

Beginilah kisah kehidupan di Mukah.. Ada kalanya rezeki datang melimpah ruah.. Ketika gambar ini diambil, keadaan di sebuah jeti lagi juga sedang mengalami situasi yang sama.. Tetapi keadaan ini tidak kerap berlaku.. Ada masa-masa tertentu..

Jadi sekiranya anda berhasrat untuk datang ke Mukah, carilah masa-masa yang agak-agak sesuai.. Banyak perkara menarik ynag boleh anda terokai.. Antaranya menangkap udang Galah mabuk dengan tangan (Tanpa sebarang peralatan seperi sauk atau pancing). Perkara ini betul-betul berlaku pada tahun lepas. Pada tahun ini tak merasa lagi peristiwa tersebut..

Peristiwa udang mabuk biasanya berlaku apabila hujan turun setiap hari sehingga air naik. Kemudian panas selama beberapa hari, tanpa sebarang hujan.. Udang akan mabuk disebabkan perubahan cuaca dan keadaan air iaitu semasa hujan lebat air laut akan bercampur dengan sungai. Dan setelah panas, air kembali surut dan air laut meninggalkan sungai. Jadi udang pening dengan situasi ini dan terdampar di tebing-tebing sungai..

Masa kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas, merasa kami tangkap udang sehingga dapat setengah timba.. Untuk tahun ini sama-samalah kita tunggu..




Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege


Get your own free form like this one.


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..