Sunday, November 6, 2011

Kisah Kejutan Hari Lahir dan Telur Rebus...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Semoga amal ibadah kita sempena hari raya Korban pada tahun ini diterima oleh Allah. S.W.T... Amin..

Sempena Hari Raya Korban ini, izinkan saya menaip satu kisah yang agak lucu yang saya perolehi melalui pembacaan suatu masa dahulu... Kalau anda suka.. gelaklah... kalau tak suka, anda boleh abaikan cerita ini....

Ceritanya begini...

Ada seorang pemuda bernama Ali (bukan nama sebenar) yang baru mendirikan rumah tangga dengan isterinya Timah (juga bukan nama sebenar)...

Mereka belum dikurniakan cahaya mata, jadi mereka tinggal berdua-duaan sahaja.. Kiranya dalam suasana Honey moon lagi lah ni...

Ali mempunyai satu kegemaran sejak dari kecil lagi... Iaitu beliau suka makan telur rebus.. Sebenarnya Ali sendiri pun tak tahu kenapa beliau suka makan telur rebus?? Mungkin sedap agaknya...

Sebelum beliau berkahwin, beliau memang terlalu menggemari telur rebus... Pagi, Petang, Siang, Malam makan telur rebus.. Tetapi semenjak beliau berkahwin, beliau telah meninggalkan tabiat tersebut... Kiranya berkorban untuk kesejahteraan rumah tangga... Demi isteri tercinta...

Lama juga beliau tak pekena telur rebus ni.. Ialah dah isteri beliau pandai masak.. Setiap kali masa makan  sahaja, isteri beliau masak lauk yang sedap-sedap.. Disebabkan makan minum beliau telah terurus, jadi tak berkesempatanlah untuk beliau makan telur rebus....

Nak dijadikan cerita...

Pada satu Hari kereta Ali tiba-tiba rosak semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat beliau bekerja...

Ali pun menghubungi isteri beliau memberitahu beliau terpaksa balik lewat pada hari tersebut disebabkan terpaksa balik dengan berjalan kaki...

Dalam perjalanan pulang, beliau terasa sangat lapar...  Maka beliau pun singgahlah di sebuah kedai makan yang kebetulan pula ada menjual telur rebus... Beliau pun makan nasi dengan telur rebus dengan berselera sekali...

Lepas selesai makan, beliau order lagi telur rebus untuk diratah.. sebagai bekalan semasa berjalan kaki...

Bukan sebiji dua beliau bungkus telur rebus.. Tapi 10 biji untuk dimakan dalam perjalanan pulang...

Sampai sahaja di rumah, Ali terasa begitu kenyang.. Dan tentulah beliau berpuas hati disebabkan dapat makan makanan kegemaran beliau dengan begitu banyak sekali.. Balas dendam nampak...

Sebelum Ali masuk ke rumah, isteri beliau memberitahu ada kejutan untuk beliau pada malam tersebut.. Jadi isteri Ali menyuruh Ali menutup mata dengan kain hitam yang ditutup kemas di belakang kepada beliau... Lalu Ali dibawa oleh isterinya ke meja makan...

Ali duduk di kerusi dan isterinya berpesan supaya jangan cuba membuka ikatan yang menutup mata beliau...

Tiba-tiba perut Ali rasa memulas... Beliau terasa hendak pergi ke tandas.. Tetapi disebabkan tak mahu mengganggu kejutan yang cuba dibuat oleh isterinya, maka beliau pun menahan "hajat" beliau..

Tiba-tiba telefon rumah berdering.. Isteri Ali pergi mengangkat panggilan telefon tersebut.. Disebabkan Ali mengetahui kedudukan telefon agak jauh dari meja makan, maka Ali pun mengambil kesempatan ini untuk meredakan perutnya yang memulas gara-gara makan telur rebus...

Lalu Ali pun melepaskan "Angin" dari perutnya yang ditahan sekian lama...  Fuhh lega rasa Perut Ali... Bau yang dikeluarkan oleh "Angin" Ali boleh tahan juga... Maklumlah lebih 10 biji telur rebus beliau telan tadi....

Tiba-tiba beliau rasa ada ledakan "Angin" yang kedua bakal menyusul...Lalu beliau pun angkat sebelah punggung dan melepaskan satu das lagi... PROTTT,... Kali ini siap dengan pekej bunyian dan bauan yang tersangat kurang enak untuk dihidu..

Ali mengipas bauan tersebut dengan tangan bagi mengurangkan sedikit aromanya....

Tiba-tiba Ali dengar telefon rumah berdering lagi...  Dari jauh Ali mendengar isteri beliau berlari-lari anak untuk mengangkat panggilan telefon tersebut...

Kebetulan pula, pada masa tersebut, ada ledakan "angin" yang ketiga dalam Perut Ali.. Kali ini, beliau merasa kesakitan perut beliau semakin menjadi-jadi...

Jadi beliau cuba meredakan kesakitan perut beliau dengan melepaskan "Angin" sebanyak yang mungkin, dengan bunyi yang lebih kuat daripada yang sebelumnya... PRROOTTTT!!!

Fuh.. Lega betul Perut Ali pada masa tersebut... Sampai bergegar meja makan dibuatnya...

Bau "angin" Ali kali ni pastinya lebih dahsyat daripada yang sebelumnya... Sambil menutup hidung menahan kebusukan, Ali sempat bersuara... "Ahhh Lega..."

Dalam 5 minit kemudian isteri Ali pun datang menemui Ali setelah menjawab beberapa panggilan telefon.. Isteri Ali memohon maaf kepada Ali disebabkan Ali menunggu agak lama untuk menerima kejutan yang beliau sediakan...

Lalu isteri Ali berkata... " Surprise!! Happy Birthday!!" dan menyuruh Ali membuka kain penutup matanya...

Sambil membuka penutup mata, dalam Hati Ali berkata.. "Laa Birthday aku rupanya hari ni.. Macamana aku boleh lupa ni??."

Setelah beliau membuka penutup mata, bukan main terkejut lagi beliau.... Sehingga mulut beliau terus melopong...

Perkara pertama yang ALi lihat... Muka merah padam Ayah mertua Ali, Mak Mertua Ali, dua orang adik ipar Ali duduk di keliling meja makan...

Bos Ali dengan jiran sebelah rumah beliau turut berada di kawasan meja makan tersebut...

Dalam Hati Ali berkata.. " Masa bilalah dia orang ada dekat sini"... "Alamak manalah aku nak sorok muka aku ni...."

Hahahahahaha....

Admin blog
  http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
  Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000 Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..