Friday, March 18, 2011

Laman Web Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharapkan anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera pada hari ini.. Hari ni hari Jumaat, hari terakhir bekerja dalam minggu ini.. Bagi anda yang ada perancangan pada hari Sabtu dan Ahad, tentu anda tidak sabar untuk menantikan "punch out" balik kerja.. ;)

Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah.. Hari ni merupakan hari terakhir cuti persekolahan anak-anak anda.. Justeru itu ada masa lagi 2 hari untuk anda meluangkan masa bersama mereka, sebelum menghantar mereka semula ke asrama bagi yang tinggal di asrama..

Begitu cepat masa berlalu.. teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu.. masa nak kembali ke asrama setelah cuti sekolah berakhir merupakan masa yang paling tak best sekali.. Nasib baiklah saya ni lelaki.. Tiada drama air mata berjaya dilakonkan.. Tapi bila tengok kawan-kawan perempuan.. ada yang mampu memenangi "award"pelakon air mata.. Pakcik Gurau jer yer.. jangan ambil hati ;)

Berbalik kepada tajuk entri kita.. Saya pernah menulis tentang berita bahawa laman web facebook akan ditutup pada 15 Mac ..... Tapi masa tu saya sendiri masih tidak tahu kesahihan berita ini.. Untuk maklumat lanjut tentang entri yang saya tulis, anda boleh rujuk semula dengan klik pada pautan di bawah:

Apa akan terjadi jika laman web Facebook ditutup? (klik sini)

Masa tu Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook) tak bagi tahu pun 15 Mac tahun bila laman web facebook ini akan ditutup.. Tapi artikel yang dipaparkan di internet pada 9 januari 2011 tersebut telah mendapat 15,750 komen dari seluruh dunia (pada ketika entri tersebut saya tulis)..

Bestkan.. Buat jer artikel sensasi, boleh dapat banyak komen.. banyak trafik.. Ialah laman web facebook merupakan sebuah laman web sosial yang mendominasi sebahagian besar pengguna internet.. kalau ada berita macam ni memang semua orang nak tahu.. Macamana kalau saya buat berita sensasi yang mengatakan blog sembanghari2 akan ditutup... Hehehe.. mesti tak ada siapa pun yang ambil kisah.. ;)

Pada 13 Mac 2011 ada satu lagi berita baru tentang penutupan laman web facebook.. Artikel tersebut ditulis oleh J.B. Smith yang mengatakan laman web Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2012.. Berdasarkan artikel tersebut kelihatan seperti "serius" bahawa laman web facebook akan benar-benar ditutup pada 15 Mac 2012.. Nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh layari pautan berikut:

Kesahihan Laman Web Facebook akan ditutup (Klik Di Sini)

Mark Zuckerberg kata, dia dah tak kisah pun pasal duit.. Beliau nak tutup facebook sebab mahukan kehidupan lama beliau.. Sebenarnya laman web facebook ni dah hampir "overload".. Ialah cuba anda banyangkan sebuah laman web yang ada 600 juta pengguna berdaftar..

Setiap pengguna boleh upload gambar, video, dokumen dan sebagainya.. Berapa besar web hosting atau server yang diperlukan untuk menampung operasi facebook? Tentu besarkan..

Jadi sebelum facebook ini benar-benar ditutup, mari kita cuba memanfaatkan facebook ini sebaik yang mungkin samada untuk tujuan menarik trafik, mencari ilmu, berkongsi ilmu, mencari sahabat lama dan sebagainya..

Sekiranya anda berminat untuk berniaga di facebook, saya syorkan anda mengunjungi laman web yang boleh membantu anda menyediakan sebuah kedai online di facebook. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan di bawah:

Kedai facebook (Sila Klik Di Sini)

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Jumpa lagi di lain kali.. Salam persahabatan dari saya.. ;)


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Rahsia Click Bank
Adwords (Click Here)
Pemenang Contest Blog Sembang hari2
Kajian tentang Tahap Kepuasan Kerja
Menjejaki Jetty 2002
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Readers Digest nak Bagi RM200,000 Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..