Friday, February 25, 2011

Pak Ya Home Stay, Alkisahnya...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan sedikit kisah tentang asal-usul bagaimana bermulanya kami menceburkan diri dalam bisnes kecil-kecilan Pak Ya Home Stay..

Pak Ya Home Stay sebenarnya merupakan rumah yang saya dan isteri beli untuk didiami seandainya dapat berpindah ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak..

Disebabkan itu pada setiap kali borang permohonan pindah keluar, pilihan pertama yang kami pilih adalah PUO.. Sebenarnya kami telah dinasihatkan berkali-kali oleh rakan-rakan lain supaya jangan sesekali memilih PUO kerana kebarangkalian untuk dapat berpindah ke sana adalah terlalu tipis..

Dan betullah seperti apa yang dikata.. Padan muka kami sampai sekarang tak dapat berpindah.. hehehe..

Jadi disebabkan nekad untuk berpindah ke perak, kami telah melengkapkan semua peralatan rumah.. Pendek kata kalau kami dapat berpindah, boleh terus mendiami rumah tersebut..

Tapi apakan daya, impian kami tidak menjadi kenyataan.. Apa nak buat, dah bukan rezeki kami..

Disebabkan kami tidak dapat berpindah, ayah mertua saya menyarankan supaya menjadikan rumah tersebut sebagai Home stay.. Kalau nak disewakan, takut rosak rumah tu.. Maklumlah, barang semua dah lengkap..

Ayah mertua saya menyatakan yang beliau sendiri sudi untuk menguruskan rumah tersebut.. Cuma apa yang saya perlu buat adalah mengiklankan rumah tersebut di internet.. Syukur alhamdulillah, bagai orang mengantuk disorong bantal.. Saya terus bersetuju dengan cadangan ayah mertua saya..

Jadi bermula dari detik tersebut, Pak Ya Home Stay pun memulakan operasinya.... Untuk maklumat lanjut tentang Pak Ya Home Stay, anda boleh klik di sini

Saya ingat lagi pesanan seorang rakan saya.. Sebenarnya dalam hidup ini, Allah lebih mengetahui segalanya.. Contohnya seperti perkara yang sedang kami alami.. Kami rasa sangat kecewa disebabkan tidak dapat berpindah pada awalnya..

Tetapi bila difikirkan balik, rupanya ada hikmah disebaliknya.. Disebabkan tidak dapat berpindah, saya telah mendapat satu ilmu baru iaitu pelaburan dalam bidang hartanah secara tidak langsung.. Syukur Alhamdulillah.. Ilmu ini ada saya kongsikan dalam ebook terbaru saya..

Jika anda belum mendapatkan ebook tersebut, sila dapatkannya secara percuma dengan klik pada gambar hadiah yang terdapat di akhir entri ini..

Sepanjang berkecimpung dalam bisnes home stay ini, memang diakui ada beberapa permasalahan yang kami hadapi.. kata orang semua bisnes ada permasalahannya.. Dari pada permasalahan yang dihadapi akan menjadikan kita lebih matang..

Antara permasalahan yang pernah kami hadapi adalah:-

1) Hanya ada satu Home Stay..

Permasalahan pertama yang saya hadapi adalah disebabkan saya hanya mempunyai satu Home stay.. Pak Ya Home Stay biasanya dikunjungi oleh pelajar atau graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan UiTM.. Jadi sekiranya ada sesuatu event besar di kedua-dua universiti ini, maka banyak panggilan telefon yang ayah mertua saya terima.. Disebabkan itu, ada juga bercadang nak buat Home Stay kedua sekiranya ada rezeki satu hari nanti..

2) Pelanggan membatalkan tempahan pada saat-saat akhir

Ini masalah besar yang kami hadapi.. Untuk pengetahuan anda, kami tidak mengenakan sebarang deposit untuk menempah pak Ya Home Stay.. Kami akan "reserve" home stay kepada pemanggil pertama yang membuat tempahan.. Jadi jika ada 10 orang yang membuat panggilan, kami terpaksa menolak tempahan 9 pemanggilseterusnya.. Cuba bayangkan betapa kecewanya kami, apabila di saat-saat akhir pelanggan tersebut membatalkan tempahan mereka... 

3) Pelanggan hendak menyewa hampir seminggu dan akan membayar dengan cek..


Kami pernah berhadapan dengan situasi ini.. Seorang kontraktor ingin menyewa Pak Ya Home Stay selama 5 hari dan ingin membayar dengan cek.. Pada ketika itu, ayah mertua tidak bersetuju dengan cara bayaran tersebut.. Disebabkan takut mendapat cek tendang..

Setakat ini, 3 sahaja permasalahan yang pernah kami hadapai sepanjang mengendalikan Pak Ya Home Stay..

Mungkin anda juga seorang pelabur hartanah.. jadi mungkin kita boleh bersama-sama berkongsi pengalaman dalam pelaburan hartanah..

Sebenarnya ramai guru yang sudi berkongsi dalam pelaburan hartanah ini.. Guru yang paling bayak mencurahkan ilmu tentulah tak lain dan tak bukan adalah Jurulatih Jutawan Malaysia iaitu saudara Azizi Ali.. Pada hari ini beliau telah mempunyai aset pelaburan hartanah bernilai RM 5 juta..

Rahsia kejayaan beliau adalah, kita perlu banyak membaca untuk mendapatkan ilmu dalam bidang pelaburan.. Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat beliau dalam bidang pelaburan hartanah, saya syorkan anda layari laman web beliau dengan Klik Di Sini

Disamping itu, jangan lupa untuk mendapatkan hadiah yang saya sediakan kepada anda.. Untuk mendapatkan hadiah tersebut klik pada banner hadiah di bawah:-



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Mungkinkah Ini Penamatnya..


Pagi tadi sambil mengemas meja dan fail-fail lama terjumpa sijil-sijil yang mampu menggamit nostalgia kisah suka duka saya sebagai seorang pemain catur..

Bukan senang untuk menjadi seorang pemain catur yang berjaya.. Saya mula menceburkan diri dalam bidang permainan catur ini semenjak umur 11 tahun.. masa tue saya berjaya menjadi johan pertandingan catur untuk sukan asrama SKPPU, Kampung Gajah, Perak.. Dan seterusnya saya berjaya menjadi johan pertandingan catur peringkat Daerah Perak tengah.. Sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya masa tu saya boleh menang semua game.. hehehe..

Bermula daripada detik itu, catur menjadikan permainan utama yang saya minati selain beberapa sukan dan permainan yang lain.. Saya sukan permainan ini disebabkan kita adalah raja atau manager terhadap sebuah organisasi.. Kita mengawal kesemua operasi organisasi.. Kiranya merasa jadi boslah... hehehe..

Saya bergiat aktif dan tak aktif dalam permainan catur ini kira-kira 15 tahun.. Fuh! lama juga rupanya...

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat saya Marzuki dan Shuib kerana telah memberi perangsang dan dorongan untuk saya bergiat aktif dalam permainan ini.. (Tanpa dorongan korang mungkin sukan ini telah terkubur dari hidup saya suatu masa dahulu..)

Banyak suka duka, rintangan dan halangan yang kami tempuhi bersama semata-mata untuk menyertai beberapa kejohanan catur.. Bila diingat-ingatkan balik rasa seronok melalui pengalaman tersebut.. hehehe..

Tapi itu semua cerita lama.. Sebenarnya kalau ada kesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan, memang saya nak turut serta.. Lebih-lebih lagi pertandingan di peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia..

Gambarajah sijil di bawah merupakan pertandingan terakhir peringkat antarabangsa yang saya sertai..

World Inter-Varsity Chess Championship 2004

Setelah bekerja di Mukah Sarawak, saya dah tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan.. ialah nak pergi ke semenanjung bukannya dekat.. Kos perjalanan pun sekurang-kurangnya habis juga seribu ringgit..

Memang tidak berbaloi.. Jadi sehingga hari ini pejam celik, pejam celik dah hampir 7 tahun saya tidak menyertai kejohanan catur yang sebenar..

Main sekadar suka-suka kadang tu adalah.. Tapi dia punya 'fill' tak sama dengan bermain semasa pertandingan.. ;)

Sekarang ini kalau orang tanya saya pasal "opening".. saya tahu sebut jer.. Nama-nama "opening" yang saya masih ingat lagi adalah France, King Indian, Queen Indian, English, Duth, Benoni, Nimzo-Indian dan Scillian Dragon..

Tapi kalau orang suruh saya tunjukkan pergerakan untuk opening-opening yang saya sebutkan diatas.. Minta maaf saya memang dah tak ingat...

Bila difikirkan balik... Mungkinkah World Intervarsity Chess Championship pada tahun 2004 tersebut merupakan penamat "Career" saya dalam permainan catur... Mungkin Ya dan mungkin tidak.. Hanya Allah sahaja yang tahu....


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Hadiah Khas Untuk 1000 orang terawal

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Lama sunguuh rasanya tak berkesempatan hendak menulis blog.. Maklumlah ini merupakan kerja sampingan saya, jadi saya tak berkesempatan untuk meluangkan masa yang bayak..

Tapi pagi tadi saya ada menerima satu berita gembira melalui email.. Dalam email tersebut memaklumkan bahawa syarikat Semerbak Industries dengan bermurah hati nak bagi hadiah kepada 1000 orang yang terawal.. Macam menarik jer bunyinya..

Ini merupakan sebagai strategi promosi yang dibuat oleh syarikat Semerbak Industries yang akan melancarkan satu produk wangian yang unik dikenali sebagai CarSemerbak. Jadi, disebabkan teruja dengan hadiah ini, saya pun nak kongsi sedikit maklumat berkenaan dengan promosi yang sedang dibuat..

CarSemerbak merupakan sejenis pewangi kereta unik yang terdiri daripada 4 jenis wangian untuk memberikan wangian semerbak di setiap inci kereta anda untuk kesegaran berpanjangan sehingga 45 hari!


Seperti yang anda tahu bahawa pewangi kereta digunakan untuk menghilangkan bau-bau hapak yang terkumpul di dalam kereta kesan daripada penggunaan alat penyaman udara (air-conditioner) dan juga bau-bau yang tidak disenangi yang datang dari barang-barang pasar, buah-buahan seperti durian serta makanan-makanan lain yang dibawa masuk ke dalam kereta..

Dengan pewangi kereta CarSemerbak, anda hanya perlu menyangkut botol wangian pilihan anda di batang lampu signal atau batang wiper dan masih mampu mengeluarkan wangian yang kuat.

Tapi bagaimana pewangi kereta CarSemerbak mampu bertahan sehingga 45 hari penggunaan?
Nak cerita panjang-panjang pun tak larat.. jadi kalau nak tahu lebih lanjut saya syorkan anda dapatkan informasi selanjutnya dengan klik di Sini
Dalam promosi ini juga anda boleh mendapatkan hadiah daripada syarikat ini dengan klik disini

Hadiah ini diberikan KHAS untuk 1000 orang terawal yang bertuah. Selain itu, yang menariknya anda juga akan dibayar RM0.30 sen bagi setiap rakan yang anda perkenalkan untuk mendapatkan hadiah ini.



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..