Monday, January 31, 2011

Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan (Usahawan Internet Berjaya)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit kisah kejayaan 2 orang usahawan internet. Pesan orang tua-tua

"Sekiranya kita ingin menjadi seorang yang berjaya dalam sesuatu bidang, kita kena mencari seorang guru yang benar-benar arif dalam bidang tersebut"

Sebenarnya dalam perniagaan internet pun tidak terkecuali daripada lumrah tersebut. Ramai orang yang berjaya dalam perniagaan internet pada hari ini disebabkan mereka menimba ilmu dengan mencari maklumat demi maklumat tanpa mengenal erti putus asa.

Pada hari ini ramai usahawan internet yang telah berjaya dengan karier "part time" mereka pada awalnya dan bertukar menjadi karier "full time". Nama besar seperti Dr. Irfan Khairi mungkin sudah tidak asing lagi bagi pengguna-pengguna internet. Tetapi mungkin ada diantara kita yang jarang terdengar nama-nama usahawan internet lain seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Mawardee, Saudara Jamal, Muaz Hadi, Khairulnahar, Norizam Shah, Seth, Puan Sarah, Team Penang, Aboon dan ramai lagi..

Jika anda benar-benar berminat untuk menjadi usahawan internet, anda perlu mengikuti kisah-kisah kejayaan beberapa orang usahawan internet ini dan belajar daripada pengalaman mereka bagaimana mereka boleh berjaya dalam bidang ini walaupun pada awalnya mereka hanya melakukan perniagaan ini secara "part time" sahaja dari rumah.

Sebenarnya untuk menjadi seorang usahawan internet anda tidak semestinya menjual produk fizikal seperti yang saya lakukan. Anda juga boleh menjual produk digital seperti ebook, software, video dan sebagainya. Malahan produk-produk digital dapat memberikan lebih banyak keuntungan daripada menjual produk-produk fizikal.

Jadi pada hari ini saya ingin berkongsikan kisah kerjayaan 2 orang pakar perniagaan internet yang telah meraih pendapatan internet yang sangat lumayan dengan menjual produk digital. Beliau adalah saudara Patric Chan dan saudara Zamri Nanyan.

Siapa Patric Chan?

Berikut adalah sedikit latar belakang beliau yang telah saya perolehi melalui beberapa bacaan daripada internet:
  • Ramai usahawan internet mendapat testimoni kejayaan hasil tunjuk ajar beliau dan testimoni tersebut terdiri daripada orang biasa hinggalah penulis terlaris di New York Times.
  • Beliau telah berkecimpung di dalam bisnes ini semenjak tahun 2003 lagi, dan Beliau juga telah dijemput untuk memberikan seminar untuk topik perniagaan internet di lebih 11 negara semenjak tahun 2005 lagi.
  • Produk dan kursus beliau disyorkan dan dipromosikan oleh ramai guru perniagaan internet di seluruh dunia (menunjukkan yang produk beliau mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi.)
  • Beliau menjadi Jutawan internet atas usaha beliau sendiri - bukannya diwarisi.
  • Berdiri sama tinggi di pentas seminar bersama ramai penceramah bertaraf antarabangsa, yang juga telah menghasilkan jutaan dolar di internet, seperti Stephen Pierce, Matt Bacak, Mike Filsaime, Armand Morin, Adam Ginsberg, Dave Lakhani, Christopher Guerriero dan ramai lagi.
  • Mempunyai kredibiliti yang memudahkan beliau melakukan "Joint Venture" dengan guru pemasaran internet yang lain.
  • Kisah kejayaan beliau telah banyak kali dipaparkan di dalam akhbar dan majalah perniagaan.
  • Menerima anugerah daripada World Internet Summit setelah berjaya membuktikan beliau dapat menjana pendapatan melalui internet secara LIVE dalam masa 24 jam.
  • RHB Bank promosi seminar perniagaan internet beliau - tidak ada internet marketer yang dipromosikan oleh institusi perbankan sebelum ini.
 Baru-baru ini Patric Chan telah  bekerjasama dengan seorang pakar perniagaan Internet dari Malaysia iaitu Saudara Zamri Nanyan untuk menghasilkan satu produk perniagaan internet iaitu Bagaimana Cara Membuat Duit dengan Software

Zamri Nanyan dapat membuktikan bagaimana software yang diberikan dalam Pakar Software dapat mencipta sebuah aplikasi mudah dan sangat memberi manfaat kepada orang ramai.
Klik Di sini Untuk Mengetahui Maklumat Lanjut Tentang Pakar Software

Produk pakar Software ini mempunyai beberapa modul yang perlu anda ketahui:

Dalam modul 1 beliau ingin mendedahkan rahsia kejayaan sesebuah software. Disebabkan itu, ramai orang sangat "impress" dan kagum kepada Patric Chan dan Zamri Nanyan yang telah berjaya menghasilkan produk ini. Dari mula mencari idea buat software, kepada mencari seseorang untuk menghasilkannya sehingga menangani isu berkaitan penciptaan software semuanya didedahkan. 

Modul 2 pula menunjukkan bagaimana anda boleh hasilkan pendapatan melalui software... dan anda
tidak semestinya menjual software sahaja untuk buat duit. Terdapat 6 contoh yang diberikan cukup untuk membuatkan anda sibuk menyiapkan projek software anda. Dan contoh yang terakhirlah paling special kerana model inilah yang digunakan oleh Patric untuk menjana setengah juta RM.

Modul 3 pula memang straight-forward. Kalau anda berminat menjadi seorang usahawan internet dengan menjual software, inilah cara paling best!

Selain itu di laman web Pakar Software, Zamri Nanyan ada janjikan software yang dapat bina software.
Anda boleh Lihat sendiri bagaimana Zamri mencipta software simple beliau dengan "Bina Pakar Software" di URL berikut: 
http://www.youtube.com/watch?v=QUBa9uIyLkw
 
Zamri ingin berkongsikan video ini sebagai tutorial kepada semua orang supaya Zamri nak anda lihat sendiri bagaimana orang tak tahu programming pun boleh klik, klik dan klik untuk hasilkan software.
  
Jadi ini mungkin peluang yang terbaik untuk anda memulakan perniagaan internet pertama anda. Daripada tidak tahu nak jual apa bagi memulakan perniagaan internet dan menjadi seorang usahawan internet dengan menjual Software.

Dalam masa yang sama Zamri Nanyan turut memberi jaminan pulangan wang semula selama 30 hari bagi produk ini. Untuk maklumat lanjut tentang jaminan wang yang dijanjikan saya syorkan anda layari laman web ini:  

Setakat ini, inilah perkongsian maklumat yang paling menarik yang saya pernah temui untuk tahun 2011 ini. Satu benchmark yang tinggi telah diletakkan oleh Pakar Software untuk disaingi.

Tahniah Zamri Nanyan Dan Patric Chan di atas informasi berguna ini! Secara tidak langsung anda telah membantu ramai orang yang ingin memulakan perniagaan internet tetapi tidak tahu produk apa yang sesuai untuk dipasarkan di internet.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan tentang pakar Software ini, anda boleh sertai teleseminar Pakar Software yang akan diberikan oleh Zamri Nanyan secara PERCUMA. Untuk maklumat lanjut tentang Teleseminar tersebut anda boleh klik pada pautan berikut:


  







Read more...

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Bahagian 5)

Ujian MBTI untuk Kod 4:
Menguji samada anda dalam golongan Judger (J) ataupun  Perceiver (P)

Sila beri maklum balas dengan memilih samada Setuju (S)/Tidak Setuju(T) kepada setiap penyataan tersebut:
  1. Saya mempunyai senarai perkara yang perlu dilakukan (S/T)
  2. Saya bukanlah seorang yang tidak fokus. Cuma saya mempunyai cara tersendiri melakukannya(S/T)
  3. Saya tidak suka perkara yang belum diputuskan (S/T)
  4. Saya biasanya menunggu saat akhir bagi menyiapkan sesuatu tugasan (S/T)
  5. Saya mementingkan masa (S/T)
  6. Saya seorang yang fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan (S/T)
  7. Saya memastikan semua cukup sebelum memulakan sesuatu tugas (S/T)
  8. Saya berehat jika saya mahu berehat (S/T)
  9. Saya menghabiskan kerja saya terlebih dahulu sebelum berehat (S/T)
  10. Saya suka melakukan tugasan baru walaupun tugasan  lama belum disiapkan (S/T)
 Sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda berdasarkan ujian MBTI untuk kod 4, sila emailkan maklum balas anda terhadap sepuluh pernyataan di atas kepada anuarmarsib@gmail.com
  
Contoh email:
 ---------------------------------------------------------------------------

Tajuk email: Personaliti saya berdasarkan Ujian MBTI untuk Kod 4
Nama:

Respon saya terhadap sepuluh pernyataan adalah seperti berikut:

  
1.S
2.S
3.S
4.S
5.S
6.T
7.T

8.T
9.T
10.T
---------------------------------------------------------------------------

Nota: email anda akan di balas dalam tempoh 1-3 hari daripada email dihantar. Anda juga boleh meminta rakan, pasangan atau kenalan anda memberi respon terhadap 10 pernyataan ini sekiranya anda ingin mengetahui personaliti mereka
Read more...

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Bahagian 4)

Ujian MBTI untuk Kod 3:

Menguji samada anda dalam golongan Thinker (T) ataupun Feeler (F)

Sila beri maklum balas dengan memilih samada Setuju (S)/Tidak Setuju(T) kepada setiap penyataan tersebut:

  1. Saya tidak mahu emosi memepengaruhi diri saya  (S/T)
  2. Saya selalu dikatakan terlalu sensitif (S/T)
  3. Saya berfikir berdasarkan logik dan rasional (S/T)
  4. Saya suka dihargai (S/T)
  5. Saya suka berdebat dan mempertahankan pendapat saya (S/T)
  6. Kadangkala saya mengalami masalah memberitahu apa yang saya mahu (S/T)
  7. Kawan saya mengatakan saya tidak mengambil kira pendapat orang lain pun (S/T)
  8. Saya suka bercakap mengenai perhubungan dan emosi (S/T)
  9. Saya tidak malu memperbetulkan kesilapan orang lain (S/T)
  10. Saya sukar hendak memberitahu kawan saya yang saya kurang bersetuju dengan pendapatnya  (S/T)

 Sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda berdasarkan ujian MBTI untuk kod 3, sila emailkan maklum balas anda terhadap sepuluh pernyataan di atas kepada anuarmarsib@gmail.com
Contoh email:
--------------------------------------------------------------------------- 
Tajuk email: Personaliti saya berdasarkan Ujian MBTI untuk Kod 3
Nama:

  
Respon saya terhadap sepuluh pernyataan adalah seperti berikut: 

1.S
2.S
3.S
4.S
5.S
6.T
7.T
8.T
9.T
10.T 
---------------------------------------------------------------------------

Nota: email anda akan di balas dalam tempoh 1-3 hari daripada email dihantar. Anda juga boleh meminta rakan, pasangan atau kenalan anda memberi respon terhadap 10 pernyataan ini sekiranya anda ingin mengetahui personaliti mereka
Read more...

Sunday, January 30, 2011

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Bahagian 3)

Ujian MBTI untuk Kod 2:
Menguji samada anda dalam golongan Sensor (S) ataupun Intuitif (N)

Sila beri maklum balas dengan memilih samada Setuju (S)/Tidak Setuju(T) kepada setiap penyataan tersebut:

1.Saya suka membangunkan kemahiran yang sedia ada (S/T)
2.Saya suka menggunakan analogi atau contoh apabila menerangkan sesuatu(S/T)
3.Saya adalah seorang yang praktikal dan realistik (S/T)
4.Saya suka meramal dan sukar memberi fokus pada keadaan sekarang (S/T)
5.Saya sukakan tugasan yang melibatkan tangan seperti memasang alat permainan (S/T)
6.Saya suka kepada gambaran yang besar dan tidak suka perkara yang terlalu terpeinci  (S/T)
7.Saya lebih berminat pada fakta berbanding teori (S/T)
8.Saya kurang memberi perhatian kepada keadaan yang berlaku sekarang (S/T)
9.Saya tidak suka meramal dan selesa memberi fokus pada apa yang ada (S/T)
10.Saya memikirkan masa hadapan dan tidak suka perkara rutin (S/T)

Sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda berdasarkan ujian MBTI untuk kod 2, sila emailkan maklum balas anda terhadap sepuluh pernyataan di atas kepada anuarmarsib@gmail.com



Contoh email:


---------------------------------------------------------------------------


Tajuk email: Personaliti saya berdasarkan Ujian MBTI untuk Kod 2
Nama:


Respon saya terhadap sepuluh pernyataan adalah seperti berikut:


1.S
2.S
3.T
4.S
5.T
6.S
7.T
8.S
9.S
10.S


---------------------------------------------------------------------------

Nota: email anda akan di balas dalam tempoh 1-3 hari daripada email dihantar. Anda juga boleh meminta rakan, pasangan atau kenalan anda memberi respon terhadap 10 pernyataan ini sekiranya anda ingin mengetahui personaliti mereka
Read more...

Tuesday, January 25, 2011

Minggu Terakhir "Contest" Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2

Pejam celik-pejam celik sudah hampir sampai ke penghujungnya "Contest" Giveaway pertama blog Sembang Hari2 ini berlangsung..

Rasa seronok disebabkan inilah julung-julung kalinya "contest" ini saya anjurkan dan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger begitu menggalakkan. Setakat hari ini terdapat sebanyak 100 buah blog yang turut sama mengambil bahagian dalam "contest" ini. Terima kasih di atas penyertaan anda semua. Tanpa anda semua siapalah saya.. Chewah.. ;)

Untuk makluman anda semua "contest" ini akan tutup pada 31 Januari 2011. Jadi bagi rakan-rakan blogger yang belum menyertai "contest" ini anda masih berpeluang untuk berbuat sedemikian pada minggu yang terakhir ini.

Setakat ini terdapat beberapa buah blog yang begitu aktif mendorong rakan-rakan blogger untuk menyertai "contest" ini. Dan mereka dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hadiah pendorong terbanyak keseluruhan.

MamiuyunContest telah berjaya mendorong 10 buah blog menyertai "contest" ini.
Namarul-Contest telah berjaya mendorong 4 buah blog menyertai "contest" ini
Nellythestrange telah berjaya mendorong 9 buah blog menyertai "contest" ini
Zai Kulim telah berjaya mendorong 19 buah blog menyertai "contest" ini


Tuan rumah hanya berjaya mendorong 10 buah blog menyertai "contest" ini

 dan juga terdapat blog-blog lain yang tidak kurang juga hebatnya. Namun atas keterbatasan masa, saya tidak dapat untuk menulisnya satu persatu..

Walaupun kelihatan hadiah pendorong terbanyak keseluruhan seakan sudah mempunyai pemenang, namun begitu "contest" ini masih berjalan selama seminggu dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ianya diibaratkan sebagai sebuah permainan bola sepak. Baki masa 1/5 masa perlawanan boleh merubah segala-galanya.. ;)

Justeru itu bagi anda yang berminat untuk memenangi hadiah pendorong terbanyak keseluruhan dan juga hadiah tempat pertama hingga ke 3, inilah masa yang sebaik-baiknya untuk anda menyertai "contest" ini.

Maklumat lanjut tentang "contest" ini, anda boleh lihat 2 syarat berikut:
Semoga Berjaya

Read more...

Sunday, January 23, 2011

Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sini ada berita baik kepada semua rakan-rakan blogger..

Hari ini, rakan saya iaitu Amirul Hafiz berbesar hati ingin memberikan anda...
Video 6 Senjata Utama Nuffnang
berkenaan dengan cara beliau menjana pendapatan dengan Nuffnang yang beliau rakamkan sendiri...

Klik di sini untuk muat turun video tersebut secara PERCUMA

Beliau sebenarnya sudah 4 tahun mula terlibat menjana pendapatan dengan Nuffnang sejak beliau belajar
di universiti lagi...

Dalam tempoh beberapa bulan ini, beliau berjaya menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan dari Nuffnang...

Salah satu blog beliau yang beliau usahakan menjana lebih dari 4 angka...
http://rahsianuffnang.com/buktinuffnang.jpg

Justeru, jika anda berminat untuk mengetahui apakah RAHSIA disebalik kejayaan beliau tersebut,
saya sarankan agar anda muat turun video ini sekarang juga!

Klik di sini untuk mendapatkan video tersebut secara PERCUMA

Tips yang berinformasi ini diharap dapat membantu lebih ramai rakan-rakan blogger menjana pendapatan tambahan melalui nuffnang pada tahun 2011 ini..

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada URL di bawah..


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Read more...

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Bahagian 2)

Ujian MBTI untuk Kod 1:
Menguji samada anda dalam golongan Ekstrovert (E) ataupun Introvert (I)

Soalan : Apakah pusat fokus perhatian anda?

Sila beri maklum balas dengan memilih samada Setuju (S)/Tidak Setuju(T) kepada setiap penyataan tersebut:
  1. Saya suka menjadi pusat perhatian ramai (S/T)
  2. Saya mempunyai kemampuan mencari topik perbualan (S/T)
  3. Saya mengelakkan diri daripada menjadi tumpuan ramai (S/T)
  4. Saya banyak menghabiskan masa bersendirian (S/T)
  5. Saya mempunyai ramai kawan (S/T)
  6. Kawan mengatakan saya seorang yang pemalu (S/T)
  7. Saya suka melakukan kerja bersendirian (S/T)
  8. Kawan mengatakan saya seorang yang peramah (S/T)
  9. Saya selesa apabila diminta dengan kenalan baru (S/T)
  10. Saya lebih suka menunggu orang menegur saya dahulu daripada saya menegur mereka (S/T)
Sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda berdasarkan ujian MBTI untuk kod 1, sila emailkan maklum balas anda terhadap sepuluh pernyataan di atas kepada anuarmarsib@gmail.com


Contoh email:
---------------------------------------------------------------------------
Tajuk email: Personaliti saya berdasarkan Ujian MBTI untuk Kod 1
Nama:

Respon saya terhadap sepuluh pernyataan:
  1. S
  2. S
  3. T
  4. S
  5. T
  6. S
  7. T
  8. S
  9. S
  10. S
---------------------------------------------------------------------------

Nota: email anda akan di balas dalam tempoh 1-3 hari daripada email dihantar. Anda juga boleh meminta rakan, pasangan atau kenalan anda memberi respon terhadap 10 pernyataan ini sekiranya anda ingin mengetahui personaliti mereka
Read more...

Ujian MBTI(Myer-Briggs Type Indicator) (Siri pertama)

Adakah anda pernah mengambil Ujian MBTI?

Ujian ini dapat membantu kita mengenali personaliti kita dan orang lain yang berada di sekitar kita.
Ujian ini sesuai digunakan oleh:
  1. Orang dewasa yang ingin memilih kerjaya berdasarkan kebolehan dan minat
  2. Guru yang menggunakannya supaya proses pembelajaran menjadi seronok
  3. Organisasi yang mahu meningkatkan komunikasi, kerja berkumpulan, dan kepimpinan para pekerja
  4. Individu yang mahu memahami personaliti ahli keluarga atau rakan-rakan mereka
MBTI merupakan ujian berdasarkan kepada 8 kod penting yang menjurus kepada perlakuan individu. Setiap daripadanya berpasangan, ini bermaksud terdapat 4 pasangan bagi satu set kod ini. Setiap pasangan membawa makna tertentu. Berikut merupakan sedikit gambaran tentang pasangan bagi setiap kod:

1.   Apakah pusat fokus perhatian anda?
      Kod 1: Ekstrovert (E) ataupun Introvert (I)

2.   Bagaimana anda mengumpul maklumat?
      Kod 2: Sensor (S) ataupun Intuitif (I)

3.   Bagaimana anda membuat keputusan?
      Kod 3: Thinker (T) ataupun Feeler (F)

4.   Bagaimana anda berinteraksi dengan dunia luar?
      Kod 4: Judger (J) ataupun Perceiver (P)

Untuk mengetahui tentang kod-kod ini dan juga untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang personaliti berdasarkan kod dalam ujian MBTI, tunggu siri yang ke dua
Read more...

Wednesday, January 19, 2011

Muat Turun 3 Video Secara Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingun berkongsikan email terbaru yang saya terima daripada seorang Usahawan Internet..

Produk terbaru dari Zamri Nayan (IM) berjudul Pakar Software akan dilancarkan pada 25 Januari
nanti, pada hari Selasa pukul 8:00 Pagi.

Sebelum produk ini delancarkan beliau ingin menghadiahkan 3 video secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan video tersebut secara PERCUMA.
Video 1: Kenapa anda MESTI menjadi Software marketer
Video #2: Temuramah Eksklusif Zamri Nanyan & Patric Chan
Video #3: Patric Dedah Rahsia

Klik di sini Untuk memuat turun 3 video ini secara Percuma sekarang juga.

Nota: Patric Chan merupakan jutawan dari Malaysia yang telah berjaya meraih pendapatan di luar negara menerusi internet hanya bekerja dari rumah.
Read more...

Sunday, January 16, 2011

Rancangan Warung Kita ke Bintulu

Bestnya semalam tengok rancangan Astro: warong kita musim ke 3 di Sarawak yang di hostkan oleh Along Raja Lawak..


Jangan Lupa untuk mengikuti Rancangan Warung Kita di Astro Prima
Sabtu : 9:30am
Ahad : 6pm
Khamis : 7pm

Semalam Along pergi ke tempat-tempat makan yang menarik di Bintulu, Sarawak.. Beliau sempat singgah di Pasar Tamu, Bintulu sambil beli belacan.. ;)

Kemudian along juga sempat pergi ke kedai makan selera kampung.. Bukan main sedap lagi masakan yang diorder.. Ada Nasi Burung Puyuh Penyek, Burung Puyuh masak Bodo, Udang masak Bodo dll..

Minggu lepas saya makan dekat Kedai selera kampung ni.. Tapi tak terfikir pula nak makan Nasi Burung Puyuh Penyek.. Sekali tengok along raja lawak makan, rasa nak pergi lagi sekali makan dekat sana.. hehehe..

Makanan yang saya order hari tu Sup Ayam, Ikan Bawal "Sweet Sour", udang goreng tepung, sotong goreng tepung dan sayur..

So, lepas ni kalau anda pergi bintulu jangan lupa singgah di Warong Selera Kampung. Ianya terletak berhadapan dengan Farley, Bintulu..


Read more...

Meraikan perpisahan rakan sekerja..

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu kepada semua pembaca blog sembang hari2..

Syukur Alhamdulillah, pada pagi ini sempat saya curi-curi masa untuk update blog sembang hari2 setelah agak sibuk pada minggu lepas..

Minggu lepas saya masuk ke jabatan yang baru, jadi sibuk kemas barang, susun barang, siapkan kerja-kerja di jabatan yang lama dan nak sesuaikan diri di jabatan yang baru.. huhuhu..

Sambil-sambil tu melayan majlis-majlis rakan-rakan yang berpindah ke semenanjung.. Majlis yang terakhir sekali yang saya hadiri pada minggu lepas adalah majlis Abang 3A...

Staf JMSK menyanyikan lagu untuk Abang 3A yang diraikan

Anak2 staf turut bersama ibu2 mereka menyanyi.. Tiba2 anak siapa la pula ni.. ;)

Hadiah kenang-kenangan dari Staf JMSK untuk Abang 3A disampaikan oleh pengarah

Sambutan Hari Lahir secara beramai-ramai (Dari bulan September hingga Disember)..
2 orang heroku pun join sekali.. ;)

Sambil meraikan majlis perpisahan Abang 3A, terdapat juga majlis meraikan sambutan hari lahair bagi beberapa orang staf JMSK yang lahir pada bulan Sepetember hingga Disember.. Satu langkah penjimatan.. Meraikan sambuatan hari lahir beberapa orang sekali gus ;)

Berbalik kepada yopik utama... Tahun ini dah ada 17 orang berpindah kembali ke wilayah asal mereka.. Kepada yang berpindah saya ucapkan selamat berpindah dan semoga bergembira di tempat kerja yang baru..

Kepada yang yang tidak berjaya berpindah, jangan kecewa.. teruskan dengan kerja-kerja kita mendidik anak bangsa di Mukah.. Insya Allah rezeki kalian akan tiba juga pada suatu hari nanti..

Pada kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah buat abang 3A sekeluarga, terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan kepada abang sekeluarga sepanjang perkenalan kita.. Semoga success di tempat kerja yang baru.. 
Read more...

Friday, January 14, 2011

Pakej ebook : Bisnes Part time

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera pada pagi Jumaat ini. Sempena hari yang baik ini saya ada berita gembira buat anda yang sering mencari idea inginkan pendapatan tambahan dengan
melakukan bisnes secara parttime.



Seorang wanita yang merupakan usahawan internet (IM) telah mencurahkan satu perkongsian buat rakan-rakan yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan didalam pakej ebook Bisnes Part Time!

Didalam pakej ini terkandung:

Modul Pertama (33 Mukasurat): 
Bisnes PartTime VS Kerja PartTime
- Pengenalan mengenai Bisnes PartTime,
- Perbezaan Bisnes PartTime dan Kerja PartTime
- Langkah demi Langkah memulakan Bisnes Part Time
- Rumusan Kebaikan , Kekurangan dan Risiko

Modul Kedua (58 Mukasurat):
4 Jenis Sungai Perniagaan Yang sentiasa mengalirkan wang dan tidak pernah putus
- Pendedahkan 4 aliran wang yang menguntungkan
- Cara memilih Bisnes PartTime
- Cabang yang berkaitan dengan 4 Jenis Sungai Wang.
- Cara / kaedah paling jimat memulakan Bisnes PartTime
- Cara pengiraan margin modal dan keuntungan
- Kisah kejayaan tokoh-tokoh yang telah berjaya melalui 4 sungai perniagaan ini

Modul ketiga (30 Mukasurat) : 
Tips Maintain Bisnes PartTime
- Info maintain yang berguna untuk dimanfaatkan
- Tips Bijak wang daripada seorang Jutawan
(Bagaimana seorang jutawan boleh memperolehi RM1,000,000.00 dalam a/c simpanan kurang 4 tahun dari sekarang dan bebas hutang
- Teknik Killer Pemasaran Bisnes Internet yang paling popular dan berkesan digunakan untuk perniagaan Online atau Offline

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang panduan bisenes Part Time ini, saya syorkan anda klik pada banner di bawah untuk melayari laman web beliau..


Read more...

Tuesday, January 11, 2011

Jalan-jalan di Bintulu sekejap..

Sambil-sambil pergi taman negara Similajau, sempat jugalah kami curi-curi masa pergi ke bandar Bintulu..
Namun begitu tak sempat nak ambil gambar keseluruhan perjalanan kami..

Cuma sempat ambil gambar pada ketika berada di Pasar Tamu dan pasar Utama Bintulu..

Pemandangan dari jauh Pasar Utama Bintulu

Pasar Utama Bintulu terletak di Tepi Sungai

Pintu gerbang Pasar Utama Bintulu


Pemandangan Di Tepi Sungai

Isteri saya sempat beli Durian Belanda..

Belacan Bintulu yang digemari oleh penggemar-penggemar belacan

Bagi kawan-kawan saya yang menggemari belacan, mereka suka makan belacan yang dibeli dari Miri dan Bintulu.. Menurut mereka belacan tersebut lebih sedap (nyaman) berbanding belacan yang didapati dari semenanjung.. Kepada penggemar-penggemar belacan, kalau nak tahu rasa belacan Bintulu ni boleh lah cuba.. ;)

                                    

Pada hari Ahad (9 Januari 2011) program PRSMath tamat pada jam 12 tengahari..

Walaupun masa yang ada terlalu singkat namun kami sekeluarga sempat juga "window shopping" di farley, Bintulu sambil jalan-jalan cari makan.. ;)

Kemudian, kami bertolak pulang ke Mukah pasa jam 3.45 petang.. Alhamdulillah nasib baik cuaca pada hari tersebut agak baik.. Kami berjaya sampai ke Mukah pada jam 6.18 petang..

Walaupun letih sekalipun hari Isnin tetap kena masuk kerja..



Read more...

Program PRSMath di Taman Negara Similajau, Bintulu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog sembang Hari2.. Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera..

Saya agak sibuk pada hari minggu baru ini dan tidak berkesempatan untuk mencoret sesuatu di blog ini selama 2 hari tersebut (Sabtu & Ahad).. Pada ketika itu saya berada di taman negara Simalajau Bintulu untuk membantu rakan-rakan saya menjayakan program Pembimbing Rakan Sebaya (PRSMath)

Para peserta program terdiri daripada pelajar semester 1


Antara pengisian program
ps: Terdapat peserta kecil yang turut hadir ;)

Anakku juga turut serta dalam program ini ;)

Antara aktiviti pogram

Anakku Haikal turut bersama abang-abang fasilitator ;)


Peserta-peserta sedang sibuk kehulu kehilir..

Pemandangan hostel kediaman dari laut..




Pada ketika ini laut sedikit tenang berbanding hari2 sebelumnya


Secara keseluruhannya, seronok juga kendalikan program seperti ini.. Sebenarnya dah lama tak join program berbentuk kem motivasi seperti ini..

Cuma, kami pergi ke Taman Negara Simalajau bukan masa yang sesuai. Pada ketika ini musim hujan dan laut bergelora.. Tak dapat nak mandi dan tak sempat nak jungle tracking..

Kebanyakan aktiviti hanya dibuat di dalam dewan sahaja.. Aktiviti luar hanya sempat dibuat pada petang sehingga malam pada hari kedua dan hari yang ketiga..

Menurut pekerja di Taman Negara Similajau, masa yang paling baik untuk datang ke sini adalah pada bulan Mac dan April.. Masa tu laut tenang dan kalau ada rezeki dapat tengok Ikan Lumba-lumba (Dolphine)..

Read more...

Monday, January 3, 2011

Pemandangan waktu petang dari Pasar Mukah..

Pemandangan waktu petang yang dapat dilihat dari pasar lama Mukah..

Gambar-gambar ini ditangkap sewaktu menunggu ikan merah yang saya beli disiang oleh penjual ikan..

Ikan fresh yang baru "dilontarkan" oleh nelayan dari botnya.

Bot-bot yang terdapat di Jeti

Pemandangan Sungai dari pasar mukah

Ikan merah yang saya beli telah siap disiang..

Harga ikan sekarang ni saya pun tak pasti mahal atau murah berbanding harga ikan di semenanjung.. Suatu ketika dahulu harga ikan di pasar mukah ni memang murah.. Pada ketika itu kebanyakan ikan-ikan yang di tangkap di sini dijual di bandar Miri, kerana ikan dapat dijual dengan agak mahal di Miri berbanding di Mukah.

Tetapi pada hari ini harga ikan di pasar Mukah dah hampir sama dengan harga ikan di tempat-tempat lain.. Ikan Merah yang saya beli ini dijual pada harga RM17 sekilo. Kalau nak bandingkan dengan harga pasaran disemenanjung saya tak pasti lah pula.. Sebab jarang membeli ikan besar2 di semenanjung..

Read more...

Saturday, January 1, 2011

Pencapaian azam ku pada tahun 2010

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada para pembaca setia blog Sembanghari2.blogspot.com

Saya mengambil kesempatan ini sempena anak-anak masih dibuai mimpi untuk mencoretkan perkara signifikan yg berlaku dlm hidup saya sepanjang tahun 2010. Berikut adalah beberapa perkara/peristiwa tersebut:

1)Kematian bapa saudara tetapi tidak berkesempatan untuk melawat

2)Mengambil pembantu rumah warga Indonesia selama sebulan sahaja dan kemudian memulangkan kembali kepada ejen pembantu rumah

3)Tertinggal kapal terbang sewaktu penerbangan dari LCCT ke Sibu

4)Berjaya menulis ebook pertama walaupun masih terdapat banyak ruang penambah baikan

5)Mempunyai blog yang kedua http://discount-hari2.blogspot.com/

6)Rumah emak di kampung yang sudah 70% siap..

7) Melancarkan giveaway pertama blog http://sembanghari2.blogspot.com/

8) dan lain-lain

Tapi dalam banyak-banyak perkara yang cuba diusahakan masih terdapat beberapa perkara yang masih belum selesai atas kekangan masa dan kemahiran. Diantara perkara yang belum selesai adalah:

1) Menyiapkan blog perniagaan http://www.diskaunhari2.com/
2) Menyiapkan blog perkongsian ilmu http://www.cariilmu.net/
3) Menyiapkan laman web jualan http://www.pakejmrr4u.com/
4) Menyiapkan beberapa ebook tambahan untuk dijual secara pakej di laman web pakejmrr4u.com
5) Tidak menyertai sebarang pertandingan catur sepanjang tahun 2010..

Tuhan bagi kita masa 24 jam sehari. Tapi walaupun saya dah cuba menggunakan semaksimum masa yang ada, tetapi masih banyak lagi kelemahan saya dari segi pengurusan masa. Akhirnya saya terpaksa akur bahawasanya saya tidak cukup masa dan tidak sempat untuk meningkatkan kemahiran bagi menyelesaikan kesemua kerja-kerja yang perlu diselesaikan sebagai seorang IM secara bersendirian.

Atas permasalahan ini, sekiranya ada rakan-rakan IM atau blogger yang sudi untuk membantu saya bagi menyiapkan kerja-kerja yang tidak berjaya saya selesaikan sepanjang tahun 2010 boleh hubungi saya..

Kelayakan, rakan join venture:

1) Mahir dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop
2) Mempunyai Kemahiran dalam kerja2 membangunkan blog dan laman web

Kalau berminat boleh emailkan nama dan no. telefon di anuarmarsib@gmail.com

Semoga semua pembaca dapat menyelesaikan azam tahun baru 2010 dan mencapai azam tahun baru 2011 dengan jayanya.. Sekian sahaja coretan saya pada kali ini..
Selamat Tahun Baru 2011

Read more...

Azam, Matlamat dan Kegagalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 
Sempena tahun baru pada kali ni saya terpanggil untuk menulis sedikit perkongsian tentang Azam, matlamat dan kegagalan..

Sebagai seorang manusia yang berfikiran positif, masing-masing tentu sudah mempunyai azam tahun baru pada kali ini. Setiap azam akan disusuli oleh matlamat anda untuk mencapainya. Boleh saya tahu tak apa azam dan matlamat kalian semua? Adakah azam dan matlamat kalian realistik untuk dicapai? Maksud realistik adalah azam dan matlamat tersebut mampu anda capai dan ianya bukan angan-angan kosong semata. Dan azam anda bukanlah sesuatu perkara yang terlalu besar yang mustahil untuk dicapai dalam masa setahun.

Sebagai contoh azam dan matlamat yang mustahil untuk dicapai dalam tempoh setahun adalah seperti berikut:-

  1. Anda baru mula bekerja setelah tamat pengajian dan baru mula membuat simpanan; Azam anda adalah untuk menabung pada setiap bulan dengan matlamat untuk menjadi jutawan pada tahun 2011.
  2. Anda baru belajar bermain squash; Azam anda adalah untuk menyertai semua kejohana dunia dan bermatlamat untuk menjadi pemain squash nombor satu dunia pada tahun 2011

Jadi saya harap tidak ada di kalangan kita yang mempunyai azam dan matlamat setinggi gunung seperti contoh di atas. Ini kerana azam dan matlamat tersebut lebih layak dikenali sebagai angan-angan mat Jenin..

Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai azam dan matlamat yang jelas dan realistik untuk dicapai pada tahun-tahun sebelum ini tetapi masih menemui kegagalan?

Adakah anda akan berputus asa dengan usaha anda selama ini? dan menganggap mustahil untuk anda berjaya mencapai azam dan matlamat yang diiinginkan.

Sebagai contoh:

  1. Anda mahu lulus cemerlang dalam setiap pelajaran dan mendapat nombor 1-10 di dalam kelas; Tetapi setakat ini anda hanya mampu mendapat markah C,D,E dan F untuk semua mata pelajaran.
  2. Anda seorang peniaga dan matlamat anda adalah untuk memperolehi keuntungan bersih sekitar RM4000 sebulan; Tapi setakat ini anda hanya mempu meraih keuntungan bersih sekitar RM500-RM2000 sebulan

Jadi atas keadaan tersebut dan beberapa keadaan lain anda merasakan diri anda gagal, gagal, gagal dan terus gagal.. Adakah anda boleh berjaya pada suatu hari nanti?

Untuk menjawab soalan tersebut saya ingin memperkenalkan anda dua orang guru kegagalan. Seorang adalah saintis dan seorang adalah pakar dalam bidang masakan.

Saintis yang saya maksudkan adalah Thomas Edison orang yang bertanggungjawab mencipta mentol elektrik.Beliau telah menempuhi 1999 kegagalan sebelum berjaya pada usahanya kali ke 2000. Apabila ditanya adakah beliau menganggap gagal berdasarkan percubaan beliau pada kali ini, beliau hanya menjawab, "Saya tidak gagal. Saya hanya tidak menemui cara untuk tidak menciptanya"

Pakar dalam bidang masakan yang saya maksudkan pula adalah Kolonel Sanders, insan yang bertanggung jawap memperkenalkan KFC. Beliau mempunyai satu resepi rahsia ayam goreng. Namun begitu banyak kedai menolak resepi beliau pada permulaannya sehingga percubaan kali ke 1009.

Lihat pada kegigihan tokoh-tokoh guru kegagalan di atas. Adakah anda telah menempuhi kegagalan sebanyak yang telah mereka tempohi?

Setiap orang tidak akan dapat lari daripada melalui kegagalan. Kita perlu menganggap kegagalan sebagai sesuatu yang membina dan kita perlu berani menempuhinya. Sekiranya anda takut menempuhi kegagalan anda akan takut untuk bertindak bagi mencapai matlamat dan impian yang anda inginkan. Jadikan kegagalan sebagai guru kepada anda untuk anda mencari ruang bagi memperbaiki kegagalan tersebut..

Insya Allah sekiranya anda melakukan sesuatu perkara secara tekun dan sabar, walaupun anda gagal beberapa kali pada sepanjang usaha tersebut dijalankan tetapi anda akan berjaya juga pada akhirnya. Jadi berpeganglah pada kata-kata motivasi ini:

"Anda tidak pernah gagal dalam usaha untuk terus mencuba bagi mencapai kejayaan yang anda harapkan. Tetapi anda gagal sekiranya anda berputus asa dan berhenti untuk terus mencuba"

Fikir-fikirkanlah kata-kata tersebut sempena tahun baru 2011 ini. Selamat tahun baru kepada semua dan semoga anda telah mempunyai azam tahun baru dan berusaha untuk mencapainya. Semoga berjaya..
   
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..