Adakah anda pernah mengambil Ujian MBTI?
Ujian ini dapat membantu kita mengenali personaliti kita dan orang lain yang berada di sekitar kita.
Ujian ini sesuai digunakan oleh:
- Orang dewasa yang ingin memilih kerjaya berdasarkan kebolehan dan minat
- Guru yang menggunakannya supaya proses pembelajaran menjadi seronok
- Organisasi yang mahu meningkatkan komunikasi, kerja berkumpulan, dan kepimpinan para pekerja
- Individu yang mahu memahami personaliti ahli keluarga atau rakan-rakan mereka
1. Apakah pusat fokus perhatian anda?
Kod 1: Ekstrovert (E) ataupun Introvert (I)
2. Bagaimana anda mengumpul maklumat?
Kod 2: Sensor (S) ataupun Intuitif (I)
3. Bagaimana anda membuat keputusan?
Kod 3: Thinker (T) ataupun Feeler (F)
4. Bagaimana anda berinteraksi dengan dunia luar?
Kod 4: Judger (J) ataupun Perceiver (P)
Untuk mengetahui tentang kod-kod ini dan juga untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang personaliti berdasarkan kod dalam ujian MBTI, tunggu siri yang ke dua
No comments:
Post a Comment