Thursday, August 4, 2011

Blogger terkenal dapat RM5,241.97 dari Nuffnang pada bulan ini..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat berpuasa diucapkan buat umat islam yang sedang menunaikan rukun Islam ke tiga.. Semoga amal ibadah kita pada bulan ini diterima olehNYA..

Nampak menarik tajuk entri saya pada kali ini.. Satu pendapatan yang agak besar di perolehi oleh seorang blogger terkenal pada bulan ini.. hanya melalui penulisan blog..

RM5,241.97 merupakan satu nilai yang besar.. Hampir dua kali ganda gaji saya.. huhuhu.. Itulah realiti.. Pendapatan yang diperolehi oleh Cik Epal pada bulan ini melalui pengiklanan Nuffnang.. 


Tahniah diucapkan kepada Cik Epal.. Murah rezeki pada bulan Ramadhan ini.. Nampak gayanya besar duit raya yang Cik Epal perolehi pada kali ini dari pihak Nuffnang..

Jangan lupa bersedekah atau belanja kawan-kawan makan.. supaya Cik Epal dapat lebih murah rezeki pada masa akan datang.. Amin..

Blog sembang Hari2 tak seglamour blog Cik Epal.. Dapatlah juga income dari Nuffnang.. Tetapi terlalu kecil nilainya.. Mungkin belum sampai masanya untuk saya meraih pendapatan seperti Cik Epal..

Ialah nak update blog pun tak berkesempatan.. Salah satu tips untuk menjana pendapatan dengan nuffnang adalah kena rajin update blog..

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi blogger berjaya macam Cik Epal, Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Red Mummy dan sebagainya.. Kenalah rajin-rajinkan diri buat entri sekurang-kurangnya 3 entri seminggu..

Bagi anda yang masih bujang, kurang komitmen bersama keluarga mungkin boleh meluangkan banyak masa untuk menulis blog..

Orang dah kahwin macam saya ni, nak aktif menulis blog kena curi-curi masa semasa di rumah.. Itu sebab kadang ada entri terbaru.. dan kadang tu sampai sebulan tak ada sebarang entri...

Nak buat macamana dua orang anak saya (Adam dan Haikal) sangat berminat dengan komputer.. Bila ada sahaja komputer yang dipasang, mereka berebut nak main game dan surve internet.. tengok cerita kartun..

Jadi kita sebagai orang tua kenalah beralah.. Untuk mengelakkan anak-anak dari terlalu asyik mengadap komputer, kita sendiri pun tak usah lah mengadap komputer.. Jadi saya hanya berpeluang mengadap komputer tatkala anak-anak sedang tidur..

Walaubagaimanapun, kepada rakan-rakan blogger lain saya mengucapkan selamat berjaya meraih pendapatan yang baik dari Nuffnang..

Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..