Tuesday, October 19, 2010

Ayam Oh Ayam di Pasar Sibu..

Sebut sahaja pasal ayam kadang tu ianya memberi satu maksud yang lain bagi sesetengah orang. Tetapi ayam yang saya maksudkan merupakan ayam sebenar yang di jual di Pasar Sibu..

Pada pertama kali saya sampai ke pasar Sibu, agak terkejut juga saya melihat ayam-ayam ini. Kesemua ayam ini diikat dan dibungkus dengan seurat Khabar untuk dijual secara hidup-hidup. Tengok sekali macam beli bunga di pasar sahaja.. Hehehe..

Suasana Di Pasar Sibu




Gambar Ayam-ayam yang telah dibungkus untuk di jual

Pada kebiasannya, pelanggan akan membawa ayam-ayam ini pulang ke rumah secara hidup-hidup. Jadi sekiranya mereka menggunakan pengangkutan awam sepeti teksi dan bot, ayam ini turut akan di bawa bersama dalam keadaan sepeti yang dapat anda lihat pada gambarajah di atas..

Pesanan Penaja : Lakukanlah urusan jual ayam secara halal. Jangan sesekali menjual ayam yang confirm tak boleh dimakan..

Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain waktu..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege





Get your own free form like this one.



Read more...

Monday, October 18, 2010

Ikan Fresh Murah! Murah!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang sedikit pengalaman yang saya lalui semasa hidup di Mukah Sarawak. Seperti yang pernah saya ceritakan pada Post-post terdahulu, Mukah merupakan kawasan nelayan. Ramai penduduknya mencari sumber pendapatan dengan hasil perikanan samada sumber laut atau sungai.

Semalam apabila saya mengambil anak saya di rumah pengasuah, mereka sedang membakar ikan beberapa kembung yang masih segar. Masa mula nak bakar saya dapat lihat keadaan ikan tersebut yang masih baru, dengan sisiknya yang berkilat. Untuk pengetahuan anda, keluarga pengasuh anak saya biasa makan ikan yang segar sahaja.

Menurut Abang Shahdan, biasanya ikan yang baru ditangkap akan terus di masak. Beliau tidak gemar memakan ikan yang telah disimpan ditempat beku (Frosen) sebelum dimasak, kerana akan hilang "feel" untuk menikmati ikan tersebut.


Ikan Kembung Besar Segar sedang di Bakar

Menurut Abang Shahdan ikan tersebut diberikan oleh kawan beliau yang turun ke laut pada hari tersebut. Pada ketika ini, harga ikan kembung besar ini agak mahal. Sekilo dijual pada harga sekitar RM10. Ikan yang rakan Abang Shahdan tangkap telah dibeli kesemuanya (120 kg) oleh seorang Tauke China dengan harga RM8 sekilogram.

Harga ikan di Mukah ini tidak menentu. Saya pernah di beri offer ikan ini dengan harga 3 kilo RM10, semasa bulan Ramadhan baru-baru ini iaitu sehari sebelum saya pulang ke semenanjung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau sekarang ada orang offer macam tu memang saya beli.

Berikut merupakan gambar yang sempat saya tangkap pada ketika itu, di mana ikan-ikan tersebut telah diserbu oleh orang ramai sejak dalam perahu lagi. Ikan masih tersangkut di jaring Pukat tetapi telah ditunggu oleh orang ramai untuk dibeli..

Pemandangan Di Jetty Mukah

Orang ramai tidak sabar untuk membeli ikan segar.
Murah! Murah! Murah! Harga Lelong, 3 kilo RM10


Seronoknya akak tu, dah dapat ikan..
Cuba tengok di Jety seberang sana, juga ada ikan yang sedang di punggah..


Ikan masih tersangkut dalam jaring Pukat, timbang dan plastik dah menunggu..


Steady Abang Shahdan, masih banyak lagi ikan tu..


Ramainya orang menunggu nak beli ikan sehingga ke saat-saat akhir..

Beginilah kisah kehidupan di Mukah.. Ada kalanya rezeki datang melimpah ruah.. Ketika gambar ini diambil, keadaan di sebuah jeti lagi juga sedang mengalami situasi yang sama.. Tetapi keadaan ini tidak kerap berlaku.. Ada masa-masa tertentu..

Jadi sekiranya anda berhasrat untuk datang ke Mukah, carilah masa-masa yang agak-agak sesuai.. Banyak perkara menarik ynag boleh anda terokai.. Antaranya menangkap udang Galah mabuk dengan tangan (Tanpa sebarang peralatan seperi sauk atau pancing). Perkara ini betul-betul berlaku pada tahun lepas. Pada tahun ini tak merasa lagi peristiwa tersebut..

Peristiwa udang mabuk biasanya berlaku apabila hujan turun setiap hari sehingga air naik. Kemudian panas selama beberapa hari, tanpa sebarang hujan.. Udang akan mabuk disebabkan perubahan cuaca dan keadaan air iaitu semasa hujan lebat air laut akan bercampur dengan sungai. Dan setelah panas, air kembali surut dan air laut meninggalkan sungai. Jadi udang pening dengan situasi ini dan terdampar di tebing-tebing sungai..

Masa kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas, merasa kami tangkap udang sehingga dapat setengah timba.. Untuk tahun ini sama-samalah kita tunggu..




Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege


Get your own free form like this one.


Read more...

Sunday, October 17, 2010

Perbaiki Keadaan ekonomi Semasa

Salam 1 Malaysia

Syukur Alhamdulillah.. Pada 15 Oktober 2010 Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai membentangkan Bajet 2011. Menurut pendapat beberapa pakar ekonomi penggubalan dan pelaksanaan budget kali ini akan menetapkan rentak transformasi ekonomi negara ke arah ekonomi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Terdapat beberapa 'berita' baru yang telah diumumkan oleh perdana menteri semasa pembentangan tersebut berlangsung. Pembentangan budjet pada kali ini diharapkan dapat memuaskan semua pihak walaupun memang diakui tidak semua berita gembira yang diharapkan dapat direalisasikan oleh pihak kerajaan.

Ini berlaku disebabkan budget ini turut mengambil kira beberapa faktor yang melibatkan keadaan ekonomi negara semasa. Bagi pekerja di sektor kerajaan, pastinya harapan terbesar dari Pembentangan Budget pada kali ini adalah mendapat imbuhan Bonus. Tetapi perkara tersebut masih tidak dapat direalisasikan oleh pihak kerajaan disebabkan kerajaan akan mengalami implikasi perbelanjaan sehingga RM3.1 bilion. Nilai ini terlalu besar dan boleh menjejaskan keadaan ekonomi negara. Jadi sebagai gantinya, pihak kerajaan telah memberikan saguhati sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam.

Diharapkan semua orang bersyukur dengan rezeki yang diperolehi. Selain daripada wang saguhati tersebut, terdapat lagi beberapa imbuhan yang dibelikan oleh pihak kerajaan kepada penjawat awam antaranya:

- Hari Cuti bersalin di Tambah daripada 60 hari kepada 90 hari
- Pinjaman perumahan 100% untuk pendapatan isi rumah di bawah RM3,000

Berdasarkan budget yang telah dibentangkan ini, kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya pekerja sektor awam perlu akur dengan keadaan ekonomi negara pada masa kini. Dalam keadaan ini, kita seharusnya dapat mengatur strategi untuk membantu negara mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan perkapita rakyat Malaysia AS$17,000 (RM56,000) setahun berbanding AS$8,00 setahun pada masa kini.

Bagaimana caranya untuk kita membantu negara?

Pada pandangan saya, kita perlu bersama-sama mencari alternatif untuk mengusahakan pendapatan kedua yang dapat dilaksanakan di luar waktu bekerja. Dengan peningkatan pendapatan setiap individu akan dapat merancakkan keadaan ekonomi negara, seterusnya akan dapat membantu negara mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Dalam akhbar utusan bertarikh 14 Ogos 2010 (Khamis) m/s 14, ada melaporkan bahawa terdapat sebanyak  83,389 kes muflis berlaku dalam masa 5 tahun iaitu dari tahun 2005 sehingga tahun 2010. 1.25% (1,046) daripadanya adalah belia bawah umur 25 tahun. Kebanyakan kes muflis ini berlaku disebabkan kegagalan melunaskan hutang terutamanya melibatkan sewa beli kenderaan dan pinjaman kad kredit.

Persoalannya mengapa perkara ini boleh berlaku?

Pada pandangan saya, perkara ini berlaku disebabkan kegagalan individu yang terlibat mengurus keadaan ekonomi masing-masing. Kebanyakan daripada kita tidak tahu bagaimana hendak mengurus pendapatan yang diperolehi disamping gagal untuk membezakan antara keperluan dan kehendak semasa membuat perbelanjaan.

Sebenarnya adalah mustahak untuk semua orang mempelajari cara mengurus wang yang betul melalui pembacaan. Terdapat beberapa sumber bacaan yang dapat anda gunakan untuk membimbing anda mengurus wang dengan betul. Antaranya adalah:

  1. Buku Celik Wang, Terbitan AKPK, Harga RM10.00 (Boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan)
  2. Budget Wang, Terbitan Truewealth Publishing, RM30.00 (Boleh didapati di internet) Click Here
  3. Panduan Menguruskan Wang Gaji, (Boleh didapati di Internet) Click Here
  4. Tip Kewangan Peribadi (Boleh didapati di Internet) Click Here
  5. Panduan Bebas Hutang (Boleh didapati Di Internet) Click Here
Saya syorkan anda untuk mendapatkan salah satu buku di atas, dan luangkan sedikit masa untuk membaca. Menurut pandangan beberapa orang pakar ekonomi, mengurus kewangan peribadi diibaratkan sebagai sebuah perniagaan. Sekiranya anda bijak mengurus kewangan anda, anda akan mendapat keuntungan dengan menggandakan wang anda. Manakala sekiranya anda gagal mengurus kewangan anda, anda akan mengalami kerugian sehingga boleh menyebabkan anda tergolong dalam golongan orang-orang yang muflis.

Selain daripada mengurus kewangan yang betul, saya juga mengesyorkan anda mengusahakan pendapatan kedua. Untuk mengusahakan pendapatan kedua, anda tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda sekarang. Anda boleh melaksanaannya secara sambilan di luar waktu bekerja. Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk mengusahakan pendapatan kedua anda boleh mendapatkan ebook Percuma yang telah saya hasilkan.



Ebook setebal 115 muka surat ini diharapkan dapat membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan di internet. Anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma dengan klik pada perkataan yang terdapat di bawah gambar ebook tersebut. Isi kanduang ebook ini adalah:

  1. Bab 1: Kepentingan Mempelajari Ilmu Keusahawanan
  2. Bab 2: Keperluan Menceburi Bidang Perniagaan
  3. Bab 3: Keselamatan Urusan Jual Beli Di Internet
  4. Bab 4: Produk Fizikal vs Produk Digital Dalam Perniagaan Internet
  5. Bab 5: PLR, MRR dan RR merupakan produk digital yang menguntungkan
  6. Bab 6: Bagaimana untuk menjual produk MRR?
  7. Bab 7: Menjual Produk di Internet Sebagai Usahawan Internet Sebenar
  8. Bab 8: Menghasilkan Produk Sendiri

 Untuk maklumat anda ebook ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang telah saya timba sepanjang berkecimpung dalam bidang keusahawan melalui Internet. Ebook ini mungkin tidak selengkap yang anda harapkan. Sekiranya anda masih memerlukan maklumat tambahan setelah selesai membaca ebook ini, saya syorkan anda mendapatkan ebook "Jana Wang dari Rumah" (Sila klik pada gambar di bawah) 
 



Ebook ini akan dapat membantu anda untuk menjana wang dari rumah. Terdapat banyak cara atau kaedah untuk menjana wang dari rumah. Antara kaedah yang diminati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia adalah dengan menjalankan perniagaan MLM. Namun begitu, tidak semua orang berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan sewaktu menjalanakan perniagaan MLM.

Pada pandangan saya perkara ini berlaku disebabkan individu tersebut kekurangan pengalaman dan ilmu pengetahuan. Justeru itu, sekiranya anda ingin benar-benar berjaya sewaktu menjalankan perniagaan MLM saya syorkan anda mempelajari dari pada seorang usahawan internet tempatan dalam ebooknya yang bertajuk Rahsia MLM. Untuk mendapatkan ebook rahsia MLM sila klik pada banner di bawah :



Sekiranya ada telah beberapa kali menceburi bidang MLM tetapi masih belum berjaya memperolehi sebarang pendapatan, saya nasihatkan anda supaya teruskan perjuangan. Jangan sesekali berundur. Sebaliknya semak balik usaha yang telah anda lakukan sebelum ini disamping mencari ilmu untuk memperbaiki strategi pemasaran yang dilakukan.

Jutawan Internet Malaysia, Dr. Irfan Khairi ada menjalankan seminar berkenaan Kaedah Melipat gandakan Pendapatan Melalui MLM. Selain itu, dalam e-book Mentor Jutawan yang dihasilkan oleh Dr. Irfan Khairi juga terdapat perkongsian kejayaan seorang Jutawan MLM iaitu Dr. Azman Ching. Dalam ebook tersebut Dr. Azman Ching berkongsi kisah suka duka beliau sewaktu menceburkan diri dalam bidang MLM sehingga akhirnya berkaya menjadi jutawan MLM. (Klik disini untuk maklumat lanjut)

Terdapat banyak strategi untuk berjaya dalam bidang MLM. Antara strategi terbaru adalah dengan menjalankan perniagaan MLM melalui internet. Banyak syarikat MLM telah menggunakan kaedah ini antaranya Vemma Builder, HyproBulk SMS, Aqura, StomReader, Bio Asli dan sebagainya.

Cara pemasaran MLM melalui internet dilihat begitu berkesan kerana anda boleh mencari Downline  dengan cepat menerusi laman web jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, My Space, Friendster dan sebagainya. Peluang anda untuk mencari Downline adalah tidak terbatas. Anda berpeluang untuk memperolehi downline dari seluruh pelusuk dunia disebabkan bayaran pembelian produk dapat di buat dengan menggunakan kad kredit atau dengan menggunakan akaun paypal.

Baru-baru ini saya turut melibatkan diri dalam salah satu MLM yang mencari prospek menerusi internet. Saya berminat untuk menceburi MLM ini disebabkan ianya dapat disertai dengan modal yang begitu rendah. Pendaftaran adalah percuma. Kemudian dengan setiap pembelian serendah RM30 di samping mencari Downline, anda telah mampu meraih pendapatan. Untuk mengetahui MLM apa yang saya ceburi, sila klik pada perkataan di bawah:


MLM ini sesuai disertai untuk anda yang masih baru atau telah lama berkecimpung dalam perniagaan internet. Setelah menyertai MLM ini, saya telah berjaya menghasilkan sebuah blog perniagaan. Gambarajah di bawah menunjukkan blog perniagaan saya yang pertama. Tolong beri komen sekiranya terdapat ruang-ruang untuk penambah baikan pada blog ini. ;)



Saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Harapan saya, semoga kita dapat bersama-sama berusaha menjana pendapatan kedua untuk memperbaiki keadaan ekonomi semasa kita.
Jumpa lagi, di lain kali. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca blog ini..



Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege








Get your own free form like this one.



Read more...

Friday, October 8, 2010

1st National Rapid Chess Championship 2010

Salam 1 Malaysia..

 
Pada 9-10 Oktober ini Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Perak International Chess Assosiation dan Malaysian Chess Federation akan menganjurkan 1st National Rapid Chess Championship 2010 di UTP Multi Purpose Hall..

 
Pertandingan terbahagi kepada 13 kategori iaitu:

 
  • Kategori Terbuka ( Yuran Penyertaan RM35) (Ada 3 Kategori kesemuanya)
  • Kategori Bawah 12 tahun (Yuran Penyertaan RM25) (Ada 6 Kategori kesemuanya)
  • Kategori Bawah 16 Tahun (Yuran Penyertaan RM30) (Ada 4 Kategori kesemuanya)
(maklumat lanjut sila semak di http://perakchess.blogspot.com/)

 
Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Saya pasti ramai pemain-pemain catur handalan dari seluruh Malaysia akan turun padang untuk menyertai kejohanan catur ini nanti. Senarai hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 
Untuk kategori terbuka: 
  1. RM 1000
  2. RM 500
  3. RM 400
  4. RM 300
  5. RM 200
  6. RM 100
  7. RM 80
  8. RM 70
  9. RM 60
  10. RM 50


Best UTP : RM 50

Best IPT : RM 50

Best Lady : RM 50
Best Veteran (55 tahun ke atas) : RM 50

 
Persoalannya, bila agaknya saya dapat berpindah ke semenanjung untuk menyertai pertandingan-pertandingan catur seumpama ini.. Dah lama tak merasai debaran dan memerah otak ke tahap maksimum semasa berada di meja catur.
Jadi kepada semua peserta kejohanan Catur di UTP nanti saya ucapkan selamat berjaya.. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Catur Terbuka ini anda boleh layari blog http://perakchess.blogspot.com/

 
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege

 

 

 

Get your own free form like this one.

Read more...

Wednesday, October 6, 2010

Umai Abang Shahdan

Salam 1 Malaysia di ucapkan buat anda semua..

Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita pada minggu ini sempena bulan Syawal ini.. Pada post terbaru sebelum ini saya ada menulis sedikit maklumat tentang Malam 1 Budaya dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di Politeknik Mukah Sarawak..

Bila sebut pasal Malam 1 Budaya teringat saya dekat Umai yang dihidangkan pada malam tersebut. Umai tersebut sedap, tetapi pedas menyebabkan saya tak dapat nak makan dalam keadaan yang selesa..

Kebetulan pula abang ipar kepada pengasuh anak saya juga mengambil tempahan umai.. Sebenarnya saya dah tempah 2-3 hari.. Tetapi memandangkan bekalan ikan untuk buat umai agak sukar didapati di pasar Mukah sejak kebelakang ini, jadi beliau tidak dapat menyediakan Umai yang ditempah oleh ramai pembeli..

Nak dijadikan cerita, hari ini ada rezeki saya.. Kebetulan Abang Ipar pengasuh anak saya (Abang Shahdan) dapat membeli beberapa kilo ikan yang digunakan untuk membuat Umai.. Masa saya datang petang tadi kebetulan beliau telah menyiapkan hampir 10 kilogram umai untuk dihantar kepada pelanggan..

Menurut Abang Shahdan, hari ini seperti kebiasaannya banyak tempahan Umai yang beliau terima. Tempahan istimewa dari pengurus Maybank yang menghendaki Umai dihasilkan daripada ikan Haruan Laut. Mujur pula Abang Shahdan dapat mencari ikan tersebut di pasar Mukah. Sebenarnya ada beberapa jenis ikan yang digunakan untuk membuat Umai. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan Pirang. Sebenarnya saya sendiri agak kurang arif tentang nama-nama ikan, terutamnya untuk membezakan nama ikan apabila berada di Sarawak dan nama bagi ikan yang sama apabila berada di semenanjung.. hehehe..

Jadi pada hari ini saya sempat melihat secara live, proses membuat Umai di dapur rumah Abang Shahdan..


Cuba Teka Ikan Apa Ni? Inilah Ikan yang biasa digunakan Untuk Membuat Umai..







Steady jer orang berpengalaman potong ikan..


Inilah dia Umai Yang dah siap.. Berserta kuah sekali..


Umai yang Abang Shahdan ini buat memang sedap.. Dia punya kuah paling best sekali.. Patutlah orang dari Kuching, Bintulu, Sibu, Miri yang datang ke Mukah atas urusan kerja turut menepah Umai dekat beliau.. Sampai ada ketikanya Umai yang ditempah terpaksa dikirim di merata-rata destinasi di Sarawak melalui bas..

Kalau anda nak merasa kuah umai yang dibuat oleh Abang Shahdan, anda boleh membuat tempahan.. Satu botol mineral kecil biasanya dijual pada harga RM5 sebotol.. Kuah umai yang beliau buat memang sedap.. Itu sebab beliau boleh survive dengan hanya bekerja dari Rumah..








Name:
Email Address:
Messege










Get your own free form like this one.



Read more...

Tuesday, October 5, 2010

Malam 1 Budaya Di Politeknik Mukah Sarawak

Salam 1 Malaysia..

Malam tadi 3 Oktober 2010 buat julung-julung kalinya PMU mengadakan malam 1 budaya dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Malam 1 budaya ini pada asalnya merupakan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMU.

Namun begitu, dalam masa yang sama juga Pihak pengurusan PMU berhasrat untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk seluruh warga kerja PMU. Untuk memudahkan kerja, kedua-dua Majlis ini digabungkan pada masa yang sama. Jadi, Malam 1 Budaya ini telah dibuat secara besar-besaran disamping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri..



Banner Malam 1 Budaya Dan majlis Ramah Tamah Aidilfitri


Majlis Hari Raya Aidilfitri pada malam tersebut menggunakan konsep 'Langgar Meja' yang merupakan acara tradisi sambutan hari raya yang diadakan pada setiap tahun di  Igan, Sarawak. Langgar Meja merupakan istilah yang diberikan kepada sekumpulan 'rumah terbuka' yang dihimpunkan di suatu tempat secara beramai-ramai. Jadi setiap meja akan menyediakan juadah masing-masing untuk disajikan kepada setiap tetamu yang hadir.


Pemandangan di Dalam Dewan sebelum acara bermula
Suasana Meriah Di Dalam Dewan setelah acara bermula

Pada malam 1 Budaya dan sambutan Aidilfitri tersebut terdapat lebih 20 'rumah terbuka' yang mengambil bahagian.. Suasananya cukup meriah. Terdapat pelbagai masyarakat berbilang kaum di Sarawak yang memakai pelbagai baju kebudayaan masing-masing..


Kaum Murut



Pelbagai juadah Hari Raya disediakan di setiap meja seperti lemang, nasi impit, ketupat, rendang, sate, ulam, nasi goreng, mee kari, laksa, laksam, mee rebus, aneka kuih muih, aneka kerepek dan sebagainya. 2 ekor lembu telah disembelih untuk penyediaan makanan utama pada malam tersebut. Menu yang paling menjadi rebutan hasil penyembelihan lembu tersebut tentulah  Sup Tulang..

Selain itu juga terdapat pelbagai jenis masakan daripada pelbagai budaya turut disajikan di setiap meja. Terlalu banyak makanan yang disajikan sampaikan tak tahu nak rasa makanan yang mana satu terlebih dahulu.. huhuhu..


Makanan Kebudayaan dari kaum Iban

Sedapnya Umai ni.. Pedas nyer bukan main..


Encik Norman jaga meja pejabat Pengarah dan Unit kaunseling..
Menu paling istimewa di meja ini adalah cendol

Inilah antara meja paling simple..
Meja gabungan Unit Peperiksaan, Latihan LI dan JHEPP

Untuk memeriahkan suasana, terdapat acara persembahan tarian dari pelbagai kaum di Sarawak.. Saya sempat mengambil gambar beberapa persembahan sahaja, disebabkan sibuk makan.. hehehe..








 disamping itu terdapat acara berkaraoke lagu-lagu raya dan aneka lagu yang diminati.. Tetamu VVIP yang turut hadir pada malam tersebut adalah YB Abu Seman yang turut mendendangkan sebuah lagu dalam acara Karaoke..

Majlis Malam 1 Budaya dan Sambutan Aidilfitri ini berakhir pada jam 11 malam.. Tetapi disebabkan anak-anak dah keletihan, kami meninggalkan Majlis pada jam 9.45 malam.. Diharapkan Majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada tahun akan datang. Beberapa perkara menarik digabungkan dalam 1 Majlis. Ada Malam Kebudayaan, Sambutan Hari Raya, Majlis Langgar Meja..

Majlis seumpama ini akan dapat memupuk perpaduan kaum, Mengeratkan siratulrahim dan saling mengenali budaya Masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia khususnya di negeri Sarawak.. Syabas diucapkan buat seluruh warga PMU  

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..