Tuesday, June 8, 2010

Pak Ya Home Stay..

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini...

Terasa begitu lama tidak menulis di blog ini.. Semuanya adalah disebabkan komitmen terhadap pekerjaan dan juga ahli keluarga yang semakin bertambah..

Disebabkan sibuk dengan semua urusan tersebut, sampai terlupa yang saya ada broad band.. Jadi bila rasa nak aktif balik broad band dah tak boleh aktif sebab tak bayar... Huhuhu..

Sekarang ni alhamdulillah urusan kerja untuk sem ni dah banyak yang selesai.. Jadi sekarang dalam proses menunggu sebelum kerja jadi banyak balik, jadi saya ambil kesempatan sekejap untuk berblog hehehe...

Ada beberapa perkara jugalah yang agak menarik untuk dikongsikan dalam blog ini.. Tapi ambil masa peringkat demi peringkat.. Saya rasa elok saya bermula dari yang terkini sehingga ke tak berapa terkini.. hehehe..

Yang terkini saya berasama isteri dan ayah mertua saya ada membuka Home Stay di kawasan laluan utama Ipoh-Lumut.. Home Stay ada saya iklankan di Mudah.My. Jadi sekiranya ada pembaca blog ini yang berkunjung di kawasan Ipoh, Bota, Seri Iskandar, Teronoh, dan tercari-cari tempat penginapan untuk bermalam boleh lah mengunjungi Home Stay Pak Ya..

Lokasi Berhampiran:
- 11 km dari bandar Ipoh
- 2 km dari pekan Batu Gajah
- 4 km dari Carlie Castle
- 13 km dari UiTM Seri Iskandar
- 13 km dari Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- 15 km dari IKBN
- 15 km dari SMKA Sultan Azlan Shah
- 15 km dari SM Teknik Seri Iskandar
- 45 km dari Lumut
- Berhampiran dengan stesyen minyak Petronas,
kedai makan, kedai-kedai dan surau

Kemudahan:
- Rumah teres 1 tingkat - 3 bilik
- Bilik 1 - Katil Queen size dan pendingin hawa
(Bilik air di dalam)lengkap dengan pelbagai
kemudahan
- Bilik 2 - Katil Queen Size dan Kipas
- Bilik 3 - 2 Katil Single dan Kipas
- Ruang tamu yang selesa
- Ruang dapur yang luas berserta meja makan
- Kemudahan lain seperti TV, Peti Sejuk, Dapur
Memasak, Cerek Elektrik, Iron, Parkir
berbumbung untuk 2 buah kereta, Periuk nasi,
pinggan mangkuk.

Selesa dan AMAT BERBALOI untuk tujuan seperti:-
- Menghadiri majlis konvokesyen
- Ziarah saudara/kenalan
- Bulan Madu/Melancong bersama keluarga
- Rombongan pengantin
- Lawatan sekolah/IPT
- Kursus/ latihan praktikal/loging
- Hal peribadi/kecemasan

**Berminat sila hubungi
- Zakaria Hashim (Pak Ya) 012-5780498


Berikut merupakan gambar-gambar Home Stay tersebut.









Semoga dengan kehadiran Home Stay ini akan membantu anda mencari penginapan sekiranya berkunjung ke kewasan Ipoh..

Sekian dahulu untuk Post saya pada kali ini.. Jumpa lagi di lain kali.. Insya Allah



Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..