Monday, March 28, 2011

Tahniah Buat Semua graduan... ;)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah buat semua graduan-graduan Universiti dan Politeknik yang telah menamatkan pengajian dan telahpun menerima Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah sarjana dan juga PHD sebagai peringkat tertinggi dalam sistem pengajian.. ;)

Syukur alhamdulillah sebab dah melalui peringkat demi peringkat dalam pengajian.. Cuma setakat ini peringkat PHD belum merasa lagi.. Pada Jumaat minggu lepas ada satu taklimat daripada pihak UTEM untuk menawarkan kursus PHD secara sambilan bagi sesiapa yang berminat..

Setakat ini saya belum bersedia lagi.. Disebabkan komitmen keluarga.. Jadi tangguhkan dulu.. sehingga sampai satu masa yang difikirkan sesuai pada suatu hari nanti.. Insya Allah..

Untuk makluman bekas graduan PMU.. PMU akan mengadakan konvokesyen kali yang ke 4 pada 21 Julai 2011 ini di Dewan Serbaguna PMU.. Graduan kali ini agak ramai iaitu hampir 1300 orang..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat anda semua kerana telah berhempas-pulas selama beberapa tahun berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan jayanya..

Akhirnya berakhir juga anda membuktikan kepada kedua ibu bapa anda yang pelaburan mereka selama ini kepada anda benar-benar terbalas kembali.

Semoga selepas ini anda berjaya menempuhi fasa seterusnya iaitu menyambung pengajian bagi yang berminat untuk menyambung pengajian.. Dan bekerja bagi yang tidak berminat untuk menyambung pengajian..

Walau apapun keputusan anda selepas tamat pengajian, samada cemerlang atau kurang cemerlang…anda telah mencuba sehabis baik selama ini. Kehidupan sebenar anda bermula dan SELAMAT DATANG ke alam pekerjaan – punca rezeki anda.

Untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan pada zaman sekarang ini begitu besar saingannya.. Terdapat ratusan ribu lulusan pelajar IPTA dan IPTS berlumba-lumba untuk mencari peluang pekerjaan.. Pesanan saya jangan sekali-kali anda leka dan suka bertangguh untuk memulakan usaha mencari kerja..

Pada Zaman sekarang ini siapa cepat dan pantas merebut peluang orang tu akan terlebih dahulu dapat.. Manakala siapa yang lambat dan suka bertangguh, maka akan terlepaslah peluang keemasan yang mungkin boleh manjadi milik anda..

Walaubagaimanapun sebelum memulakan dunia pekerjaan anda, anda bakal bergelumang dengan satu skil yang akan mempromosikan diri anda sendiri kepada bakal majikan anda.. Anda perlu memantapkan skill ini supaya kreabiliti anda lebih menonjol berbanding calon-calon lain yang sama-sama berusaha mencari perkejaan..

Apakah skil yang saya maksudkan ini?

Skil yang maksudkan ini adalah “Skil penulis resume”. Skil inilah yang mampu membawa diri anda ke alam pekerjaan yang hebat. Tanpa skil penulisan resume yang baik anda mungkin tidak mampu meyakinkan bakal majikan anda. Keyakinan mereka adalah target utama anda. Yakinkan dan kunci hati mereka dengan skil penulisan resume yang baik.

Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dalam satu subjek, anda pernah nyaris-nyaris mengulang paper subjek yang susah sangat tu…tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda.

Ada juga daripada anda yang cemerlang dari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian. Anda cemerlang atau tidak, jika anda memerlukan pekerjaan, skil inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan.

Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resumenya dan skil menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.

Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume dengan skil yang diasah anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

Sekiranya anda berminat untuk menguasai skill ini, saya syorkan anda mengunjungi laman web berikut:

Panduan menulis Resume Kerja (Klik Di Sini)

Seorang sahabat saya akan membantu anda untuk menulis resume kerja yang baik.. selamat maju Jaya.. Semoga anda berjaya memperolehi pekerjaan yang anda impikan..


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Keputusan Pemenang Contest Blog Sembang hari2 minggu ke 5

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Diharap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera pada pagi Isnin ini untuk bekerja setelah bercuti pada hujung minggu.. Ceria-ceriakan diri selalu dan sentiasa berfikiran positif walaupun anda terpaksa menempuhi kesibukan lalu lintas untuk sampai ke tempat kerja.. ;)

Sebelum saya mengumumkan pemenang "contest" blog sembang hari2 saya ingin bertanyakan kepada anda.. Adakah anda pernah melihat Banner ini di mana-mana blog rakan-rakan anda..


 Kalau anda pernah melihat banner ini, jangan lupa untuk klik.. Sekiranya anda klik banner ini anda akan mendapat hadiah koleksi ebook sebagai panduan untuk anda lebih berjaya dalam kehidupan anda pada masa akan datang.. Insya Allah..

 Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sebagai pengunjung aktif blog ini.. Biasanya anda melawat blog, membaca dan meninggalkan komen tanpa berpeluang mendapat sebarang hadiah.. Tetapi di blog ini, anda berpeluang untuk mendapat hadiah mingguan yang disedikan khas untuk pengunjung mingguan paling aktif..

 Jadi tanpa melengahkan masa, saya dengan ini menyenaraikan rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan komen di blog sembang hari2 di sepanjang contest pada minggu ke 5.. 
Contest minggu ke 5 dinilai bermula pada 21 Mac 2011 pada jam 1.00 pagi dan berakhir pada 27 Mac 2011 pada jam 11.59 malam..

Berdasarkans senarai di atas, dengan sukacitanya diumumkan...."contest" blog sembang hari2 pada minggu ke 5 dimenangi oleh.. saudari Tiefazatie..

Tahniah diucapkan sekali lagi buat saudari Tiefazati.. Dan terima kasih saya ucapkan buat rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog saya..

Contest blog sembang Hari2 akan diteruskan lagi untuk minggu ke 6 sehingga minggu ke 10.. (dan mungkin akan disambung lagi selepas minggu ke 10)..

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang "contest" ini, sila klik pada banner di bawah..


Semoga anda juga turut berpeluang untuk menjadi pemenang "contest" blog sembang hari2 pada minggu yang berikutnya.. Sekian dahulu daripada saya pada kali ini.. Jumpa lagi dilain waktu.. Insya Allah..;)


Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

Read more...

Sunday, March 27, 2011

Teruja tengok ikan segar di pasar Mukah..


Pagi tadi dalam pukul 11.30 sempat lah jalan-jalan pergi pasar Mukah sekejap.. Sebenarnya masa jalan-jalan tu tak berniat pun nak beli ikan disebabkan semalam dah beli seekor ikan kerapu dan selonggok udang galah..

Kali ni pergi ke pasar Mukah cuma nak beli garam dan beberapa barang yang terlupa nak beli semalam.. Tapi bila sampai di pasar Mukah, saya jadi teruja tengok ikan-ikan segar yang baru sampai dari laut.. Ada sesetengah ikan tu masih di atas bot lagi.. dan sedang di punggah..

Sebenarnya masa saya pergi tu, kebanyakan nelayan baru sahaja balik dari menangkap ikan.. Kebetulan rezeki mereka banyak pada kali ini.. Tu yang banyak ikan dijual di pasar sekitar pukul 11.00 sehingga.. ikan tersebut habis dijual.. ;)
Seorang peniaga yang sedang mengisi ikan ke dalam plastik..

Ikan baru sampai.. Segar-segar.. Jadilah pembeli pertama.. ;)

Rambang mata melihat ikan-ikan ni.. Murah rezeki nelayan hari ni..

Ikan merah juga masih segar...

Terdapat nelayan yang sedang mengutip ikan dari jaring..

Ni trip pemunggahan kali yang ke berapa? Nampak macam dah berkali-kali.. ;)

Abang kita ni kutip ketam ker kutip ikan.. ;)

Disebabkan teruja dengan ikan-ikan segar ni.. Saya pun beli lah juga RM10 sekilogram.. Harga Ikan kembung besar pada hari ini.. nak beli banyak takut tak habis.. Sebab takder siapa nak makan.. Nak beli sikit, rasa rugi pula.. Kebetulan masa ni ikan tengah banyak.. Dan harga murah sedikit daripada biasa..

Saya pun tak tahu harga tersebut dikira mahal atau murah berbanding harga di semenanjung.. Sebabnya harga ikan di Mukah suatu ketika dahulu memang murah.. Tetapi dah banyak kali naik harga.. Dan dalam masa yang saya juga dah lama tak semak harga pasaran ikan di semenanjung..

Jadi mungkin kita boleh berkongsi informasi tentang harga ikan di tempat masing-masing dengan menulis komen di ruangan komen yang disediakan.. ;)


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Pelajar Seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan..
Liga Cilik JMSK
Egg Tart And Chesscake From Uncle Joe..
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Abang Dan..
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Pelajar seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan minggu hadapan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Begitu cepat masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dalam tak sedar sesi pengajian Disember 2010 sudahpun hampir melabuhkan tirainya.. Tinggal kira-kira 3 minggu sahaja lagi sesi perkuliahan.. huhuhu

Kepada rakan-rakan sekerja semua semua, saya ucapkan selamat maju jaya dalam menyiapkan Markah Penialaian berterusan.. ;)

Pada minggu depan dua kumpulan pelajar di bawah seliaan saya akan memasuki dua pertandingan..

1 pertandingan Robocon peringkat Politeknik Mukah Sarawak (PMU) yang akan disertai oleh semua pelajar sem akhir Diploma Kejuruteraan Elektronik.. Robot yang kumpulan pelajar seliaan saya buat simple sahaja.. Ini memenuhi kehendak penyelianya yang simple.. Simple di sini bermaksud tidak hebat untuk dipuji dan tidak buruk untuk dikeji..

Wujud ker perumpamaan seperti ini.. Saya pun tak tahu hahaha.. Jadi saya harap anda tak gunakan perumpamaan tersebut sebagai rujukan dalam penulisan mana-mana jurnal atau kajian yer.. ;)

Rajah di bawah menunjukkan gambar projek student seliaan saya..


Agak-agak ada peluang nak menang tak? Saya pun tak boleh nak meramal.. Sebabnya hasil kerja kumpulan lain semuanya hebat-hebat belaka.. Antara kumpulan-kumpulan yang telah dikenal pasti akan kehebatannya adalah kumpulan En Hisyamsani, En Kumar, Cik Shirley, En Mahadzir, En Iskandar, En Hatta dan lain-lain..

Takper menang kalah adat pertandingan.. Yang penting pertandingan yang diadakan dapat memberi sedikit perkongsian ilmu kepada semua pihak.. Selamat maju jaya saya ucapkan..

Pertandingan kedua yang akan disertai oleh satu lagi kumpulan pelajar di bawah seliaan saya adalah pertandingan Kawad.. Sebenarnya pasukan untuk pertandingan kawad ini diselia sepenuhnya oleh En. Fauzi Ghani.. Beliau lebih arif dengan aktiviti berkawad ini..

Berdasarkan pemerhatian saya kumpulan ini ada potensi untuk menyerlah semasa pertandingan tersebut nanti.. Walaubagaimanapun kita sama-sama mendoakan mereka dapat lakukan yang terbaik sepanjang pertandingan tersebut nanti.. Kalau ada rezeki.. Insya Allah kami boleh menang..



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/ Anda Juga

Mungkin Meminati:
Egg Tart And Cheesecake From Uncle Joe
Emm.. sedapnya Umai Ikan haruan Abang Dan..
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Liga Cilik JMSK

Sabtu, 26 Mac 2011..

Berlangsung satu perlawanan bola sepak (tak tahu berapa sebelah) antara warga-warga kecil JMSK, Politeknik Mukah Sarawak.. Tiada peraturan pertandingan yang ditetapkan disebabkan pengadil lupa nak buat kertas lerja pertandingan huhuhu..

Terdapat tiga peserta yang menyertai pertandingan tersebut iaitu Adam, Haikal dan Naufal.. Selang 1 jam berikutnya ada peserta baru sampai.. tapi tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini, atas faktor kelewatan.. Huhuhu kejamnya pengadil pertandingan.. Kesian Yasmin kerana tidak dapat turut serta mengikuti pertandingan ini..

Takperlah jadi penonton jer..

Sebenarnya aktiviti ini diwujudkan bagi mengelakkan anak-anak kecil ini keboringan sementara menunggu ibu-ibu mereka menyelesaikan kerja-kerja "part time" pada hari Sabtu tersebut..

Jom kita saksikan gambar-gambar perlawanan bola sepak yang begitu meriah ini.. Jom Layan.. ;)


Adam Dan Haikal, sebelum pergi bermain kemas rumah dulu yer.. ;)

Adam mengelecek.. Dan main sorang-sorang..

Alamak.. Mana pergi bola ni?

Haikal dan Adam berebut bola.. Adam bersorak???

Adam menunjukkan teknik mengelecek di celah-celah kipas.. ;)

Apa yang dibuat oleh Naufal tu.. Padang panas kot.. ;)

Sabar-sabar jangan gaduh.. game tak habis lagi ni..

Adam berjaya membawa lari bola tersebut dari Haikal dan Naufal..

Keputusan permainan berkesudahan seri.. Lepas ni boleh berlatih lagi di rumah masing-masing untuk mengikuti pertandingan selanjutnya.. Mungkin sem depan kot.. Walaubagaimanapun terpulang kepada pengadil kejohanan untuk menjemput "bintang-bintang" kecil ini pada pertandingan yang akan datang.. ;)

Cik Fairuzah terima kasih di atas kesudian menganjurkan pertandingan ini.. lain kali jangan lupa jemput kami lagi dan juga anak-anak cilik JMSK yang lain.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Egg Tart And Chesscake from Uncle Joe
Emm.. Sedapnya Umai Ikan haruan Laut Abang Shahdan..
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Peluang Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Egg Tart And cheesecake From Uncle Joe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk terus membaca blog Sembang Hari2.. Tanpa sokongan anda untuk membaca blog ini.. Mungkin tiada faedahnya untuk saya menjadi seorang blogger.. ;)

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan tentang keusahawanan dalam bidang masakan atau pun dipanggil sebagai "kulinari". Seperti interi terdahulu blog ini, pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang seorang "Chef" yang baru berjinak-jinak menjadi usahawan dalam bidang masakan secara "part time".. Nama beliau semakin glamour dari sehari ke sehari di Politeknik Mukah Sarawak..

Beliau yang saya maksudkan adalah Uncle Joe ataupun nama penuh beliau adalah Johari Bin Kusai.. Saudara Johari ni pandai memasak walaupun beliau seorang lelaki, berkerjaya sebagai pensyarah di Jab. Kej. Awam PMU, masih bujang dan pandai bertukang.. Jadi kata orang beliau mempunyai satu pakej yang lengkap sebagai seorang lelaki, bapa dan suami Mithali pada suatu hari nanti.. Insya Allah..

Gambar beliau?.. Minta maaf yer, blog ini bukan bertujuan sebagai ejen mencari Jodoh.. hehehe.. Tapi kalau berminat nak berkenalan atau nak tahu lebih lanjut tentang beliau, boleh hubungi saya melalui email ataupun telefon.. Nanti saya sampaikan salam anda kepada beliau.. ;)

Saya merupakan pelanggan baru beliau disebabkan "anak pak mertua saya" dan anak-anak saya suka makan kuih "egg tart".. Sebelum ini saya membeli "egg Tart" daripada sebuah kedai Cina yang terdapat di Pasar Mukah.. Biasalah kebanyakan kedai-kedai di sini kepunyaan kaum Cina.. Tapi saya membeli "egg Tart" daripada kedai Cina yang memaparkan Sijil Halal di premis perniagaan mereka.. ;)

Jadi bila dah tahu ada rakan kita yang pandai membuat "egg Tart", sudah tentu saya membeli dari rakan saya yang dah tentu 100% terjamin kehalalannya.. Kiranya saudara Johari pada hari ini telah menjadi satu alternatif baru untuk rakan-rakan di PMU membeli kuih dan kek.. Syabas diucapkan buat saudara Johari.. Lagipun kek yang anda buat memang sedap.. Dan harganya juga berpatutan jauh lebih murah..  ;)

Berikut merupakan hasil kerja anak teruna Saudara Johari.. ;)

Sedapnya Egg tart ni..

10 biji "Egg tart" yang dihantar di depan pintu rumah saya..

Egg tart dibungkus rapi untuk tujuan penghantaran..

Selain daripada "Egg Tart",  beliau juga pandai membuat "Chesse Tart" dan aneka jenis kek.. Tapi setakat ini saya pernah mencuba "CheeseCake" yang beliau hasilkan.. Yummi.. Memang sedap.. Nak tengok gambar "Chesscake" tersebut? Nah.. Tengoklah..  

"Cheesecake" daripada saudara Johari..

Berdasarkan pemerhatin saya, saudara Johari boleh pergi jauh dalam bidang Kulinari ini.. Beliau melakukannya secara sambilan dapa waktu malam ataupun semasa cuti Sabtu dan Ahad.. Tempahan yang beliau terima semakin hari semakin bertambah.. Nampak gayanya lepas ni beliau kena mencari "pekerja" untuk membantu beliau..

Kagum saya dengan rakan-rakan lelaki yang pandai memasak ni.. Sebab saya sendiri tak pandai memasak.. Nasib baiklah dapat orang rumah yang pandai memasak.. Kalau tak makan di luar hari-hari jawabnya.. 

Saya suka bercerita tentang kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan disebabkan saya suka membaca dan mengikuti kisah-kisah tersebut.. Pasti ada sesetengah orang berasa hairan disebabkan saya merupakan seorang pensyarah, tak ada barang pun yang saya jual.. Tapi kenapa saya suka bercerita tentang perkara-perkara ini? 

Sebenarnya saya memang meminati bidang keusahawanan.. 7 tahun lepas saya pernah menghadiri satu taklimat tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh pihak Mara dengan kerjasama Kementrian Keusahawanan.. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan, saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut.. Walaupun dalam masa yang sama saya terikat dengan perjanjian biasiswa semasa saya belajar iaitu berkhidmat selama 7 tahun atau membayar RM80,000.. 

Selepas saya menamatkan pengajian diperingkat Ijazah, saya bersama rakan saya pergi ke Kuala Lumpur untuk belajar "bekerja" sebelum mendapat pekerjaan tetap.. Disamping itu saya boleh belajar selok belok jalan di KL dan asam garam kehidupan di sana..

Dengan menaiki motorsikal Yamaha SS2, maka saya bersama seorang rakan saya pun pergilah ke Kuala Lumpur.. 
(Motor Yamah SS2 saya telah dicuri orang pada tahun lepas semasa ayah saya membawanya ke surau :(... )

Semasa berada di Kuala Lumpur saya bekerja secara part time di hotel JW IOI Marriot, Putra Jaya sebagai tukang sedia dan angkat makanan.. Dengan gaji RM5 sejam.. huhuhu..

Biasalah kerja Part Time on Call, masa kerja kita bekerja.. Masa tak der kerja dapatlah peluang pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur, sambil surevy manalah tahu ada peluang pekerjaan yang menarik.. ;)

Pada satu hari tu, ada seorang kawan saya mengajak saya masuk satu taklimat tentang kursus keusahawanan seperti yang telah saya nyatakan di atas.. Sebenarnya saya memang tertarik dengan kursus tersebut.. Walaupun banyak kekangan yang mungkin saya terpaksa ditempuhi seandainya saya memilih untuk mengikuti kursus tersebut..

Sebenarnya saya dah tak berapa ingat maklumat secara lengkap tentang kursus keusahawanan tersebut.. Maklumlah perkara tersebut dah berlaku terlalu lama.. dan pada masa sekarang pun saya kurang pasti samada kursus ini masih diteruskan ataupun tidak.. Sekiranya terdapat kesalahan/maklumat yang tidak tepat sepanjang penerangan saya ini, minta tolong anda perbetulkan dengan menulis komen di bawah entri ini yer.. Tq ;)

Jadi saya cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang kursus tersebut, secara ingat-ingat lupa..

Untuk memasuki kursus tersebut ada yuran yang dikenakan.. Kalau tak silap saya lebih RM20,000.. Kursus tersebut dibahagikan kepada 4 fasa.. Fasa pertama, peserta kursus akan diajar secara teori tentang ilmu-ilmu keusahawanan dalam tempoh masa kira-kira 3-6 bulan..

Fasa ke 2 peserta dikehendaki memilih satu jenis produk/barangan.. Dan dikehendaki menjualkannya kepada orang ramai secara bersemuka kepada setiap pelanggan.. Contohnya anda menjual pen.. Anda dikehendaki berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan anda untuk menjual pen tersebut.. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam diri peserta disamping untuk menghilangkan pearasaan malu untuk berniaga..

Fasa ke 3, peserta dikehendaki membuat satu proposal tentang perniagaan yang kita minati dan mencari seorang mentor untuk membuat praktikal di tempat perniagaan mentor tersebut.. Contohnya anda berminat untuk berniaga kereta.. Jadi anda perlu membuat proposal perniagaan tentang kereta dan berjumpa dengan mana-mana tokoh perniagaan yang telah berjaya dalam bidang ini untuk menjadi mentee mereka.. Jadi peserta akan belajar untuk memasarkan produk mentor mereka di samping kemahiran-kemahiran keusahawanan yang lain yang dapat diperolehi daripada mentor mereka..

Seterusnya pada Fasa yang terakhir, peserta dikehendaki membuka syarikat perniagaan sendiri dengan mendaftarkannya di bawah SSM.. Peserta dikehendaki mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari semasa mengikuti fasa 1 hingga fasa 3 kursus ini disamping mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada mentor mereka.. Jadi peserta akan dibimbing sehingga berjaya menguruskan perniagaan mereka sendiri..

Bagaiman.. Menarik tak kursus ini?  

Semasa saya mendengar taklimat tersebut, saya diberi tempoh dalam masa sebulan untuk mendaftar sekiranya berminat.. Dalam masa yang sama saya sedang menunggu samada akan dipanggil untuk tawaran menyambung pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan (dibiayaai biasiswa) atau kontrak tawaran mengajar di Politeknik..

Pada ketika itu saya hanya berserah diri kepada Allah S.W.T, mana yang sampai dulu kepada saya, saya anggap itu rezeki saya dan saya akan terima seadanya.. Seminggu kemudian saya menerima panggilan telefon supaya melapor diri untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan.. Jadi saya pun pergilah melapor diri untuk menyambung pengajian dan menandatangani perjanjian biasiswa yang baru iaitu kontrak kerja selama 10 tahun atau bayar RM100,000..

Disebabkan itu, maka inilah rezeki dan pekerjaan saya sekarang.. Sebenarnya saya sendiri tak dapat nak meramal samada pekerjaan ini merupakan pekerjaan saya sehingga berpencen atau akan ada pekerjaan lain untuk saya setelah tamat tempoh perjanjian nanti..

Walaubagaimanapun buat masa sekarang ini, saya cuba untuk mempelajari bidang-bidang yang berkaitan dengan pekerjaan saya sekarang ini disamping juga ilmu-ilmu keusahawanan.. Semoga ada petunjuk untuk saya membuat pilihan dengan tepat pada 5 tahun akan datang.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Laut Abang Shahdan...
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Tiefazatie Pemenang Hat Trick Contest Blog Sembang Hari2
Seperti Baru Semalam Tiba Di Mukah.. Rupa-rupanya...
Peluang Kerjaya Sebagai Guru DI Malaysia
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Friday, March 25, 2011

Emmm.. Sedapnya Umai Abang Shahdan..

Assalamualaikum wbt.. Dan Salam Sejahtera..

Selamat hari Jumaat diucapkan buat semua rakyat Malaysia dan selamat bercuti diucapkan buat yang bercuti pada hari ini terutamanya yang tinggal di negeri Terengganu, Kelantan, dan Kedah..

Sebelum ini saya pernah menulis entri tentang umai.. Dan pada kali ini saya berminat untuk menulis sekali lagi tentang Umai, selepas menikmati keenakan makanan ini.. Emm.. Sedapnya..;)

Bagi anda yang baru pertama kali mengunjungi blog saya, mungkin belum pernah mendengar apa itu Umai?.. Umai merupakan makanan yang agak popular di kalangan masyarakat Mukah Sarawak. Ianya diperbuat daripada ikan mentah dan "dimasak" dengan hanya menggunakan perahan limau, bawang besar dan Cili besar..

Umai mudah didapati di pasar Mukah atau kedai-kedai makan di sekitar Mukah dan ianya boleh dimakan samada berserta dengan kuah atau memadai dengan hanya campuran perahan limau, bawang besar dan cili besar..

Bagi saya.. saya suka makan umai bergaul dengan kuah kacang yang dihasilkan oleh Abang Shahdan atau biasa saya panggil abang Dan.. Biasanya saya makan Umai dengan kuah tersebut sehingga "banjir".. Saya memohon maaf kepada anda yang berasal dari Sarawak... Seandainya cara saya makan umai ni salah.. hehehe ;)

Umai yang dicampur dengan kuah kacang..

Umai sebelum dicampur dengan kuah..
Berserta sebotol besar Kuah (kacang) Umai yang dibeli ;)

Apa jenis ikan yang digunaan untuk membuat Umai ni?

Banyak jenis ikan boleh digunakan untuk membuat Umai.. Antaranya adalah ikan Puput, ikan Pirang, ikan haruan laut, ikan yu, ikan bawal hitam dan sebagainya.. Tapi ikan yang biasa orang gunakan untuk membuat umai di Mukah ini adalah ikan puput dan ikan Pirang..

Ini kerana kedua jenis ikan ini mudah didapati dalam kuantiti yang banyak dan harganya agak murah berbanding dengan ikan-ikan lain..

Ikan Puput yang telah dipotong untuk dibuat Umai..

Ikan Pirang yang telah dipotong untuk dibuat Umai..

Semasa saya berkunjung ke Rumah Abang Shahdan pada petang semalam, beliau sedang menunggu saya untuk mengambil gambar ikan haruan laut yang akan dipotong untuk dibuat umai..

Menurut beliau, umai yang diperbuat dari ikan haruan laut lebih sedap berbanding umai yang dibuat daripada ikan Puput dan Ikan Pirang.. Terkecur juga air liur saya mendengarnya..

Tapi apakan daya tak dapat nak merasai umai tersebut, disebabkan telahpun ditempah oleh pembeli dari Limbang (Sempadan Brunei).. Jadi dapat tangkap gambar dan tengok "demonstrasi" cara potong ikan tersebut pun kira Oklah.. ;)

Ikan haruan laut yang bersedia untuk dipotong..

Ikan haruan laut yang telah dipotong isinya..

Isi dan kulit ikan Haruan Laut diasingkan..

Ikan Haruan Laut yang dipotong kecil-kecil..

Nampak menarikkan.. Tapi tak dapat nak merasa.. Kesemua umai yang dibuat oleh Abang Dan akan dihantar ke Limbang.. Terdapat pelanggan dari limbang yang telah menempah sebanyak 25 kg umai dari Abang Dan semalam.. Dan umai-umai tersebut akan dihantar dengan menggunakan kapal terbang supaya ia dapat dihantar dalam keadaan yang cepat untuk memastikan Umai tersebut dalam keadaan yang segar semasa di terima oleh pelanggan ..

Umai tersebut dijual dalam lingkungan harga RM10 untuk satu bungkus tupperware.. yang mengandungi kira-kira 500g umai pada setiap bungkusan.. Jadi pandai-pandailah anda kira sendiri berapa anggaran jualan yang diperolehi setelah berserta dengan kos penghantaran sekali yang dianggarkan RM60

Untuk maklumat anda Abang Dan merupaka usahawan keci-kecilan yang berniaga hanya dari rumah.. Beliau menerima tempahan umai dari pelbagai tempat di sekitar Sarawak... Semenanjung?

Setakat ini beliau belum pernah menghantar Umai yang beliau jual ke semenanjung.. Ini disebabkan oleh kekangan pengangkutan dari Mukah ke semenanjung.. Jadi bagi anda yang berasal dari negeri Sarawak, sekiranya meminati Umai Abang Dan anda boleh membuat tempahan kepada beliau.. ;)

Selain daripada Umai, saya juga gemar memakan beberapa masakan lain lagi yang dimasak oleh isteri Abang Dan.. Antaranya ialah Kuih Bom, Sambal Belacan Sarawak, Sayur pucuk paku pakis dan Sambal Ikan Bilis.. Sebenarnya kuih-kuih buatan isteri Abang Dan turut dijual di kantin Politeknik Mukah..Manakala makanan yang dimasak ada dijual di sebuah kedai makan yang dikenali sebagai "Bakso Pak Lembang"
(Saya ada menulis satu entri tentang Bakso Pak Lembang pada Bulan Februari)

 Perkara yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah... rezeki ada di mana-mana.. Suatu ketika dahulu kita bertanggapan, bekerja/mencari rezeki hanya boleh dilakukan di luar rumah.. Tetapi pada hari ini, dengan hanya duduk di rumah pun kita boleh mencari sumber rezeki untuk menyara keluarga kita..

Pendapatan seseorang pada hari ini sudah tidak lagi mengenal taraf pendidikan kita samada tamat setakat sekolah rendah, sekolah menengah, Sijil, Diploma, Ijazah dan sebagainya.. Apa yang penting kita perlu mempunyai sedikit ilmu dan kemahiran yang dapat membantu kita menjana pendapatan samada secara sambilan atau secara sepenuh masa..;)

Selain Abang Dan sebenarnya ramai lagi usahawan kecil-kecilan yang mencari sumber pendapatan dengan bekerja dari rumah.. Dan kebanyakan daripada mereka sudi berkongsi maklumat dengan orang ramai.. supaya lebih banyak lagi usahawan Melayu sama-sama berjaya seperti mereka.. Banner yang terdapat di bawah antara rakan-rakan usahawan yang sudi berkongsi ilmu keusahawanan mereka kepada kita semua.. Sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut anda boleh klik pada banner tersebut:-




Sememangnya saya akui pendapatan yang diperolehi oleh usahawan tidak sama dengan pendapatan makan gaji.. Pendapatan sebagai usahawan ni ada masanya banyak dan adakalanya satu sen pun tak dapat.. Jadi perkara yang perlu ada pada seorang usahawan ialah tahap kesabaran yang tinggi disamping tidak mengenal erti putus asa.. Kalau anda lihat ramai usahawan Melayu pada hari ini melakukan bisnes sebulan dua.. Selepas tu gulung tikar.. Kata orang kampung, hangat-hangat tahi ayam..

Saya harap anda bukan tergolong dalam golongan ini.. Sebaliknya perkayakanlah diri anda dengan membaca.. Dengan pembacaan, boleh membantu diri anda untuk mengecapi lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang..

Sekiranya anda meminati bidang keusahawanan melalui masakan, saya syorkan anda membaca sebuah buku karangan Chef Li yang berjudul Menjejaki Jutawan Senyap.. Dalam buku tersebut ada menceritakan tentang kisah beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja daripada seorang Pegawai Bank semata-mata untuk berniaga makanan di Pasar Malam.. Daripada mempunyai pendapatan tetap sebagai pegawai Bank, sanggup mengambil risiko untuk menjadi peniaga pasar malam yang belum tahu lagi risiko untung ruginya pendapatan beliau nanti..

Selain kisah beliau terdapat banyak lagi kisah-kisah lain dalam buku tersebut yang dapat memberikan motivasi kepada anda yang berminat untuk menjadi seorang usahawan.. (Saya juga pernah menulis sedikit sebanyak tentang buku ini pada entri terdahulu blog saya).. ;)

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang boleh anda contohi untuk menjadi seorang yang berjaya ada dikongsikan dalam entri terdahulu blog saya.. Kalau anda rajin nak tahu, bolehlah anda semak balik entri lama-lama yang saya tulis.. Tapi itu semua kisah kejayaan orang-orang terdahulu.. Bagaimana pula dengan kisah kejayaan orang-orang terkini.. ;)

Saya ada satu contoh kisah kejayaan seseorang yang terkini..Dan diharapkan kisah kejayaan beliau dapat memotivasikan anda supaya tidak berputus asa dalam apa jua bidang yang sedang anda usahakan.. Orang yang saya maksudkan adalah tak lain dan tak bukan raja lawak terbaru kita iaitu saudara Man..

Man atau nama penuhnya Abdul Rahman Bin Kasim ditabalkan sebagai Raja Lawak untuk musim ke 5 setelah 4 kali berturut-turut menghadiri uji bakat untuk memasuki pertandingan Raja Lawak.. Tetapi malangnya beliau gagal memasuki pertandingan tersebut pada 3 uji bakat sebelumnya..

Cuba anda berada di pihak Man.. Adakah anda akan menghadiri uji bakat untuk kali keempat setelah gagal pada 3 uji bakat sebelumnya?

Jawapan saya mudah sahaja.. Sekiranya anda mempunyai motivasi yang tinggi seperti Man, saya rasa anda tentu tidak akan berputus asa untuk mengikuti uji bakat seterusnya.. Biarpun anda terpaksa mencubanya berkali-kali.. Tapi sekiranya anda mempunyai motivasi yang rendah dan tidak percaya dengan diri sendiri.. Saya yakin anda tidak akan menghadiri uji bakat untuk kali ke dua atau kali ke 3..

Dan berkat daripada kesungguhan dalam usaha yang ditunjukkan oleh Man, telah melayakkan meliau memenangi Trofi Raja Lawak musim ke 5 dan sekaligus memenangi hadiah RM100,000 berserta hadiah-hadiah yang lain.. Syabas diucapkan kepada Man... Dan kejayaan Man boleh menyuntik satu semangat motivasi kepada orang lain untuk turut sama berjaya seperti beliau.. ;)

Sebenarnya banyak kisah orang-orang yang berjaya setelah puas menempuhi kegagalan demi kegagalaan pada permulaannya.. Antara kisah-kisah mereka yang masih segar dalam memori saya adalah kejayaan junjungan besar kita Rasulullah S.A.W dalam usaha beliau menyebarkan agama Islam.. Pelbagai rintangan, halangan dan tentangan yang beliau tempuhi sepanjang usaha beliau menyebarkan agama Islam..

Sebuah lagi kisah kejayaan yang dapat memotivasikan kita adalah kejayaan seorang saintis yang bernama Thomas Edilson.. Thomas Edilson boleh dianggap sebagai bapa kegagalan setelah berjaya mencipta mentol dalam percubaannya buat kali yang ke 2000... Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kepada usaha beliau sekiranya beliau berhenti daripada terus mencuba setelah kegagalan beliau buat kali yang ke 1900?.. Mungkin kita tidak dapat merasai nikmatnya cahaya mentol pada waktu malam seperti hari ini.. ;)

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Semoga ada perkara baik yang dapat anda jadikan panduan dalam entri yang dapat saya tulis pada kali ini.. Kalau yang tidak baik diharap anda boleh abaikan.. ;)

Sekian, terima kasih.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18 SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Tiefazatie pemenang Hat Trick Contest di Blog Sembang Hari2
Seperti Baru Semalam Tiba DI Mukah.. Rupa-rupanya..
Peluang Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia..
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Tuesday, March 22, 2011

Panduan Untuk Suami Isteri (Ini bukan 18 SX) Bahagian 2..

Pada bahagian 1 tentang siri panduan suami isteri, saya ada berkongsikan sedikit maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang masih gagal untuk mendapatkan zuriat setelah berkahwin dalam tempoh tertentu..

Diharapkan dengan sedikit perkongsian tersebut dapat membantu rakan-rakan kita yang mengalami masalah tersebut.. Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan sedikit maklumat tentang panduan untuk ibu-ibu yang hamil..

Walaupun panduan ini untuk bakal ibu, atau yang sedang menjadi ibu.. Saya kira kaum lelaki juga wajar mambaca panduan ini, supaya kita dapat sama-sama belajar dan saling melengkapi di antara satu sama lain.. Barulah boleh mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.. ;)

Seperti juga pada entri sebelum ini, entri kali ini disumbangkan oleh seorang rakan yang sudi untuk berkongsi sedikit ilmu tentang panduan kesihatan dengan kita semua.. Diharap dengan ilmu yang dikongsikan akan memberi manfaat kepada kita semua.. Sebenarnya kesemua ilmu yang dikongsikan merupakan cebisan-cebisan maklumat daripada ebook beliau yang berjudul Panduan Kesihatan Ibu Hamil

Dan saya sebagai pemilik blog ini terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Hafiz Wafa kerana sudi membenarkan saya untuk berkongsi informasi-informasi tersebut buat pembaca blog saya..

Semoga saudara Hafiz Wafa akan terus cemerlang dan berjaya dalam kerjaya beliau.. dan seterusnya juga cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.. Panduan ini saya kira sangat berguna terutamanya buat kaum perempuan yang baru pertama kali merasai pengalaman mengandung..dan juga yang baru mendirikan rumah tangga..  Nak tahu lebih lanjut tentang panduan ini, jom kita teruskan pembacaan selanjutnya.. ;)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tahap Kesihatan Yang Baik Ketika Hamil?

Kehamilan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Tidak semua orang bernasib baik dapat merasai pengalaman untuk hamil.

Oleh itu setiap kehamilan perlu dijaga rapi dan teliti dari segi aspek keselamatannya. Namun untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar bukan mudah seperti yang disangka.

Bagi pasangan yang baru pertama kali merasai proses kehamilan pasti mempunyai sedikit kesukaran dalam menempuh alam kehamilan kerana ia merupakan pengalaman pertama.

Jadi disini apa yang penting adalah ILMU. Ilmu adalah pengalaman berharga yang bertindak sebagai penyuluh tatkala kita dalam kegelapan.

Kini setiap wanita yang hamil bernasib baik kerana terdapat satu Panduan yang menerangkan ‘selok-belok’ hal berkaitan kehamilan. Panduan yang dimaksudkan tersebut adalah “Panduan Kesihatan Ibu Hamil”.

Panduan ini telah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga beberapa rujukkan international berkaitan kehamilan termasuklah pelbagai komplikasi kehamilan.

Jika anda mendapatkan panduan ini, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Menurut penulis Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran.

Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

Seperti yang kita semua sedia maklum terdapat beberapa kes tentang kehamilan berlaku di negara kita dimana bayi mati disebabkan keguguran, bayi mati disebabkan kelemasan, kelahiran bayi pra matang dan sebagainya peristiwa-peristiwa kehamilan yang berpotensi menjadi episode ngeri dalam hidup kita. Semoga kita lebih berilmu supaya dapat mencegah daripada berlakunya perkara-perkara tersebut di atas kesilapan/kecuaian kita..

Jadi lengkapkanlah diri anda dengan ILMU berkaitan kehamilan agar semua perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Panduan Kesihatan Ibu Hamil dengan klik pada pautan di bawah ini:

Panduan Kesihatan Ibu Hamil (klik Di sini)

Selain itu juga anda boleh meneruskan pembacaan untuk mendapatakan beberapa tips untuk ibu mengandung:

Tip 1: Supplement untuk Ibu Hamil.

Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplement. Antara contoh supplement yang biasa dibekalkan kepada wanita mengandung adalah asid folik dan juga ferrous fumarate.

Selain daripada asid folik, ada juga sesetengah wanita mengandung akan diberikan supplement Obimin. Supplement Obimin ini sangat membantu meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien.

Supplement ini amat penting sekali bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan. Seperti yang kita sedia maklum, fungsi asid folik adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi.

Manakala Ferrous Fumarate adalah untuk meningkatkan bilangan sel darah marah dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung.

Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu.

Dalam ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan secara terperinci bagaimana fungsi-fungsi vitamin dan supplement yang sepatutnya ibu mengandung miliki.

Ia juga menerangkan kepada ibu mengandung tip-tip penting yang harus ibu mengandung ketahui dalam memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar dan selamat dan sempurna.

Tips ke 2: Mengatasi Sembelit Ketika Hamil.

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir. Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air.

Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplement yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplement yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate. Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah.

Namun, disebalik kebaikkan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Dan sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Dipetik daripada Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil, untuk mengatasi masalah ini adalah ibu mengandung dinasihatkan untuk meminum air paling kurang 7 gelas sehari.

Selain daripada itu, ibu mengandung juga dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi serat yang banyak seperti pisang.

Dalam Ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan cara bagaimana mengatasi pelbagai masalah yang biasanya ibu mengandung alami.

Bukan itu sahaja, Panduan ini juga membincangkan bagaimana ibu mengandung dapat mengatasi masalah-masalah ketika hamil.

Tips ke 3: Berhati-hati dengan ancaman keguguran.

Ancaman keguguran atau “threatening abortion” adalah satu perkara serius yang perlu anda ambil kira. Bagi ibu mengandung, potensi untuk berlakunya keguguran adalah tinggi jika mereka mengalami ancaman keguguran.

Biasanya keguguran mudah berlaku pada trimester pertama dan trimester kedua. Hal ini kerana pelekatan ovum-sperma yang masih lemah pada rahim menyebabkan ia mudah gugur.

Setiap ibu mengandung perlu peka terhadap tanda-tanda atau simptom ancaman keguguran ini. Antara tanda ancaman keguguran ini adalah seperti kekejangan pada bahagian perut atau abdomen. Selain daripada itu perhatikan juga sekiranya terdapat darah atau cecair yang berwarna coklat yang keluar dari vagina(faraj).

Terdapat juga kes dimana ancaman keguguran ini menunjukkan simptom seperti kekejangan otot kaki dan sakit bahagian belakang.

Apa yang perlu anda lakukan jikalau tanda-tanda ancaman keguguran ini melanda diri anda?

Dalam Pakej Panduan Kesihatan Wanita Hamil ada menyarangkan jika wanita hamil itu mengalami tanda seperti kekejangan bahagian abdomen yang berterusan dan terdapat cairan coklat atau merah yang keluar dari faraj, maka segeralah dirujuk kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat.

Anda mungkin akan dimasukkan ke wad selama beberapa hari.

Ketika di hospital atau klinik kesihatan, wanita yang mengalami ancaman keguguran akan diperiksa oleh Doktor faraj mereka. Ini memastikan sejauh manakah berlakunya keguguran itu.
Selain daripada itu, kandungan sel darah putih anda juga akan disemak bagi memastikan tiada jangkitan atau bakteria dalam darah anda.

Untuk makluman, jangkitan dan kehadiran bakteria dalam darah juga merupakan salah satu faktor terjadinya ancaman keguguran.

Menurut Pakej Panduan Kesihatan Wanita Hamil lagi, ibu mengandung perlu sentiasa peka terhadap setiap perubahan pada kehamilan mereka. Ketika trimester pertama dan trimester kedua perbanyakkan berehat.

Hindari diri daripada melakukan perkara yang berat dan perkara yang boleh mencetuskan stress terhadap diri ibu mengandung.

Tips ke 4: Sesuaikan Evening Primrose Oil (EPO) untuk ibu mengandung?

Evening Primrose Oil atau bahasa singkatannya EPO amat terkenal dalam kalangan wanita di Malaysia kini. Supplement ini dikatakan dapat melegakan sindrom pra haid yang menyakitkan dan juga ia dapat meningkatkan peratusan wanita untuk hamil.

Evening Primrose Oil ini mengandungi struktur kimia gamma linolenic yang bertindak sebaga prekursor dalam penghasilan prostaglandin.

Kehadiran prostaglandin dalam badan kita akan mengubah beberapa kesan fisiologikal terhadap tubuh badan kita. Antara perubahan yang terhasil dengan kehadiran prostaglandin ini adalah mencetuskan tindakan pengecutan rahim (uterine contractions).

Menurut Panduan Kesihatan Ibu Hamil kesan yang dicetuskan oleh prostaglandin ini akan membantu para ibu untuk bersalin kelak.

Diakhir trimester atau pada 9 bulan kehamilan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil Evening Primrose Oil bagi membantu dan memudahkan proses kelahiran.

Tetapi, jika tempoh mengandung baru mencecah trimester pertama dan kedua adalah amat dilarang untuk mengambil Evening Primrose Oil ini. Hal ini kerana dikhuatiri ancaman keguguran akan dialami oleh ibu mengandung.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah supplement ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran. Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

Kini, pelbagai maklumat berkaitan ibu mengandung senang sahaja boleh didapati secara online. Rujuk sahaja laman web Panduan Kesihatan Ibu Hamil untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan penjagaan kesihatan ketika hamil.

Tips ke 5: Bagaimana Mengatasi Keputihan Ketika Hamil.

Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.

Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.

Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini.

Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.

Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.

Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah keputihan ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.

Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran. Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran.

Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.

Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.

Tips ke 6: Bagaimana Proses Kelahiran berlaku?

Proses kelahiran adalah sesuatu yang unik dan sangat menarik. Jika ditanya kepada seorang ibu yang memiliki 6 orang anak bagaimana perasaan dan pengalaman ketika proses kelahiran? Dan percayalah dia menjawab setiap kelahiran mempunyai pengalaman dan ‘kesakitan’ yang menyeronokkan tersendiri.

Daripada setiap kelahiran apa yang kita mahukan adalah kesempurnaan. Proses kelahiran yang berjaya menyelamatkan 2 nyawa itulah yang kita mahukan.

Untuk makluman anda semua, proses kelahiran melibatkan 3 peringkat iaitu fasa permulaan, fasa aktif dan fasa kelahiran.

Fasa permulaan- fasa ini bermula ketika anda mula rasa sakit untuk bersalin. Ia berlaku sehingga servik anda mula membuka seluas 3 cm.

Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah perlu ‘rilek’ sahaja. Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Jika tergopoh gapah dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku dalam perjalanan ke hospital.

Ketika ini wanita mengandung dinasihatkan untuk minum air dan makan sedikit sebagai sumber tenaga untuk bersalin nanti. Pada saat ini juga anda boleh mula untuk mengemas baju dan peralatan bayi untuk dibawa ke hospital.

Fasa aktif kelahiran- Pada fasa ini anda boleh bersiap sedia menuju ke hospital. Anda akan merasai tempoh kontraksi yang lebih panjang iaitu sekali kontraksi ia mengambil masa 45 hingga 60 saat.

Ketika ini servik akan membuka sebanyak 4cm hingga 7cm.

Oh ya, jika waktu ini anda sudah berada di hospital, selesakan diri anda dengan berjalan atau melakukan senaman pernafasan.

Fasa kelahiran- Pada fasa ini servik sudah membuka sebanyak 9cm. Kekerapan kontraksi lebih kerap berlaku iaitu setiap 30 saat hingga 2minit.

Pada saat ini anda mula bertarung nyawa. Segala keringat yang ada akan digunakan untuk ‘push’ bayi anda keluar. Saat ini juga peluh mula membasahi diri anda. Kadang kala anda mungkin akan terasa hendak muntah ataupun loya.

Anda juga perlu fokus kepada apa yang jururawat atau doktor katakan pada anda. Jika mereka menyuruh anda ‘push’, anda perlu ‘push’ sekuat hati. Jika mereka menyuruh anda bertenang dan bernafas dengan betul, ikutkan sahaja arahan mereka.

Setelah terdengar tangisan kecil bayi anda, percayalah anda akan lupakan segala kesakitan yang baru sahaja anda lalui...

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi kepada kita semua untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.. Rumah ku adalah Syurgaku... ;)

Sumber ini disediakan oleh:

Hafiz Wasa
General Health Consultant
B.Pharm (Hons) USM
Panduan Kesihatan Ibu Hamil
http://www.9bulan.info/index.php?ref=click_here


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Panduan Suami Isteri (Ini bukan 18SX) Bahagian 1
Tiefazatie pemenang Hat Trick Contest di blog sembang hari2
Seperti Baru Semalam Tiba Di Mukah, rupa-rupanya....
Peluang Kerjaya sebagai guru Di Malaysia
Isu Halal Atau Haram dalam perniagaan internet
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Panduan Untuk Suami Isteri (Ini bukan 18 SX)..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit informasi ditujukan khas buat pasangan suami isteri atau rakan-rakan yang bakal mendirikan rumah tangga.. Kata orang dalam hidup ini kita perlu tahu sedikit sebanyak ilmu kekeluargaan sebagai panduan dalam hidup kita..

Panduan yang saya kongsikan ini merupakan perkongsian daripada rakan saya yang  sudi untuk membenarkan artikelnya ditulis di blog ini sebagai panduan kita bersama.. Mulia betul hati rakan saya ini.. Semoga beliau berjaya dalam kerjaya beliau dan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat..

Bagi setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pastinya mereka mengimpikan zuriat sebagai penyeri dalam kehidupan mereka.. Ianya juga dituntut dalam Islam.. Zuriat merupakan salah satu harta yang sangat bernilai yang dapat kita tinggalkan di dunia ini sebagai bekalan kita diakhirat kelak.. Zuriat yang baik akan dapat sentiasa mendoakan kesejahteraan kita dan seterusnya meringankan azab kita sewaktu di alam Barzakh nanti.. Insya Allah

Tetapi tidak semua pasangan dikurniakan zuriat serta merta, sebaik sahaja mereka mendirikan rumah tangga.. Ada sesetengah pasangan tu dah kahwin 2 tahun masih tak dapat anak.. Malahan Ada sesetengah pasangan tu dah 3, 4, 5 hingga 10 tahun kahwin pun masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata (zuriat)yang diidam-idamkan..

Sememangnya saya sendiri mengakui rezeki tersebut pemberian tuhan.. Namun begitu, dalam masa yang sama kita juga disuruh berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut.. Sebenarnya ada beberapa penyebab yang mungkin sebahagian daripada pasangan tidak tahu, kenapa mereka gagal hamil walaupun telah berusaha ke arah itu.. Antara salah satu penyebabnya adalah "Endometriosis"..

"Endometriosis" merupakan antara penyakit yang amat luar biasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh diluar rahim. Disebab itu, bagi wanita yang mengalami penyakit ini akan menyukarkan mereka untuk hamil..
Antara masalah yang sering timbul daripada penyakit ini ialah senggugut. Wanita itu seringkali mengalami senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut yang dialami itu mungkin berpanjangan. Malah, wanita tersebut juga mungkin telah mengalaminya sejak remaja lagi. Ramai wanita yang dilaporkan mempunyai masalah sukar untuk hamil ialah kerana senggugut yang dialami itu begitu teruk.

"Endometriosis" juga menyebabkan masalah ketidaksuburan. Ramai wanita yang tidak menyedari masalah ini wujud dalam tubuh mereka. Ini kerana, mereka hanya mendapati diri mereka sukar untuk hamil sedangkan masalah ketidaksuburan untuk berpunca daripada penyakit "endometriosis". Ianya juga mungkin berlaku selepas wanita itu melahirkan anak pertama dan mereka sukar hamil untuk kali yang seterusnya.

Keguguran yang dialami oleh beberapa wanita juga ada kemungkinan disebabkan penyakit "endometriosis". Ia selalunya dapat dikenalpasti apabila kehamilan gugur pada peringkat awal. Ianya terjadi kerana penyakit "endometriosis" menyebabkan gangguan pada hormon wanita. Tambahan pula, ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin. Wanita yang mengalami masalah ini berkemungkinan boleh gugur berulang-kali.

Selain itu, kemandulan juga boleh berlaku kerana oleh penyakit "endometriosis". Pelbagai fakta boleh diberikan antaranya ialah kilang ovum (benih wanita) menjadi rosak dan menghalangnya dari mengeluarkan benih. Kerosakan pada falopian tiub juga boleh berlaku dan menyebabkan sperma (benih lelaki) tidak bertemu dengan ovum. Dengan itu, proses persenyawaan tidak akan berlaku. Gangguan-gangguan hormon juga mungkin berlaku dan mengganggu kawalan kesuburan wanita.

Apa yang perlu diketahui lagi ialah, penyakit ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana, jika wanita itu menghadapinya untuk jangka masa yang panjang, akan berlaku satu ketumbuhan yang dikenali sebagai "ovarian cysts" ataupun "chocolate cysts" apabila 'darah kotor' berkumpul.

Bagaimana untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyakit "endometriosis ini? Saya mengesyorkan anda untuk mendapatkan produk makanan yang mengandungi elemen anti-oksida dalam melancarkan perjalanan dan kitaran haid supaya lebih teratur. Terdapat beberapa produk yang dicadangkan oleh rakan saya untuk mengatasi masalah keguguran yang disebabkan "endometriosis" ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web beliau dengan klik di sini

Diharap perkongsian ini akan membantu anda untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dengan menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam keluarga anda.. Semoga anda hidup bahagia bersama teman hidup yang anda sayangi.. ;)

Jangan biarkan hidup anda dan rakan-rakan yang senasib dengan anda terus dibelenggu oleh masalah seperti ini.. Setiap permasalahan, dengan Izin Allah akan ada penyelesaiannya.. Kita sebagai hambanya jangan berputus asa untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut...

Nota: Sekiranya ada apa-apa pandangan atau komen yang ingin dikongsikan, anda boleh menulis komen atau pandangan tersebut pada ruangan komen yang disediakan..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..