Tuesday, September 21, 2010

Bila Twin Otter nak bertukar kepada Foker?

Salam 1 Malaysia..

Pada post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menaiki pesawat kecil dari Mukah ke Kuching yang dikenali sebagai Twin Otter. Pengalaman ini pernah saya kongsikan kira-kira 4 bulan yang lalu.

Naik Twin Otter merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Ianya hanya mempunyai tidak lebih daripada 20 tempat duduk,dan anda berada dekat dengan juruterbang. Dengan meniki Twin Otter anda akan dapat merasai kenikmatan sebenar menaiki kapal terbang. Kalau angin kuat, goyang pun kuat..

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa berada di perkarangan udara Kuching sebelum pesawat yang saya naiki mendarat di lapangan Terbang Kuching. Pada ketika ini cuaca agak baik, jadi kita dapat menikmati keseronokan menaiki Twin Otter..








Alhamdulillah, selamat mendarat di Lapangan terbang Kuching..



Semasa turun dari lapangan terbang Kuching saya terlihat sebuah Foker sedang parking berhampiran dengan tempat pesawat yang saya naiki mendarat. Dalam hati saya terdetik bila lah Forker ni nak mendarat di Mukah. Kalau Foker ni dapat mendarat di Mukah, tentu semua orang yang bekerja atau tinggal di Mukah akan berasa gembira.

Pesawat Foker mempunyai bilangan tempat duduk melebihi 2 kali ganda berbanding bilangan tempat duduk Twin Otter. Sekiranya Foker dapat mendarat di Mukah, kapasiti tempat duduk akan bertambah. Jadi masyarakat Mukah Tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan tiket kapal terbang seperti sekarang.



Semoga dalam masa terdekat ini Foker akan dapat mendarat di Mukah.. Saya percaya, sekiranya Foker dapat mendarat di Mukah, akan dapat menarik lebih ramai orang luar untuk datang dan seterusnya berkhidmat di Mukah. Ianya secara tidak langsung akan dapat membantu membangunkan bandar Mukah untuk mencapai matlamat pembangunan SCORE dengan lebih lancar lagi.  


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege


Get your own free form like this one.

Read more...

Saturday, September 18, 2010

Ku Ingatkan Jalan Balingian Selangau dah bertambah elok, rupa-rupanya..

Alhamdulillah, kita semua telah menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari yang ke 9.. Pastinya lemang, ketupat, rendang, dodoldan kuih muih telah puas di makan.

Kebanyakan daripada kita tentunya telah mula kembali ke tempat kerja untuk mula bertugas. Kepada yang sedang memandu saya ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

Bagi rakan-rakan yang ingin kembali ke Mukah, saya doakan semoga anda terus tabah melalui jalan-jalan berliku Diantara Persimpangan Balingian dengan Selangau.. Perjalanan saya pulang ke Kampung pada kali ini melalui jalan udara. Jadi saya tidak berpeluang untuk merentasi jalan tersebut yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. 

Kali terakhir saya menggunakan jalan tersebut adalah pada 21 Julai 2010.. Pada ketika itu jalannya masih agak teruk dan saya beranggapan ianya sudah semakin baik sempena musim perayaan ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa kali terakhir melalui jalan tersebut iaitu pada 21 Julai 2010.










Persoalannya, adakah jalan tersebut telah semaik baik atau semakin teruk?

Jalan raya sejauh 52 km ini dijangka akan siap pada penghujung tahun ini. Saya percaya ramai orang mengharap supaya jalan ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ini kerana jalan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Mukah dengan bandar-bandar besar seperti Bintulu, Sibu, Miri dan Kuching..

Diharapkan jalan ini akan sentiasa menjadi semakin baik dari hari ke hari. Ini supaya, kita dapat menarik lebih ramai orang luar untuk datang ke Mukah dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege


Get your own free form like this one.

Read more...

Saturday, September 4, 2010

Detik-detik nak Balik Kampung..

Salam 1 Malaysia..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia yang bercuti untuk menyambut hari Raya Aidilfitri. Kepada yang memulakan perjalanan pada esok hari untuk menuju ke destinasi masing-masing, saya doakan semoga sampai ke destinasi yang dituju dalam keadaan sihat sejahtera..

Berhati-hati semasa memandu.. Ingatlah orang-orang yang tersayang iaitu ayah, ibu, isteri, anak-anak, teman istimewa (bagi yang belum berkahwin) yang sedang menanti kepulangan anda.. Pastikan kenderaan anda diperiksa dahulu terutamanya tekanan angin (tayar) sebelum memulakan perjalanan..

Saya dan keluarga masih berada di Mukah Sarawak lagi pada ketika ini, dan sedang menanti hari untuk memulakan perjalanan dari Mukah ke Pusing, Perak.. Seperti biasa sepanjang perjalanan dari Mukah ke kampung halaman, kami perlu menaiki beberapa kenderaan untuk sampai ke destinasi yang dituju..

Perjalanan pulang ke kampung akan bermula pada jam 9 pagi, pada hari Ahad (5 September 2010). Kami akan menaiki van dari Politeknik ke lapangan terbang Mukah. Seterusnya, dari lapangan terbang Mukah ke Kuching, kami akan bertolak dengan menaiki Pesawat kecil (Twin Otter). (Gambar di bawah)




Dari Kuching ke Kuala Lumpur pula, kami akan menaiki kapal terbang Air Asia yang akan mendarat di LCCT. Perjalanan kami seterusnya akan dilaksanakan pada jam 6.30 petang di hari yang sama, iaitu dengan menaiki Bas Express ke Ipoh. Kami jangka, akan sampai ke Ipoh pada jam 9.30 malam. Kemudian ayah mertua akan mengambil kami dari stesyen bas untuk di bawa pulang ke kampung halaman.. Huhuhu.. Penat juga perjalanan ini.. kami akan mengharungi perjalanan selama 12 jam, dengan menaiki 5 jenis kenderaan untuk sampai ke kampung halaman ;)

Diharapkan semuanya akan berjalan dalam keadaan baik di sepanjang perjalanan kami nanti. Tak sabar betul rasanya menanti masa beredar. ;) Sementara menunggu masa tersebut, kami sempat menjalankan operasi mengemas rumah.. Hari ni tak sempat selesai, jadi kena sambung pada esok pagi..

Bila dah penat kemas rumah, mulalah buka komputer dan sempatlah ambil sedikit masa untuk menjalankan tugas sampingan sebagai seorang blogger.. hehehe..

Soalan cepu emas yang ingin saya utarakan kepada anda pada hari ini adalah "Adakah anda sudah mendapatkan ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet?"  

Jika belum sila dapatkan ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet ini sekarang juga. Ebook ini dihasilkan bertujuan untuk mendedahkan ilmu keusahawanan kepada bekas pelajar Politeknik khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Ebook setebal 115m/s ini diberikan secara PERCUMA kepada sesiapa yang berminat untuk memperolehi pendapatan sampingan melalui bidang keusahawanan. Isi kandungan ebook ini adalah seperti berikut:-

1) Kepentingan Mempelajari Ilmu Keusahawanan
2) Keperluan menceburi Bidang Perniagaan
3) Keselamatan Urusan Jual Beli DI Internet
4) Produk Fizikal vs Produk Digital dalam Perniagaan Internet
5) PLR, RR dan MRR
6) Bagaimana untuk menjual produk MRR?
7) Menjual Produk Di Internet sebagai usahawan sebenar
8) Menghasilkan Produk sendiri

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam setiap maklumat dalam senarai kandungan tersebut, sila dapatkan ebook ini sekarang juga dengan klik pada perkataan di bawah:-




       Klik Di Sini Untuk Download Ebook Secara Percuma


Setelah anda selesai membaca ebook ini diharapkan dapat meninggalkan sedikit komen di blog ini. Dengan komen yang anda berikan mungkin dapat membantu saya untuk menulis dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

Sekian dahulu daripada saya pada hari ini. Semoga anda dapat memanfaatkan hari-hari terkahir di Bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. Seterusnya dapat menikmati hari raya pada kali ini dengan penuh kemeriahan.. Sekian, terima kasih..


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege




Get your own free form like this one.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..