Tuesday, May 17, 2011

Discount Hari2 kini di Lot.My

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dunia blogging terlalu luas skopnya.. Selain daripada berkongsi informasi, kita juga boleh menjadikan Blog sebagai sebuah "kedai internet"..

Anda boleh menjalankan urus niaga "kedai Internet" anda secara serius untuk mencari pendapatan sampingan atau sekadar mencuba-cuba untuk mengisi masa lapang..

Selain blog Sembang hari2 dan blog Coretan Anuar saya juga mempunyai blog perniagaan yang dikenali sebagai Discount Hari2..

Blog perniagaan ini sebenarnya dihasilkan untuk membantu rakan-rakan, kenalan atau saudara mara untuk memasarkan perniagaan mereka di internet.. Di samping itu, saya juga cuba-cuba menjual beberapa item untuk menguji pasaran..

Nak kata untung banyak melalui perniagaan internet ni.. Takdelah.. Tapi adalah juga sedikit rezeki yang berjaya dihasilkan.. tetapi domain blog perniagaan ini takderlah menarik sangat.. Sebab ada perkataan blogspot.com di belakang nama domain tersebut..

Tak nampak seperti sebuah blog/ laman web profesional dengan Domain yang diakhiri dengan .com, .com.my, .info, .my, .net dan sebagainya..   

Nak dijadikan cerita pada minggu lepas, saya terjumpa satu laman web yang membolehkan kita membuka kedai internet dengan menggunakan domain seakan-akan domain sendiri...

  


Nampak macam sebuah laman web dengan domain sendiri kan??


Tapi anda jangan salah faham.. kalau anda berkunjung ke laman web penyedia Domain dan Hosting.. anda pasti takkan dapat mendaftar laman web dengan domain.lot.my

Ini kerana ianya hanya boleh diperolehi secara PERCUMA di http://www.lot.my/
Jadi laman web perniagaan anda yang didaftarkan dibawah laman web ini merupakan subdomain kepada laman web http://www.lot.my/

Betul ker pendaftaran PERCUMA???

Ya betul.. memang percuma.. Tapi... ada tapinya.. Laman web perniagaan seperti zen Chart ini hanya membenarkan kita mengiklankan 4 item sahaja.. Sekiranya nak tambah item, kena ugrade ke akaun berbayar dengan bayaran RM39.90 sebulan..

Kepada anda yang ingin mencuba menjalankan perniagaan internet, saya syorkan anda boleh membuat pendaftaran laman web anda di http://www.lot.my/ sekarang juga..

Buat permulaan ini, iklankan 4 jenis item terlebih dahulu secara Percuma.. Bila perniagaan anda dah semakin rancak, masa tu baru buat penambahan item..

Selamat mencuba..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Thursday, May 5, 2011

Undi Blog Saya kalau anda suka..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya rasa tentu ramai rakan-rakan blogger dah tahu tentang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular yang dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar..

Walaupun Blog sembang hari2 selaku tuan rumah bersama.. Tapi blog ini turut menyertai pertandingan ini.. Walaupun tuan yang empunya blog sama.. Tapi blog yang berbeza.. Jadi apa salahnya join pertandingan ini...

Ada harapan ker nak menang??

Tujuan utama blog sembang hari2 menyertai pertandingan ini bukannya untuk menjadi pemenang.. Tapi sekadar untuk memeriahkan pertandingan, disamping mencuri sedikit trafik dari blog Coretan Anuar..

Sasaran Blog Sembang Hari2 adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 30,000 unik visitor sebelum bulan Julai 2011..

Tapi kata orang sambil menyelam minum air.. kalau anda suka dengan blog sembang hari2 ini.. Jangan segan silu untuk mengundi... ;)

Nak undi mudah sahaja.. Bila pertandingan bermula nanti, anda tulis URL blog ini dalam senarai URL blog pilihan anda..





Hadiah yang ditawarkan agak menarik.. Jadi kalau anda juga seorang blogger, saya syorkan anda juga turut menyertai pertandingan ini...

Setakat ini peserta pertandingan yang mendaftar dah seramai 58 orang.. Saya rasa bilangan peserta akan bertambah disebabkan hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini juga semakin bertambah..

Senarai Hadiah Terkini Pertandingan Anugerah Blog paling popular adalah seperti berikut:
  1. Tempat Pertama : RM500
  2. Tempat Kedua : RM300
  3. Tempat Ketiga : RM200
  • Blog Kategori Agama dan Pendidikan Popular : RM100
  • Blog kategori Peribadi Popular : RM100
  • Blog Kategori Kesihatan Dan Alam Sekitar : RM100
  • Blog Kategori Kecantikan dan Penampilan Diri Popular : RM100
  • Blog Kategori keusahawanan Dan Pelaburan Popular : RM100
  • Blog Kategori Masakan Popular : R100
  • Blog Kategori Isu Semasa Dan Hiburan Popular : RM100
  • Blog Kategori Pendidikan Popular : RM100
  • Blog Kategori Robot Dan Teknologi Popular : RM100
  • Blog Kategori Hobi dan Percutian : RM100
  • Anugerah Banner Paling Menarik : RM200
Hadiah Bonus:
30 Hadiah Misteri menanti pemenang yang berjaya mendapat undian 30 teratas

Sehingga ke hari ini hadiah-hadiah disumbangkan oleh:

::: Net KL

Bilangan penaja mungkin akan bertambah dari masa ke semasa.. Kemungkinan Hadiah pertandingan ini akan meningkat lagi..

Hadiah sebenar akan diketahui pada 15 Jun 2011 bersama senarai peserta yang bertanding..

Jadi rakan-rakan blogger jom beramai-ramai menyertai pertandingan ini..

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja sila sms 016-5425547 (Anuar)

Semoga dengan kerjasama daripada anda akan dapat merealisasikan objektif pertandingan ini iaitu:

Menanamkan Minat Suka Membaca dan Menulis Di Kalangan Rakyat Malaysia Melalui Bidang Penulisan Blog


Menang dan kalah adat pertandingan.. Sekiranya anda menyertai pertandingan ini, berkemungkinan besar anda akan dapat menarik trafik Percuma ke Blog anda..

Ini kerana Banner Pertandingan ini ada diiklankan di Blog Ben Ashaari.. Selaku barisan blogger terkenal di Malaysia..

Setiap blog yang bertanding akan didaftarkan ke dalam Blog List pertandingan.. Jadi setiap kali anda update blog anda, blog anda akan berada di kedudukan tertinggi dalam senarai Blog List tersebut..

Dan sekiranya anda menulis satu tajuk entri yang menarik, kebarangkalian untuk anda mendapat klik dari peserta-peserta pertandingan adalah tinggi..

Jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/  

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Keputusan Keseluruhan Contest Penulis Komen Mingguan Blog Sembang hari2

Assalamualaikum w.b.t dan Slam Sejahtera..

Lama betul tak update blog sembang Hari2 ni.. Maklumlah tengah sibuk mengadakan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular di Blog Coretan Anuar..

Sebenarnya ramai juga rakan-rakan yang bertanya.. bila saya nak update blog sembang hari2 ni??.. Setiap kali mereka melawat blog ini.. mereka terbaca keputusan Pilihan Raya negeri Sarawak..

Dah kehabisan idea ke nak tulis, sampai tak berupdate blog?

Saya harap anda semua jangan salah faham.. Insya Allah idea untuk menulis blog ini takkan habis selagi kita hidup.. Dan selagi kita berjalan-jalan, baca buku, baca surat khabar, layari internet, menonton televisyen dan sebagainya.. Ada sahaja perkara nak ditulis.. Tentang itu dan ini.. kenapa begitu dan tidak begini.. dan sebagainya..

Ini yang dikatakan persepsi manusia terhadat pelbagai perkara yang berlaku di persekitaran kita.. Bak kata seorang rakan saya... Peduli apa orang nak kata.. kalau kita berjalan, orang akan kata kenapa kita tidak duduk.. kalau kita tidur, orang akan kata kenapa kita tidak berjaga.. dan sebagainya..

Tanpa membuang masa lagi saya nak mengumumkan keputusan keseluruhan Contest Penulis Komen terbanyak Mingguan blog sembang hari2 yang berlangsung selama 10 minggu...


Pemenang-pemenangnya adalah...
  1. Minggu pertama                        Tiada pemenang
  2. Minggu ke 2                             Tiefazatie
  3. Minggu ke 3                             Tiefazatie
  4. Minggu ke 4                             Tiefazatie
  5. Minggu ke 5                             Tiefazatie
  6. Minggu ke 6                             Izzatul Iman
  7. Minggu ke 7                             Tiefazatie
  8. Minggu ke 8                             Tiefazatie


Selepas minggu ke 8 saya jarang update blog.. Tiada pengomen terbanyak.. maka tiada pemenang untuk Contest ini..

Setakat ini semua hadiah telah pun di hantar.. Kecuali Izzatul Iman.. Disebabkan saya belum menerima akaun Bank untuk tujuan penghantaran hadiah kemenangan.. Walaupun hadiahnya cuma RM10, tapi rezeki juga namanya tu.. Jadi Izzatul Iman, kalau terbaca entri ini jangan lupa emailkan nombor akaun bank anda..
 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/  

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..