Sunday, January 17, 2010

Kempen Mari Membaca







Terima kasih kerana anda membaca pada hari ini ;) Anda sebenarnya telah menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat Malaysia supaya gemar membaca.

Logo di atas mungkin tidak asing lagi bagi kita. Logo tersebut kerap dipaparkan di tevisyen sempena kempen mari membaca yang telah dilaksanakan sejak tahun 1995 lagi. Pelbagai kempen telah pun diadakan untuk menanamkan minat gemar membaca di kalangan Rakyat Malaysia dengan misi "Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat".

Ternyata kempen-kempen yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak telah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia. Sebelum tahun 2000 kita biasa didedahkan dengan maklumat bahawa purata rakyat Malaysia membaca adalah sebuah buku setahun.

Kemudian pada tahun 2000 hingga 2005 kita didedahkan dengan maklumat bahawa purata rakyat Malaysia membaca buku adalah 2 buah buku setahun. Walaupun terdapat beberapa laman blog yang menyangkal dakwaan-dakwaan ini, tapi yang pasti ianya memberi tamparan kepada saya dan anda semua sekiranya perkara tersebut adalah benar.

Cuba anda bayangkan sekiranya purata rakyat Malaysia membaca sekitar 1-2 buah buku setahun. Sebanyak manakah ilmu yang dapat kita timba untuk membangunkan negara kita. Kita banyak ketinggalan daripada negara-negara maju disebabkan kurangnya minat membaca di kalangan segelintir masyarakat kita.

Jadi adakah anda tergolong dalam golongan yang membaca hanya 2 buah buku setahun? Saya membuat andaian bahawan anda tidak berada dalam gologan tersebut. Anda seorang yang gemar membaca dan kerap mencari maklumat di laman-laman web dan laman-laman blog. Buktinya anda membaca blog ini ;)

Justeru itu kepada anda yang aktif membaca, teruskan amalan tersebut dan pergiatkan lagi usaha anda. Sekiranya anda ada kelapangan masa sudilah kiranya anda menjawab survey yang berada di blog ini tentang kempen mari membaca..Sekian, selamat membaca. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

berita rujukan di utusan.com.my














Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..