Sunday, March 27, 2011

Teruja tengok ikan segar di pasar Mukah..


Pagi tadi dalam pukul 11.30 sempat lah jalan-jalan pergi pasar Mukah sekejap.. Sebenarnya masa jalan-jalan tu tak berniat pun nak beli ikan disebabkan semalam dah beli seekor ikan kerapu dan selonggok udang galah..

Kali ni pergi ke pasar Mukah cuma nak beli garam dan beberapa barang yang terlupa nak beli semalam.. Tapi bila sampai di pasar Mukah, saya jadi teruja tengok ikan-ikan segar yang baru sampai dari laut.. Ada sesetengah ikan tu masih di atas bot lagi.. dan sedang di punggah..

Sebenarnya masa saya pergi tu, kebanyakan nelayan baru sahaja balik dari menangkap ikan.. Kebetulan rezeki mereka banyak pada kali ini.. Tu yang banyak ikan dijual di pasar sekitar pukul 11.00 sehingga.. ikan tersebut habis dijual.. ;)
Seorang peniaga yang sedang mengisi ikan ke dalam plastik..

Ikan baru sampai.. Segar-segar.. Jadilah pembeli pertama.. ;)

Rambang mata melihat ikan-ikan ni.. Murah rezeki nelayan hari ni..

Ikan merah juga masih segar...

Terdapat nelayan yang sedang mengutip ikan dari jaring..

Ni trip pemunggahan kali yang ke berapa? Nampak macam dah berkali-kali.. ;)

Abang kita ni kutip ketam ker kutip ikan.. ;)

Disebabkan teruja dengan ikan-ikan segar ni.. Saya pun beli lah juga RM10 sekilogram.. Harga Ikan kembung besar pada hari ini.. nak beli banyak takut tak habis.. Sebab takder siapa nak makan.. Nak beli sikit, rasa rugi pula.. Kebetulan masa ni ikan tengah banyak.. Dan harga murah sedikit daripada biasa..

Saya pun tak tahu harga tersebut dikira mahal atau murah berbanding harga di semenanjung.. Sebabnya harga ikan di Mukah suatu ketika dahulu memang murah.. Tetapi dah banyak kali naik harga.. Dan dalam masa yang saya juga dah lama tak semak harga pasaran ikan di semenanjung..

Jadi mungkin kita boleh berkongsi informasi tentang harga ikan di tempat masing-masing dengan menulis komen di ruangan komen yang disediakan.. ;)


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Pelajar Seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan..
Liga Cilik JMSK
Egg Tart And Chesscake From Uncle Joe..
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Abang Dan..
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Pelajar seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan minggu hadapan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Begitu cepat masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dalam tak sedar sesi pengajian Disember 2010 sudahpun hampir melabuhkan tirainya.. Tinggal kira-kira 3 minggu sahaja lagi sesi perkuliahan.. huhuhu

Kepada rakan-rakan sekerja semua semua, saya ucapkan selamat maju jaya dalam menyiapkan Markah Penialaian berterusan.. ;)

Pada minggu depan dua kumpulan pelajar di bawah seliaan saya akan memasuki dua pertandingan..

1 pertandingan Robocon peringkat Politeknik Mukah Sarawak (PMU) yang akan disertai oleh semua pelajar sem akhir Diploma Kejuruteraan Elektronik.. Robot yang kumpulan pelajar seliaan saya buat simple sahaja.. Ini memenuhi kehendak penyelianya yang simple.. Simple di sini bermaksud tidak hebat untuk dipuji dan tidak buruk untuk dikeji..

Wujud ker perumpamaan seperti ini.. Saya pun tak tahu hahaha.. Jadi saya harap anda tak gunakan perumpamaan tersebut sebagai rujukan dalam penulisan mana-mana jurnal atau kajian yer.. ;)

Rajah di bawah menunjukkan gambar projek student seliaan saya..


Agak-agak ada peluang nak menang tak? Saya pun tak boleh nak meramal.. Sebabnya hasil kerja kumpulan lain semuanya hebat-hebat belaka.. Antara kumpulan-kumpulan yang telah dikenal pasti akan kehebatannya adalah kumpulan En Hisyamsani, En Kumar, Cik Shirley, En Mahadzir, En Iskandar, En Hatta dan lain-lain..

Takper menang kalah adat pertandingan.. Yang penting pertandingan yang diadakan dapat memberi sedikit perkongsian ilmu kepada semua pihak.. Selamat maju jaya saya ucapkan..

Pertandingan kedua yang akan disertai oleh satu lagi kumpulan pelajar di bawah seliaan saya adalah pertandingan Kawad.. Sebenarnya pasukan untuk pertandingan kawad ini diselia sepenuhnya oleh En. Fauzi Ghani.. Beliau lebih arif dengan aktiviti berkawad ini..

Berdasarkan pemerhatian saya kumpulan ini ada potensi untuk menyerlah semasa pertandingan tersebut nanti.. Walaubagaimanapun kita sama-sama mendoakan mereka dapat lakukan yang terbaik sepanjang pertandingan tersebut nanti.. Kalau ada rezeki.. Insya Allah kami boleh menang..



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/ Anda Juga

Mungkin Meminati:
Egg Tart And Cheesecake From Uncle Joe
Emm.. sedapnya Umai Ikan haruan Abang Dan..
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Liga Cilik JMSK

Sabtu, 26 Mac 2011..

Berlangsung satu perlawanan bola sepak (tak tahu berapa sebelah) antara warga-warga kecil JMSK, Politeknik Mukah Sarawak.. Tiada peraturan pertandingan yang ditetapkan disebabkan pengadil lupa nak buat kertas lerja pertandingan huhuhu..

Terdapat tiga peserta yang menyertai pertandingan tersebut iaitu Adam, Haikal dan Naufal.. Selang 1 jam berikutnya ada peserta baru sampai.. tapi tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini, atas faktor kelewatan.. Huhuhu kejamnya pengadil pertandingan.. Kesian Yasmin kerana tidak dapat turut serta mengikuti pertandingan ini..

Takperlah jadi penonton jer..

Sebenarnya aktiviti ini diwujudkan bagi mengelakkan anak-anak kecil ini keboringan sementara menunggu ibu-ibu mereka menyelesaikan kerja-kerja "part time" pada hari Sabtu tersebut..

Jom kita saksikan gambar-gambar perlawanan bola sepak yang begitu meriah ini.. Jom Layan.. ;)


Adam Dan Haikal, sebelum pergi bermain kemas rumah dulu yer.. ;)

Adam mengelecek.. Dan main sorang-sorang..

Alamak.. Mana pergi bola ni?

Haikal dan Adam berebut bola.. Adam bersorak???

Adam menunjukkan teknik mengelecek di celah-celah kipas.. ;)

Apa yang dibuat oleh Naufal tu.. Padang panas kot.. ;)

Sabar-sabar jangan gaduh.. game tak habis lagi ni..

Adam berjaya membawa lari bola tersebut dari Haikal dan Naufal..

Keputusan permainan berkesudahan seri.. Lepas ni boleh berlatih lagi di rumah masing-masing untuk mengikuti pertandingan selanjutnya.. Mungkin sem depan kot.. Walaubagaimanapun terpulang kepada pengadil kejohanan untuk menjemput "bintang-bintang" kecil ini pada pertandingan yang akan datang.. ;)

Cik Fairuzah terima kasih di atas kesudian menganjurkan pertandingan ini.. lain kali jangan lupa jemput kami lagi dan juga anak-anak cilik JMSK yang lain.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Egg Tart And Chesscake from Uncle Joe
Emm.. Sedapnya Umai Ikan haruan Laut Abang Shahdan..
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Peluang Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Egg Tart And cheesecake From Uncle Joe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk terus membaca blog Sembang Hari2.. Tanpa sokongan anda untuk membaca blog ini.. Mungkin tiada faedahnya untuk saya menjadi seorang blogger.. ;)

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan tentang keusahawanan dalam bidang masakan atau pun dipanggil sebagai "kulinari". Seperti interi terdahulu blog ini, pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang seorang "Chef" yang baru berjinak-jinak menjadi usahawan dalam bidang masakan secara "part time".. Nama beliau semakin glamour dari sehari ke sehari di Politeknik Mukah Sarawak..

Beliau yang saya maksudkan adalah Uncle Joe ataupun nama penuh beliau adalah Johari Bin Kusai.. Saudara Johari ni pandai memasak walaupun beliau seorang lelaki, berkerjaya sebagai pensyarah di Jab. Kej. Awam PMU, masih bujang dan pandai bertukang.. Jadi kata orang beliau mempunyai satu pakej yang lengkap sebagai seorang lelaki, bapa dan suami Mithali pada suatu hari nanti.. Insya Allah..

Gambar beliau?.. Minta maaf yer, blog ini bukan bertujuan sebagai ejen mencari Jodoh.. hehehe.. Tapi kalau berminat nak berkenalan atau nak tahu lebih lanjut tentang beliau, boleh hubungi saya melalui email ataupun telefon.. Nanti saya sampaikan salam anda kepada beliau.. ;)

Saya merupakan pelanggan baru beliau disebabkan "anak pak mertua saya" dan anak-anak saya suka makan kuih "egg tart".. Sebelum ini saya membeli "egg Tart" daripada sebuah kedai Cina yang terdapat di Pasar Mukah.. Biasalah kebanyakan kedai-kedai di sini kepunyaan kaum Cina.. Tapi saya membeli "egg Tart" daripada kedai Cina yang memaparkan Sijil Halal di premis perniagaan mereka.. ;)

Jadi bila dah tahu ada rakan kita yang pandai membuat "egg Tart", sudah tentu saya membeli dari rakan saya yang dah tentu 100% terjamin kehalalannya.. Kiranya saudara Johari pada hari ini telah menjadi satu alternatif baru untuk rakan-rakan di PMU membeli kuih dan kek.. Syabas diucapkan buat saudara Johari.. Lagipun kek yang anda buat memang sedap.. Dan harganya juga berpatutan jauh lebih murah..  ;)

Berikut merupakan hasil kerja anak teruna Saudara Johari.. ;)

Sedapnya Egg tart ni..

10 biji "Egg tart" yang dihantar di depan pintu rumah saya..

Egg tart dibungkus rapi untuk tujuan penghantaran..

Selain daripada "Egg Tart",  beliau juga pandai membuat "Chesse Tart" dan aneka jenis kek.. Tapi setakat ini saya pernah mencuba "CheeseCake" yang beliau hasilkan.. Yummi.. Memang sedap.. Nak tengok gambar "Chesscake" tersebut? Nah.. Tengoklah..  

"Cheesecake" daripada saudara Johari..

Berdasarkan pemerhatin saya, saudara Johari boleh pergi jauh dalam bidang Kulinari ini.. Beliau melakukannya secara sambilan dapa waktu malam ataupun semasa cuti Sabtu dan Ahad.. Tempahan yang beliau terima semakin hari semakin bertambah.. Nampak gayanya lepas ni beliau kena mencari "pekerja" untuk membantu beliau..

Kagum saya dengan rakan-rakan lelaki yang pandai memasak ni.. Sebab saya sendiri tak pandai memasak.. Nasib baiklah dapat orang rumah yang pandai memasak.. Kalau tak makan di luar hari-hari jawabnya.. 

Saya suka bercerita tentang kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan disebabkan saya suka membaca dan mengikuti kisah-kisah tersebut.. Pasti ada sesetengah orang berasa hairan disebabkan saya merupakan seorang pensyarah, tak ada barang pun yang saya jual.. Tapi kenapa saya suka bercerita tentang perkara-perkara ini? 

Sebenarnya saya memang meminati bidang keusahawanan.. 7 tahun lepas saya pernah menghadiri satu taklimat tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh pihak Mara dengan kerjasama Kementrian Keusahawanan.. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan, saya berminat untuk mengikuti kursus tersebut.. Walaupun dalam masa yang sama saya terikat dengan perjanjian biasiswa semasa saya belajar iaitu berkhidmat selama 7 tahun atau membayar RM80,000.. 

Selepas saya menamatkan pengajian diperingkat Ijazah, saya bersama rakan saya pergi ke Kuala Lumpur untuk belajar "bekerja" sebelum mendapat pekerjaan tetap.. Disamping itu saya boleh belajar selok belok jalan di KL dan asam garam kehidupan di sana..

Dengan menaiki motorsikal Yamaha SS2, maka saya bersama seorang rakan saya pun pergilah ke Kuala Lumpur.. 
(Motor Yamah SS2 saya telah dicuri orang pada tahun lepas semasa ayah saya membawanya ke surau :(... )

Semasa berada di Kuala Lumpur saya bekerja secara part time di hotel JW IOI Marriot, Putra Jaya sebagai tukang sedia dan angkat makanan.. Dengan gaji RM5 sejam.. huhuhu..

Biasalah kerja Part Time on Call, masa kerja kita bekerja.. Masa tak der kerja dapatlah peluang pergi jalan-jalan di Kuala Lumpur, sambil surevy manalah tahu ada peluang pekerjaan yang menarik.. ;)

Pada satu hari tu, ada seorang kawan saya mengajak saya masuk satu taklimat tentang kursus keusahawanan seperti yang telah saya nyatakan di atas.. Sebenarnya saya memang tertarik dengan kursus tersebut.. Walaupun banyak kekangan yang mungkin saya terpaksa ditempuhi seandainya saya memilih untuk mengikuti kursus tersebut..

Sebenarnya saya dah tak berapa ingat maklumat secara lengkap tentang kursus keusahawanan tersebut.. Maklumlah perkara tersebut dah berlaku terlalu lama.. dan pada masa sekarang pun saya kurang pasti samada kursus ini masih diteruskan ataupun tidak.. Sekiranya terdapat kesalahan/maklumat yang tidak tepat sepanjang penerangan saya ini, minta tolong anda perbetulkan dengan menulis komen di bawah entri ini yer.. Tq ;)

Jadi saya cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang kursus tersebut, secara ingat-ingat lupa..

Untuk memasuki kursus tersebut ada yuran yang dikenakan.. Kalau tak silap saya lebih RM20,000.. Kursus tersebut dibahagikan kepada 4 fasa.. Fasa pertama, peserta kursus akan diajar secara teori tentang ilmu-ilmu keusahawanan dalam tempoh masa kira-kira 3-6 bulan..

Fasa ke 2 peserta dikehendaki memilih satu jenis produk/barangan.. Dan dikehendaki menjualkannya kepada orang ramai secara bersemuka kepada setiap pelanggan.. Contohnya anda menjual pen.. Anda dikehendaki berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan anda untuk menjual pen tersebut.. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam diri peserta disamping untuk menghilangkan pearasaan malu untuk berniaga..

Fasa ke 3, peserta dikehendaki membuat satu proposal tentang perniagaan yang kita minati dan mencari seorang mentor untuk membuat praktikal di tempat perniagaan mentor tersebut.. Contohnya anda berminat untuk berniaga kereta.. Jadi anda perlu membuat proposal perniagaan tentang kereta dan berjumpa dengan mana-mana tokoh perniagaan yang telah berjaya dalam bidang ini untuk menjadi mentee mereka.. Jadi peserta akan belajar untuk memasarkan produk mentor mereka di samping kemahiran-kemahiran keusahawanan yang lain yang dapat diperolehi daripada mentor mereka..

Seterusnya pada Fasa yang terakhir, peserta dikehendaki membuka syarikat perniagaan sendiri dengan mendaftarkannya di bawah SSM.. Peserta dikehendaki mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari semasa mengikuti fasa 1 hingga fasa 3 kursus ini disamping mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada mentor mereka.. Jadi peserta akan dibimbing sehingga berjaya menguruskan perniagaan mereka sendiri..

Bagaiman.. Menarik tak kursus ini?  

Semasa saya mendengar taklimat tersebut, saya diberi tempoh dalam masa sebulan untuk mendaftar sekiranya berminat.. Dalam masa yang sama saya sedang menunggu samada akan dipanggil untuk tawaran menyambung pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan (dibiayaai biasiswa) atau kontrak tawaran mengajar di Politeknik..

Pada ketika itu saya hanya berserah diri kepada Allah S.W.T, mana yang sampai dulu kepada saya, saya anggap itu rezeki saya dan saya akan terima seadanya.. Seminggu kemudian saya menerima panggilan telefon supaya melapor diri untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan.. Jadi saya pun pergilah melapor diri untuk menyambung pengajian dan menandatangani perjanjian biasiswa yang baru iaitu kontrak kerja selama 10 tahun atau bayar RM100,000..

Disebabkan itu, maka inilah rezeki dan pekerjaan saya sekarang.. Sebenarnya saya sendiri tak dapat nak meramal samada pekerjaan ini merupakan pekerjaan saya sehingga berpencen atau akan ada pekerjaan lain untuk saya setelah tamat tempoh perjanjian nanti..

Walaubagaimanapun buat masa sekarang ini, saya cuba untuk mempelajari bidang-bidang yang berkaitan dengan pekerjaan saya sekarang ini disamping juga ilmu-ilmu keusahawanan.. Semoga ada petunjuk untuk saya membuat pilihan dengan tepat pada 5 tahun akan datang.. ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Emm.. Sedapnya Umai Ikan Haruan Laut Abang Shahdan...
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 2
Panduan Untuk Suami Isteri (Ini Bukan 18SX) Bah. 1
Tiefazatie Pemenang Hat Trick Contest Blog Sembang Hari2
Seperti Baru Semalam Tiba Di Mukah.. Rupa-rupanya...
Peluang Kerjaya Sebagai Guru DI Malaysia
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..