Thursday, March 15, 2012

BE hadir ketika Trafik Merudum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semoga anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera.. Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk menulis blog.. maklumlah agak sibuk pada ketika ini dengan tugasan harian di pejabat sehingga kerja-kerja tersebut terpaksa di bawa pulang ke rumah...

Inilah adat bekerja..ada masa kita akan rasa sibuk sangat... Maklumlah sekarang ni dekat hujung semeseter.. Ada pembentangan projek pelajar semester akhir, ada audit MQA, Audit Sirim, berkursus dan sebagainya..

Tapi syukur Alhamdulillah... dalam sibuk dengan urusan kerja sehingga tak berkesempatan nak update blog, dapat juga rezeki daripada pihak nuffnang..

Terima kasih nuffnang kerana sudi memberikan Pendapatan terumpuk/Buffert Earning (BE) yang ke 14 kepada blog Sembang hari2..


Kehadiran BE tersebut sudah tentu menggembirakan saya.. Tetapi dalam masa yang sama pada ketika ini trafik blog sembang hari2 sedang merudum... maklumlah tiada artikel/entri terkini untuk dibaca..

Trafik blog sembang hari2 dalam tempoh seminggu (8-14 Mac) cuma mendapat 875 paparan dan 541 unik visitor sahaja..


Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.. Kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.. .. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih Nuffnang..

Kepada rakan-rakan blogger yang berjaya mendapat koleksi BE daripada nuffnang, Tahniah diucapkan..

Kepada rakan-rakan blogger yang mempunyai blog agak suam-suam kuku seperti blog sembang hari2, jangan berputus asa dan teruskan usaha... Insya Allah rezeki melalui blog anda akan muncul juga pada suatu hari nanti...
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..