Saya telah pun menyelesaikan proses pemberian hadiah kepada Pemenang Hadiah Pendorong terbanyak Contest GA blog sembang Hari2 iaitu zaiikulim..
Kepada rakan-rakan blogger yang sedang menantikan keputusan pemenang hadiah di tempat pertama sehingga ke 3 di harap dapat bersabar.. Insya Allah keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu minggu hadapan..
Untuk Post pada kali ini, saya ingin berkongsi berita dari 3 buah sampul surat yang saya terima pada minggu lepas daripada Syarikat Readers Digest.. Dalam sampul surat tersebut ada satu berita yang memeranjatkan iaitu saya tersenarai dalam 1% orang yang terpilih untuk memenangi cek bernilai RM200,000 dan juga kereta.. Biar betul Readears Digest ini..
Berikut merupakan gambar-gambar bagi sebahagian daripada isi kandungan envelope:-
Replika Cek RM200,000 yang seakan-akan cek sebenar..
Perkara yang paling memeranjatkan saya ialah Nama dan alamat saya turut di cetak di atas replika cek tersebut.. Kalau ianya sebuah kenyataan, apa salahnya ;) hehehe.. Tapi siapa yang bermurah hati nak bagi saya RM200,000 begitu sahaja.. Pasti ada syarat yang ditetapkan..
Isi envelope pertama yang diterima pada 24 Januari 2011
Kehadiran envelop ini sangat memeranjatkan saya disebabkan saya tidak pernah mengisi sebarang borang langganan ataupun menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan oleh syarikat Readers Digest
Isi Envelope Ke 2 yang diterima pada 26 Januari 2011
Sekali lagi saya terperanjat menerima envelope ke 2 daripada syarikat Readers Digest..
Isi envelope ke 3 yang diterima pada 28 Januari 2011
99% Eliminated, 57% cleared to advance,
1% identified to continue to Winners judging state
Saya tersenarai dalam Top Ranking (1%).. Biar betul ni..
Menurut isi kandungan risalah yang terdapat pada envelope ke 3 yang saya terima.. saya terpilih dalam golongan 1% yang akan di nilai untuk memenangi hadiah utama iaitu cek sebanyak RM200,000
Replika Cek RM200,000 berserta kunci membuka "locker" untuk berpeluang memenangi kereta
Kunci betul, bukan kunci mainan atau replika..Siap ada nombor siri lagi..
Untuk makluman anda, replika cek tersebut turut dihantar bersama sebuah kunci.. Kunci tersebut sememangnya kunci yang betul dan mempunyai nombor siri yang dapat anda lihat pada gambar di atas..
Envelope perlu di Reply berserta replika cek dan kunci kereta
Di sinilah kekuatan strategi perniagaan Readers Digest.. Saya perlu menghantar kembali
kunci kereta dan replika cek yang dihantar dalam tempoh 14 hari untuk melayakkan saya mendapat beberapa kelebihan daripada Syarikat Readers Digest..
3 buah Kereta yang sedang menanti pemenang bertuah..
Borang langganan Readers Rigest untuk 12 keluaran..
Akhir sekali.. Saya perlu melanggan majalah Readers Digest selama setahun dengan bayaran sebanyak RM148 setahun untuk melayakkan saya memenangi kereta dan cek RM200,000 serta beberapa hadiah lain lagi yang turut ditawarkan dalam Contest ini..
Sekarang barulah saya faham dan percaya dengan setiap isi kandungan envelope yang dihantar kepada saya. Sebenarnya ini merupakan salah satu strategi perniagaan.. Saya mengandaikan Syarikat Readers Digest menghantar envelop seumpama ini kepada 1 juta rakyat Malaysia.. Pihak syarikat mungin mensasarkan 10% daripada penerima surat ini akan melanggan majalah keluaran syarikat mereka..
Jadi RM148 X 100,000 = RM14,800,000
Daripada jumlah jualan tersebut, sebahagiannya akan diagih-agihkan untuk kos pengiklanan, kos penghantaran surat, kos penerbitan dan akhir sekali adalah kos pemberian hadiah kepada para pemenang.. Jadi Win-win Situation antara penerima maklumat (pelanggan) dan juga penyampai maklumat (pihak syarikat)..
Sekiranya anda perasan konsep perniagaan ini juga turut dikongsikan oleh beberapa syarikat perniagaan besar yang lain seperti Digi, Celcom, Air Asia, Toyota dan sebagainya.. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya ambil contoh syarikat lagi iaitu Digi..
Saya kerap menerima SMS daripada Digi yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah RM1,000,000 sekiranya saya top up RM30 dalam tempoh masa tertentu.. Saya percaya mungkin SMS ini turut dihantar kepada 10 juta orang pengguna Digi dari seluruh Malaysia..
Jadi apabila 10% pengguna Digi topup RM30 untuk menyahut cabaran tersebut, pihak Digi akan menerima anggaran jualan sebanyak RM30,000,000.. Dan Digi hanya membayar RM1,000,000 sahaja daripada nilai tersebut kepada seorang pemenang.. Pendapatan selebihnya digunakan untuk menampung kos operasi syarikat dan juga keuntungan.. ;)
Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Untuk makluman anda, saya kurang berminat untuk melanggan Readers Digest untuk 12 keluaran tersebut.. Jadi sekiranya anda merupakan pembeli setia Readers Digest, mungkin kita boleh buat satu strategi yang menguntungkan..
Anda melanggan Readers Digest 12 keluaran dengan menggunakan nama saya.. Seandainya ada rezeki saya memenangi hadiah tersebut, anda ambil 80% bahagian anda.. Manakala saya dapat 20% bahagian saya pun sudah memadai.. ;)
P/s: Selain daripada cek RM200,000 dan 3 buah kereta terdapat beberapa hadiah lain yang turut ditawarkan oleh pihak Readers Digest dalam Contest Giveaway ini..
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
Read more...