Showing posts with label Percutian Ke Kuching. Show all posts
Showing posts with label Percutian Ke Kuching. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Kegembiraan Wajah Anak-anak Sewaktu Bercuti..


Masih terasa lagi keseronokan bercuti bersama keluarga pada minggu lepas.. Walaupun agak letih memandu dalam tempoh masa yang lama (Mukah ke Kuching).. Ditambah pula dengan kos yang agak besar dikeluarkan untuk "membiayaai" percutian tersebut.. Tetapi rasa berbaloi melihat kegembiraan yang terpapar di wajah anak-anak..

Adam dan Haikal seronok bermandi manda di dalam Bath Tab.. 

Menikmati sarapan pagi di Hotel dalam keadaan ceria..


Menikmati keindahan pemandangan Sungai (Water Front) dari Bilik Penginapan..

Jauh pandangan Luas Pemandangan..

Menikmati pemandangan indah bangunan-bangunan tinggi di Kuching..

Hari terakhir berada di Kuching, terasa berat hati untuk bergerak meninggalkan bandar Kuching untuk pulang ke Mukah.. Tetapi, cuti sempena Tahun baru China telah pun tamat, dan masing-masing perlu kembali bekerja pada Hari Isnin.. Huhuhu..

Sekiranya berpeluang mungkin pada bulan 3 nanti kami akan berkunjung semula ke Kuching.. Insya Allah.. Tetapi setiap kali datang ke Kuching, pastinya ada agenda yang berbeza-beza.. Cuma agenda untuk kali ini adalah 100% percutian bersama keluarga..

Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur sebab diberi kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Borneo pada tahun 2011 ini.. Matlamat saya pada tahun 2011 ini sedikit tercapai iaitu berjalan-jalan menjelajahi Borneo.. Sebelum diberi peluang untuk bertugas di Semenanjung nanti..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com

Read more...

Jalan-jalan Di Sarikien


Semasa pergi Ke Kuching hari tu kami sempat berjalan-jalan di Pekan Sarikein..

Sarikien merupakan sebuah kawasan membeli belah yang besar.. Ianya terletak di Bau, Sarawak..

Barang-barang yang di jual di sini agak murah jika dibandingkan dengan barangan yang dijual di Kuching.. Ini kerana kebanyakan penjual-penjual yang berniaga di gerai-gerai yang terdapat di Sarikein merupakan orang Indonesia yang datang dari Pontianak..

Terdapat pelbagai barangan dijual di sini.. Saya hanya sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan kita semua..
Barangan pertama yang dibeli adalah topi yang dipakai oleh Adam dan haikal..(Cuaca sangat panas)

Tikar, baju, alat permainan

Beg tangan, telekung sembahyang..


Pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada buloh dan rotan..

Tikar kulit kayu..

Telekung yang di borong oleh ibu dan Haikal..

Setiap kali pergi ke Sarikien, tak sah kalau tak berhabis sekurang-kurangnya RM500..
Bila dah pergi, lepas tu ada barang yang tak dapat dibeli, rasa terkilan..
Sebabnya nak datang lagi, bukannya mudah..

Untuk makluman pembaca semua pasar Sarikein ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja..
Jadi, sekiranya ada perki berkunjung ke Kuching, jangan lupa luangkan masa Sabtu dan Ahad anda di sini..

Admin blog


Read more...

Gambar pertama yang di tangkap di Kuching



4 Hari...
Kami berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching tanpa GPS (Garmen)

5 hari..
Isteriku bersedih dengan nasib telefonnya yang rosak,
dan tiada tempat untuk dibaiki..

Pertama kali..
Pergi ke Kem Permai di Sentubong..
Tanpa membawa kamera

Pertama kali..
Pergi ke Kampung Budaya di Sentubong..
 dan tidak dibenarkan masuk..
Kamera dah tentu tak bawa..

Pertama kali..
Pergi ke Pasaraya The Spring..
Jumpa kamera disini..

Post kali ini sekadar berseronok menulis sambil menenagkan fikiran.. Hehehe..

Gambar di bawah merupakan gambar pertama yang ditangkap menerusi kamera yang kami perlukan untuk merakamkan gambar-gambar detik-detik percutian kami..

Tapi apakan daya, kedai kamera yang buka sempena tahun baru China ini, hanya dijumpai pada malam ke 3 kami berada di Kuching.. Huhuhu




Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Read more...

Friday, February 4, 2011

Jalan-jalan : Sibu-Kuching-Sibu-Mukah (Episod Ke 3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah pada pagi buta ini sempat juga saya mencuri masa untuk menulis blog sembang hari2 ini setelah sehari suntuk berjalan sambil melawat pintu-pintu kedai di beberapa buah pasaraya di Bandar Kuching.. ;)

Untuk makluman anda semua, hampir 95% kedai-kedai ditutup pada tahun Baru Cina ini.. Jadi sebagai pengajaran buat diri saya dan anda semua: jangan bercita-cita untuk window shopping ke bandar Kuching pada perayaan tahun Baru Cina... ;)

Menurut rakan saya, masyarakat Cina di Sarawak (terutamanya Kuching) turut membuat "rumah terbuka" pada tahun Baru Cina. Mereka turut menjemput rakan-rakan dan kenalan dari pelbagai bangsa untuk hadir ke rumah mereka bagi menyambut Tahun Baru Cina.

Kiranya sambutan Tahun Baru Cina di sini disambut dengan meriah sekali.. Patutlah saya banyak terjumpa pintu kedai sahaja sepanjang saya bersiar-siar di Bandar Kuching pada hari ini..

Paling menyedihkan sekali, pada masa ini kami sedang mencari kedai membaiki telefon dan kedai kamera.. Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas skrin LCD Hand Phone rosak. Nak guna Garment pun tak boleh, terpaksa drive tanpa teknologi.. Jadi kami pun terpaksa jalan-jalan di Kuching main redah jer, tanpa arah tuju sambil mencari kedai-kedai yang buka..

Dalam masa yang sama pula, kami perlu membeli kamera disebabkan kamera sebelum ini dirosakkan oleh hero2 ku ;).. Tak seronok rasanya menikmati percutian keluarga tanpa kehadiran kamera.
Tapi apakan daya.. Sebahagian besar kedai-kedai ditutup.. Jadi hari ni memang betul-betul makan angin dalam kereta.. ;)

Nampak gayanya terpaksalah merakamkan gambar-gambar percutian kami dengan menggunaan kamera telefon bimbit lama ku yang hanya 2.0 megapixels ini.. ;)


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
Read more...

Tuesday, February 1, 2011

Perjalanan ke Sibu-Kuching-Sibu-Mukah (Episod 1)

Bermula pada petang ini saya bersama isteri dan 2 orang anak lelaki (hero) akan memulakan cuti sempenan tahun baru Cina..

Destinasi yang kami tuju adalah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak.. Dah agak lama sebenarnya tak buat trip berjalan-jalan bersama keluarga ke Kuching.. Last sekali buat family trip ke Kuching pada Disember 2008.. Masa tu anak baru sorang.. ;)

Jadi, pada kali ini, memang teringin sangat nak pergi memandangkan anak ke 2 kami dah pandai berjalan (umur setahun 1 bulan).. hehehe..

Jadi pada petang ini kami akan bertolak ke sibu dan bermalam di sana sebelum bertolak ke Kuching pada esok hari.. Tak lama pun kami berada di Kuching.. hanya 5 hari jer, dan akan kembali ke Mukah pada hari Ahad..

Jadi seandainya saya tak berkesempatan untuk update blog ini, harap anda semua faham.. Pemiliknya sedang bercuti-cuti Malaysia..

Bagi rakan-rakan blogger yang sedang ternanti-nanti pemenang tempat 1 hingga ke 3 Contest GA pertama blog sembang hari2.. Diharap anda semua boleh bersabar.. Keputusan akan cuba diumumkan dalam masa yang terdekat ini.. ;)
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..