Sunday, January 1, 2012

Kemalangan Ngeri Di Lekir Menjelang Tahun Baru 2012..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjong malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T disebabkan tiada ahli keluarga kami yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.. Sebenarnya kami turut sama melalui jalan tersebut kira-kira 10 minit sebelum tragedi tersebut berlaku..

Pada malam tadi, kami sekeluarga makan di Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, dekat Batu 8, Lekir, Perak.. Kami pergi ke sana dengan menaiki tiga buah kereta..

Sewaktu pulang daripada restoran tersebut, adik ipar saya yang memandu sebuah Myvi tidak turut sama pulang disebabkan beliau menemui dua orang rakan beliau yang kebetulan turut sama makan di restoran tersebut.. Jadi daripada tiga kereta, dua kereta sahaja yang pulang terlebih dahulu kira-kira pada jam 11.00 malam tadi..

Semasa kereta saya dan kereta ayah mertua saya melalui kilometer 6 jalan lekir (tempat kejadian) keadaan jalan dalam keadaan baik.. Tiada sebarang kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.. Tetapi semasa adik ipar saya pulang kira-kira 20 minit selepas kami pulang, berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut..

Adik ipar saya yang kebimbangan, terus menelefon ayah mertua saya untuk memastikan kami berada dalam keadaan selamat... Syukur Alhamdulillah pada ketika tersebut, kami telah pun berada di Sitiawan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari kawasan tragedi tersebut...

Menurut adik ipar saya, terdapat 6 buah motor dan dua buah 'kereta' terlibat dalam kemalangan tersebut.. Beliau yang ketakutan menyaksikan secara 'live' keadaan mangsa-mangsa kemalangan tersebut berasa takut untuk memandu pulang.. Mujur ada kawan beliau yang dapat menggantikan tempat beliau untuk memandu pulang...

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mangsa kejadian ini ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman (bagi yang beragama Islam).. Amin...
Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2011 telah pun pergi meninggalkan kita.. 
Walaupun permergiannya baru sahaja beberapa jam.. 
Tetapi ianya tetap menjadi nostalgia dalam kehidupan kita..
Disebalik 365 hari yang telah berlalu pastinya ada meninggalkan pelbagai kisah..
Mungkin di dalamnya ada tawa, sedih, menangis, gembira, kesengsaaraan dan sebagainya...

Usah dikenang kepada perkara yang telah berlalu pergi..
Mana yang baik, jadilkanlah sebagai teladan.. 
Yang buruk pula jadikanlah ianya sebagai pengajaran..
Walau apa pun yang berlaku, Hidup tetap perlu diteruskan..
Selagi kita terus bernafas di bumi ini...

Marilah kita sama-sama membuat semakan...
Adakah kita telah berjaya mencapai Azam tahun 2011??
Mungkin kita telah mencapai sepenuhnya azam tersebut..
Mungkin ada di kalangan kita hanya mencapai sebahagian sahaja..
Mungkin ada pula dikalangan kita yang langsng tidak berjaya mencapai azam tersebut...
Tepuk dada tanya pada diri sendiri... ;)

1 Januari menjelma lagi dalam diari kehidupan kita..
Inilah masanya untuk merancang perjalanan kehidupan 365 hari kita yang baru..
Seandainya ada matlamat tahun 2011 yang masih belum kita capai, jangan lupakan ianya begitu sahaja.. 
Selitkan  matlamat tersebut ke dalam perancangan tahun baru 2012...
Semoga kita dapat menjalani kehidupan baru di tahun 2012 dengan penuh kejayaan.. Amin..

Jadikanlah esok lebih baik daripada hari ini,
Hari ini lebih baik daripada semalam, 
Semalam lebih baik daripada har-hari yang sebelumnya


Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.. Walaupun hasil tulisan tersebut tidak tahu untuk diletakkan dalam kategori mana.. Tetapi harapan saya semoga anda dapat memahami mesej yang cuba saya sampaikan dalam tulisan tersebut...

Pada kesempatan ini saya ingin Mengucapkan Selamat tahun Baru masihi 2012 kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya samada di alam nyata ataupun melalui alam Cyber... Semoga anda berjaya  melakar kejayaan demi kejayaan pada tahun 2012 ini..


Read more...

Percutian Bersama Keluarga Ke Cameron Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah.. Baru-baru ini saya bersama keluarga di sebelah isteri saya berkesempatan bercuti ke Cameron Highland, Pahang..

Sebenarnya jarak Cameron Highland dari rumah mertua saya tidaklah jauh sangat..Lebih kurang satu jam setengah perjalanan sahaja.. Tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi ke kawasan tanah tinggi tersebut. Maklumlah ada sahaja urusan itu dan ini yang perlu diselesaikan setiap kali ada kelapangan masa. Tapi Pada kali ini, Syukur Alhamdulillah... sampai juga kami sekeluarga ke sana..

Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Cameron Hingland lebih kurang 10 tahun yang lalu semasa mengikuti Program Jelajah Titiwangsa (klik Di Sini) .. Pada Masa tersebur saya pergi atas urusan Universiti bersama sepasukan "penyelidik" yang ingin mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Malaysia..

Tetapi untuk kali ini, saya pergi bersama seisi keluarga untuk bercuti.. Perjalanan pergi dan balik ke Cameron pada kali ini tersangatlah tidak seronok, disebabkan terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas hampir di sepanjang perjalanan kami.. Terutamanya sewaktu berada di kawasan tanah tinggi.. Kebanyakan masa kami dihabiskan dalam kereta..

Silap kami juga kerana membuat perancangan ke sana semasa cuti sekolah.. ditambah lagi dengan cuti Krismas.. Walaubagaimanapun sempat jugalah kami melawat beberapa tempat seperti Brinchang, Strawberry Point dan lain-lain... Berikut merupakan sebahagian daripada koleksi gambar yang sempat kami ambil semasa berada di sana...

Adam dan Khalisha merupakan watak utama dalam Program percutian ini...

Adam dan Khalisha.. Action!!!

Nanti Dulu  Tuan Director.. Kami tak hafal Script lagi...

Macamana nak lakonkan babak ni Khalisha??


Lakonan pun bermula.. ;)

Gambar-gambar di atas di ambil untuk kenang-kenangan sahaja.. Dialog yang sebenar bukanlah seperti yang tertulis pada gambar-gambar tersebut.. ;)

Gambar-gambar di bawah ini juga turut diambil sebagai kenang-kenangan...

Adam bersama bunga-bunga penyeri kehidupan keluarga Pak Ya.. ;)

Saya bersama Ayah Khalisha dan Adam..

Haikal melakonkan babak memetik Strawberry..

Uncle Yus bersama Hero dan Heroin..

Adam bersama mama Adam, Uncle Yus dan Mak Uda..

Semenjak dapat berpindah ke semanjung ni,ada sahaja aktiviti bersama keluarga yang dapat kami sertai.. Insya Allah, pada masa akan datang sekiranya ada kelapangan masa boleh pergi jalan-jalan lagi di sekitar semenanjung Malaysia.. Syukur Alhamdulillah...







Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..