Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur Alhamdulillah.. Baru-baru ini saya bersama keluarga di sebelah isteri saya berkesempatan bercuti ke Cameron Highland, Pahang..
Sebenarnya jarak Cameron Highland dari rumah mertua saya tidaklah jauh sangat..Lebih kurang satu jam setengah perjalanan sahaja.. Tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi ke kawasan tanah tinggi tersebut. Maklumlah ada sahaja urusan itu dan ini yang perlu diselesaikan setiap kali ada kelapangan masa. Tapi Pada kali ini, Syukur Alhamdulillah... sampai juga kami sekeluarga ke sana..
Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Cameron Hingland lebih kurang 10 tahun yang lalu semasa mengikuti Program Jelajah Titiwangsa (klik Di Sini) .. Pada Masa tersebur saya pergi atas urusan Universiti bersama sepasukan "penyelidik" yang ingin mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Malaysia..
Tetapi untuk kali ini, saya pergi bersama seisi keluarga untuk bercuti.. Perjalanan pergi dan balik ke Cameron pada kali ini tersangatlah tidak seronok, disebabkan terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas hampir di sepanjang perjalanan kami.. Terutamanya sewaktu berada di kawasan tanah tinggi.. Kebanyakan masa kami dihabiskan dalam kereta..
Silap kami juga kerana membuat perancangan ke sana semasa cuti sekolah.. ditambah lagi dengan cuti Krismas.. Walaubagaimanapun sempat jugalah kami melawat beberapa tempat seperti Brinchang, Strawberry Point dan lain-lain... Berikut merupakan sebahagian daripada koleksi gambar yang sempat kami ambil semasa berada di sana...
Adam dan Khalisha merupakan watak utama dalam Program percutian ini...
Sunday, January 1, 2012
Percutian Bersama Keluarga Ke Cameron Highland
kali Sembang2
Adam dan Khalisha.. Action!!!
Nanti Dulu Tuan Director.. Kami tak hafal Script lagi...
Macamana nak lakonkan babak ni Khalisha??
Lakonan pun bermula.. ;)
Gambar-gambar di atas di ambil untuk kenang-kenangan sahaja.. Dialog yang sebenar bukanlah seperti yang tertulis pada gambar-gambar tersebut.. ;)
Gambar-gambar di bawah ini juga turut diambil sebagai kenang-kenangan...
Adam bersama bunga-bunga penyeri kehidupan keluarga Pak Ya.. ;)
Saya bersama Ayah Khalisha dan Adam..
Haikal melakonkan babak memetik Strawberry..
Uncle Yus bersama Hero dan Heroin..
Adam bersama mama Adam, Uncle Yus dan Mak Uda..
Semenjak dapat berpindah ke semanjung ni,ada sahaja aktiviti bersama keluarga yang dapat kami sertai.. Insya Allah, pada masa akan datang sekiranya ada kelapangan masa boleh pergi jalan-jalan lagi di sekitar semenanjung Malaysia.. Syukur Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment