Showing posts with label Keputusan GA. Show all posts
Showing posts with label Keputusan GA. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Keputusan Keseluruhan Contest Penulis Komen Mingguan Blog Sembang hari2

Assalamualaikum w.b.t dan Slam Sejahtera..

Lama betul tak update blog sembang Hari2 ni.. Maklumlah tengah sibuk mengadakan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular di Blog Coretan Anuar..

Sebenarnya ramai juga rakan-rakan yang bertanya.. bila saya nak update blog sembang hari2 ni??.. Setiap kali mereka melawat blog ini.. mereka terbaca keputusan Pilihan Raya negeri Sarawak..

Dah kehabisan idea ke nak tulis, sampai tak berupdate blog?

Saya harap anda semua jangan salah faham.. Insya Allah idea untuk menulis blog ini takkan habis selagi kita hidup.. Dan selagi kita berjalan-jalan, baca buku, baca surat khabar, layari internet, menonton televisyen dan sebagainya.. Ada sahaja perkara nak ditulis.. Tentang itu dan ini.. kenapa begitu dan tidak begini.. dan sebagainya..

Ini yang dikatakan persepsi manusia terhadat pelbagai perkara yang berlaku di persekitaran kita.. Bak kata seorang rakan saya... Peduli apa orang nak kata.. kalau kita berjalan, orang akan kata kenapa kita tidak duduk.. kalau kita tidur, orang akan kata kenapa kita tidak berjaga.. dan sebagainya..

Tanpa membuang masa lagi saya nak mengumumkan keputusan keseluruhan Contest Penulis Komen terbanyak Mingguan blog sembang hari2 yang berlangsung selama 10 minggu...


Pemenang-pemenangnya adalah...
  1. Minggu pertama                        Tiada pemenang
  2. Minggu ke 2                             Tiefazatie
  3. Minggu ke 3                             Tiefazatie
  4. Minggu ke 4                             Tiefazatie
  5. Minggu ke 5                             Tiefazatie
  6. Minggu ke 6                             Izzatul Iman
  7. Minggu ke 7                             Tiefazatie
  8. Minggu ke 8                             Tiefazatie


Selepas minggu ke 8 saya jarang update blog.. Tiada pengomen terbanyak.. maka tiada pemenang untuk Contest ini..

Setakat ini semua hadiah telah pun di hantar.. Kecuali Izzatul Iman.. Disebabkan saya belum menerima akaun Bank untuk tujuan penghantaran hadiah kemenangan.. Walaupun hadiahnya cuma RM10, tapi rezeki juga namanya tu.. Jadi Izzatul Iman, kalau terbaca entri ini jangan lupa emailkan nombor akaun bank anda..
 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/  

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Tuesday, April 5, 2011

Keputusan Contest Blog Sembang Hari2 pada Minggu ke 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

 
Terlebih dahulu saya ingin memoho maaf kepada semua pembaca blog sembang hari2 kerana jarang update blog sejak akhir-akhir ini.. Walaupun saya jarang update blog, tapi contest blog sembang hari2 tetap berjalan seperti biasa.. ;)

Bagi anda yang rajin singgah di blog ini dan meninggalkan komen.. Insya Allah anda akan berpeluang memenangi hadiah mingguan yang disediakan..

Sebenarnya terdapat beberapa entri yang terpaksa ditangguhkan daripada dipaparkan.. Tak dapat nak di "publish" disebabkan faktor-faktor tertentu.. Pada kebiasaannya, setiap entri yang saya tulis sekiranya melibatkan program atau peristiwa akan turut disertakan dengan beberapa gambar.. Ianya bertujuan untuk menarik rakan-rakan saya untuk terus mengunjungi blog ini walaupun mereka sebenarnya tiada masa untuk membaca.. ;)

Jadi dengan melihat gambar-gambar yang dipaparkan diharap mereka akan dapat memahami mesej yang saya cuba sampaikan..

Tapi pada hari Ahad baru-baru ini.. apabila saya cuba upload gambar-gambar program polibriged (siri 2)..  Mr Goggle telah memberi notice kepada saya bahawa ruang untuk upload gambar yang diberikan secara percuma sebayak 1G telah pun penuh.. Jadi saya perlu membayar untuk menggunakan ruangan tambahan.. Alamak!!!

Untuk menangani masalah ini, saya terpaksa memadamkan entri-entri lama.. Maka hilanglah diari-diari lama dari blog ini.. Disamping itu, saya juga perlu berhati-hati untuk memaparkan gambar-gambar untuk entri-entri seterusnya selepas ini..

Saya mula berkecimpung dalam dunia blogging ini pada bulan Disember 2009.. Sekarang baru bulan April 2010.. Hanya 1 tahun 5 bulan sahaja saya dapat "menconteng" blog saya secara suka hati dengan percuma..

Selepas ini masih boleh berblog secara percuma.. Tapi pengisiannya mungkin agak terbatas.. huhuhu..

Nampak gayanya tak dapatlah saya nak memaparkan gambar-gambar pertandingan projek akhir pelajar Jab. Kej. Elektrik dan Jab. Kej. Mekanikal yang diadakan pada minggu ini..

Ada beberapa projek pelajar yang menarik seperti robot-robot pengutip bola tenis, Gokart, mini bike, dan pelbagai lagi projek pelajar semester akhir sesi Disember 2010 yang lain..

Macamana nak buat erk???..

Anda juga mungkin pernah mengalami situasi yang sama seperti saya..  Bagaimana cara yang terbaik untuk menangani masalah ini.. Mungkin kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman dan juga panduan buat diri saya dan juga blogger lain yang sedang seronok berkongsi informasi melalui blog..

Bertukar kepada Domain dan Hosting Berbayar..

Ya sememangnya itu salah satu jawapan terbaik.. Saya sebenarnya sudah pun membeli Domain dan Web hosting berbayar iaitu http://www.cariilmu.net/ dan http://www.diskaunhari2.com/

Masa awal-awal beli tu memang teruja nak menggunakan kedua-dua blog dengan domain dan web hosting berbayar ni.. Tapi bila berhadapan talian internet yang agak teruk semasa upload file ke server, saya jadi fobia.. Tiga malam saya tak tidur untuk memindahkan data ke server.. Tapi semuanya tak berjaya..

Lepas tu saya terus lupakan domain dan web hosting berbayar ini.. Sampailah sekarang.. Terasa juga ruginya.. Tapi apakan daya.. keadaan tak mengizinkan dari segi masa dan fasiliti.. 

Jadi sampailah sekarang saya ambil keputusan untuk meneruskan usaha untuk "mempopularkan" blog sembang hari2 sahaja.. Sehingga hampir melupakan Domain dan hosting berbayar yang telah saya beli pada tahun lepas..

Ok.. Takpelah kita lupakan sebentar permasalahan tersebut.. Untuk memberi laluan bagi mengumumkan keputusan pemenang Contest blog sembang hari2 untuk minggu yang ke 6..

Terdapat beberapa orang rakan blogger yang sudi datang menjengok blog ini dan meninggalkan komen.. Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat pada senarai di bawah:- 
  1. Tiefazatie http://tiefazatie.blogspot.com/   5 komen
  2. Izzatul Iman http://karismaizzah.blogspot.com/ 17 komen
  3. Khairul Akmal Azman http://khairulakmalazman.blogspot.com/ 2 komen
  4. Adzrial AB http://adzriel.blogspot.com/ 1 komen
  5. Fatihah http://nurfatihahchuan.blogspot.com/ 2 komen
  6. Wan Mohd Salim http://wanmohdsalim.blogspot.com/ 1 komen
  7. Novelgurl http://masturanasarudin.blogspot.com/ 1 komen
  8. Wen http://winkwinkwithwen.blogspot.com/ 1 komen

 Berdasarkan senarai tersebut, saya memilih Izzatul Iman sebagai pemenang Contest blog sembang hari2 untuk minggu ke 6.. Dengan menulis sebanyak 17 komen..
 
Tahniah diucapkan buat Izzatul Iman.. Sila emailkan kepada saya melalui anuarmarsib@gmail.com nama penuh, nama dan nombor akaun bank untuk tujuan pemberian hadiah kemenangan..
 
Untuk makluman lanjut tentang syarat peraduan dan hadiah yang disediakan anda boleh klik pada URL berikut:

 

Contest Blog sembang Hari2 kan diteruskan lagi untuk minggu yang seterusnya sehingga minggu ke 10..
 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
 
Anda Juga Mungkin Meminati:
Program Perkhemahan Polibriged PMU siri 1
Panduan Menulis Resume Untuk Graduan
Keputusan Contest Blog Sembang Hari2 Minggu ke 5
Liga Cilik JMSK
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan 
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Monday, March 14, 2011

Keputusan Pemenang Hadiah "Contest" pada minggu ke 3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar sekolah, guru-guru sekolah dan ibu-bapa yang mengambil peluang untuk bercuti sempena minggu cuti persekolahan ini.. Saya bekerja seperti biasa pada hari ini ;)..  memandangkan anak-anak masih kecil dan belum ada yang bersekolah..

Pada kesempatan ini saya ingin mengumumkan pemenang bagi keputusan "contest" penulis komen terbanyak bagi minggu ke 3 yang berlangsung pada 7 sehingga 13 Mac 2011.. Pemenang penulis komen terbanyak blog sembang hari2 pada minggu ke 3 dimenangi oleh.... jeng.. jeng... jeng.....

blog   http://tiefazatie.blogspot.com/        Id Follower : Tiefazatie

Beliau telah menulis sebanyak 13 komen sepanjang "contest" pada minggu ke 3 berlangsung. Tahniah buat Tiefazatie kerana memenangi hadiah yang disediakan secara 2 minggu berturut-turut.. Dapatlah juga duit poket untuk "ngeteh" atau berjalan-jalan ;)..

"Contest" ini disambung untuk minggu keempat.. Sekiranya anda berminat untuk menyertai "contest" ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peraturan dan hadiah yang ditawarkan, anda boleh klik pada "banner" di bawah...


Tujuan utama "contest" ini diadakan adalah untuk menarik rakyat Malaysia pada hari ini supaya menanamkan minat suka membaca.. Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang dapat kita timba sekiranya kita suka membaca.. Ilmu tersebut tidak akan datang sendiri kepada kita sekiranya kita tidak berusaha untuk mencarinya..

Pada hari ini untuk mencari ilmu tidak sesukar semasa zaman emak, ayah, atuk dan nenek kita pada suatu ketika dahulu.. Terdapat banyak alternatif untuk mendapatkan ilmu pada hari ini samada secara percuma ataupun berbayar..

Untuk mendapatkan ilmu secara percuma anda boleh layari internet dengan mengunjungi mana-mana laman web atau blog.. Disamping itu anda juga boleh menonton televisyen atau mengunjungi mana-mana perpustakaan yang terdapat berhampiran dengan anda.. Sebenarnya nak cari ilmu tersangat mudah pada hari ini..

Cuma persoalannya samada anda dapat meluangkan sedikit masa anda ataupun tidak untuk Membaca bahan-bahan ilmiah??

Terdapat banyak contoh orang-orang yang berjaya disebabkan mempunyai tabiat suka membaca.. Salah seorang daripadanya adalah Mantan Perdana Menteri Kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam banyak-banyak perdana menteri yang saya kenal dalam dunia ini, saya begitu menghormati beliau.. Ini kerana beliau merupakan seorang perdana menteri yang berfikiran luas, berpandangan jauh dan kaya dengan ilmu.. Disebabkan itu beliau bukan sahaja terkenal atau dihormati di Malaysia.. Malahan penduduk luar negara juga turut menghormati pendapat dan pandangan beliau..

Kunci utama kepada kejayaan beliau adalah melalui minat beliau yang suka membaca dan menulis.. Walaupun beliau telah berpencen daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun idea atau pandangan beliau masih diperlukan oleh sesetengah pihak dalam membantu membangunkan negara kita Malaysia..Beliau banyak menyalurkan pandangan tentang isu politik dan pembangunan Malaysia melalui blog beliau di URL berikut http://chedet.co.cc/chedetblog/

Baru-baru ini beliau turut menulis sebuah buku berjudul "A Doktor In The House (The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad)" . Buku setebal 800 muka surat yang diterbitkan oleh MPH Publishing ini dijangka laris jualannya disebabkan ianya begitu hangat diiklankan di televisyen, akhbar dan juga internet..

Buku "A Doktor In The House"

Saya berminat untuk membaca buku ini sekiranya mempunyai kesempatan masa.. Ini kerana penulis buku ini iaitu Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yang suka membaca.. Dan saya menjangkakan pasti ada sesuatu perkara menarik yang cuba disampaikan oleh beliau kepada para pembaca buku tersebut..

Perkara positif yang ingin saya sampaikan di sini adalah supaya kita meluangkan sebahagian masa dalam kehidupan harian kita dengan membaca.. Terdapat banyak kelebihan orang-orang yang suka membaca.. Disebabkan itu wahyu pertama yang turun kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W juga adalah perkataan Iqra' yang bermaksud "Bacalah"..

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Sebelum saya mengundur diri, terdapat sebuah kata hikmah yang dapat saya kongsikan pada kali ini sebagai pembakar semangat untuk diri anda ..
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan"
- Abdulah Mansur M.H


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Kajian tantang Tahap Kepuasan Kerja
Karnival Mesra Belia 1 Sarawak
Menjejaki Jetty 2002
Rumah Baru Untuk Anak-anakku
Kem Motivasi Di Kem Alapong (Siri 5)
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, February 12, 2011

Keputusan Pemenang GA Pertama Blog Sembang Hari2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah dengan Izin Allah S.w.t akhirnya saya diberi kelapangan masa untuk menilai 10 blog terpilih untuk memenangi tempat pertama hingga ke 3 GA Pertama Blog Sembang Hari2..

Terasa susah juga nak menilai sebab kesemua 10 blog layak untuk memenangi hadiah tersebut..
Jadi saya pun membuat rubrik pemarkahan untuk menentukan siapa yang layak menang.. Baru lah Adil kan?

Berdasarkan rubrik pemarkahan tersebut bersama ini saya mengumumkan 5 blog terbaik yang dipilih untuk Contest ini.. Jadi blog yang mendapat tempat pertama hingga ke 3 dalam senarai ini, dah tentulah blog tersebut adalah pemenangnya..
  1. tiefazatie    http://tiefazatie.blogspot.com/                35 markah
  2. Cute Mum http://mamiuyuncontest.blogspot.com/   23 markah
  3. Izatul Iman http://whatrudoin.gaentries.blogspot.com/ 20 markah
  4. nelly           http://nellythestrange.blogspot.com/      14 markah
  5. Kak Yong  http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/ 9 markah
  6. Aaanie       http://aanie.blogspot.com/                      9 markah

Jadi kepada 3 pemenang tempat teratas boleh menghantar email kepada anuarmarsib@gmail.com  dengan menghantar maklumat berikut:-


1.Nama penuh :
2.Alamat :
3.Nama Bank :
4.Akaun Bank:
5.Barang Yang Mahu Dibeli di Blog Discount Hari:
6.Tarikh untuk booking Pak Ya Home Stay (bagi pemenang tempat pertama):



Hadiah-hadiah keseluruhan Contest ini disumbangkan oleh blog Discount Hari2
  • Hadiah wang tunai akan di bankin ke akaun bank pemenang
  • Baby Cloth Diapers akan dihantar melalui Pos
  • Rebat pembelian akan dibnk in ke akaun pemenang setelah membeli mana-mana barangan yang diiklankan di blog Discount Hari2
Keputusan pengadil adalah muktamad.. Sebarang bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan..

Tahniah buat semua pemenang, dan terima kasih buat semua rakan-rakan blogger yang sudi memeriahkan Contest ini..

Menang dan kalah adat pertandingan.. Jika anda tidak berjaya pada kali ini, cuba lagi pada masa akan datang.. Insya Allah sekiranya ada rezeki lebih, akan ada 1 "contest" lagi menyusul pada bulan April ini..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Wednesday, February 2, 2011

Senarai 10 Blog Terpilih Untuk Dinilai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ini saya telah pun berada di Sibu.. Sementara menunggu hari siang, sempat luangkan masa untuk berblog sekejap.. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching lebih kurang pukul 10 pagi.. Dari Sibu nak ke Kuching akan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam. Ianya merupakan perjalanan yang diambil bagi driver beginner seperti saya.. ;)

Lepas sembahayang Subuh pagi tadi teringat untuk membuat cabutan bagi 10 blog yang bertuah untuk dinilai bagi memilih pemenang tempat pertama hingga ke 3 Giveaway Pertama blog Sembang Hari2..

Jadi sementara anak-anak sedang tidur ni sempatlah saya memotong 2 helai kertas A4 sekecil-kecilnya sehingga saya dapat 103 keratan yang sama besar.. Kemudian saya menulis nombor pada setiap keratan tersebut.. Selepas itu saya masukkan kesemua keratan kertas A4 tersebut ke dalam sebuah bekas..

Dan sekarang saya mencabut 10 daripada keratan tersebut... 10 blog bertuah untuk dinilai adalah:-

  1. Aaanie           http://aanie.blogspot.com/
  2. Cute Mum     http://mamiuyuncontest.blogspot.com/
  3. Taufidris        http://taufidris.blogspot.com/
  4. Izatul Iman    http://whatrudoin.gaentries.blogspot.com/
  5. tiefazatie        http://tiefazatie.blogspot.com/
  6. Kak Yong     http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/
  7. Cik Naz Ahmad  http://nazirahahmad.blogspot.com/
  8. nelly              http://nellythestrange.blogspot.com/
  9. muna            http://munalifestory.blogspot.com/
  10. Ayu              http://ayuayu101.blogspot.com/
Jadi saya ucapkan tahniah kepada 10 buah blog ini.. Semenatara saya sedang bercuti ini, mungkin anda berpeluang untuk mengemaskini apa-apa yang patut sebelum dinilai.. Anda boleh semak balik post sebelum ini tentang kriteria pemilihan pemenang..

Nak lagi mudah kerja saya, anda tuliskan perkara berikut:

"Kenapa saya layak untuk menjadi pemenang hadiah pertama GA pertama blog Sembang Hari2

1.
2.
3.
4.
5.
6.
dan seterusnya..

emailkan kepada anuarmarsib@gmail.com

Dengan cara ini lebih mudah untuk saya menilai blog-blog yang layak untuk menjadi pemenang supaya tiada keciciran maklumat semasa saya membuat penilaian..

Itu sahaja daripada saya untuk kali ini.. Salam cuti-cuti Malaysia        


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..