Sebut sahaja pasal ayam kadang tu ianya memberi satu maksud yang lain bagi sesetengah orang. Tetapi ayam yang saya maksudkan merupakan ayam sebenar yang di jual di Pasar Sibu..
Pada pertama kali saya sampai ke pasar Sibu, agak terkejut juga saya melihat ayam-ayam ini. Kesemua ayam ini diikat dan dibungkus dengan seurat Khabar untuk dijual secara hidup-hidup. Tengok sekali macam beli bunga di pasar sahaja.. Hehehe..
Suasana Di Pasar Sibu
Gambar Ayam-ayam yang telah dibungkus untuk di jual
Pada kebiasannya, pelanggan akan membawa ayam-ayam ini pulang ke rumah secara hidup-hidup. Jadi sekiranya mereka menggunakan pengangkutan awam sepeti teksi dan bot, ayam ini turut akan di bawa bersama dalam keadaan sepeti yang dapat anda lihat pada gambarajah di atas..
Pesanan Penaja : Lakukanlah urusan jual ayam secara halal. Jangan sesekali menjual ayam yang confirm tak boleh dimakan..
Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain waktu..
No comments:
Post a Comment