Tahniah diucapkan kepada 5000 lepasan Ijazah Sarjana Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berjaya menjadi guru di sekolah menengah di bawah kementerian Pelajaran mulai Januari tahun Depan..
Bilangan pengambilan guru tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 14% berbanding jumlah pengambilan guru pada tahun ini iaitu seramai 4,318 orang sahaja...
Ini menunjukkan satu petanda positif kepada para pelajar yang sedang mengikuti kursus Pendidikan (ISMP) di IPTA.. dan secara tidak langsung dapat menangkis isu yang kononnya graduan ISMP 'dianaktirikan' dalam pemilihan guru di sekolah di bawah Kementerian Pelajaran...
Sebenarnya isu anak tiri ini timbul apabila terdapat kira-kira 5,000 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) merasakan diri mereka di anak tirikan oleh kementerian pendidikan berbanding Lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG)..
Sebagai penyelesaiannya mereka meminta agar Kementerian Pelajaran tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan Ijazah bukan pendidikan..
Sebagai seorang pendidik saya juga menaruh harapan yang tinggi, supaya isu ini berjaya diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan... Maklumlah Pelajar ISMP terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang pendidikan sebelum layak menjadi guru.. Sedangkan pelajar KPLI hanya mengambil masa selama setahun sahaja... Jadi pelajar ISMP merasakan penat lelah mereka menghabiskan masa selama 4 tahun untuk menghabiksan pengajian seakan tidak 'dihargai' oleh pihak kementerian...
Syukur Alhamdulillah... Dengan Pengambilan 5,000 ISMP untuk mengisi jawatan guru di sekolah menengah pada tahun hadapan merupakan satu langkah yang harus dipuji dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini....
Kepada anda yang tersenarai dalam kalangan 5000 orang tersebut, saya ucapkan tahniah..
Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak Malaysia... Anda merupakan salah seorang penggerak dalam memenuhi matlamat kerajaan untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020...
Read more...
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Tuesday, December 6, 2011
Tuesday, October 5, 2010
Malam 1 Budaya Di Politeknik Mukah Sarawak
Salam 1 Malaysia..
Malam tadi 3 Oktober 2010 buat julung-julung kalinya PMU mengadakan malam 1 budaya dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Malam 1 budaya ini pada asalnya merupakan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMU.
Namun begitu, dalam masa yang sama juga Pihak pengurusan PMU berhasrat untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk seluruh warga kerja PMU. Untuk memudahkan kerja, kedua-dua Majlis ini digabungkan pada masa yang sama. Jadi, Malam 1 Budaya ini telah dibuat secara besar-besaran disamping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri..
Majlis Hari Raya Aidilfitri pada malam tersebut menggunakan konsep 'Langgar Meja' yang merupakan acara tradisi sambutan hari raya yang diadakan pada setiap tahun di Igan, Sarawak. Langgar Meja merupakan istilah yang diberikan kepada sekumpulan 'rumah terbuka' yang dihimpunkan di suatu tempat secara beramai-ramai. Jadi setiap meja akan menyediakan juadah masing-masing untuk disajikan kepada setiap tetamu yang hadir.
Pada malam 1 Budaya dan sambutan Aidilfitri tersebut terdapat lebih 20 'rumah terbuka' yang mengambil bahagian.. Suasananya cukup meriah. Terdapat pelbagai masyarakat berbilang kaum di Sarawak yang memakai pelbagai baju kebudayaan masing-masing..
Pelbagai juadah Hari Raya disediakan di setiap meja seperti lemang, nasi impit, ketupat, rendang, sate, ulam, nasi goreng, mee kari, laksa, laksam, mee rebus, aneka kuih muih, aneka kerepek dan sebagainya. 2 ekor lembu telah disembelih untuk penyediaan makanan utama pada malam tersebut. Menu yang paling menjadi rebutan hasil penyembelihan lembu tersebut tentulah Sup Tulang..
Selain itu juga terdapat pelbagai jenis masakan daripada pelbagai budaya turut disajikan di setiap meja. Terlalu banyak makanan yang disajikan sampaikan tak tahu nak rasa makanan yang mana satu terlebih dahulu.. huhuhu..
Untuk memeriahkan suasana, terdapat acara persembahan tarian dari pelbagai kaum di Sarawak.. Saya sempat mengambil gambar beberapa persembahan sahaja, disebabkan sibuk makan.. hehehe..
Get your own free form like this one.
Read more...
Malam tadi 3 Oktober 2010 buat julung-julung kalinya PMU mengadakan malam 1 budaya dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Malam 1 budaya ini pada asalnya merupakan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMU.
Namun begitu, dalam masa yang sama juga Pihak pengurusan PMU berhasrat untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk seluruh warga kerja PMU. Untuk memudahkan kerja, kedua-dua Majlis ini digabungkan pada masa yang sama. Jadi, Malam 1 Budaya ini telah dibuat secara besar-besaran disamping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri..
Banner Malam 1 Budaya Dan majlis Ramah Tamah Aidilfitri
Majlis Hari Raya Aidilfitri pada malam tersebut menggunakan konsep 'Langgar Meja' yang merupakan acara tradisi sambutan hari raya yang diadakan pada setiap tahun di Igan, Sarawak. Langgar Meja merupakan istilah yang diberikan kepada sekumpulan 'rumah terbuka' yang dihimpunkan di suatu tempat secara beramai-ramai. Jadi setiap meja akan menyediakan juadah masing-masing untuk disajikan kepada setiap tetamu yang hadir.
Pemandangan di Dalam Dewan sebelum acara bermula
Suasana Meriah Di Dalam Dewan setelah acara bermula
Kaum Murut
Pelbagai juadah Hari Raya disediakan di setiap meja seperti lemang, nasi impit, ketupat, rendang, sate, ulam, nasi goreng, mee kari, laksa, laksam, mee rebus, aneka kuih muih, aneka kerepek dan sebagainya. 2 ekor lembu telah disembelih untuk penyediaan makanan utama pada malam tersebut. Menu yang paling menjadi rebutan hasil penyembelihan lembu tersebut tentulah Sup Tulang..
Selain itu juga terdapat pelbagai jenis masakan daripada pelbagai budaya turut disajikan di setiap meja. Terlalu banyak makanan yang disajikan sampaikan tak tahu nak rasa makanan yang mana satu terlebih dahulu.. huhuhu..
Makanan Kebudayaan dari kaum Iban
Sedapnya Umai ni.. Pedas nyer bukan main..
Encik Norman jaga meja pejabat Pengarah dan Unit kaunseling..
Menu paling istimewa di meja ini adalah cendol
Inilah antara meja paling simple..
Meja gabungan Unit Peperiksaan, Latihan LI dan JHEPP
Untuk memeriahkan suasana, terdapat acara persembahan tarian dari pelbagai kaum di Sarawak.. Saya sempat mengambil gambar beberapa persembahan sahaja, disebabkan sibuk makan.. hehehe..
disamping itu terdapat acara berkaraoke lagu-lagu raya dan aneka lagu yang diminati.. Tetamu VVIP yang turut hadir pada malam tersebut adalah YB Abu Seman yang turut mendendangkan sebuah lagu dalam acara Karaoke..
Majlis Malam 1 Budaya dan Sambutan Aidilfitri ini berakhir pada jam 11 malam.. Tetapi disebabkan anak-anak dah keletihan, kami meninggalkan Majlis pada jam 9.45 malam.. Diharapkan Majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada tahun akan datang. Beberapa perkara menarik digabungkan dalam 1 Majlis. Ada Malam Kebudayaan, Sambutan Hari Raya, Majlis Langgar Meja..
Majlis seumpama ini akan dapat memupuk perpaduan kaum, Mengeratkan siratulrahim dan saling mengenali budaya Masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia khususnya di negeri Sarawak.. Syabas diucapkan buat seluruh warga PMU
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















