Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Doa buat rakan-rakan blogger.. (Daripada blogger untuk blogger)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebagai seorang blogger, tentu masing-masing mempunyai sebab tersendiri kenapa menceburkan diri dalam bidang ini? Pastinya ada rakan-rakan blogger yang mengatakan tujuan mereka berblog adalah kerana ingin mencari ramai kenalan, ingin berkongsi informasi dengan orang ramai, ingin memperolehi pendapatan sampingan, ingin memperomosikan perniagaan dan sebagainya..

Pernah saya bertanya kepada diri saya, kenapa saya menjadi seorang blogger?

Pada awalnya saya ingin menjadi seorang blogger disebabkan ingin berkongsikan kisah kehidupan saya yang jauh di perantauan.. Tempat di mana saya bekerja sekarang ini,merupakan tempat yang ramai orang tidak mahu bertugas di sini.. Sebahagian besar rakan-rakan saya yang berada di sini (Mukah) adalah dari golongan-golongan muda yang dengan rela atau paksa rela dihantar bertugas di sini..

Kebanyakan orang ramai tidak mahu bertugas di sini kerana memikirkan beberapa kekangan yang terpaksa mereka hadapi untuk bertugas di sini.. Jadi dengan berpegang kepada peribahasa "Tak kenal, maka tak cinta", maka saya cuba untuk berkongsikan kehidupan di Mukah ini kepada rakan-rakan sekerja saya di luar sana samada di yang berada di semenanjung atau di Sabah melalui blog... ;)

Kemudian melalui beberapa sumber bacaan, saya mendapat maklumat bahawa kita boleh menjana pendaptan sampingan melalui blog.. Justeru itu, saya mula mempelajari selok belok untuk mencari pendapatan sampingan melalui blog.. Jadi setelah beberapa minggu saya berblog, saya mempunyai beberapa matlamat sebagai seorang blogger antaranya adalah:
  • Berkongsi tentang apa juga informasi yang saya terima secara langsung atau tidak langsung
  • Berkongsi sedikit kisah pengalaman hidup saya di Mukah Sarawak
  • Mempromosikan perniagaan saudara mara, kenalan dan rakan-rakan di blog Discount Hari2
  • Menjana pendapatan dengan nuffnang dan affiliate
  • Berkongsi peluang perniagaan melalui internet
  • Mempromosi Pak Ya Home Stay
  • Mencari kenalan di Internet
  • Berkongsi kegembiraan yang saya kecapi dengan orang lain
Jadi untuk mencapai kesemua matlamat tersebut, saya tidak boleh duduk diam dan goyang kaki.. Prinsip hidup saya adalah kita perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki.. Saya cuba mengelakkan diri daripada menerima rezeki yang datang bergolek kepada kita tanpa sebarang usaha yang kita lakukan.. Betul tak?
Melalui blog, antara usaha yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan adalah dengan menulis dan terus menulis untuk tatapan pembaca blog kita..

Pada hari ini ramai orang menulis rencana atau artikel untuk dihantar kepada majalah atau akhbar untuk mendapatkan bayaran.. Tetapi sebagai seorang blogger kita menulis secara sukarela, dan sekiranya ada rezeki dapatlah sedikit imbuhan hasil usaha yang telah kita lakukan..

Justeru itu untuk mencapai matlamat tersebut, kita kena sentiasa berusaha dan dalam masa yang sama kena juga sentiasa berdoa semoga kita dimurahkan rezeki..

Ya Betul!! Kita perlu berdoa setiap kali sebelum dan selepas mengupdate blog.. Ini kerana rezeki yang kita terima datangnya daripada Allah s.w.t.. Lebih-lebih lagi rezeki yang kita terima melalui sumbangan daripada pembaca blog yang 'tergerak hati' untuk klik, download, beli barang dan sebagainya..

Terdapat beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk memeperolehi kebahagaiaan dan dimurahkan rezeki.. Jadi jangan lupa baca doa-doa di bawah ini setiap kali sebelum menulis blog, selepas menulis blog, dan selepas memperolehi rezeki..

Doa Memohon Kebahagiaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keberuntungan pada-Mu dalam hal ketetapan (keputusan), tempat orang-orang yang mati syahid, kehidupan orang-orang yang bahagia, dan kemenangan terhadap musuh

Doa Memohon Kemenangan Dan Kemuliaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku, dan sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku, dan sesungguhnya aku ini fakir, maka kayakanlah aku, wahai Dzat Yang paling Penyayang

Doa Memohon Keluasan Rezeki
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, Dzat yang kaya dan Pemurah, Dzat yang mempunyai anugerah yang Agung. Dzat yang luas pemberian dan kedermawanan-Nya. Kayakanlah aku dengan apa-apa yang engkau halalkan,
dan cukupkanlah aku dengan kemurahan-Mu dari siapa saja selain-Mu

Doa Memohon Kekayaan Berupa Harta
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ya Allah, Tuhan yang maha kaya dan Maha Terpuji, Tuhan yang menakdirkan, kasihan dan Maha Kasih Sayang, berilah aku kekayaan harta yang engkau halalkan bukan yang engkau haramkan,
berilah aku kelebihan dari yang lain dengan berkat kurnia-Mu

Doa Ketika Memperoleh Rezeki
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki padaku tanpa daya dan upaya dariku.
Ya Allah, berkatilah rezekiku ini.

Doa Ketika Menerima Sedekah dan Hadiah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Semoga Allah memberi pahala padamu terhadap apa yang telah engkau berikan,
dan semoga Allah menjadikannya sebagai pembersih untukmu.
Dan semoga Allah memberkati harta yang masih tertinggal padamu..


Sebagai renungan buat kita semua:
Rezeki sebenarnya bukan hanya harta dan kekayaan semata-mata.. Jadi janganlah anda berasa gusar atau bimbang sekiranya anda telah berusaha, tetapi tidak memperolehi rezeki seperti yang anda harapkan.. Mendapat kesihatan tubuh badan, kelapangan masa, keluarga yang bahagia, anak-anak yang comel, sihat dan bijak juga rezeki yang cukup berharga buat kita semua..

Admin Blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/


Read more...

Saturday, January 1, 2011

Pencapaian azam ku pada tahun 2010

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada para pembaca setia blog Sembanghari2.blogspot.com

Saya mengambil kesempatan ini sempena anak-anak masih dibuai mimpi untuk mencoretkan perkara signifikan yg berlaku dlm hidup saya sepanjang tahun 2010. Berikut adalah beberapa perkara/peristiwa tersebut:

1)Kematian bapa saudara tetapi tidak berkesempatan untuk melawat

2)Mengambil pembantu rumah warga Indonesia selama sebulan sahaja dan kemudian memulangkan kembali kepada ejen pembantu rumah

3)Tertinggal kapal terbang sewaktu penerbangan dari LCCT ke Sibu

4)Berjaya menulis ebook pertama walaupun masih terdapat banyak ruang penambah baikan

5)Mempunyai blog yang kedua http://discount-hari2.blogspot.com/

6)Rumah emak di kampung yang sudah 70% siap..

7) Melancarkan giveaway pertama blog http://sembanghari2.blogspot.com/

8) dan lain-lain

Tapi dalam banyak-banyak perkara yang cuba diusahakan masih terdapat beberapa perkara yang masih belum selesai atas kekangan masa dan kemahiran. Diantara perkara yang belum selesai adalah:

1) Menyiapkan blog perniagaan http://www.diskaunhari2.com/
2) Menyiapkan blog perkongsian ilmu http://www.cariilmu.net/
3) Menyiapkan laman web jualan http://www.pakejmrr4u.com/
4) Menyiapkan beberapa ebook tambahan untuk dijual secara pakej di laman web pakejmrr4u.com
5) Tidak menyertai sebarang pertandingan catur sepanjang tahun 2010..

Tuhan bagi kita masa 24 jam sehari. Tapi walaupun saya dah cuba menggunakan semaksimum masa yang ada, tetapi masih banyak lagi kelemahan saya dari segi pengurusan masa. Akhirnya saya terpaksa akur bahawasanya saya tidak cukup masa dan tidak sempat untuk meningkatkan kemahiran bagi menyelesaikan kesemua kerja-kerja yang perlu diselesaikan sebagai seorang IM secara bersendirian.

Atas permasalahan ini, sekiranya ada rakan-rakan IM atau blogger yang sudi untuk membantu saya bagi menyiapkan kerja-kerja yang tidak berjaya saya selesaikan sepanjang tahun 2010 boleh hubungi saya..

Kelayakan, rakan join venture:

1) Mahir dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop
2) Mempunyai Kemahiran dalam kerja2 membangunkan blog dan laman web

Kalau berminat boleh emailkan nama dan no. telefon di anuarmarsib@gmail.com

Semoga semua pembaca dapat menyelesaikan azam tahun baru 2010 dan mencapai azam tahun baru 2011 dengan jayanya.. Sekian sahaja coretan saya pada kali ini..
Selamat Tahun Baru 2011

Read more...

Saturday, January 23, 2010

Ini Haikal punya kerja..

"Ayah nak Buis", "Ayah pak Ball", "Ayah Tan Chi", "Ayah Cucun", "Ayah Buis Gaya","Ayah nak nok", "Ayah nak Jem", "Ayah Dang Dup", "Ayah nen cik", "Ayah nak Di"... Itulah antara beberapa kata-kata yang sering keluar dari mulut anak sulung saya yang berusia 2 tahun 1 bulan.. Adakalanya saya dan isteri pun tak faham apa yang dimaksudkan..

Adakah anda dapat menangkap maksud-maksud perkataan-perkataan tersebut? Kalau boleh anda memang handal.. Tapi banyak lagi "puzzle" untuk meneka kata-kata anak saya.. Cukuplah saya terangkan 10 "puzzle" ini.

1. (tu) "Ayah nak buis" bermaksud ayah nak tulis/lukis
- Biasanya bila ternampak saya atau isteri pegang kertas/pen/sedang menulis/sedang buat kerja dekat Laptop.. Apa kena mengena buat kerja dekat laptop dengan melukis/menulis? Nak tahu lihat hasil kerja di bawah..



Hasil Kerja Haikal

Apa yang dilukis pun saya tidak tau. Tapi yang pasti terlalu abstrak untuk ditafsir hehehe..

2. (Due) "Ayah pak ball" bermaksud Ayah sepak bola.. Anak saya dah meminati bola sepak sejak dia belum boleh berjalan lagi.. Siapa yang ajar ni? Ayah dia hehehe.. Tak percaya tengok video dekat bawah ni:


Haikal belajar main bola

3. (Ge) "Ayah tan chi" bermaksud "Ayah makan nasi"..

4. (pats) "Ayah buis gaya" bermaksud "Ayah lukis Ultraman Gaiya"..

5. (me) "Ayah cucun" bermaksud "Ayah susun pin bowling"

6. (nam) "Ayah, ekal nak ngok" bermaksud "Ayah nak tengok TV/DVD"

7. (jos) "Ayah nak jem" bermaksud "Ayah nak main game komputer"

8. (pans) "Ayah dang dup" bermaksud "Ayah udang hidup"
-Biasanya masa pergi pasar

9. (lans) "Ayah nen cik" bermaksud "Ayah nak minum susu botol kecil"

10. (Los) "Ayah nak di" bermaksud "Ayah nak mandi"


Gambar terbaru Haikal bersama atuk yang mempunyai tarikh lahir yang sama cuma tahun jer yang berbeza




Gambar terbaru Haikal bersama Adam yang baru berumur 1 bulan


Insya-Allah, lepas dapat adik ni, Haikal akan semakin pandai bercakap. Itulah sahaja perkongsian saya berkenaan perkataan-perkataan baru dari anak saya.. Anda pun tentu mempunyai pengalaman yang sama seperti saya.. Miss Communication dengan baby hehehe.. Jumpa lagi di lain kali..











Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..