Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Info tentang Pelaburan emas yang kita patut tahu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang pelaburan emas.. Kita semua sedia maklum emas merupakan logam paling berharga selain daripada perak.. Bila sebut pasal emas, kita akan membayangkan satu logam yang berkilau dan ianya melambangkan kemewahan.. Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. 

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. 

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda. 

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu. 

Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini. 

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas. Ianya merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan.. Dengan pelaburan emas anda boleh mendapat keuntungan purata lebih 20% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini.


Kenapa harga emas terus melonjak naik dengan pantas dan mampu memberi pulangan keuntungan purata melebihi 20% hingga 45% setahun?? 

Kenaikan ini berlaku terutama sekali selepas krisis subprime di Amerika Syarikat dan ekonomi dunia sejak tahun 2007/08.

Bayangkan dengan pulangan purata 20% setahun, jika anda ada RM1,000 dan tukarnya dengan beli emas setahun kemudian harganya dah jadi RM1,200. 

Kalau RM10,000 dah dapat extra RM2,000 senang sahajakan. 

Mana nak cari pulangan pelaburan macam ni kan? 


Tapi anda juga boleh mengalami kerugian jika anda tersilap langkah dalam memilih pelaburan emas ni. 

Sebab tu sebelum melabur dengan emas saya cadangkan rujuk dulu rahsia para pelabur emas menjana keuntungan dengan cara yang betul melalui laman web berikut :-


Selain daripada itu, emas adalah pelaburan dengan risiko yang sangat rendah. Ianya juga bebas dari cukai keuntungan (gain tax) dan sebarang kos pengurusan. Lebih menarik lagi ianya kalis inflasi. Ini bermakna, nilainya tidak jatuh jika dibandingkan dengan nilai matawang semasa.

Sekiranya kita lihat, pada sekitar tahun 80-an, nilai 50 sen masih besar nilainya. Dengan duit sebanyak itu kita masih boleh dapatkan sebungkus nasi lemak, minuman dan gula-gula 10 sen 5 biji. Tapi hari ini 50 sen dah tak dapat beli nasi lemak lagi, bahkan beli gula-gula pun mungkin dapat 3 biji sahaja. 

Inilah yang dikatakan inflasi. Harga barangan jadi semakin mahal. 

Berbeza dengan emas, harganya setiap tahun sentiasa naik dan risikonya sangat rendah jika kita tahu bagaimana nak laburkannya dan kaut keuntungan dengan betul. Sebenarnya apa yang saya kongsikan ini, saya dapat daripada laman web berikut ;

RahsiaPelaburEmas.com

Jadi jika nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca sendiri la yer …Info di laman web tersebut sangat bagus untuk pengetahuan pelaburan anda.


Read more...

Sunday, February 12, 2012

Strategi 5B - Pelajari Kaedah Sebenar Pelaburan Emas dan Perak Fizikal yang menguntungkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahniah diucapkan kepada Otai-otai pelaburan emas dan perak Fizikal iaitu Mohd Faizan, Mohd Fazli Ismail (Pokli) dan Syukor Hashim kerana telah berjaya menganjurkan Bengkel Strategi 5B yang dapat membantu ramai orang berjaya dalam pelaburan logam fizikal tersebut.

Setakat ini semua peserta yang hadir ke bengkel tersebut berpuas hati dengan isi kandungan bengkel tersebut.. Dan lebih yakin untuk memulakan pelaburan emas dan logam fizikal..

Para peserta bengkel ini akan didedahkan dengan Strategi 5B.. Iaitu strategi khusus untuk Pelabur Emas & Silver keluaran Public Gold.

Kelima-lima strategi yang akan diajar merupakan kaedah unik yang telah  dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat umur..

Berikut merupakan strategi 5B yangdapat membantu melipatgandakan keuntungan dalam pelaburan emas:
  • Bila Nak Beli
  • Bila nak Jual
  • Berapa banyak nak Beli
  • Berapa banyak nak Jual
  • Bila nak Beli Semula..


Read more...

Thursday, August 11, 2011

Adakah pelaburan Silver lebih menguntungkan dari Pelaburan Emas??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam dalam perjalanan memandu pulang dari tempat kerja, terdengar di corong radio kereta yang mengatakan harga emas telah mencecah RM200.00 segram.. Seronok hati saya mendengarnya.. Bukan disebabkan saya banyak melabur emas.. Tetapi disebabkan ramai kawan-kawan saya terlibat dalam pelaburan emas..

Jadi saya juga secara tidak langsung turut berminat untuk menganalisis kenaikan harga emas dari masa ke semasa.. Tujuannya untuk mempelajari selok-belok bidang pelaburan.. Mengikut unjuran yang dibuat oleh laman web Kitco.com harga emas boleh melonjak sehingga  RM202.57 pada tahun 2014..

Tetapi kalau betul harga emas dah mencecah RM200.00 segram pada hari ini, ianya satu berita yang sangat menarik buat para pelabur emas.. Walaubagaimanapun untuk kesahihan berita tersebut, kita kena mencari sumber yang boleh dipercayai...


Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai (laman web kitco.com), harga emas semalam adalah US$1795.30 seaun atau  AS$57.7 (RM173.15) segram.. Jadi desas-desus yang mengatakan harga emas telah mencapai RM200 segram adalah tidak benar.. Nampak gayanya pada tahun ini pelaburan Perak lebih menguntungkan dari pelaburan emas..

Patutlah ada seorang rakan saya yang bekerja sebagai engineer di kilang Toshiba sanggup bekerja Part Time dari pukul 8.00 malam sehingga 3.00 pagi semata-mata untuk menjual barangan perhiasan yang diperbuat daripada Silver (Perak)..

Kedai beliau memberi pulangan yang sangat baik.. Dan pada hari ini beliau mampu menikmati hidup dalam keadaan yang agak mewah.. Pagi bekerja sebagai engineer dari pukul 8.30 sehingga 5.30 petang.. Kemudian sambung kerja sebagai saudagar Perak di Uptown Shah Alam bermula pada jam 8.00 malam hingga 3.00 pagi...

Tahniah diucapkan kepada sahabat saya.. Semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki...

Berbalik tentang pelaburan Perak atau Silver yang dikatakan sangat menguntungkan sejak akhir-akhir ini.. Tetapi tidak ramai yang tahu.. Sebenarnya Perak menjadi satu alternatif barangan hiasan yang boleh dipakai oleh lelaki.. disebabkan dalam Al-Quran lelaki tidak boleh memakai emas sebagai perhiasan..

Kalau kita tanya 10 orang, "Mengapa anda perlu melabur perak?", anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Nak tahu kelebihan melabur Perak pada hari ini, jom kita lihat graf di bawah.. Yang turut saya ambil dari laman web Kitco.com


Harga Perak melambung naik sehingga 797.6% berbanding harga Perak yang hanya naik 492.36%..

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan perak... Tetapi mereka telah didahkan cara untuk melabur emas.. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan.

Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan anda.

1) Inflasi:
Perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns perak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai "Penyimpan Nilai". Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.


Antara persoalan yang mungkin timbul apabila nak memulakan pelaburan Perak

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar akan naik lebih rendah peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

Sekadar satu perkongsian daripada saya yang mungkin dapat memberi manfaat kepada kita semua..


Admin blog
  http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

  Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Read more...

Sunday, February 27, 2011

Lagi-Lagi Cerita Pasal Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam saya ada membeli majalah mingguan wanita edisi terbaru (25 Februari - 3 Mac 2011)..

Seperti biasa ruangan yang saya suka baca adalah ruangan mengurus kewangan yang ditulis oleh saudara Sunthara Segar.. Untuk makluman anda, saudara Sunthara ini juga merupakan seorang blogger dan juga seorang penceramah dan penulis buku-buku tentang pengurusan kewangan..

Artikel yang beliau tulis pada minggu ini di majalah MW adalah tentang ilmu dalam pelaburan emas.. Menarik untuk dibaca.. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila dapatkan majalah tersebut.. Harga dekat Mukah agak mahal berbanding di semenanjung.. Dekat semenanjung harga majalah MW adalah RM3.30, tetapi dekat Mukah harga MW adalah RM5.50

Tapi disebabkan saya dan isteri memang minat membaca majalah ini, kami beli juga walaupun harganya mahal RM2.20.. huhuhu..

Berbalik kembali kepada artikel tenteng pelaburan emas yang ditulis oleh saudara Sunthara bertajuk "Jangan Jadi Pelabur Pak Turut"

Beliau menyarankan kita supaya menjadi seorang pelabur yang berilmu.. Jangan jadi pelabur pak turut semata-mata.. Orang melabur, kita pun ikut melabur.. Tapi orang yang ada ilmu tahu bagaimana cara untuk mengembangkan pelaburan, tetapi bagi yang tidak berilmu cuma menunggu dan terus menunggu nilai emas naik tanpa berbuat apa-apa..

Sebenarnya dalam pelaburan emas sama juga seperti bidang pelaburan yang lain.. Ada masanya harga emas naik, dan ada masanya harga emas turun.. Kalau tak percaya cuba layari internet dan tengok graf harga emas terkini..

Pada bulan Disember 2010 harga emas naik, kemudian harga emas turun pada Januari 2011.. Dan turun lagi menjelang sambutan tahun baru China.. Dan selepas itu, harga emas dijangka akan naik semula..

Ayah mertua saya pernah bertanyakan kepada seorang tokey emas China yang dah berniaga emas semenjak isteri saya belum lahir lagi.. Kira-kira 30 tahun tokey ini dah terlibat dalam urusan jual beli emas.. Lama tu..

Beliau memberi tahu, satu masa nanti apabila harga emas telah mencecah RM 200/gram.. harga emas akan jatuh agak teruk sehingga berada pada harga sekitar RM100.. Itu menurut analsis yang beliau lakukan setelah berkecimpung dalam pelaburan emas..

Tapi masanya pun kita tak tahu bila.. Dan disebalik kata-kata beliau ada juga perkara yang menggembirakan kita iaitu harga emas akan naik dahulu sehingga RM200/gram sebelum jatuh.. Jadi sebelum sampai masa tersebut lebih baik kita mula melabur emas.. Sekarang...

Jadi nak melabur ini perlua ada ilmu dan strategi.. Kita perlu belajar untuk memenfaatkan setiap situasi.. Contohnya semasa harga emas turun, ada strategi yang perlu dilaksanakan oleh pelabur-pelabur emas untuk mengaut keuntungan..Begitu juga halnya, bila harga emas naik..

Sebenarnya selain melabur emas fizikal kita juga boleh membuat pelaburan emas dalam keadaan yang lebih selamat iaitu dengan membuka Akaun Simpanan Pelaburan Emas.. Melalui akaun Simpanan pelaburan emas kita tidak perlu menyimpan emas sendiri, tidak memerlukan modal yang besar, dan selamat dari risiko emas hilang seperti tercicir atau dicuri orang.

Sebelum membuka Akaun Simpanan Pelaburan emas terdapat beberapa perkara yang seorang pelabur perlu tahu seperti:
  1. Bagaimana hendak membuka akaun pelaburan emas?
  2. Bank mana yang tawarkan belian pada harga tertinggi dan jual pada harga yang lebih rendah?
  3. Bagaimana mahu menjana untung ketika harga emas sedang jatuh?
Sebenarnya terdapat beberapa laman web yang dapat memberi panduan kepada kita untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas..

Sekiranya anda benar-benar serius ingin melabur emas, saya sarankan anda layari laman-laman web berikut untuk mendapatkan sumber maklumat tetang bidang pelaburan ini:-
  1. Bagaimana untuk Melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (Klik Di Sini)
  2. Bagaimana untuk memaksimumkan Pelaburan Emas (Klik Di Sini)
  3. Buku-buku rujukan tentang pelabuarn (Klik Di Sini)


 Semoga anda berjaya membuat keuntungan dalam apa juga bidang pelaburan yang diceburi melalui ilmu yang anda perolehi daripada pakar-pakar pelaburan..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Saturday, February 26, 2011

Negeri Perak akan melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak pada hari Isnin ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari Khamis malam jumaat baru-baru ini saya dan isteri berkesempatan untuk menonton "channel" Astro Awani..

Terdapat satu topik menarik yang dibincangkan oleh saudara Suhaimi dan para tetamu jemputan iaitu Datuk Hj. Rais Hussin Hj Mohamed Ariff (Pengerusi Eksekutif Goldnet), Prof. Dr. Ahmed Kameel Mydin Meera (Pengarah Goldnet) dan Asad Sultan (Pengarah Goldnet)..

Tajuk yang dibincangkan pada episod kali ini adalah "Emas Dan Perak Sebagai Instrumen Simpanan Dan Pelaburan".. Dalam masa yang sama para tetamu jemputan juga turut memperomosikan produk terbaru mereka iaitu Dinar Emas dan Dirham Perak yang akan dilancarkan oleh negeri Perak pada hari Isnin ini (28 Februari 2011)..

Ini bermakna negeri Perak menjadi negeri kedua selepas Kelantan yang memperkenalkan emas dan Perak untuk simpanan dan pelaburan.. Syukur teman jadi orang Perak.. dapat tumpang nama negeri jadilah.. hehehe..

Seperti yang kita semua sedia maklum, emas merupakan satu bentuk pelaburan yang sangat menguntungkan pada hari ini.. Kalau takut nak menceburkan diri dalam pelaburan hartanah, lebih baik kita melabur dalam emas..

Malah jurulatih jutawan Malaysia, iaitu saudara Azizi Ali sendiri menyarankan kepada rakan-rakan IM (Internet marketing) supaya membuat pelaburan dalam emas.

Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas telah memberi keuntungan purata 50% setahun.. Ini merupakan satu berita baik bagi mereka yang sedang tercari-cari peluang pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi..

Dalam sesi perbincangan di antara Saudara Suhaimi dan para tetamu jemputan, terdapat banyak penjelasan tentang betapa pentingnya kita melabur ke atas emas pada hari ini..

Antara isi kandungan yang menarik adalah emas dapat menggambarkan nilai sebenar kekayaan dan kemewahan.. Ianya tidak boleh dimanipulasikan seperti nilai wang kertas yang boleh jatuh pada bila-bila masa disebabkan kesan inflasi dan ekonomi global..

Jadi saranan saya kepada anda semua, marilah kita mula mengumpul duit untuk mendapatkan Dinar emas dan Dirham Perak yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri Perak pada hari Isnin nanti..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Friday, February 25, 2011

Pak Ya Home Stay, Alkisahnya...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan sedikit kisah tentang asal-usul bagaimana bermulanya kami menceburkan diri dalam bisnes kecil-kecilan Pak Ya Home Stay..

Pak Ya Home Stay sebenarnya merupakan rumah yang saya dan isteri beli untuk didiami seandainya dapat berpindah ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak..

Disebabkan itu pada setiap kali borang permohonan pindah keluar, pilihan pertama yang kami pilih adalah PUO.. Sebenarnya kami telah dinasihatkan berkali-kali oleh rakan-rakan lain supaya jangan sesekali memilih PUO kerana kebarangkalian untuk dapat berpindah ke sana adalah terlalu tipis..

Dan betullah seperti apa yang dikata.. Padan muka kami sampai sekarang tak dapat berpindah.. hehehe..

Jadi disebabkan nekad untuk berpindah ke perak, kami telah melengkapkan semua peralatan rumah.. Pendek kata kalau kami dapat berpindah, boleh terus mendiami rumah tersebut..

Tapi apakan daya, impian kami tidak menjadi kenyataan.. Apa nak buat, dah bukan rezeki kami..

Disebabkan kami tidak dapat berpindah, ayah mertua saya menyarankan supaya menjadikan rumah tersebut sebagai Home stay.. Kalau nak disewakan, takut rosak rumah tu.. Maklumlah, barang semua dah lengkap..

Ayah mertua saya menyatakan yang beliau sendiri sudi untuk menguruskan rumah tersebut.. Cuma apa yang saya perlu buat adalah mengiklankan rumah tersebut di internet.. Syukur alhamdulillah, bagai orang mengantuk disorong bantal.. Saya terus bersetuju dengan cadangan ayah mertua saya..

Jadi bermula dari detik tersebut, Pak Ya Home Stay pun memulakan operasinya.... Untuk maklumat lanjut tentang Pak Ya Home Stay, anda boleh klik di sini

Saya ingat lagi pesanan seorang rakan saya.. Sebenarnya dalam hidup ini, Allah lebih mengetahui segalanya.. Contohnya seperti perkara yang sedang kami alami.. Kami rasa sangat kecewa disebabkan tidak dapat berpindah pada awalnya..

Tetapi bila difikirkan balik, rupanya ada hikmah disebaliknya.. Disebabkan tidak dapat berpindah, saya telah mendapat satu ilmu baru iaitu pelaburan dalam bidang hartanah secara tidak langsung.. Syukur Alhamdulillah.. Ilmu ini ada saya kongsikan dalam ebook terbaru saya..

Jika anda belum mendapatkan ebook tersebut, sila dapatkannya secara percuma dengan klik pada gambar hadiah yang terdapat di akhir entri ini..

Sepanjang berkecimpung dalam bisnes home stay ini, memang diakui ada beberapa permasalahan yang kami hadapi.. kata orang semua bisnes ada permasalahannya.. Dari pada permasalahan yang dihadapi akan menjadikan kita lebih matang..

Antara permasalahan yang pernah kami hadapi adalah:-

1) Hanya ada satu Home Stay..

Permasalahan pertama yang saya hadapi adalah disebabkan saya hanya mempunyai satu Home stay.. Pak Ya Home Stay biasanya dikunjungi oleh pelajar atau graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan UiTM.. Jadi sekiranya ada sesuatu event besar di kedua-dua universiti ini, maka banyak panggilan telefon yang ayah mertua saya terima.. Disebabkan itu, ada juga bercadang nak buat Home Stay kedua sekiranya ada rezeki satu hari nanti..

2) Pelanggan membatalkan tempahan pada saat-saat akhir

Ini masalah besar yang kami hadapi.. Untuk pengetahuan anda, kami tidak mengenakan sebarang deposit untuk menempah pak Ya Home Stay.. Kami akan "reserve" home stay kepada pemanggil pertama yang membuat tempahan.. Jadi jika ada 10 orang yang membuat panggilan, kami terpaksa menolak tempahan 9 pemanggilseterusnya.. Cuba bayangkan betapa kecewanya kami, apabila di saat-saat akhir pelanggan tersebut membatalkan tempahan mereka... 

3) Pelanggan hendak menyewa hampir seminggu dan akan membayar dengan cek..


Kami pernah berhadapan dengan situasi ini.. Seorang kontraktor ingin menyewa Pak Ya Home Stay selama 5 hari dan ingin membayar dengan cek.. Pada ketika itu, ayah mertua tidak bersetuju dengan cara bayaran tersebut.. Disebabkan takut mendapat cek tendang..

Setakat ini, 3 sahaja permasalahan yang pernah kami hadapai sepanjang mengendalikan Pak Ya Home Stay..

Mungkin anda juga seorang pelabur hartanah.. jadi mungkin kita boleh bersama-sama berkongsi pengalaman dalam pelaburan hartanah..

Sebenarnya ramai guru yang sudi berkongsi dalam pelaburan hartanah ini.. Guru yang paling bayak mencurahkan ilmu tentulah tak lain dan tak bukan adalah Jurulatih Jutawan Malaysia iaitu saudara Azizi Ali.. Pada hari ini beliau telah mempunyai aset pelaburan hartanah bernilai RM 5 juta..

Rahsia kejayaan beliau adalah, kita perlu banyak membaca untuk mendapatkan ilmu dalam bidang pelaburan.. Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat beliau dalam bidang pelaburan hartanah, saya syorkan anda layari laman web beliau dengan Klik Di Sini

Disamping itu, jangan lupa untuk mendapatkan hadiah yang saya sediakan kepada anda.. Untuk mendapatkan hadiah tersebut klik pada banner hadiah di bawah:-



Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Monday, February 7, 2011

Di manakah tempat terbaik untuk membuat pelaburan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsikan beberapa peluang pelaburan yang boleh dilaksanakan oleh semua orang untuk menjamin masa depan.. Mulai daripada sekarang sedang anak-anak masih kecil, sebaiknya kita perlu menceburkan diri dalam salah satu bidang pelaburan supaya dapat memberikan jaminan kewangan untuk diri kita dan anak-anak apabila kita berumur 50 tahun nanti..(hehehe jauh berfikir tu)..

Bagi golongan orang-orang kaya yang berstatus jutawan, mereka mungkin tidak mempunyai masalah kewangan.. Ini kerana mereka mempunyai banyak sumber untuk menjana pendapatan pada setiap masa dalam kehidupan mereka.. Mereka mempunyai modal yang banyak, dan ramai kenalan yang sudi berkongsi peluang perniagaan untuk menggandakan wang mereka..

Kadang tu kita terfikir bagaimana mereka boleh menjadi kaya.. Adakah emak ayah mereka sememangnya terdiri daripada golongan orang-orang kaya?

Sebenarnya bukan semua orang-orang kaya yang kita lihat pada hari ini berasal dari kalangan orang-orang kaya. Mereka ada kisah tersendiri bagaimana boleh manjadi kaya seperti sekarang. Kalau tak percaya anda boleh mengikuti kisah-kisah mereka di pautan berikut:-
Perkongsian Kejayaan Mentor-Mentor Jutawan (Klik Di Sini)

Sebelum mereka menjadi kaya raya, tentu ada kisah disebalik kekayaan mereka.. Sebenarnya kisah-kisah kesusahan mereka untuk mendaki tangga-tangga kejayaan perlu kita baca sebagai ikhtibar dan pembakar semangat kepada kita untuk turut sama berjaya seperti mereka.. Kisah-kisah kejayaan di atas merupakan kisah-kisah kejayaan mentor jutawan yang kebanyakannya daripada Malaysia.. Sekiranya anda ingin mengikuti kisah kejayaan jutawan-jutawan asia, anda boleh klik pada URL derikut:-
10 Perkara Yang Perlu Kita Pelajari Dari 10 Jutawan (Klik Di Sini)

Jadi apa sebenarnya yang mereka lakukan untuk berjaya.. Perkara yang paling utama adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa mencari ilmu untuk memperbaiki kelemahan diri. Antara ilmu yang kita semua wajib ketahui untuk mencapai status bebas daripada masalah kewangan adalah ilmu pelaburan..

Sekiranya kita mahir dalam sesuatu ilmu pelaburan, kita boleh menjana pendapatan secara tidak langsung dengan hanya memanfaatkan ilmu yang kita pelajari tersebut.

Seperti yang kita semua sedia maklum ekonomi negara kini berada dalam keadaan bertambah baik akhir-akhir ini. Sepanjang tahun ini FBM KLCI (saham) berada pada paras tertinggi dan berada sekitar 1,500 mata.


Matawang RM semakin kukuh berbanding US Dollar. Harga Emas naik mencanak pada akhir tahun lalu dan mulai turun menjelang Tahun Baru Cina. Maka ramailah yang mulai tertanya-tanya..

Dimanakah tempat terbaik untuk melabur pada masa sekarang?

Sebenarnya terdapat banyak tempat pelaburan yang terbaik!
Dan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya. Sebab itulah, bagi yang Pakar, tempat terbaik untuk melabur (bukan sahaja pada masa sekarang bahkan sepanjang masa) adalah dengan MELABUR DALAM DIRI SENDIRI!

Omputih cakap "invest in yourself".

Ini bermakna anda boleh membaca buku berkaitan ekonomi dan pelaburan.
Menghadiri seminar, sering bertanyakan soalan kepada pakar, atau anda mungkin boleh sambung belajar.

Ini adalah cara yang paling bagus dan terbaik untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan anda!Pulangannya bukan sekadar wang tapi diri anda sendiri akan menjadi lebih bernilai!

Yang paling menarik, melabur dalam diri sendiri dalam Ilmu ini tiada risiko kerugian! Rugi jika anda tak guna Ilmu yang ada dan praktikkannya! Itu sahaja!

Antara pelaburan yang menguntungkan adalah pelaburan hartanah. Untuk menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya, anda perlu terlebih dahulu mempunyai ilmu. Saya sebenarnya bukanlah seorang yang mahir dalam pelaburan hartanah.. Disebabkan itu, saya sentiasa membaca buku-buku dan ebook untuk menimba ilmu dalam bidang ini..

Daripada bahan bacaan, maka saya berani menceburkan diri dalam salah satu bidang pelaburan hartanah secara kecil-kecilan.. Maka di sinilah titik permulaannya bagaimana Pak Ya Home Stay wujud pada hari ini. Sekiranya anda perlukan rujukan untuk mendalami tentang ilmu pelaburan hartanah, saya syorkan anda mengunjungi laman web BookPlanet.com (Klik Di Sini)

Di laman web tersebut, terdapat banyak ilmu tentang pelaburan Hartanah yang dikongsikan oleh Azizi Ali, seorang Jurulatih jutawan yang terkenal di Malaysia. Pelaburan hartanah sememangnya satu pelaburan yang memerlukan kos yang mahal. Tetapi ianya berbaloi untuk jangka masa panjang.

Sekiranya anda tidak cukup modal untuk melabur dalam pelaburan hartanah, mungkin anda boleh melibatkan diri dalam beberapa pelaburan dengan kos yang agak rendah, tetapi turut boleh memberi keuntungan yang agak lumayan.

Sekiranya anda ingin mengetahui pelaburan yang menguntungkan, anda boleh dapatkan Ebook BAGAIMANA MEMILIH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN melalui link berikut:

Ilmu Pelaburan Emas (Klik Di sini)

Melalui link tersebut anda juga berpeluang mengetahui Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Akaun Pelaburan Emas!

Sekiranya anda ingin mencari pelabuarn alternatif selain hartanah dan emas, mungkin anda boleh melabur dalam unit Amanah.. Pelaburan dalam unit amanah agak rendah risikonya.. Tetapi juga boleh mengaut keuntungan yang lumayan jika tahu caranya..

Untuk mempelajari teknik pelaburan Unit Amanah, anda boleh klik pada URL berikut:

Ilmu Pelaburan Unit Amanah (Klik Di Sini)

Semoga dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan ini, akan dapat membantu kita memilih bidang pelaburan yang sesuai dan seterusnya membantu kita memperbaiki masa hadapan keluarga dan anak-anak. Semoga berjaya..


Muhamad Anuar Marsib
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
 http://discount-hari2.blogspot.com/
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..