Saturday, December 17, 2011

OBE vs BBE, Cabaran Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

kali Sembang2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Saya rasa terpanggil untuk menulis satu artikel berkaitan dengan OBE dan BBE ini setelah mendapat respon dari seorang sahabat dalam 'wall' akaun Facebook saya berkenaan dengan Artikel blog saya sebelum ini yang bertajuk "Asia eUniversity menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar setelah Tamat Pengjian".. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahmad Fuad Afe kerana sudi memberi respon tetang Artikel tersebut.


Antara OBE dan BBE,  kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Berdasarkan pandangan peribadi saya kedua-dua perkara ini akan memberi satu impak yang besar dalam sistem pendidikan di Malaysia dalam membantu negara menjadi sebuah negara Maju menjelang 2020..

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam kedua-dua bidang ini.. Tetapi sebagai seorang penulis blog, tidak salah untuk saya mengulas atau memberi pandangan terhadap sesuatu perkara.. Jadi sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan saya mengenai kedua-perkara ini saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf.. Semoga selepas saya selesai menulis artikel ini akan dapat menambahkan lagi pemahaman saya berkaitan dengan OBE dan BBE ini...

Apa Itu OBE??

Terlebih dahulu saya ingin menerangkan serba sedikit tentang OBE berdasarkan pemahaman saya sewaktu mendengar taklimat di tempat kerja saya dan melalui sedikit pembacaan di internet.. OBE merupakan nama singkatan bagi Outcome Based Education (OBE) iaitu satu pendekatan yang digunakan untuk membolehkan pelajar membuat sesuatu selepas selesai mengikuti pembelajaran.. Contohnya saya mengajar pelajar huruf abjad A-Z, sepatutnya selepas selesai pengajaran pelajar dapat menulis huruf abjad A-Z dengan jayanya.

OBE mempunyai perbezaan dengan OBA (Outcome Base Assessment) yang mana dalam OBA pensyarah menekankan Kandungan (Content) yang hendak diajar kepada pelajarnya. Melalui OBA, hasil (outcomed) tidak terlalu ditekankan samada dalam kaedah pengajaran, penilaian dan dokumentasi. Pencapaian pelajar diukur melalui penilaian seperti Kuiz, Tugasan, Ujian, dan sebagainya. Keputusan peperiksaan di 'dalam kelas' menggambarkan tahap kecemerlangan pelajar tersebut. Tetapi apabila pelajar yang cemerlang ini memasuki alam pekerjaan, sebahagian daripada mereka tidak dapat menunjukkan 'tahap kecemerlangan' tersebut kepada majikan mereka.

Dalam OBE pula pencapaian pelajar bukan sahaja diukur melalui penilaian seperti kuiz, tugasan dan ujian. Sebaliknya turut mengukur kebolehan pelajar yang lain seperti kemahiran generik, nilai-nilai murni, kemahiran dan kecekapan menggunakan peralatan untuk menghasilkan sesuatu dan sebagainya.. Dengan erti kata lain sekiranya OBE benar-benar dilaksanakan, seorang pelajar telah bersedia 100% untuk menjadi seorang pekerja yang kompiten dan cemerlang di alam pekerjaan.

Pendek kata dalam OBE, penilaian dilakukan secara menyeluruh ke atas ketiga-tiga domain pembelajaran iaitu domain Kognitif (kebolehan pelajar menguasai tahap pembelajaran), domain Efektif (kebolehan pelajar mempraktikkan nilai-nilai murni) dan domain psikomotor (kebolehan pelajar menguasai kemahiran)

Dalam OBE, kurikulum dibangunkan untuk menjawab beberapa persoalan seperti apa yang pelajar hendak capai?, kenapa pelajar perlu mempelajari sesuatu topik?, Bagaimana cara terbaik untuk membantu pelajar menguasai sesuatu topik?, dan bagaimana hendak mengetahui pelajar telah dapat apa yang telah diajar?. Jika persoalan ini telah dapat dijawab, barulah sesuatu kurikulum itu dibentuk. Perkaitan di antara OBA, OBE dan kurikulum ini dapatlah digambarkan seperti dalam rajah di bawah:


Dalam perlaksanakaan OBE, para pelajar perlu didedahkan dengan PLO (Program Learning Outcome) bagi sesuatu Program dan CLO (Course Learning Outccome) bagi sesuatu kursus di awal sesi pengajian..

Kemudian pensyarah akan bertindak sebagai fasilitator untuk membantu pelajar mencapai CLO bagi sesuatu kursus dan seterusnya PLO untuk sesuatu Program.. Di sini menunjukkan satu sifat keterbukaan di mana pelanggan (pelajar) tahu produk (PnP) apa yang sepatutnya mereka perolehi? dan Adakah mereka berjaya memperolehi produk (PnP) tersebut dengan sempurna?

Jadi melalui proses keterbukaan dalam pendekatan OBE ini, para pelanggan (pelajar) dapat menilai samada mereka telah bersedia untuk memasuki alam pekerjaan dengan berbekalkan produk (PnP) yang telah mereka perolehi..

Apa itu BBE??

Ok sekarang kita pergi pula kepada BBE, atau nama singkatan untuk Business Based Education (BBE). Dalam BBE, pelajar tidak perlu menduduki penilaian seperti kuiz, menulis tesis, dan ujian.. Tetapi Pelajar hanya perlu menyiapkan dan melaksanakan beberapa tugasan sehingga selesai dan peluang pekerjaan telah tersedia kepada pelajar setelah menamatkan pengajian..

Setiap tugasan yang diberikan adalah berkaitan dengan persiapan yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Dengan erti kata lain pendekatan yang digunakan oleh BBE adalah belajar untuk menjadi seorang pekerja (usahawan) yang berjaya..

Tenaga pengajar (pekerja) yang membimbing pelajar pula merupakan seorang yang benar-benar berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi. Berjaya di sini tidak bermaksud mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Walaupun kita semua sedia maklum kelayakan akademik tenaga pengajar adalah penting, tetapi seorang yang berjaya tidak semestinya mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhri, walaupun tidak memiliki kelulusan pengajian yang tinggi tetapi berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Satu contoh lain yang dapat saya kongsikan kepada anda untuk melihat perbezaan diantara orang yang berjaya dan orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi dalam sesuatu bidang. Ali seorang lulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat, manakala Abu seorang lulusan pelajar Sijil Politeknik dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Setelah tamat pengajian Ali tidak pernah pun menghasilkan sebarang laman web, walaupun beliau mempunyai Ijazah dalam bidang berkenaan.. Tetapi Abu telah berjaya menghasilkan 10 buah laman web berkat usaha beliau mempelajari sendiri cara untuk membuat laman web daripada sumber-sumber rujukan. Sekiranya anda ingin mempelajari cara untuk membuat laman web, siapakah yang anda akan pilih untuk mengajar anda, samada Ali atau Abu?

Anda tahu Ali ada kelulusan Ijazah dalam bidang berkenaan, tetapi beliau tidak pernah menunjukkan kemampuan beliau untuk menghasilkan laman web. Sedangkan Abu tidak berpendidikan tinggi, tetapi mampu menghasilkan 10 buah laman web..

Sekiranya diberi pilihan kepada saya sudah tentu saya memilih Abu, sebab beliau telah menunjukkan bukti yang beliau boleh mengajar saya untuk menghasilkan sebuah laman web dengan sempurna. Begitu juga halnya sekiranya diberi peluang untuk saya memilih seorang mentor dalam bidang keusahawanan antara Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dengan seorang yang memiliki kelulusan Phd dalam bidang keusahawanan, tetapi tidak pernah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.. Sudah tentulah saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar disebabkan beliau telah membuktikan kejayaannya walaupun tanpa latar belakang pendidikan yang tinggi..

Dengan menggunakan tenaga pengajar daripada kalangan orang-orang yang berjaya secara tidak langsung dapat memberikan satu motivasi yang tinggi kepada pelajar untuk turut menjadi seorang yang berjaya seperti mentor merea..

Pendekatan BBE ini dilaksanakan oleh Asia eUniversity dalam programnya yang dikenali sebagai "Excecutive Diploma In Internet And Sosial Media Marketing". Tempoh pelajar mengikuti program ini  hanya selama 9 bulan sahaja.

Dalam program ini, pelajar akan didedahkan dengan cara menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan bantuan Internet. Antara isi kandungan kursus ini adalah:
  1. Cara membina laman web
  2. Kaedah Pengiklanan dan Grafik Internet
  3. Blog Dan Hubungan Awam dalam perniagaan
  4. Pemasaran Video Online
  5. Facebook dan Media Sosial
  6. Menganalisis dan Menjejak Pelawat Laman Web
  7. Pengoptimum Enjin Pencari (SEO)
  8. Pemasaran Affiliate
Apabila pelajar telah menyiapkan semua tugasan yang diberikan dalam tempoh 9 bulan tersebut, pelajar telah mempunyai peluang pekerjaan sebagai seorang usahawan dengan bantuan pemasaran internet..

Perbandingan Antara OBE dan BBE??

Bab ini agak sukar sedikit untuk saya ulas. Tetapi secara jujurnya saya berpendapat kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. BBE berperanan untuk melahirkan seorang usahawan, manakala OBE berperanan untuk melahirkan seorang perkerja yang mahir yang juga mempunyai kebarangkalian untuk menjadi seorang usahawan.

OBE sesuai dipraktikkan dalam kebanyakan kursus dan disiplin pembelajaran tetapi BBE setakat ini hanya dipraktikkan dalam kursus keusahawanan internet.. Bagi pendapat saya BBE ini juga sesuai dipraktikkan untuk kursus-kursus lain.. Sebagai contoh dalam rancangan realiti televisyen, Mentor.. Mentor menggunakan pendekatan BBE dimana seorang artis terkenal yang berjaya membimbing seorang Mentee. Setelah selesai mengikuti program tersebut akan lahir seorang artis yang boleh menghasilkan album di bawah syarikat-syarikat rakaman tertentu..

Ini menunjukkan konsep BBE ini boleh diterapkan dalam pelbagai bidang. Sekiranya konsep BBE ini berjaya melahirkan usahawan-usahawan berjaya, saya berpendapat ianya wajar diterapkan dalam penggubalan kursus-kursus baru dalam sistem pendidikan di negara kita.

Dalam jadual di bawah, menunjukkan sedikit analisis tentang perbandingan antara BBE dan OBE.. Sebenarnya banyak lagi item yang boleh difikirkan untuk ditambah dalam jadual tersebut.. Tetapi setakat ini, 6 item sahaja yang terlintas dalam fikiran saya.


Adakah konsep BBE sesuai di praktikkan dalam sistem Pendidikan Di Politeknik?

Politeknik sebagai sebuah institusi yang berperanan melahirkan tenaga pekerja separa Profesional untuk sektor awam dan Swatsa..

Pada pendapat saya, pendekatan BBE juga sesuai dipraktikkan di Politeknik kerana kita ada menawarkan pelbagai kursus yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang usahawan seperti teknologi Maklumat, perdagangan, hospitaliti dan kejuruteraan.. Dalam bidang-bidang tersebut pasti ada sekurang-kurangnya satu program yang sesuai untuk menggunakan pendekatan BBE ini..

Sebenarnya saya tidaklah memihak 100% kepada mana-mana pendekatan. Dan skop kerja saya pula 100% berpihak ke arah melaksanakan sistem OBE. Tetapi pada peringkat dasar sistem pendidikan kita, saya syorkan supaya kita juga turut melihat kelebihan BBE ini demi masa hadapan negara.  

Zaman  sekarang sudah berubah. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini mempunyai sifat terbuka dalam memilih sistem pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka..  Seandainya ibu bapa mementingkan ilmu lebih daripada peluang pekerjaan untuk anak mereka, pilihan yang tepat adalah memilih institusi pendidikan yang melaksanakan sistem OBE. Tetapi jika sebaliknya, mungkin ibu bapa akan memilih institusi yang melaksanakan sistem BBE untuk masa hadapan anak mereka.

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.. Diharap anda dapat memahami mesej yang saya cuba sampaikan dalam artikel ini.. Perkara yang baik itu datanganya daripada Allah S.W.T dan perkara yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri..



No comments:

Post a Comment

Error..

Harap Maaf.. Blog ini sedang dalam proses pembaikan.. Untuk tidak menghampakan kunjungan anda, sila klik pada banner di bawah.. TQ..

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Ruangan Iklan Percuma

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..