Thursday, December 8, 2011

Persamaan di antara Menulis Blog dan memancing Ikan..

kali Sembang2

Syukur Alhamdulillah... Tinggal beberapa hari sahaja lagi, genap 2 tahun saya berkecimpung dalam bidang penulisan Blog.. Pastinya banyak pengalaman berharga yang berjaya saya timba dalam tempoh tersebut..  Disamping itu, saya juga berjaya memperolehi ilmu-ilmu baru dalam dunia internet dan mendapat ramai rakan baru dari kalangan Blogger-blogger tanah air...

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ini..  Walaupun blog ini hanyalah sebuah blog peribadi biasa-biasa sahaja.. Terima kasih di atas kesudian anda membaca Artikel (entri), meninggalkan komen, serta memberikan idea, kritikan dan pendapat yang berguna pada ruangan yang disediakan..  

Sokongan yang telah anda berikan telah memberikan satu semangat kepada saya untuk terus menulis dengan lebih baik lagi pada masa akan datang... Insya Allah..

Sepanjang saya terlibat dalam penulisan Blog ini dapat saya rumuskan bahawa, bidang penulisan blog ini mempunyai persamaan dengan memancing ikan di sebuah lautan yang luas..  

Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google

Seorang penulis blog akan memperolehi kepuasan apabila semakin ramai pengguna internet membaca artikel atau entri yang ditulis di blog mereka.. Seorang kaki pancing pula akan memperolehi kepuasan apabila umpan yang digunakan dijamah ikan dan berjaya mendapat hasil tangkapan yang banyak... 

Internet diibaratkan sebagai lautan ilmu yang mempunyai jutaan Keyword di dalamnya dan sedang menunggu pengguna internet mendapatkan keyword tersebut. Ianya iibaratkan seperti laut yang mengandungi berjuta ekor ikan di dasarnya, dan sedang menanti umpan yang dihulurkan oleh para pemancing.. 

Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google

Google diibaratkan sebagai sebuah lautan ilmu.. 

Adakah anda tahu, Berapa juta ekor ikan yang terdapat dalam sebuah laut yang luas???

Adakah kita mempunyai statistik yang menunjukkan bilangan ikan tersebut semakin bertambah ataupun berkurang??? 

Setakat ini belum ada satu alat lagi yang dapat membantu kita mengira bilangan ikan di dalam laut yang tersangat luas... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa sahaja yang terkandung didasar laut dan berapa bilangan ikan yang terdapat di dalamnya... Subhannallah..

Tetapi dalam dunia internet, kita dapat mengetahui bilangan pengguna internet dari masa ke semasa samada ianya semakin bertambah ataupun berkurang.. Statistik tersebut boleh diperolehi melalui laman web berikut:


Statistik di bawah menunjukkan bilangan pengguna internet di seluruh Dunia yang bilanggannya telah melebihi 2 billion pengguna.. 932 juta Daripada nilai tersebut merupakan pengguna internet dari Asia..

INTERNET USERS AND POPULATION STATISTICS FOR ASIA
ASIA REGIONPopulation
( 2011 Est. )
Pop.
% World
Internet Users,
Latest Data
Penetration
(% Population)
Users
% World
Facebook
Subscribers
Asia Only
3,879,740,877
56.0 %
932,393,209
24.0 %
44.2 %
152,957,480
Rest of World
3,050,314,277
44.0 %
1,178,372,601
38.6 %
55.8 %
557,771,240
WORLD TOTAL
6,930,055,154
100.0 %
2,110,765,810
30.5 %
100.0 %
710,728,720


Statistik di bawah pula menunjukkan Pengguna internet di Malaysia telah bertambah sehingga mencapai 16.9 juta pengguna pada 31 Mac 2011.. Ini menunjukkan satu petanda yang sangat positif buat usahawan-usahawan internet dan juga penulis-penulis blog seperti saya..

Asia Top Internet Countries


Pengguna internet semakin bertambah dari masa ke semasa.. Tetapi bagaimana untuk menarik pengguna internet tersebut supaya datang beramai-ramai ke blog anda??

Dalam aktiviti memancing, umpan yang kita gunakan mempengaruhi hasil tangkapan yang berjaya kita perolehi.. Begitu juga halnya dengan penulisan blog.  Seorang penulis blog perlu mencari umpan yang berkualiti untuk menarik pengunjung datang ke blog mereka.. 

Gambar Hiasan hasil pencarian di laman web Google

Umpan yang digunakan oleh seorang penulis blog adalah "keyword" ataupun perkataan... Umpan yang baik terdiri daripada "keyword" atau perkataan yang berkualiti dalam penulisan artikel di blog mereka.. 

"Keyword" tersebut perlu sepadan dengan "keyword" yang dicari oleh pengguna internet melalui engine-engine pencarian seperti google, yahoo, MSN dan sebagainya..

Bagaimana hendak memastikan samada keyword yang kita gunakan sepadan dengan keyword yang dicari oleh kebanyakan pengguna internet?? 

Terdapat satu tools kepunyaan google yang dapat kita gunakan untuk menganalisis keyword-keyword yang berkualiti.. Anda boleh menggunakan Tools tersebut dengan klik pada pautan di bawah:


Melalui Tools ini anda dapat mencari "keyword" yang biasa di cari oleh pengguna-pengguna internet di seluruh dunia.. 

Sebagai contoh saya menaip perkataan "photography" pada ruangan yang disediakan seperti dalam rajah di bawah..

Keyword yang digunakan sama seperti umpan yang digunakan oleh kaki pancing..

Lihat hasilnya.. terdapat 30.4 juta pengguna internet mencari perkataan ini dalam tempoh satu bulan sahaja.. Perkataan-perkataan lain yang mempunyai perkaitan dengan Photography juga tidak kurang hebatnya..  Statistik menunjukkan semua perkataan yang dicari mempunyai lebih daripada 10 ribu pencarian sebulan...

Sekiranya anda berjaya menggunakan "keyword" yang baik dalam hasil penulisan artikel anda, ia akan dapat memberikan trafik yang banyak kepada blog anda.. Secara tidak langsung ianya dapat memberi kepuasan kepada anda sebagai seorang penulis blog...

Tapi sebelum itu... Anda perlu tahu bagaimana caranya untuk memastikan artikel anda berada pada muka surat pertama dan terletak dalam kedudukan yang baik supaya boleh mendapat klik yang tinggi hasil daripada pencarian sesuatu "keyword"...

Untuk memastikan artikel anda boleh berada pada kedudukan yang baik dalam pencarian sesuatu "Keyword", anda perlu mahir dalam dua perkara iaitu:

1) Search Engine Optimization (SEO)
2) Search Engine Result Page (SERP)

SEO

SEO dan SERP merupakan cabaran utama yang perlu dikuasai oleh seorang Blogger untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya.. Sehingga ke hari ini saya masih dalam proses mempelajari kedua-duanya.. Terdapat tiga tips asas yang dapat saya kongsikan untuk berjaya mengoptimumkan SEO iaitu:


  1. Memilih nama Domain yang mempunyai "keyword" yang ramai orang cari
  2. Menentukan Tema blog
  3. Menentukan "keyword" yang ramai orang cari pada setiap artikel (entri)

Setakat ini blog sembang hari2 cuba memberi fokus kepada tips yang ketiga sahaja...  Agak sukar untuk saya mengikuti tips Pertama dan kedua disebabkan blog ini mempunyai isi kandungan yang agak caca merba... Saya cuba untuk berkongsikan pelbagai info yang dirasakan menarik kepada pembaca blog saya tanpa sebarang tema... ;)


Akhir kata, Menulis Blog dan memancing ikan mempunyai banyak persamaan.. Kedua-duanya mempunyai cabaran dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..

Cuma yang berbeza.. Seorang penulis blog menerokai lautan ilmu yang luas dihadapan komputer untuk mendapatkan trafik.. Sedangkan seorang kaki pancing menerokai lautan yang luas dengan bot dan peralatan memancing untuk memperolehi hasil tangkapan yang banyak...

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..