Pada 28 Mei hingga 2 Jun 2010 saya sekeluarga sempat bercuti-cuti Malaysia pergi ke Miri dengan kereta sendiri.. Saya yang dah teringin sangat nak pergi Miri pada ketika itu mengalu-alukan pelawaan rakan-rakan yang ingin pergi ke bandar tersebut.
Aktiviti ini turut disertai oleh rakan-rakan dari Politeknik Mukah, dengan menaiki 7 buah kereta kesemuanya..Kami memulakan perjalanan pada 28 Mei 2010 (jumaat) pada jam sekitar 8 pagi.. Dalam kereta saya agak penuh berbanding kereta-kereta yang lain disebabkan pada ketika itu kami turut membawa pengasuh anak saya dan dua orang anak buahnya..
Kami tiba di Simpang Selangau pada sekitar pukul 10 pagi kemudian berhenti berehat di sebuah restoran untuk berkumpul sebelum menyambung perjalanan seterusnya ke Tatau, Bintulu dan Miri. Jalan yang kami laluin pada masa tersebut agak baik berbanding yang pernah saya lalui sebelum-sebelum ini. "Kawah-kawah" yang terpaksa kami tempuhi sebelum ini alhamdulillah telah pun tiada dan jalan-jalannya nampak ada perubahan di bahagian-bahagian tertentu.. Dari segi 'progres' kerja membuat jalan tu ada, tapi tak banyak. Cuma apa yang boleh saya katakan saya rasa bersyukur sebab ada perbuahan daripada sebelum ini..
Setelah lebih kurang 2 jam berehat (tunggu rakan-rakan yang lewat sampai), kami meneruskan perjalanan pada pukul 12 tengahari ke Tatatu dengan harapan sempat untuk mengikuti sembahyang jumaat di sana.. Tetapi kami tiba di pekan Tatau pada pukul 1 petang.. Sembahyang jumaat telah pun tamat dan kami meneruskan perjalanan seterusnya. Saya lewat sedikit berbanding rakan-rakan lain disebabkan singgah di Pekan Tatau untuk mengisi minyak.. hehehe..
Kami tiba di persimpangan Simalajau-Miri sekitar pukul 2 petang. Pada ketika itu saya terpaksa berehat di sebuah masjid disebabkan menunggu rakan-rakan lain yang telah terlajak menggunakan jalan lama. Untuk mekluman pembaca terdapat 2 jalan yang digunakan untuk ke Miri. Satu dengan menggunakan jalan lama yang tempoh perjalanannya lebih panjang iaitu dalam anggaran 4 jam. Dan satu lagi menggunakan jalan pesisir pantai dalam anggaran perjalanan 1 setengah hingga 2 jam..
Jadi kami berhasrat untuk menggunakan jalan pesisir pantai yang lebih menjimatkan masa.. Setelah semua berkumpul di sebuah Masjid di kawasan berhampiran dengan Hospital Bintulu (maaf terlupa nama masjid tersebut) kami meneruskan perjalanan selanjutnya pada pukul 4.30 petang. Kami menyusuri jalan pesisir pantai dan tiba di Miri pada pukul 6.30 petang.
Kami mendaftar masuk di Imperial Hotel yang terletak di kawasan Bandar Miri. Hotel tersebut menarik an sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang berkunjung ke Miri secara berkeluarga. Suite yang terdapat di hotel tersebut ada yang mengandungi 2 bilik adan ada pula yang mengunjungi 3 bilik Suite tersebut turut dilengkapi dengan ruang tamu, televisyen, CD player, set sofa, pinggan mangkuk, peti ais, dapur elektrik, dan mesin basuh. Cukup cerita untuk hari pertama sebab masing-masing dah keletihan dan dapat tidur dengan bestnya pada malam tersebut....
HARI KEDUA DI MIRI
Pada pagi keesokan harinya kami telah pergi ke Muzium Petronas untuk melihat khazanah-khazanah kepunyaan petronas.
Kemudian kami pergi ke kedai kraftangan untuk mencari sedikit ole-ole sebagai kenangan. Pada sebelah petangnya pula kami berkunjung ke Bintang Mall Plaza untuk memberi peluang kepada kaum-kaum hawa untuk bershopping.. Maklumlah dekat pekan Mukah tiada Shopping Complex yang besar jadi kami ambil kesempatan untuk melepaskan "stress" bekerja.. hehehe.. Pada kesempatan ini saya dan beberapa rakan lain yang tidak mahu bershopping pergi bermain bowling.. (Kempunan lama tak main hehehe..)
Di sebelah malamnya pula saya sekeluarga, Syafaril dan isteri di bawa oleh student kami (orang miri) makan di tempat pelabuhan kapal berdekatan dengan Marina Bay.. Pada malam tersebut hujan renyai-renyai dan berlaku inseden pelanggaran diantara kereta saya dengan kereta syafaril. Saya langgar kereta syafaril disebabkan brek tidak melekat semasa di traffik light, kemungkinan disebabkan jalan licin. Mujur kedua-dua kereta dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan atau calar.
Walaupun begitu 'mood' makan malam kami pada hari itu tak berapa 'masyuk' disebabkan dah kenyang, menjaga anak-anak yang telah tidur disamping memikirkan insiden yang baru sahaja berlaku.. ;(.. Jadi pada malam tersebut seakan-akan kami tengok makanan tanpa banyak menjamah makanan tersebut walaupun pelbagai menu di 'order' oleh student kami. Cukup setakat ini untuk hari yang ke dua...
HARI KETIGA DI MIRI
Pada hari ketiga semua rakan-rakan saya mendaftar keluar pada pagi tersebut disebabkan kebanyakan daripada mereka akan bekerja keesokan harinya. Saya sekeluarga sahaja yang masih terus berada di Miri untuk meneruskan saki baki percutian kami.. Cuma yang menyedihkan kami terpaksa bergerak keluar dari Hotel Imperial disebabkan Hotel tersebut telah pun penuh ditempah.. Jadi atas bantuan pelajar kami, kami menempah bilik di Dynasty Hotel..
Tips daripada saya kepada pembaca semua, sekiranya anda ingin menempah hotel dan anda adalah pekerja kerajaan, jangan tinggal kad pekerja anda. Dan sekiranya dalam masa yang sama rakan anda bekerja swasta dan boleh mendapatkan diskaun sekiranya menginap di Hotel, saya mengesyorkan kepada anda supaya teruskan menyewa dengan Goverment Rate..Ini kerana menyewa hotel dengan goverment rate lebih murah jika dibandingkan dengan corporate rate (pekerja swasta yang dapat diskaun).. Perbezaan harga dalam RM10..
Kami mendaftar keluar dari Imperial Hotel pada pukul 12 tengahari dan akan mendaftar masuk ke Dynasti Hotel pada jam 2 petang.. Jadi sementara menuggu pukul 2 petang kami pergi ke taman buaya yang terletak lebih kurang 15 km dari sempadan Brunei.. Menarik juga taman buaya di sini.. Di taman buaya ini terdapat pelbagai spesis buaya.. Daripada buaya air tawar sehingga ke buaya air masin.. Buaya Darat??? Tentulah ada di mana-mana hehehe...
Untuk pengetahuan pembaca semua terdapat terlalu banyak buaya di sana. Tidak seperti anda mengunjungi taman-taman buaya di semenanjung.. Di sana anda akan berjumpa dengan buaya di mana-mana sahaja tempat anda berjalan. Malah ada kedai makanan yang menjual menu daging buaya. Pada waktu makan tengahari semua pengunjung dipanggil untuk menyaksikan buaya-buaya makan secara 'live'. Selain taman buaya sebenarnya tempat ini merupakan mini zoo.. Ada haiwan-haiwan lain yang turut terdapat di sini seperti burung-burung, ular, monyet, beruang, kura-kua, kuda, ikan, dll. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap di taman buaya tersebut.
No comments:
Post a Comment