Showing posts with label Berhati-hati di jalan raya. Show all posts
Showing posts with label Berhati-hati di jalan raya. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS sempena Perayaan CNY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bagi rakan-rakan yang bekerja di sektor kerajaan, Esok merupakan hari terakhir bekerja sebelum memandu  ke destinasi yang dirancang sempena perayaan tahun Baru Cina kali ini.. Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung, atau bercuti ke mana-mana destinasi percutian di Malaysia.. 

Seperti kebiasannya semasa musim perayaan, lebuh raya sibuk bermula pada esok pertang.. Untuk memastikan keadaan lebuhraya terkawal, pihak PLUS telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara Selatan sempena perayaan tersebut..
klik pada gambar untuk memperolehi paparan yang lebih besar..

Saya pun tidak tahu sejauhmana keberkesanan perlaksanaan cadangan ini.. Tetapi diharapkan semoga segalanya dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. Apa yang penting??
Pandu Cermat, Jiwa Selamat.. Ingatlah orang-orang tersayang yang sentiasa menanti kepulangan kita..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh pembaca blog ini...
Read more...

Tuesday, December 6, 2011

8 Ferrari dan Sebuah Lamborghini antara 'Supercar' terlibat dalam kemalangan..

Gara-gara memandu dengan laju dalam satu konvoi telah menyebabkan 8 buah Ferrari dan sebuah Lamborghini terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh raya Chugoku, Jalan utama ke Selatan Honshu, Jepun..

Menurut seorang saksi, kereta-kereta ini dipandu dengan laju diantara 140 hingga 160 km/jam.. Sedangkan had laju yang ditetapkan untuk jalan tersebut adalah 80km/jam.. Maklumlah kereta berkuasa besar macam ni, mana sedap bawa perlahan...

Tapi seperti kata orang malang tidak berbau.. Ketika sedang memandu laju, salah sebuah daripada kereta tersebut berpusing dan kereta-kereta lain tidak sempat untuk menekan brek lalu menyebabkan kemalangan..

Untuk maklumat lanjut tentang kejadian selepas kemalangan, mari kita sama-sama menonton video di bawah:


Berhati-hati semasa memandu.. Ingatlah orang-orang yang kita sayangi.. Pandu Cermat, jiwa selamat.. ;)
Read more...

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin...

Tinggal lagi sehari atau dua hari umat islam berpuasa... Sekejap betul masa berlalu..

Pada ketika ini, tentunya masing-masing sedang berada di kampung bersama keluarga.. Dan ada juga yang sedang memandu atau menaiki pengangkutan awam untuk pulang ke Kampung..

Bagi mereka yang sedang balik ke Kampung atau telah berada ke kampung saya ucapkan selamat Balik ke Kampung.. Berhati-hati semasa memandu.. Ingatlah orang yang tersayang.. Dan orang-orang yang sedang menunggu kepulangan anda..

Semoga anda dapat meraikan Hari Raya ini Dengan Penuh Kegembiraan bersama sanak saudara dan sahabat Handai..




Bagi yang tidak dapat pulang ke Kampung kerana bertuga.., jangan bersedih... Harap Bersabar.. Laksanakanlah tugas anda dengan sebaiknya.. Insya Allah akan ada hikmah di sebalik semua dugaan ini.. Gunakanlah kecanggihan media elektronik yang ada hari ini, untuk merasai kemeriahan satu syawal bersama keluarga anda di Kampung...

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ampun maaf kepada semua pengunjung blog saya, semua rakan-rakan saya di Politeknik Mukah Sarawak, di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 1999-2005, Sek. Men. Teknik Seri Manjung 1997-1998, Sek. Men. Dato'Seri Maharajalela Kg. Gajah 1994-1996, rakan kenalan dalam sistem Politekni, sanak saudara, dan sesiapa juga yang mengenali saya menerusi internat atau di alam nyata.. Mohon maaf seandainya ada tulisan saya, atau tutur kata saya yang menyinggung perasaan anda semua...

Akhir kata saya dan seisi keluarga mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.."

Disebabkan saya tidak berpeluang untuk memberi kad raya kepada anda semua.. Jadi di sini saya paparkan koleksi kad hari raya buat anda semua...
Koleksi Kad Hari Raya

Admin blog
 http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

  Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
  Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1) Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..