Monday, January 9, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 telah dibuka

kali Sembang2

Permohonan Kemasukan Ke Instistusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Premier, Institusi Pendidikan dan Latihan Vokasional (TEVT-Politeknik) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) telah dibuka bermula pada hari ini 9 Januari 2012 (Isnin) pada jam 12 tengahari.. dan Permohonan ini akan ditutup pada 2 April 2012..

Sumber : Pencarian Google.com

Permohonan adalah melalui Aplikasi dalam talian sahaja. Anda boleh mula mula membeli nombor unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dijual pada harga RM10.60 (untuk lepasan SPM/Setaraf) dan RM15.60 (Untuk Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf).

Anda boleh membeli ID tersebut dengan membuat pembayaran samada melalui kaunter BSN, Mesin ATM, SMS Banking dan Internet Banking ke nombor akaun UPU seperti berikut: 14100-29-83030691-5

Untuk mendapatkan maklumat tepat, lengkap dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke IPTA, TVET (Politeknik) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), sila layari laman web berikut:


Terdapat sedikit perbezaan pada permohonan kemasukan ke Politeknik pada kali ini iaitu permohonan kemasukan ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Ipoh), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi  (BPKP JPT)..

Ini bermaksud permohonan masuk ke Politeknik Premier sama dengan permohonan masuk ke Universiti-Universiti tempatan lain untuk Sesi Akademik 2012/2013.. Ini merupakan satu berita baik kepada pihak pengurusan Politeknik, yang sedang berusaha menjadikan salah sebuah Politeknik tersebut sebagai Politeknik Universiti menjelang tahun 2015..

Kepada anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke Politeknik, sila dapatkan maklumat dengan setepatnya sebelum mengisi borang permohonan. Saya sendiri kurang pasti samada terdapat perbezaan dari segi syarat kelayakan masuk ke Politeknik Premier dan Politeknik biasa.. Tetapi setakat yang saya tahu sehingga hari ini, syarat kelayakan masuk ke Program Diploma antara Politeknik masih lagi sama..

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, saya syorkan anda baca maklumat-maklumat terkini yang terdapat di laman web tersebut:  http://upu.mohe.gov.my

Semoga anda berjaya menyambung pengajian anda ke salah sebuah institusi pengajian awam di Malaysia samada IPTA, Politeknik, TEVT-Politeknik dan ILKA.. Dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya...

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..