Read more...
Saturday, July 24, 2010
Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 1
Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..
Hampir 1 minggu kita tidak bertemu diharapkan semua pembaca dapat beristirehat sambil membaca blog ini.. ;)
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Untuk makluman pembaca semua, ini merupakan kali pertama saya pergi ke negeri Kelantan. Dengan erti kata lain, Kelantan merupakan negeri terakhir daripada 14 negeri dalam Malaysia yang saya kunjungi.
Saya bertolak dari Mukah ke Kelantan pada 13 Julai 2010 jam 4.00 pagi dengan menggunakan Hilux Politeknik (Pacuan 4 Roda).. Untuk kali ini tak dapat naik kapal terbang dari Mukah ke Kuching disebabkan lewat menempah tiket kapal terbang.. Hehehe padan muka saya.. Dalam masa yang sama Air Asia sedang upgrade sistem. Jadi, pihak kewangan politeknik tidak dapat membelikan tiket Air Asia untuk saya seperti kebiasaannya..
Jeng..jeng..jeng.. Syukur Alhamdulillah, penerbangan saya ke Kelantan pada kali ini dapat naik MAS.. Hampir setahun, tak dapat naik Kapal Terbang MAS semasa pergi Mesyuarat melainkan naik Twin Otter.. Tapi pada kali ini, rezeki saya dapat pergi Kelantan, dapat pula naik MAS.. Alhamdulillah.. Tapi balik tak dapat naik Mas hehehe..
Tiket penerbangan saya dari Sibu Ke KLIA pada pukul 12.15PM dan mendarat di KLIA pada pukul 2.15pm. Persiapan menghadiri mesyuarat lembaga pada kali ini, paling kelam kabut disebabkan kami baru sahaja selesai mengadakan Majlis Konvokesyen ke 3 PMU pada 8 Julai 2010.. Penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.25 PM. Jadi sementara menunggu masa penerbangan tersebut, sempat saya ronda-ronda di KLIA..
Saya menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kota Bharu pada pukul 6.55pm (delay lah).. Nasib baik delay tak lama.. Kebetulan pula jumpa dengan Anuar Wahab dari Politeknik Sandakan (Nuar juga hehehe).. Dapatlah kami bersembang sementara menunggu masa untuk berlepas ke Kota Bharu.. Berita menariknya, ini juga pengalaman pertama Anuar Wahab menjejakkan kaki Ke Kota Bharu...
Sampai di Kota Bharu hampir pukul 8.00 malam (Waktu sebenar tidak diketahui sebab terlupa tengok jam hehehe).. Kebetulan nasib saya baik pada ketika itu ayah kepada abang Din (Sarifuddin Semail yang bertugas di Politeknik Sandakan) mengambil saya dan Anuar Wahab untuk di bawa ke hotel di tempat kami menginap..
Tamat Hari Pertama..
Memulakan Hari Kedua..
Hari kedua tidak ada cerita menarik untuk diceritakan.. Seperti biasa kami adakan mesyuarat, buat semakan dokumen, membuka, membaiki dan binding balik dokumen.. Itu memang kerja rutin saya semasa menghadiri mesyuarat lembaga.. hehehe.. Tapi untuk kali ini, saya terlepas itu semua..Fuh.. Selamat.. Tapi kena buat analisis untuk 6 kursus terpilih sahaja..
Memulakan Hari Ketiga..
Pada pagi hari Ketiga iaitu pada 15 Julai 2010, kami bertolak ke Renaissance Hotel, Kota Bharu.. Ini merupakan acara kemuncak mesyuarat ini, di mana semua laporan lembaga akan disahkan termasuk kes rayuan pelajar semester akhir..
Get your own free form like this one.

Saturday, July 17, 2010
Pemasaran Internet di Portal Ebay.com
Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ini..
Syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk saya menulis sedikit Post untuk dikongsikan oleh pembaca semua.. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Kelantan kerana menghadiri mesyuarat Lembaga peperiksaan. Sambil menunggu bas dari Sibu ke Mukah pada pukul 12.30 saya gunakan kesempatan ini untuk menaip sedikit perkongsian ilmu tentang pemasaran di internet..
Sebenarnya saya bercadang hendak menulis post tentang perjalanan saya sepanjang menghadiri mesyuarat Lembaga. Tetapi disebabkan terdapat gambar-gambar yang perlu dipaparkan dari kamera saya, jadi saya tangguhkan dulu di masa akan datang. (Asyik dapat post yang belated jer huhuhu...)
Untuk post pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang pemasaran internet menggunakan Portal ebay.com. Saya rasa kebanyakan daripada pembaca semua tentu pernah mendengar ebay.com. Ianya merupakan sebuah portal perniagaan secara online di peringkat antarabangsa.
Hampir semua benda boleh dijual di ebay.com. Daripada barang yang kecil seperti koleksi stem, jam tangan, VCD, buku, beg sehingga barang-barang yang besar seperti kereta, karpet, motorsikal, Jet dan sebagainya. Anda boleh memasarkan apa juga barangan yang ada disekitar anda samada barang-barang baru atau pun barang-barang terpakai.
Menjual barang-berang di e-bay.com sama juga konsepnya dengan menjual barang-barang di portal tempatan seperti lelong.com dan juga mudah.my. Cuma bezanya di e-bay.com anda boleh menjual barang-barang anda sehingga ke peringkat antarabangsa.
Terdapat dua tip yang dapat saya kongsikan tentang satrategi pemasaran di e-bay.com.
Tip Pertama
Anda boleh menjual barang-barang yang mudah didapati dipasaran pada hari ini seperti minyak wangi, tikar, buku, barangan elektronik, komputer riba, aksesori kereta, aksesori komputer, telefon bimbit, tudung, kain baju dan sebagainya. Tetapi dengan syarat anda dapat mencari pembekal yang dapat membekalkan barangan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Dengan mendapat bekalan yang murah anda boleh menjual di Portal e-bay dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran walaupun setelah dicampurkan dengan kos mengepos produk. Harus diingat pembeli tidak akan membeli barang-barang yang anda jual di e-bay sekiranya ianya jauh lebih mahal daripada harga pasaran.
Tip Kedua
Namun begitu anda boleh menjual barang-barang di e-bay dengan harga yang lebih mahal sekiranya barangan tersebut sukar didapati di pasaran. Antara barangan yang saya maksudkan adalah barangan koleksi seperti piring hitam penyanyi veteran (seperti michle jackson, elvis pallesly) stem, jam tangan lama, kereta antik, wang lama, emas lama dan sebagainya.
Untuk menjual barang-barang seperti ini saya syorkan anda memberi peluang untuk pembeli membuat bidaan terhadap harga barangan tersebut. Sekiranya terdapat bidaan tertinggi yang memenuhi kehendak anda, anda menghentikan bidaan tersebut dan menjualkannya kepada pembeli yang meletakkan harga tertinggi tersebut.
Terdapat beberapa orang rakan saya yang meraih keuntungan yang lumayan dengan membeli jam tangan daripada pembeli di e-bay, kemudian beliau menyelenggara jam tangan tersebut dan menjualkannya semula secara lelong di portal e-bay. Rakan saya tersebut telah memperolehi keuntungan daripada 40%-70% hasil daripada jualan yang telah beliau lakukan. Menarik bukan.
Menjual di e-bay adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ini kerana terdapat seorang rakan saya yang baru berpindah ke rumah yang baru dibelinya. Semasa beliau mengemas rumah tersebut, beliau ada menjumpai beberapa barangan lama seperti frame gambar, piring hitam, dan beberapa barangan lain. Pada mulanya beliau hendak membuangkan atau menyimpan sahaja barang-barang tersebut. Tetapi beliau terlintas untuk mengiklankan barangan tersebut di portal e-bay.com.
Tanpa disangka-sangka seminggu selepas beliau mengiklankan barangan tersebut di portal e-bay, terdapat seorang pembeli dari luar negara yang berminat untuk membeli barangan terpakai tersebut. Nah lihat kelebihan mengiklankan barangan terpakai anda di e-bay.com. Adakalanya barangan itu dirasakan tidak bernilai bagi kita. Tetapi terdapat orang lain di luar sana yang mungkin meminati barangan-barangan terpakai yang ada disekitar kita.
Jadi sekiranya anda ada baju terpaki, aksesori komputer terpakai, aksesori kereta terpakai dan sebagainya yang anda tidak mahu gunakan lagi cuba anda iklankan di portal e-bay.com. Mungkin ada pembeli yang tercari-cari barangan tersebut.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang pakar tentang berniaga di Portal e-bay.com. Apa yang cuba saya sampaikan adalah perkongsian yang saya perolehi daripada pengalaman rakan-rakan saya. Sekiranya anda berminat untuk berniaga di Portal e-bay.com saya syorkan anda klik pada banner dibawah untuk mempelajari selok belok perniagaan di ebay.com daripada seorang yang pakar.

Selain itu, saya juga menyarankan anda mengunjungi laman web berikut untuk mempelajari teknik berniaga di Lelong.com.my. Anda boleh mempelajari dan menganalisis cara-cara untuk menjalankan perniagaan di kedua-dua portal perniagaan ini.

Selain itu anda juga boleh mengunjugi laman web berikut untuk mempelajari bagaimana untuk medapatkan barangan yang murah dan berkualiti dari negara China untuk menjualkannya di Portal perniagaan samada lelong.com.my atau di e-bay.com. Rakan saya telah menjana keuntungan atas angin dengan mendapat bekalan barangan yang murah dari negara China dan menjualkannya ke seluruh dunia.

Sekiranya anda inginkan kaedah berniaga dengan lebih mudah di kedua-dua portal perniagaan ini anda boleh menjual CD-ROM yang mengandungi pelbagai e-book yang anda boleh beli dan jual semula sebanyak mana yang anda mahukan. Untuk menjalankan perniagaan seumpama ini anda memerlukan ilmu yang digunakan oleh otai-otai. Bagaimana otai-otai dapat menjalankan perniagaan menjual e-book secara automatik di portal e-bay.com sedangkan pihak e-bay.com melarang kita menjual produk digital. Jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang strategi perniagaan yang mereka lakukan klik pada banner di bawah.
Automatic eBay Powerseller
Panduan menjana wang secara 100% otomatik di eBay!
Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya pada post kali ini. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada anda yang ingin menambah pendapatan secara sampingan. Semoga ceria-ceria dan success-success selalu.

Saturday, July 10, 2010
Anak adalah aset paling berharga bagi sebuah keluarga..
Salam 1 Malaysia..
Bertemu lagi kita dalam blog sembanghari2. Pada post kali ini, saya hendak menyentuh sedikit tentang isu kekeluargaan. Post pada kali ini berkisar tentang khidupan saya dan mungkin juga kehidupan anda yang telah menjalani kehidupan berkeluarga sama seperti saya..
(Penulisan bermula)
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dalam tak sedar anak-anak saya sudah semakin membesar.. Masih baru lagi rasanya saya menukarkan status daripada hidup membujang, berkahwin dan seterusnya menjadi seorang ayah.. Terasa cepat betul masa berlalu.. Dan semoga ada permulaan dan kesudahan yang baik bagi setiap hari yang mendatang.
Kini, setelah menempuhi alam perkahwinan di tahun yang keempat saya telah pun mempunyai dua orang anak lelaki (Syukur Alhamdulillah). Seorang telah berumur hampir 3 tahun. Dan seorang lagi baru nak masuk 7 bulan. Dalam 2-3 tahun lagi mungkin saya merasai pengalaman untuk menghantar anak sulung ke sekolah tadika.. Teringat masa kecil-kecil dulu masa emak ayah saya menghantar saya ke sekolah tadika. Ada kawan saya menangis nak balik rumah..hehehe (Bukan saya lah, kawan-kawan saya)
Fenomena pada hari ini, jika dilihat ramai ibu bapa telah mengambil sikap lepas tangan setelah menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Saya harap, ianya tidak berlaku dalam kehidupan saya dan begitu juga dalam kehidupan pembaca semua. Sebenarnya kita perlu memberi didikan terlebih dahulu kepada anak-anak kita sebelum mereka masuk ke alam persekolahan. Malah, setelah anak-anak memasuki alam persekolahan pun kewajipan sebenar mendidik anak adalah terletak di bahu ibu dan bapa.
Anak merupakan aset kita, kita yang seharusnya wajib mendidik mereka dan bukannya terletak 100% di bahu guru-guru di sekolah. Sekiranya kita mengabaikan perkara ini, besar kemungkinan perkembangan anak-anak kita tidak menepati 100% seperti yang kita harapkan. Dalam mendidik anak terdapat elemen-elemen yang perlu diterapkan dalam diri mereka. Namun begitu elemen terpenting adalah perhatian dan kasih sayang. Kedua-dua elemen ini tidak akan dapat diberikan oleh guru-guru di sekolah walaupun mereka telah cuba sehabis baik mendidik anak-anak kita.
Jadi di sinilah peranan ibu bapa. Selain memberi pendidikan di rumah ibu bapa boleh menerapkan elemen-eleman kasih sayang dalam jiwa anak-anak supaya mereka membesar dengan 'ramuan' yang mencukupi untuk menjadikan diri mereka seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan.
Tetapi saya akui dalam kesibukan 'terhegeh-hegeh' dengan pekerjaan adakalanya saya terabaikan satu perkara yang dituntut oleh Allah s.w.t iaitu mendidik anak-anak dengan baik berteraskan ajaran agama. Saya bukan langsung tidak mendidik. Tetapi atas kekangan masa menyebabkan saya sedikit mengabaikan perkara tersebut. Disamping itu juga, saya kekurangan ilmu tentang psikologi dan keagamaan menyebabkan adakalanya saya tidak dapat untuk melaksanakan tanggubgjawab sebagai seorang ayah yang mendidik secara spontan.
Disebabkan itu dalam Islam, kita perlu mendalami ilmu agama dan rumah tangga sebelum mendirikan rumah tangga. Walaupun ilmu tersebut sedikit ada, tapi bila kita tidak menggunakannya dalam kehidupan seharian kita ilmu tersebut akan pudar sedikit demi sedikit. (Pesanan buat diri saya dan pembaca semua carilah ilmu sebanyak-banyaknya dan manfaatkan ilmu tersebut dengan sebaik-baiknya.)
Jadi sebagai seorang ibu atau bapa adalah wajar untuk kita sentiasa menambah pengetahuan tentang ilmu mendidik anak. Ada seorang rakan saya memperkenalkan satu pekej bahan bacaan yang dapat membantu kita memberi didikan kepada anak-anak kita. Saya rasa semua keluarga perlu mempunyai produk seumpama ini atau bahan-bahan bacaan lain yang berkualiti di pasaran bagi mendalami ilmu untuk mendidik anak. Produk-produk ini dijual secara berpekej. Dengan membeli pekej ini anda akan mendapat 3 bonus. Iaitu:
BAGAIMANA EMOSI ANAK DIPENGARUHI OLEH IBUNYA?
BAGAIMANA EMOSI MARAH ANAK TERBENTUK?
MENANAMKAN KEYAKINAN DALAM DIRI ANAK
1. Hargai perlakuannya dan berikan pujian
2. Membantu anak ketika membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
3. Jauhi daripada menghukum tindakan anak, akan tetapi bersikap positif itu lebih baik
4. Jadilah ibu yang EMPATI
5. Pendedahan yang menyeluruh
MENANGANI ANAK YANG GAGAP
FAKTOR-FAKTOR ANAK BERBOHONG
CARA-CARA MENANGANI ANAK BERBOHONG
MEMBENTUK MINDA POSITIF & NEGATIF
MENJAUHKAN SIKAP NEGATIF DALAM DIRI ANAK
TANGANI PERASAAN NEGATIF ANAK
MENANGANI ANAK YANG NAKAL
ADAKAH KITA SEMPURNA?
TIPS AGAR ANAK ANDA MENDENGAR KATA
Berfikir Sebelum Anda Bercakap
Kawal emosi anda
Dekati anak anda secara peribadi
Untuk maklumat lanjut tentang Bonus ke 2 dan ke 3 serta Pekej-pekej yang ditawarkan saya syorkan anda klik di banner di bawah.

- Panduan Mengawal Emosi Anak
- Panduan memilih permainan
- Flash Card Elektronik

Subscribe to:
Posts (Atom)