Sunday, January 16, 2011

Meraikan perpisahan rakan sekerja..

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu kepada semua pembaca blog sembang hari2..

Syukur Alhamdulillah, pada pagi ini sempat saya curi-curi masa untuk update blog sembang hari2 setelah agak sibuk pada minggu lepas..

Minggu lepas saya masuk ke jabatan yang baru, jadi sibuk kemas barang, susun barang, siapkan kerja-kerja di jabatan yang lama dan nak sesuaikan diri di jabatan yang baru.. huhuhu..

Sambil-sambil tu melayan majlis-majlis rakan-rakan yang berpindah ke semenanjung.. Majlis yang terakhir sekali yang saya hadiri pada minggu lepas adalah majlis Abang 3A...

Staf JMSK menyanyikan lagu untuk Abang 3A yang diraikan

Anak2 staf turut bersama ibu2 mereka menyanyi.. Tiba2 anak siapa la pula ni.. ;)

Hadiah kenang-kenangan dari Staf JMSK untuk Abang 3A disampaikan oleh pengarah

Sambutan Hari Lahir secara beramai-ramai (Dari bulan September hingga Disember)..
2 orang heroku pun join sekali.. ;)

Sambil meraikan majlis perpisahan Abang 3A, terdapat juga majlis meraikan sambutan hari lahair bagi beberapa orang staf JMSK yang lahir pada bulan Sepetember hingga Disember.. Satu langkah penjimatan.. Meraikan sambuatan hari lahir beberapa orang sekali gus ;)

Berbalik kepada yopik utama... Tahun ini dah ada 17 orang berpindah kembali ke wilayah asal mereka.. Kepada yang berpindah saya ucapkan selamat berpindah dan semoga bergembira di tempat kerja yang baru..

Kepada yang yang tidak berjaya berpindah, jangan kecewa.. teruskan dengan kerja-kerja kita mendidik anak bangsa di Mukah.. Insya Allah rezeki kalian akan tiba juga pada suatu hari nanti..

Pada kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah buat abang 3A sekeluarga, terima kasih banyak-banyak atas segala bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesalahan atau kesilapan kepada abang sekeluarga sepanjang perkenalan kita.. Semoga success di tempat kerja yang baru.. 
Read more...

Friday, January 14, 2011

Pakej ebook : Bisnes Part time

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera pada pagi Jumaat ini. Sempena hari yang baik ini saya ada berita gembira buat anda yang sering mencari idea inginkan pendapatan tambahan dengan
melakukan bisnes secara parttime.



Seorang wanita yang merupakan usahawan internet (IM) telah mencurahkan satu perkongsian buat rakan-rakan yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan didalam pakej ebook Bisnes Part Time!

Didalam pakej ini terkandung:

Modul Pertama (33 Mukasurat): 
Bisnes PartTime VS Kerja PartTime
- Pengenalan mengenai Bisnes PartTime,
- Perbezaan Bisnes PartTime dan Kerja PartTime
- Langkah demi Langkah memulakan Bisnes Part Time
- Rumusan Kebaikan , Kekurangan dan Risiko

Modul Kedua (58 Mukasurat):
4 Jenis Sungai Perniagaan Yang sentiasa mengalirkan wang dan tidak pernah putus
- Pendedahkan 4 aliran wang yang menguntungkan
- Cara memilih Bisnes PartTime
- Cabang yang berkaitan dengan 4 Jenis Sungai Wang.
- Cara / kaedah paling jimat memulakan Bisnes PartTime
- Cara pengiraan margin modal dan keuntungan
- Kisah kejayaan tokoh-tokoh yang telah berjaya melalui 4 sungai perniagaan ini

Modul ketiga (30 Mukasurat) : 
Tips Maintain Bisnes PartTime
- Info maintain yang berguna untuk dimanfaatkan
- Tips Bijak wang daripada seorang Jutawan
(Bagaimana seorang jutawan boleh memperolehi RM1,000,000.00 dalam a/c simpanan kurang 4 tahun dari sekarang dan bebas hutang
- Teknik Killer Pemasaran Bisnes Internet yang paling popular dan berkesan digunakan untuk perniagaan Online atau Offline

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang panduan bisenes Part Time ini, saya syorkan anda klik pada banner di bawah untuk melayari laman web beliau..


Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..