Wednesday, October 19, 2011

Kisah Cucu Kencing Malam Di Telinga Atuk (Ini Bukan 18 SX)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian...

Pada post kali ini saya berminat untuk menulis satu kisah yang saya perolehi semasa belajar kemahiran berkomunikasi masa muda-muda dahulu ;).. Saya pun tak pasti samada kisah ini benar atau pun tidak.. Tetapi ia memadai untuk kita merehatkan sedikit minda kita daripada kesibukan kerja kita seharian....

Kisahnya begini...

Ada sebuah keluarga bahagia terdiri daripada ayah, ibu, dan Ali (bukan nama sebenar)... Pada ketika itu Ali baru berumur 4 tahun.. Kiranya baru pandai bercakap dengan lancar...

Disebabkan Ali anak tunggal dalam keluarga ini..  jadi Ketiga-tiga beranak ini tidur sekatil.. Seperti kanak-kanak  lain, pada kebiasanya Ali akan menggerakkan samada ibu atau bapanya ditengah malam untuk membuang air kecil...

Biasalah budak kecil lagi.. Tak pandai nak pergi ke tandas sorang-sorang di tegah malam..

Bapa Ali telah mengajar satu bahasa isyarat kepada Ali yang berbunyi:

"Ali kalau nak pergi tandas kecing malam, Ali cakap jer Ali nak nyanyi.. Nanti emak dan ayah faham"

Disebabkan dah terlalu lama menggunakan istilah perkataan tersebut, maka bila Ali sebut sahaja "Ali nak nyanyi" maka kedua ibu dan bapa Ali fahamlah bahawa Ali nak kencing malam di tandas...

Nak dijadikan cerita, satu hari emak dan ayah Ali bertugas di luar kawasan... Jadi Ali terpaksa di hantar ke rumah atuk dan neneknya...

Ibu dan bapa Ali terlupa untuk memesan sesuatu kepada Datuk dan nenek Ali...

Semasa malam pertama berada di rumah Datuk dan nenek Ali..

Seperti kebiasannya, ditengah-tengah malam Ali berasa nak terkencing.. Jadi Ali pun menggerakkan atuknya...

Atuk Ali yang dalam keadaan agak mengantuk pada ketika itu pun bertanya kepada cucunya..

"Kenapa Cu?"..

Lalu Ali pun menjawab..

"Atuk, Ali nak Nyanyi"

Dengan mata terpejam, sambil tersenyum atuknya berkata...

"Nyanyilah dekat telinga atuk Cu, Nyanyi slow-slow yer"

Kesudahan cerita ini anda yang berhak memikirkannya...

Moral daripada cerita ini: Berhati-hati ketika mengajar anak-anak kecil menggunakan Bahasa Isyarat ;)

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Tuesday, October 11, 2011

Blog siapa agaknya yang bakal memenangi Pertandingan ABPP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (ABPP) sekarang ni sedang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan Blogger.. Setakat ini dah ada 401 buah blog yang mendaftar untuk menyertai Pertandingan ini... Dan bilangan tersebut semakin bertambah daripada sehari ke sehari... Syukur Alhamdulillah...

Sekarang ni, Pertandingan ABPP dah masuk ke minggu 18.. Kiranya tinggal lagi 4 minggu sebelum tempoh pertandingan ini tamat pada 15 Nov 2011... Debaran semakin terasa.. Blog manakah agaknya yang akan berjaya memenangi Pertandingan ini????

Hadiah yang disediakan dalam pertandingan ini agak lumayan..


Senarai Hadiah Pertandingan Anugerah Blog paling popular adalah seperti berikut:
  1. Tempat Pertama : RM600
  2. Tempat Kedua : RM300
  3. Tempat Ketiga : RM200
  • Blog Kategori Agama dan Pendidikan Popular : RM100
  • Blog kategori Peribadi Dan Informasi Popular : RM100
  • Blog Kategori Kesihatan Dan Alam Sekitar Popular : RM100
  • Blog Kategori Kecantikan dan Penampilan Diri Popular : RM100
  • Blog Kategori keusahawanan Dan Pelaburan Popular : RM100
  • Blog Kategori Masakan Popular : RM100
  • Blog Kategori Isu Semasa Dan Hiburan Popular : RM100
  • Blog Kategori Cerpen, Puisi Dan Cinta Popular : RM100
  • Blog Kategori Robot Dan Teknologi Popular : RM100
  • Blog Kategori Hobi dan Percutian : RM100
Kategori Banner Paling Menarik : RM 200

Hadiah Bonus:
30 Hadiah Misteri menanti pemenang yang berjaya mendapat 30 undian tertinggi


22 Hadiah Mingguan Untuk Dimenangi oleh Seorang peserta yang mendapat Undian Tertinggi Pada Setiap Minggu..



Hadiah-hadiah Pertandingan ini disumbangkan oleh:
(Jom layari laman web Penaja Pertandingan)

::: Net KL

Adakah Blog Sembang Hari2 turut menyertai Pertandingan ini??

Ya!! Blog Sembang Hari2 turut menyertai pertandingan ini walaupun blog ini, bukannya sebuah blog yang popular... Sekadar nak mencuba nasib... Lagipun undian dilakukan secara menulis komen... Takkan ada unsur penipuan di sini walaupun 2 blog kepunyaan penganjur turut bertanding....

Semua orang boleh melihat pada ruangan komen undian yang diberikan... Lagipun blog Sembang Hari2 tak dapat banyak undian... Cukuplah setakat 3-6 undian seminggu... Tapi disebabkan blog ini mendapat undian secara Konsisten, jadi banyak jugalah undian yang berjaya dikumpulkan setakat ini....

Dimanakah kedudukan Blog Sembang Hari2 setakat ini??


Setakat ini blog Sembang Hari2 berjaya mendapat undian terkumpul tertinggi, iaitu sebanyak 51 undian... Kemudian diikuti oleh blog Discount Hari2 (49 undian),Blog nurulimankehidupan (48 Undian), Blog Sjiehan.com (44 Undian), Blog RobotGeek(42 undian) dan lain-lain...




Nampak gayanya tak lama lagi Blog Sembang Hari2, akan jauh ditinggalkan oleh blog-blog popular yang lain.... Walaubagaimanapun, Pertandingan sedang berjalan... Agak sukar nak jangka, blog mana yang berpotensi untuk memenangi pertandingan ini...

Bagi kategori undian Banner pula, Blog Sembang Hari2 mendapat tempat lima teratas setakat ini dengan mendapat 28 undian.. Jauh ketinggalan berbandingan dengan blog yang mendapat undian banner tertinggi iaitu blog Sjiehan.com yang telah berjaya mendapat 38 undian terkumpul setakat ini...



Bagi anda yang masih berminat untuk menyertai Pertandingan ini, anda masih berpeluang untuk mendaftar di blog Coretan Anuar... Pertandingan ini diadakan secara mingguan selama 22 minggu bermula daripada 15 Jun dan akan berakhir pada 15 Nov 2011..

Objektif Pertandingan ini adalah untuk "Menanamkan Minat Suka Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Melalui Bidang Penulisan Blog"

Sekiranya berminat untuk menyertai Pertandingan ini, anda boleh klik pada banner di bawah untuk membuat pendaftaran di blog Coretan Anuar...


Sekiranya anda meminati blog Sembang hari2, jangan lupa undi blog saya... Cara nak mengundi mudah sahaja, anda hanya perlu menaip perkara tersebut pada ruangan komen tempat undian:

Blog Pilihan saya pada minggu ini adalah:
1) http://sembanghari2.blogspot.com
2) http://discount-hari2.blogspot.com
Banner pilihan saya pada minggu ini adalah:

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..