Friday, December 2, 2011

Cari saya di Google.com.my.. walaupun saya hanyalah insan biasa..

Pernahkan anda membuat pencarian sesuatu "keyword" di laman web engine pencarian popular Google.com.my??

Saya percaya anda pasti pernah membuat pencarian "Keyword" di laman web tersebut.. Tapi apakah perkataan yang biasanya anda cari di laman web tersebut??

Pernahkah anda cuba mencari nama anda?? Kalau belum cubalah.. Cuba lihat adakah nama anda ada diindexkan di laman web tersebut??

Kalau ada, beruntunglah anda... Selepas ini mudahlah rakan-rakan, sanak saudara, sahabat handai atau kenalan anda mencari anda...  Tapi syaratnya kenalah berada pada muka surat pertama enjin pencarian google apabila keyword nama anda di cari... Sebabnya kalau nama anda terletak di muka surat ketiga, keempat, kelima dan seterusnya, agak letih orang nak mencari anda...

Walaupun anda bukanlah seorang artis, menteri, bintang sukan, selebriti dan sebagainya... Tetapi anda tetap boleh berada di muka surat pertama engin pencarian Google.com.my sekiranya anda mahir dengan teknik SEO..

Contohnya ada kawan sekolah lama anda hendak mencari anda menerusi internet.. Sekiranya rakan anda ada akaun Facebook, mungkin mudah sedikit untuk mencari anda menerusi Facebook...

Tapi bagaimana jika rakan anda tiada akaun facebook... Kemudian beliau tidak mengingati nama penuh anda.. Jadi beliau pun cubalah mencari anda menerusi engine pencarian google dengan menaip nama asas anda... Sebagai contoh saya menaip nama asas saya sahaja iaitu "Anuar"..


Bila tekan butang "Search" sahaja, kita dapati terdapat lebih 8 juta nama anuar yang disenaraikan oleh google dalam pencarian tersebut... Masya Allah jenuhlah nak cari, mana satu anuar yang dimaksudkan... kalau nama-nama glamour seperti Anwar Ibrahim dan anuar Zain mudahlah nak cari.. 

Tapi sekarang ini kita nak mencari individu yang bernama Muhamad Anuar Bin Marsib... Dah tu lupa pula nama penuh saya... Yang ingat hanya perkataan anuar sahaja..

Jadi kita cuba lihat sahaja bagaimana hasilnya?? Melalui hasil pencarian tersebut, saya mendapati salah satu blog saya dijumpai pada muka surat pertama dan terletak di nombor yang ke 6..  Sungguh saya tak sangka.. Pencarian nama "anuar" di laman web Google meletakkan blog saya di belakang dua individu terkenal di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim (Ahli Politik) dan Anuar Zain (Artis)..


Dengan menceburkan diri dalam bidang blogging, secara tidak langsung orang boleh mengenali saya menerusi enjin carian google walaupun saya hanyalah seorang insan biasa...

P/s: Nampaknya kalau ada student nak cari saya lepas ni, saya boleh pesan kepada rakan saya supaya mencari saya di laman web google.. hehehe (gurau jer)

Saya teringkat tentang Tips perniagaan yang diberikan oleh seorang usahawan terkenal iaitu..

"Cara Mudah untuk membina jenama Perniagaan adalah dengan melatakkan nama anda sebagai nama perniagaan"

Contohnya jenama-janama barangan mewah yang terkenal seperti Mercedes, Loreal, Armani, Dell, Yves Saint Lauren, Vercase dan sebagainya.. besar kemungkinan hampir kesemuanya menggunakan nama "Pengasas" atau nama seseorang...

Nama seseorang sebenarnya sangat unik.. Ia sangat sesuai untuk digunakan sebagai jenama bagi sesuatu perniagaan.. Selain daripada menjadi doa ia juga mempunyai personaliti yang dapat menggambarkan keperibadian, keikhlasan dan kejujuran seseorang dalam menjalankan perniagaan.. Disebabkan itu kita kena bersyukur dengan nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa kita... ;)

Sebagai rekreasi minda pada kali ini, saya ingin mangajak anda menonton sebuah video pendek yang bertajuk LOGORAMA.. Dalam video ini terdapat banyak jenama pengiklanan cuba ditonjolkan dalam bentuk lakonan..

Sebagai tugasan... Sambil menonton video ini, cuba anda tentukan samada terdapat jenama-jenama syarikat yang terdapat dalam video ini yang menggunakan nama seseorang sebagai jenama...

Sekiranya ada, cuba tuliskan jenama tersebut diruangan komen entri ini, untuk perkongsian kita bersama...



Selamat menonton dan menulis komen... ;)
Read more...

Sunday, November 27, 2011

Malam ke 3 Haikal Ditahan Di Wad Hospital Sabak Bernam...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam yang membaca blog Sembang Hari2... Tidak kira Walau di mana jua anda berada..

1432 Hijrah telah pun melabuhkan sayapnya... Semoga amal ibadah kita selama setahun yang lalu diterima oleh Allah S.W.T... Dan sebagai hambanya marilah sama-sama kita muhasabah diri untuk mencari kelemahan atau kekurangan dari segi amal ibadah yang kita lakukan pada tahun lepas supaya dapat kita perbaikinya pada tahun ini... Insya Allah...

Sempena menyambut maal hijrah ini kita disyorkan untuk melaksanakan amalam sunat antaranya membaca doa Akhir tahun selepas solat asar, membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib, Membaca surah Yasin selepas solat Maghrib, menghidupkan malam Qiamullail, Berpuasa sunat pada 10 Muharam dan sebagainya...

Semoga kita dapat bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk meningkatkan amal Ibadah kita pada bulan yang mulia ini... Agar kita dapat bersama-sama beroleh syafaat daripadanya dan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.... Amin...

Sempena malam Maal Hijrah ini saya berada di Hospital Sabak Bernam bagi menemani anak sulung saya, Haikal yang ditahan di wad kanak-kanak hospital ini... Malam ini merupakan malam ketiga Haikal berada di hospital ini...

Pada Hari Ketiga menggunakan corong gas selama 4 jam sekali...

Punca Haikal di tahan di wad adalah disebabkan penyakit Asma yang beliau hidapi... Saya membawa Haikal ke Hospital selepas selesai solat Maghrib pada malam Jumaat untuk menyedut gas setelah terdapat tanda-tanda asma pada pernafasan beliau... 

Haikal kebosanan di Hospital...

Sebelum datang ke hospital, Haikal telah pun muntah disebabkan perut beliau kosong.. Menurut pengasuh yang menjaga Haikal, Haikal tidak makan sehari suntuk disebabkan masalah pernafasan yang sedang dihadapinya...

Semasa berada di Hospital, sebaik sahaja selesai menghidu gas (ubat Asma) Haikal muntah sebanyak 3 kali sehingga beliau mengeluarkan cecair kuning... Maklumlah perut dah kosong... Dah takder apa nak dimutahkan... Kesian betul saya tengok keadaan Haikal pada ketika itu... Saya pernah mengalami keadaan tersebut... Saya tahu macamana peritnya apabila kita terpaksa muntah beberapa kali dalam keadaan perut kosong... :(

Jadi pada malam tersebut, Haikal ditahan di wad untuk tujuan pemeriksaan lanjut.. Semasa berada di wad kecemasan darah haikal kena ambil, kena masukkan air dalam badan, dan kena X-Ray... 

Syukur Alhamdulillah bila semuanya telah selesai, keputusan menunjukkan tiada jangkitan kuman pada paru-paru Haikal... Haikal didapati sihat... Namun begitu Haikal terpaksa juga ditahan di wad untuk tujuan pemberian ubat secara berkala... Maklumlah dekat Hospital segala kemudahan mencukupi.. 

Bermain di taman permainan di Hospital..

Walaupun pada fizikalnya sihat... Haikal boleh bermain, berlari ke sana ke sini, rajin bersembang... Tapi Haikal tak suka makan ubat... Terlalu susah nak bagi Haikal telah ubat, walaupun dibantu oleh beberapa orang juru rawat... Telan sahaja ubat, beliau akan memuntahkan semua ubat-ubat tersebut....

Dalam keadaan tangan berbalut, Haikal tetap memanjat...

Jadi Haikal pun terpaksa diberikan ubat melalui suntikan... Setiap kali masa makan ubat, Haikal akan disuntik melalui tempat memasukkan air yang terdapat pada tangan beliau... Selain itu beliau juga perlu menyedut gas secara berkala pada stiap 4 jam sekali...

Menurut Doktor, Haikal perlu mengambil ubat sehingga cukup dos yang sepatutnya beliau ambil... Disebabkan Haikal susah nak makan ubat... Dekat Hospital pun Haikal diberikan ubat melalui suntikan.. Maka doktor tidak membenarkan Haikal untuk di bawa pulang...

Jadi Haikal kenlah tinggal di wad sehingga beliau menghabiskan semua ubat yang sepatutnya diambil mengikut sukatan...

Susahnya Haikal nak makan ubat...

Terasa letih jugalah sebab hari-hari kena berulang ke Hospital.. Tapi demi kesihatan Haikal, terpaksa kami gagahi juga.. Ialah nak buat macamana... Sampai dekat rumah confirm punya Haikal takkan makan ubat... Sumbatlah macamana pun, mesti banyak ubat yang keluar daripada yang masuk... Paling tak tahan bila beliau muntah... Habis semua ubat keluar....

Bersama buku Disney Magic English untuk mengisi masa lapang...

Haikal sebenanrnya rasa bosan tinggal dekat Hospital ni... Jadi untuk mengelakkan kebosanan beliau, sekali sekala saya bawa beliau pergi ke taman permainan, jalan-jalan di kawasan hospital... Kalau kami rasa malas nak berjalan ke mana-mana, kami ajak haikal baca buku ataupun main game dekat Hand Phone...

Harapan saya semoga Haikal lekas sembuh, rajin-rajin makan ubat... Semoga lekas keluar dari Hospital dan menikmati kehidupan seperti sedia kala... Sempena keberkatan Maal Hijrah ini, saya memohon kepada rakan-rakan supaya dapat bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Haikal... Amin..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
  Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Pemasaran Internet Di Portal Ebay.com dan Lelong.com.my
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Kenali Zamri Nanyan Dan Patric Chan
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi 
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..