Sunday, June 27, 2010

Pengangkutan Ke Mukah Sarawak..

Suatu ketika dahulu pengangkutan ke Mukah Sarawak merupakan suatu yang hangat diperkatakan.. Tetapi pada hari ini, walaupun isu tersebut masih ada, tetapi ianya telah sedikit reda dengan pertambahannya beberapa kemudahan pengangkutan di samping jalan utama yang menghubungi Mukah dan bandar-bandar besar semakin baik daripada sebelum-sebelum ini..

Untuk ke Mukah anda boleh menggunakan 3 pengangkutan samada melalui darat, sungai ataupun udara.. Kesemua kemudahan ini ada kelebihan dan kelemahan masing-masing namun apa yang pasti semua perkhidmatan tersebut lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Sebagai contoh pengangkutan udara telah di tambah jadual penerbangannya daripada beberapa kali seminggu kepada 3-4 kali sehari.. Jadi anda mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menaiki kapal terbang berbanding sebebelum-sebelum ini yang terpaksa bersaing untuk berpeluang menaiki kapal terbang.. huhuhu..

Menaiki kapal terbang dari Mukah ke Kuching atau Mukah ke Miri memberi pengalaman berharga kepada anda. Ini kerana ianya seakan-akan anda menaiki sebuah bas mini. Anda berpeluang untuk melihat pemandu (pilot) kapal terbang mengendalikan pesawat tersebut. Untuk saya kongsikan pengalaman tersebut, saya turut sertakan beberapa keping gambar seperti berikut:-


Bagi pengangkutan air pula anda mempunyai pilihan samada menaiki bot kecil atau bot besar. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Suatu ketika dahulu saya teringin sangat hendak menaiki bot besar. Ini kerana ianya lebih selesa dan lebih stabil. Sudah tentu saya akan dapat merasai lebih kepuasan sekiranya menaiki bot besar berbanding bot kecil. Untuk pengetahuan pembaca semua untuk menaiki bot besar dari Mukah, anda perlu berada di Jeti Dalat sebelum jam 6.30 pagi.. Dan untuk menaikinya dari Sibu anda perlu berada di jeti Sibu sebelum pukul 11.30 pagi..

Nak dijadikan cerita suatu hari saya berpeluang menaiki bot besar pada jam 11.30 pagi dari Sibu.. Tetapi pada hari itu kebetulan saya merasai suatu pengalaman yang kurang menyeronokkan semasa menaiki bot besar. Pertamanya ialah bot besar yang saya naiki di tahan oleh penguat kuasa sungai. Setiap penumpang di dalam bot diperiksa dokumen kewarganegaraan seorang demi seorang. Nasib baik saya bawa kad pengenalan, kalau tidak saya akan dibawa menaiki bot penguat kuasa sungai ke pusat tahanan di Sibu.. Huhuhu..

Disebabkan bilangan penumpang dalam bot besar tersebut ramai, pemeriksaan tersebut berlangsung selama satu jam dan membuatkan bot tersebut berhenti di tengah-tengah sungai selama tempoh masa tersebut. Hilang masa saya sejam di situ..huhuhu

Perkara ke dua yang tidak menyenangkan hati saya adalah terdapat sebuah beg yang terjatuh ke dalam sungai semasa perjalanan. Habis basah beg tersebut. Nasib baik bukan beg saya yang mengandungi dokumen-dokumen peperiksaan.. Kalau tidak nahaslah saya.. huhuhu..



Untuk pengangkutan darat pula sama seperti biasa cuma keadaan jalan semakin baik. Jika suatu masa dahulu perjalanan saya dari Sibu ke Mukah mengambil masa 4 jam, tetapi kini dalam masa 3 hingga 3 setengah jam sahaja. Jadi kepada anda yang ingin ke Mukah, anda tidak perlu lagi risau tentang pengangkutan.. Tetapi terlebih dahulu saya syorkan anda buat semakan diinternet di laman web maswing.com..

Tetapi sekiranya anda ingin menimba pengalaman untuk merasai kenikmatan menggunakan alternatif lain, ianya sangat dialu-alukan. Seperti rakan-rakan saya yang menjejaki alumni-alumni UTHM yang hadir ke Mukah baru-baru ini. Mereka berpeluang merasai pengalaman menaiki bas, menaiki bot dan akhir sekali menaiki kapal terbang.. Jadi mereka telah merasai pekej yang lengkap perjalanan ke Mukah.. Syabas saya ucapkan kepada delegasi CARE UTHM atas kunjungan ke Mukah tempoh hari..
Name:
Email Address:
Messege




Get your own free form like this one.

Read more...

Cuti-cuti Malaysia Bahagian 2 (Mukah-Miri)

 Bersambung kita dalam post yang lalu iaitu cuti-cuti Malaysia bahagian 2. Setelah selesai meronda mini zoo Miri atau dikenali sebagai taman buaya kami pergi mendaftar masuk ke Dinasty Hotel Miri.. Terkilan juga masa tu sebab tak dapat memenuhi 2 perkara pada ketika itu.

Pertama pertama saya tidak puas meronda di mini zoo tersebut disebabkan anak ke 2 saya kepenatan.. (meragam).. Rasa rugu juga beli tiket RM15 bagi buaya makan. Tapi tak dapat ronda-ronda keseluruhan tempat tersebut.. Huhuhu

Perkara yang ke 2 saya terkilan sebab tak dapat nak tengok sempadan Miri-Brunei.. Jarak sempadan Miri-Brunei dari Taman Buaya tersebut lebih kurang 15KM. Tetapi disebabkan kesuntukan masa dan nak segera mendaftar masuk ke hotel jadi kami tangguhkan dulu hasrat tersebut dan berharap akan kembali lagi pada petang tersebut atau pada keesokan harinya. Disebabkan tuhan tidak mengizinkan, maka tak jugalah saya pergi ke sempadan Miri-Brunei untuk perjalanan kali ini. Insya-Allah dilain waktu sekiranya berkesempatan akan saya laksanakan misi seterusnya iaitu perjalanan dari Mukah ke Kota Kinabalu...

Ok, kita sambung balik cerita selanjutnya...

Kami mendaftar masuk ke Dinasty Hotel pada pukul 3 petang.. Setelah berehat-rehat sebentar, mandi, salin baju, solat dan sebagainya di hotel, destinasi seterusnya kami pergi ke Boulevard shopping complex.. Di sana adalah kami shopping barang sikit-sikit terutamanya barang-barang keperluan anak-anak. Setakat itu sahaja perjalanan saya pada hari tersebut.. Kami menghabiskan masa kami di shopping complex tersebut untuk membeli belah sebelum pulang ke hotel..

Pada hari keempat kami mendaftar keluar dari Dinasty hotel sekitar pukul 12 tengahari. Pada mulanya kami berhasrat untuk bertolak terus ke Mukah. Tetapi setelah ronda-ronda di sekitar Miri, kami mengubah rancangan di saat-saat akhir (disebabkan terlajak masa dekat miri).. Jadi, pada petang tersebut sekali lagi kami pergi ke Bintang Mall disamping pergi ke Marina Bay dan membuat tinjauan di Park City Everly Hotel.. (Hotel kegemaran En. Azman hehehe...)

Di Everly Park City saya hanya sempat tangkap gambar swimming pool sahaja.. Tak sempat nak ronda-ronda sekitar hotel.. Tak pe lain kali kalau ada masa boleh datang lagi.. Tapi tengok keadaan swimming pool dan persekitaran hotel nampak menarik.. Saya boleh bagi 7/10 bintang hehehe..

Destinasi seterusnya Marina Bay..



Kami berehat-rehat di Marina Bay lebih kurang setengah jam sebelum ke Bintang Mall dan seterusnya bertolak meninggalkan Miri ke Bintulu.. Sebenarnya sama bukanlah orang yang expert memandu dan cari jalan ke sesuatu destinasi.. Tetapi dengan bantuan GARMEN (GPS) telah memudahkan perjalanan saya..
Walaupun dalam perancangan saya, kami mahu ke Bintulu dengan menggunakan jalan pesisir pantai, tetapi kesudahannya kami ke Bintulu dengan menggunakan jalan biasa yang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah.. (Macam tak jau jer beza masa antara guna jalan pesisir pantai dan jalan lama)..

Sesampai di bintulu kami mencari tempat untuk penginapan.. Puas sudah kami menjelajah.. Dari hotel yang murah sehingga ke hotel terbaru dan termahal iaitu NEW WORLD SUITE.. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel budjet di tengah-tengah antara hotel-hotel yang telah kami survey.. Hotel tersebut adalah Everly Park City, Bintulu (Merasa juga Duduk dekat Everly Park City guna duit sendiri akhirnya)...



Pada keesokan harinya sempat juga kami meronda-ronda di sekitar bandar Bintulu.. Tempat paling lama kami singgah tentulah di Shopping Complex New World Suite.. Saya sempat mecari buku dekat POPULAR dan sedikit barang keperluan..Setelah itu dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang ke Mukah...

Kami tiba di Mukah dalam pukul 6 petang.. Terasa begitu penat menempuhi perjalanan selama beberapa hari..Tetapi ianya berbaloi kerana saya telah mencapai salah satu target saya sepanjang berkhidmat di Mukah...
 



Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..