Wednesday, January 4, 2012

Jom Semak Page Rank Blog Anda...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini saya suka-suka semak Page Rank (PR) Blog-blog terkenal seperti Blog Red Mummy (3 PR), Blog Denai Hati (4 PR), Blog Haniz Zalikha (4 PR), Blog Ben Ashaari (4 PR), Blog beautiful nara (3 PR), Cik Epal (4 PR), dan sebagainya.. Hebat juga Page Rank blog mereka ni.. 

Tapi setakat ini saya belum pernah terjumpa blog dari Malaysia yang berjaya mendapat page Rank 9/10.. Paling tinggi pun yang pernah saya tahu cuma PR 7/10.. Tapi saya tak ingat blog siapa??

Setelah terlibat selama 2 tahun dalam penulisan blog, saya juga teringin untuk mengetahui berapa page Rank Blog Sembang Hari2.. Cara nak semak page Rank ini mudah sahaja.. Anda hanya perlu menaip URL blog anda pada kotak di bawah:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Setelah itu tekan 'button' Check PR.. Kemudian anda perlu menulis semula kod yang diberikan untuk mengesahkan URL yang telah anda masukkan.. Setelah itu Page Rank Blog anda akan dipaparkan.. Macamana ok tak PR blog anda??

PR blog sembang Hari2 pun taklah sehebat mana.. Cuma PR 1/10 sahaja...


Read more...

Sunday, January 1, 2012

Kemalangan Ngeri Di Lekir Menjelang Tahun Baru 2012..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang sambutan Tahun baru 2012, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan 1 lori, 2 kereta dan 2 motor di Kilometer 6 Jalan Lekir Manjong malam tadi.. Berdasarkan maklumat yang saya terima melalui akhbar Kosmo dan blog taotauajer, Kemalangan tersebut telah menyebabkan 12 kematian...

Innalillahiwainnalillahirajiun... Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kemalangan ini..

Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T disebabkan tiada ahli keluarga kami yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.. Sebenarnya kami turut sama melalui jalan tersebut kira-kira 10 minit sebelum tragedi tersebut berlaku..

Pada malam tadi, kami sekeluarga makan di Ikan Bakar 'D' Muara Citarasa Kampung, dekat Batu 8, Lekir, Perak.. Kami pergi ke sana dengan menaiki tiga buah kereta..

Sewaktu pulang daripada restoran tersebut, adik ipar saya yang memandu sebuah Myvi tidak turut sama pulang disebabkan beliau menemui dua orang rakan beliau yang kebetulan turut sama makan di restoran tersebut.. Jadi daripada tiga kereta, dua kereta sahaja yang pulang terlebih dahulu kira-kira pada jam 11.00 malam tadi..

Semasa kereta saya dan kereta ayah mertua saya melalui kilometer 6 jalan lekir (tempat kejadian) keadaan jalan dalam keadaan baik.. Tiada sebarang kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.. Tetapi semasa adik ipar saya pulang kira-kira 20 minit selepas kami pulang, berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut..

Adik ipar saya yang kebimbangan, terus menelefon ayah mertua saya untuk memastikan kami berada dalam keadaan selamat... Syukur Alhamdulillah pada ketika tersebut, kami telah pun berada di Sitiawan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari kawasan tragedi tersebut...

Menurut adik ipar saya, terdapat 6 buah motor dan dua buah 'kereta' terlibat dalam kemalangan tersebut.. Beliau yang ketakutan menyaksikan secara 'live' keadaan mangsa-mangsa kemalangan tersebut berasa takut untuk memandu pulang.. Mujur ada kawan beliau yang dapat menggantikan tempat beliau untuk memandu pulang...

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mangsa kejadian ini ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman (bagi yang beragama Islam).. Amin...
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..