Tuesday, December 29, 2009

Apa itu SIET

kali Sembang2

Tentu ada diantara anda pernah mendengar perkataan Siet. Bagi anda yang baru pertama kali mendengar perkataan ini, Siet merupakan sejenis ulat yang hidup dalam batang pokok sagu. Bagi masyarakat yang tinggal di sini, Siet ni boleh di lihat setiap hari di pasar Mukah.




Gambarajah diatas menunjukkan Siet yang dijual di pasar Mukah pada harga RM5.00 sebungkus. Siet ni biasanya dijual dalam keadaan yang masih hidup ataupun di salai. Walaupun saya dah menetap di Mukah hampir 4 tahun tapi belum pernah sekali pun saya merasa makan Siet ni walaupun telah di 'offer' beberapa kali oleh penduduk di sini. hehehe..

Gambarajah di bawah pula menunjukkan Siet yang dijual secara timbangan. Siet ini biasanya dibiarkan hidup dalam habitatnya. Habitat Siet ini adalah di batang pokok sagu. Disebabkan itu,Siet ini diletakkan dalam bekas yang mengandungi habuk-habuk batang pokok sagu untuk dijual.

Bagi sesiapa yang pernah pergi ke Pesta Kaul (diadakan setahun sekali)  kita akan dapat melihat satu petandingan memakan Siet (ala-ala rancangan Fear Factor). Dalam pertandingan tersebut, setiap peserta akan dibekalakan beberapa ekor siet yang masih hidup. Kemudian peserta dikehendaki makan Siet tersebut. Untuk makluman anda semua, Siet ni saiznya lebih kurang sebesar Pen Drive Kingston, tapi berisi (gemuk). Cuba anda bayangkan nak makan Siet ni dalam keadaan yang masih hidup dan bergerak-gerak.. Tetapi setakat yang saya pernah tengok memang selamba je peserta-peserta tu makan Siet ni..Ngap! Sekali telan je.. hehehe

Bagi sesiapa yang nak tengok pertandingan makan Siet ni boleh lah datang ke Mukah sekitar bulan April-Mei. Masa tu Kaum Melanau ada menyambut satu perayaan yang dikenali sebagai Pesta Kaul. Dekat pesta Kaul ni macam-macam ada. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang Pesta kaul ini, teruskan membaca blog saya di lain masa. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan saya pada kali ini..








No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..