Sunday, December 27, 2009

Berbudi kepada Tanah..

kali Sembang2



Salam satu Malaysia kepada anda semua. Selamat menyambut Hari Krismas bagi masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.

Post saya pada kali ini adalah berbudi kepada tanah. Bagi sesiapa yang berminat untuk berkebun atau bercucuk tanam anda sebenarnya boleh lakukan di mana-mana sahaja.

Gambar di atas merupakan buah Peria yang dah boleh di petik untuk dimasak. Agak-agaknya kan dekat manalah lokasi pokok peria tersebut ditanam?

Untuk pengetahuan anda semua pokok peria ini ditanam oleh pengasuh anak saya di dapur rumah saya. Saya tinggal di rumah flat kerajaan di tingkat 3.


Inilah dia tempat di mana pokok peria tersebut tumbuh. Ia tumbuh dari besen berisi tanah yang turut berkongsi tempat dengan pokok pandan.

Tahniah Kak Ani atas usaha Kak Ani. Setakat ini kami dah 2 kali merasa makan sayur peria yang ditanam sendiri. Dapat juga jimat RM3-4 hehehe. Jadi kalau walau di manapun anda berada kalau ada cita-cita nak bercucuk tanam teruskan usaha anda. Setiap usaha pasti ada kejayaan.

Tapi jangan tanam pokok Durian, rambutan atau seumpama dengannya di dapur rumah seperti lokasi dalam gambar di atas ye.. Hehehe

No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..