Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini..
Diharapkan anda semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu.
Pada kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang survey yang terdapat pada laman blog ini. Sekadar satu pertanyaan: "Sudahkah anda menjawab Survey pada Post sebelum ini?"
Sekiranya anda masih belum menjawabnya mungkin anda boleh melakukannya pada bila-bila masa, kerana Poll/Survey tersebut berada di bahagian bawah sebelah kanan halaman blog ini.. Anda dibenarkan untuk memberi respon daripada 1 sehingga 4 pilihan jawapan..
Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk mengulas pilihan kedua terakhir pada Poll tersebut iaitu:
"Saya tidak suka membaca sebab sukar mendapat bahan-bahan bacaan"
Pada pendapat saya, penyataan tersebut tidak relevan untuk digunakan pada hari ini sebagai salah satu alasan kenapa kita tidak suka membaca. Ini kerana terlalu banyak kemudahan telah disediakan untuk memperolehi bahan bacaan. Kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan perpustakaan di sekolah-sekolah, di IPTA, di bandar-bandar, malah pihak kerajaan juga telah menyediakan perpustakaan desa supaya memudahkan masyarakat di luar bandar untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan.
Selain itu anda juga boleh mendapatkan bahan bacaan di kedai-kedai buku berhampiran. Sekiranya buku yang anda ingin miliki tidak terdapat di kedai-kedai buku di sekitar anda (seperti yang saya alami di Mukah), anda boleh mendapatkan buku-buku yang dihajati dari internet..
Selamat ke beli buku dekat internet? Boleh percaya ke beli buku dekat internet ni? Tak rosak ke buku-buku yang dibeli tu nanti? Itu mungkin antara soalan-soalan yang akan anda ajukan kepada saya.. (Saya teka jer, kalau tak betul jangan marah)
Untuk makluman anda, pembelian buku di internet boleh dipercayai.. Baru-baru ini saya ada membeli 5 buah buku terbitan PTS dari internet.. Sebenarnya saya bercadang hendak membeli 2 buah buku sahaja. Tetapi disebabkan ada harga diskaun pada ketika itu, jadi saya pun terlajak membeli sehingga 5 buah buku.. hehehe
Buku-buku tersebut saya beli pada 15 Disember 2009 dan sampai ke tangan saya pada 3 Januari 2010.. Buku-buku ini lambat sampai disebabkan saya memilih supaya ianya dihantar dengan menggunakan pos biasa (untuk menjimatkan kos hehehe).. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa menerima buku-buku tersebut..
Buku-buku dibalut dengan Kotak keras sebelum dibalut dengan kertas envelop untuk diposkan
Buku-buku ini dibalut dengan plastik pada lapisan pertama
Buku diterima berserta Invois pembayaran
Sebagai contoh jumlah harga bagi 5 buah buku yang saya beli baru-baru ini adalah RM65.02 (harga selepas diskaun). Kemudian kos penghantaran yang dikenakan adalah RM 7.50. Jadi jumlah kos keseluruhan yang saya keluarkan untuk membeli 5 buah buku tersebut adalah RM72.52.
Kos pembelian tersebut jauh lebih murah berbanding membelinya dengan harga diskaun di kedai-kedai buku di bandar terdekat iaitu Sibu. Jumlah harga 5 buah buku ini selepas mendapat harga diskaun ( mempunyai kad keahlian kedai buku) adalah RM76.50.. Harga tersebut tidak termasuk kos pengangkutan dari Mukah ke Sibu sekitar RM30.00. Ini tak termasuk lagi keletihan yang dihadapi untuk sampai ke Sibu.. Tetapi urusan membeli buku telah dipermudahkan dengan membekinya di internet..
Jadi kesimpulannya, anda boleh membeli buku-buku yang diminati di internet. Setakat ini buku-buku yang dibeli di internet terjamin keselamatnnya dan yang paling penting ianya jauh lebih murah dan lebih menjimatkan kos berbanding membelinya di kedai-kedai buku..
Sekian dahulu daripada saya buat kali ini.. Semoga anda ceria-ceria selalu.. Don't worry be happy..
No comments:
Post a Comment