Monday, March 26, 2012

DiGi WWWOW Awards Kembali Lagi!!

kali Sembang2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

DiGi WWWOW Awards Kembali Lagi!! Tentu ramai dalam kalangan rakan-rakan blogger ternanti-nanti kemunculan pertandingan ini.. 


Sambutan terhadap pertandingan ini cukup menggalakkan walaupun ianya baru pertama kali diadakan pada tahun lepas.. Pada ketika itu sebanyak 6000 peserta yang telah memeriahkan pertandingan ini.. 

Disebabkan itu DiGi WWWOW telah menjadi event kedua popular dalam kalangan rakan-rakan blogger di negara ini selepas Nuffnang Asia Pasific Blog Awards..

Tahniah diucapkan kepada DiGI selaku penaja utama pertandingan ini.. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada para penaja lain yang sudi memberi sumbangan untuk mengadakan pertandingan ini..

Sekiranya anda ada mengikuti perkembangan DiGi WWWOW Awards pada tahun lepas, sudah tentu anda  kenal dengan nama-nama blogger terkenal seperti Anwar Hadi, Ben Ashaari, Cik Epal, Mia Liana, Yuyu Zulaikha dan lain-lain.. Namun begitu Tuah berpihak kepada Anwar Hadi yang telah berjaya memenangi beberapa kategori dalam pertandingan ini termasuk kategori Blogger Of The Year.. 

Tahniah diucapkan kepada Anwar Hadi.. Kepada rakan-rakan blogger yang tidak berjaya, jangan berputus asa.. Boleh cuba lagi pada tahun ini, dan tahun-tahun yang berikutnya.. Insya Allah.. 

Jadi siapa pula agaknya yang memenangi beberapa "Awards" yang dipertandingkan pada kali ini??

Sama-samalah kita nantikan keputusannya..  

Bila tengok rakan-rakan blogger lain turut serta dalam pertandingan ini, rasa teringin pula nak join.. hehehe.. 

Walaupun blog Sembang Hari2 ni taklah sepopular blog-blog lain, tapi apa salahnya join sekadar untuk memeriahkan pertandingan...

Jadi kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang DiGi WWWOW Awards, sila klik pada banner di bawah:



No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Dapatkan Artikel Percuma melalui Email

Arkib Blog Sembang Hari2..