Tuesday, October 5, 2010

Malam 1 Budaya Di Politeknik Mukah Sarawak

Salam 1 Malaysia..

Malam tadi 3 Oktober 2010 buat julung-julung kalinya PMU mengadakan malam 1 budaya dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Malam 1 budaya ini pada asalnya merupakan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMU.

Namun begitu, dalam masa yang sama juga Pihak pengurusan PMU berhasrat untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk seluruh warga kerja PMU. Untuk memudahkan kerja, kedua-dua Majlis ini digabungkan pada masa yang sama. Jadi, Malam 1 Budaya ini telah dibuat secara besar-besaran disamping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri..



Banner Malam 1 Budaya Dan majlis Ramah Tamah Aidilfitri


Majlis Hari Raya Aidilfitri pada malam tersebut menggunakan konsep 'Langgar Meja' yang merupakan acara tradisi sambutan hari raya yang diadakan pada setiap tahun di  Igan, Sarawak. Langgar Meja merupakan istilah yang diberikan kepada sekumpulan 'rumah terbuka' yang dihimpunkan di suatu tempat secara beramai-ramai. Jadi setiap meja akan menyediakan juadah masing-masing untuk disajikan kepada setiap tetamu yang hadir.


Pemandangan di Dalam Dewan sebelum acara bermula
Suasana Meriah Di Dalam Dewan setelah acara bermula

Pada malam 1 Budaya dan sambutan Aidilfitri tersebut terdapat lebih 20 'rumah terbuka' yang mengambil bahagian.. Suasananya cukup meriah. Terdapat pelbagai masyarakat berbilang kaum di Sarawak yang memakai pelbagai baju kebudayaan masing-masing..


Kaum Murut



Pelbagai juadah Hari Raya disediakan di setiap meja seperti lemang, nasi impit, ketupat, rendang, sate, ulam, nasi goreng, mee kari, laksa, laksam, mee rebus, aneka kuih muih, aneka kerepek dan sebagainya. 2 ekor lembu telah disembelih untuk penyediaan makanan utama pada malam tersebut. Menu yang paling menjadi rebutan hasil penyembelihan lembu tersebut tentulah  Sup Tulang..

Selain itu juga terdapat pelbagai jenis masakan daripada pelbagai budaya turut disajikan di setiap meja. Terlalu banyak makanan yang disajikan sampaikan tak tahu nak rasa makanan yang mana satu terlebih dahulu.. huhuhu..


Makanan Kebudayaan dari kaum Iban

Sedapnya Umai ni.. Pedas nyer bukan main..


Encik Norman jaga meja pejabat Pengarah dan Unit kaunseling..
Menu paling istimewa di meja ini adalah cendol

Inilah antara meja paling simple..
Meja gabungan Unit Peperiksaan, Latihan LI dan JHEPP

Untuk memeriahkan suasana, terdapat acara persembahan tarian dari pelbagai kaum di Sarawak.. Saya sempat mengambil gambar beberapa persembahan sahaja, disebabkan sibuk makan.. hehehe..








 disamping itu terdapat acara berkaraoke lagu-lagu raya dan aneka lagu yang diminati.. Tetamu VVIP yang turut hadir pada malam tersebut adalah YB Abu Seman yang turut mendendangkan sebuah lagu dalam acara Karaoke..

Majlis Malam 1 Budaya dan Sambutan Aidilfitri ini berakhir pada jam 11 malam.. Tetapi disebabkan anak-anak dah keletihan, kami meninggalkan Majlis pada jam 9.45 malam.. Diharapkan Majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada tahun akan datang. Beberapa perkara menarik digabungkan dalam 1 Majlis. Ada Malam Kebudayaan, Sambutan Hari Raya, Majlis Langgar Meja..

Majlis seumpama ini akan dapat memupuk perpaduan kaum, Mengeratkan siratulrahim dan saling mengenali budaya Masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia khususnya di negeri Sarawak.. Syabas diucapkan buat seluruh warga PMU  

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege



Get your own free form like this one.


Read more...

Tuesday, September 21, 2010

Bila Twin Otter nak bertukar kepada Foker?

Salam 1 Malaysia..

Pada post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menaiki pesawat kecil dari Mukah ke Kuching yang dikenali sebagai Twin Otter. Pengalaman ini pernah saya kongsikan kira-kira 4 bulan yang lalu.

Naik Twin Otter merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Ianya hanya mempunyai tidak lebih daripada 20 tempat duduk,dan anda berada dekat dengan juruterbang. Dengan meniki Twin Otter anda akan dapat merasai kenikmatan sebenar menaiki kapal terbang. Kalau angin kuat, goyang pun kuat..

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya tangkap semasa berada di perkarangan udara Kuching sebelum pesawat yang saya naiki mendarat di lapangan Terbang Kuching. Pada ketika ini cuaca agak baik, jadi kita dapat menikmati keseronokan menaiki Twin Otter..








Alhamdulillah, selamat mendarat di Lapangan terbang Kuching..



Semasa turun dari lapangan terbang Kuching saya terlihat sebuah Foker sedang parking berhampiran dengan tempat pesawat yang saya naiki mendarat. Dalam hati saya terdetik bila lah Forker ni nak mendarat di Mukah. Kalau Foker ni dapat mendarat di Mukah, tentu semua orang yang bekerja atau tinggal di Mukah akan berasa gembira.

Pesawat Foker mempunyai bilangan tempat duduk melebihi 2 kali ganda berbanding bilangan tempat duduk Twin Otter. Sekiranya Foker dapat mendarat di Mukah, kapasiti tempat duduk akan bertambah. Jadi masyarakat Mukah Tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan tiket kapal terbang seperti sekarang.



Semoga dalam masa terdekat ini Foker akan dapat mendarat di Mukah.. Saya percaya, sekiranya Foker dapat mendarat di Mukah, akan dapat menarik lebih ramai orang luar untuk datang dan seterusnya berkhidmat di Mukah. Ianya secara tidak langsung akan dapat membantu membangunkan bandar Mukah untuk mencapai matlamat pembangunan SCORE dengan lebih lancar lagi.  


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Name:
Email Address:
Messege


Get your own free form like this one.

Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..