Monday, January 9, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 telah dibuka

Permohonan Kemasukan Ke Instistusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik Premier, Institusi Pendidikan dan Latihan Vokasional (TEVT-Politeknik) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) telah dibuka bermula pada hari ini 9 Januari 2012 (Isnin) pada jam 12 tengahari.. dan Permohonan ini akan ditutup pada 2 April 2012..

Sumber : Pencarian Google.com

Permohonan adalah melalui Aplikasi dalam talian sahaja. Anda boleh mula mula membeli nombor unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dijual pada harga RM10.60 (untuk lepasan SPM/Setaraf) dan RM15.60 (Untuk Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf).

Anda boleh membeli ID tersebut dengan membuat pembayaran samada melalui kaunter BSN, Mesin ATM, SMS Banking dan Internet Banking ke nombor akaun UPU seperti berikut: 14100-29-83030691-5

Untuk mendapatkan maklumat tepat, lengkap dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke IPTA, TVET (Politeknik) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), sila layari laman web berikut:


Terdapat sedikit perbezaan pada permohonan kemasukan ke Politeknik pada kali ini iaitu permohonan kemasukan ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Ipoh), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi  (BPKP JPT)..

Ini bermaksud permohonan masuk ke Politeknik Premier sama dengan permohonan masuk ke Universiti-Universiti tempatan lain untuk Sesi Akademik 2012/2013.. Ini merupakan satu berita baik kepada pihak pengurusan Politeknik, yang sedang berusaha menjadikan salah sebuah Politeknik tersebut sebagai Politeknik Universiti menjelang tahun 2015..

Kepada anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke Politeknik, sila dapatkan maklumat dengan setepatnya sebelum mengisi borang permohonan. Saya sendiri kurang pasti samada terdapat perbezaan dari segi syarat kelayakan masuk ke Politeknik Premier dan Politeknik biasa.. Tetapi setakat yang saya tahu sehingga hari ini, syarat kelayakan masuk ke Program Diploma antara Politeknik masih lagi sama..

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, saya syorkan anda baca maklumat-maklumat terkini yang terdapat di laman web tersebut:  http://upu.mohe.gov.my

Semoga anda berjaya menyambung pengajian anda ke salah sebuah institusi pengajian awam di Malaysia samada IPTA, Politeknik, TEVT-Politeknik dan ILKA.. Dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya...

Read more...

Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) dan Pertandingan My Skills 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti yang tersenarai dalam iklan di bawah dijemput untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 dan Pertandingan MySkills 2012..

Tiada yuran yang dikenakan untuk menyertai PKM, manakala yuran sebanyak RM100 dikenakan untuk menyertai Pertandingan My Skills 2012.. Tempoh pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini adalah pada/sebelum 16 Januari 2012..  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan permohonan dan cara untuk mendaftar, sila baca iklan di bawah:

Sila klik pada imej di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih besar

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tetang kedua-dua pertandingan ini, sila layari pautan berikut:


P/s: Bagi rakan-rakan blogger yang mahir dalam membangunkan laman web juga boleh menyertai pertandingan ini.. Terdapat kategori Web Design yang turut dipertandingkan dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 pada kali ini..

Selamat mencuba dan semoga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bagi kedua-dua pertandingan tersebut..
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..