Tuesday, April 5, 2011

Keputusan Contest Blog Sembang Hari2 pada Minggu ke 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

 
Terlebih dahulu saya ingin memoho maaf kepada semua pembaca blog sembang hari2 kerana jarang update blog sejak akhir-akhir ini.. Walaupun saya jarang update blog, tapi contest blog sembang hari2 tetap berjalan seperti biasa.. ;)

Bagi anda yang rajin singgah di blog ini dan meninggalkan komen.. Insya Allah anda akan berpeluang memenangi hadiah mingguan yang disediakan..

Sebenarnya terdapat beberapa entri yang terpaksa ditangguhkan daripada dipaparkan.. Tak dapat nak di "publish" disebabkan faktor-faktor tertentu.. Pada kebiasaannya, setiap entri yang saya tulis sekiranya melibatkan program atau peristiwa akan turut disertakan dengan beberapa gambar.. Ianya bertujuan untuk menarik rakan-rakan saya untuk terus mengunjungi blog ini walaupun mereka sebenarnya tiada masa untuk membaca.. ;)

Jadi dengan melihat gambar-gambar yang dipaparkan diharap mereka akan dapat memahami mesej yang saya cuba sampaikan..

Tapi pada hari Ahad baru-baru ini.. apabila saya cuba upload gambar-gambar program polibriged (siri 2)..  Mr Goggle telah memberi notice kepada saya bahawa ruang untuk upload gambar yang diberikan secara percuma sebayak 1G telah pun penuh.. Jadi saya perlu membayar untuk menggunakan ruangan tambahan.. Alamak!!!

Untuk menangani masalah ini, saya terpaksa memadamkan entri-entri lama.. Maka hilanglah diari-diari lama dari blog ini.. Disamping itu, saya juga perlu berhati-hati untuk memaparkan gambar-gambar untuk entri-entri seterusnya selepas ini..

Saya mula berkecimpung dalam dunia blogging ini pada bulan Disember 2009.. Sekarang baru bulan April 2010.. Hanya 1 tahun 5 bulan sahaja saya dapat "menconteng" blog saya secara suka hati dengan percuma..

Selepas ini masih boleh berblog secara percuma.. Tapi pengisiannya mungkin agak terbatas.. huhuhu..

Nampak gayanya tak dapatlah saya nak memaparkan gambar-gambar pertandingan projek akhir pelajar Jab. Kej. Elektrik dan Jab. Kej. Mekanikal yang diadakan pada minggu ini..

Ada beberapa projek pelajar yang menarik seperti robot-robot pengutip bola tenis, Gokart, mini bike, dan pelbagai lagi projek pelajar semester akhir sesi Disember 2010 yang lain..

Macamana nak buat erk???..

Anda juga mungkin pernah mengalami situasi yang sama seperti saya..  Bagaimana cara yang terbaik untuk menangani masalah ini.. Mungkin kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman dan juga panduan buat diri saya dan juga blogger lain yang sedang seronok berkongsi informasi melalui blog..

Bertukar kepada Domain dan Hosting Berbayar..

Ya sememangnya itu salah satu jawapan terbaik.. Saya sebenarnya sudah pun membeli Domain dan Web hosting berbayar iaitu http://www.cariilmu.net/ dan http://www.diskaunhari2.com/

Masa awal-awal beli tu memang teruja nak menggunakan kedua-dua blog dengan domain dan web hosting berbayar ni.. Tapi bila berhadapan talian internet yang agak teruk semasa upload file ke server, saya jadi fobia.. Tiga malam saya tak tidur untuk memindahkan data ke server.. Tapi semuanya tak berjaya..

Lepas tu saya terus lupakan domain dan web hosting berbayar ini.. Sampailah sekarang.. Terasa juga ruginya.. Tapi apakan daya.. keadaan tak mengizinkan dari segi masa dan fasiliti.. 

Jadi sampailah sekarang saya ambil keputusan untuk meneruskan usaha untuk "mempopularkan" blog sembang hari2 sahaja.. Sehingga hampir melupakan Domain dan hosting berbayar yang telah saya beli pada tahun lepas..

Ok.. Takpelah kita lupakan sebentar permasalahan tersebut.. Untuk memberi laluan bagi mengumumkan keputusan pemenang Contest blog sembang hari2 untuk minggu yang ke 6..

Terdapat beberapa orang rakan blogger yang sudi datang menjengok blog ini dan meninggalkan komen.. Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat pada senarai di bawah:- 
  1. Tiefazatie http://tiefazatie.blogspot.com/   5 komen
  2. Izzatul Iman http://karismaizzah.blogspot.com/ 17 komen
  3. Khairul Akmal Azman http://khairulakmalazman.blogspot.com/ 2 komen
  4. Adzrial AB http://adzriel.blogspot.com/ 1 komen
  5. Fatihah http://nurfatihahchuan.blogspot.com/ 2 komen
  6. Wan Mohd Salim http://wanmohdsalim.blogspot.com/ 1 komen
  7. Novelgurl http://masturanasarudin.blogspot.com/ 1 komen
  8. Wen http://winkwinkwithwen.blogspot.com/ 1 komen

 Berdasarkan senarai tersebut, saya memilih Izzatul Iman sebagai pemenang Contest blog sembang hari2 untuk minggu ke 6.. Dengan menulis sebanyak 17 komen..
 
Tahniah diucapkan buat Izzatul Iman.. Sila emailkan kepada saya melalui anuarmarsib@gmail.com nama penuh, nama dan nombor akaun bank untuk tujuan pemberian hadiah kemenangan..
 
Untuk makluman lanjut tentang syarat peraduan dan hadiah yang disediakan anda boleh klik pada URL berikut:

 

Contest Blog sembang Hari2 kan diteruskan lagi untuk minggu yang seterusnya sehingga minggu ke 10..
 
Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/
 
Anda Juga Mungkin Meminati:
Program Perkhemahan Polibriged PMU siri 1
Panduan Menulis Resume Untuk Graduan
Keputusan Contest Blog Sembang Hari2 Minggu ke 5
Liga Cilik JMSK
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan 
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Sunday, April 3, 2011

Perkhemahan Polibriged PMU (Siri 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diharap anda semua berada didalam keadaan sihat disamping terus membaca blog sembang hari2..  ;)

Walaupun baru 3 hari tak update blog.. Tapi dah rasa begitu lama tak menulis.. Maklumlah saya sibuk sejak akhir-akhir ini untuk menghabiskan silibus dan menyiapkan markah-markah penilaian berterusan pelajar.. Biasalah ini merupakan rutin pekerjaan staf politeknik pada penghujung semester..

Sekejap betul masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dah sampai penghujung semester.. Banyak juga kerja-kerja saya yang tak siap.. Tapi tak salahkan untuk saya luangkan masa sebentar untuk berblog.. hehehe ;)

Semalam saya baru sahaja selesai mengikuti program perkhemahan Polibriged untuk pelajar semester 1.. Kebetulan pada semester ini saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum pelajar semester 1.. Jadi dapatlah merasa join program perkhemahan.. Seronok sebenarnya join/kendalikan aktiviti seumpama ini untuk mereka yang berminat.. ;)

Program ini bermula pada hari Jumaat 1 April jam 4.30 petang sehingga Hari Sabtu, 2 April jam 11 pagi..Sekejap sahaja.. Objektif perkhemahan ini, bukan untuk bersuka ria.. Sebaliknya untuk menilai jati diri para pelajar disamping beberapa penilaian lain yang terkandung dalam kurikulum kursus AR101-Polibriged..

Program ini disertai oleh hampir 200 orang peserta dari kalangan pelajar semester 1.. Semua pelajar semester 1 yang mengikuti kursus AR101 diwajibkan untuk mengikuti program ini.. Program ini dikendalikan oleh 20 orang staf dan dibantu oleh 20 orang fasilitator dari kalangan pelajar senior..

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat saya ambil pada hari pertama (1 April) program ini dijalankan..
Para peserta memasang Khemah..

Saling bantu membantu.. kalau tak tolak markah.. ;)

Para peserta menikmati juadah makan malam di tapak perkhemahan.. 

Mengikuti aktiviti LDK selepas selesai solat maghrib dan Isyak..
Sehingga jam 12.30 malam..

Para peserta bersedia untuk mengikuti aktiviti terkahir pada hari pertama.. (12.30 malam) 

Setiap Fasilitator membawa "si buta" bersiar-siar..

Baik-baik dik.. Ada longkang dekat depan.. 

Apa pula halnya ni.. ;)

Ishh. Ishh.. Ishh..

Antara peserta yang terputus hubungan dengan rakan kumpulan..
(Siapa punya angkara ni..)

Pusing-pusing pokok ker.. ;)

Apalah yang dia orang buat tengah malam-malam buta dekat tiang bendera..

Layan jiwang ke bang.. ;)

Awas.. Ada longkang.. ;)

Oklah setakat itu saja gambar-gambar yang dapat saya paparkan untuk aktiviti perkhemahan polibriged pada hari pertama..

Aktiviti pada hari pertama tamat pada jam 3.00 pagi.. Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh rakan-rakan pensyarah disepanjang aktiviti demi aktiviti yang diadakan pada hari pertama..

Selain daripada aktiviti perkhemahan polibriged, terdapat juga kejohanan badminton MAKSAK yang turut diadakan di Politeknik Mukah Sarawak..

Banner Pertandingan..

Jadi semasa LDK berlangsung ada masanya sempat juga lah saya singgah di pusat sukan yang terletak bersebelahan dengan dewan tempat kami mengadakan program.. Untuk menyaksikan perlawanan badminton yang disertai oleh Jabatan-jabatan kerajaan di sekitar Mukah..

Mat Det turut serta dalam kejohanan Badminton MAKSAK

3 gelanggan di gunakan sepanjang kejohanan berlangsung..

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Diharap anda semua sudi meneruskan pembacaan untuk siri ke 2 aktiviti perkhemahan Polibriged.. Jumpa lagi di lain waktu untuk membeli laluan kepada saya untuk berjoging, sementara anak-anak masih tidur.. ;)

P/s: Sejak akhir-akhir ini saya kena rajin berjoging dan bersenam untuk menyertai Jogathon yang diadakan di PMU pada minggu depan


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Panduan Temuduga Untuk Graduan..
Keputusan Pemenang Contest Blog Sembang Hari2 minggu ke 5
Teruja tengok ikan segar di Pasar Mukah..
Pelajar di Bawah seliaan saya akan terlibat dalam 2 pertandingan..
Liga Cilik JMSK 
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..