Monday, March 14, 2011

Keputusan Pemenang Hadiah "Contest" pada minggu ke 3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar sekolah, guru-guru sekolah dan ibu-bapa yang mengambil peluang untuk bercuti sempena minggu cuti persekolahan ini.. Saya bekerja seperti biasa pada hari ini ;)..  memandangkan anak-anak masih kecil dan belum ada yang bersekolah..

Pada kesempatan ini saya ingin mengumumkan pemenang bagi keputusan "contest" penulis komen terbanyak bagi minggu ke 3 yang berlangsung pada 7 sehingga 13 Mac 2011.. Pemenang penulis komen terbanyak blog sembang hari2 pada minggu ke 3 dimenangi oleh.... jeng.. jeng... jeng.....

blog   http://tiefazatie.blogspot.com/        Id Follower : Tiefazatie

Beliau telah menulis sebanyak 13 komen sepanjang "contest" pada minggu ke 3 berlangsung. Tahniah buat Tiefazatie kerana memenangi hadiah yang disediakan secara 2 minggu berturut-turut.. Dapatlah juga duit poket untuk "ngeteh" atau berjalan-jalan ;)..

"Contest" ini disambung untuk minggu keempat.. Sekiranya anda berminat untuk menyertai "contest" ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peraturan dan hadiah yang ditawarkan, anda boleh klik pada "banner" di bawah...


Tujuan utama "contest" ini diadakan adalah untuk menarik rakyat Malaysia pada hari ini supaya menanamkan minat suka membaca.. Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang dapat kita timba sekiranya kita suka membaca.. Ilmu tersebut tidak akan datang sendiri kepada kita sekiranya kita tidak berusaha untuk mencarinya..

Pada hari ini untuk mencari ilmu tidak sesukar semasa zaman emak, ayah, atuk dan nenek kita pada suatu ketika dahulu.. Terdapat banyak alternatif untuk mendapatkan ilmu pada hari ini samada secara percuma ataupun berbayar..

Untuk mendapatkan ilmu secara percuma anda boleh layari internet dengan mengunjungi mana-mana laman web atau blog.. Disamping itu anda juga boleh menonton televisyen atau mengunjungi mana-mana perpustakaan yang terdapat berhampiran dengan anda.. Sebenarnya nak cari ilmu tersangat mudah pada hari ini..

Cuma persoalannya samada anda dapat meluangkan sedikit masa anda ataupun tidak untuk Membaca bahan-bahan ilmiah??

Terdapat banyak contoh orang-orang yang berjaya disebabkan mempunyai tabiat suka membaca.. Salah seorang daripadanya adalah Mantan Perdana Menteri Kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam banyak-banyak perdana menteri yang saya kenal dalam dunia ini, saya begitu menghormati beliau.. Ini kerana beliau merupakan seorang perdana menteri yang berfikiran luas, berpandangan jauh dan kaya dengan ilmu.. Disebabkan itu beliau bukan sahaja terkenal atau dihormati di Malaysia.. Malahan penduduk luar negara juga turut menghormati pendapat dan pandangan beliau..

Kunci utama kepada kejayaan beliau adalah melalui minat beliau yang suka membaca dan menulis.. Walaupun beliau telah berpencen daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun idea atau pandangan beliau masih diperlukan oleh sesetengah pihak dalam membantu membangunkan negara kita Malaysia..Beliau banyak menyalurkan pandangan tentang isu politik dan pembangunan Malaysia melalui blog beliau di URL berikut http://chedet.co.cc/chedetblog/

Baru-baru ini beliau turut menulis sebuah buku berjudul "A Doktor In The House (The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad)" . Buku setebal 800 muka surat yang diterbitkan oleh MPH Publishing ini dijangka laris jualannya disebabkan ianya begitu hangat diiklankan di televisyen, akhbar dan juga internet..

Buku "A Doktor In The House"

Saya berminat untuk membaca buku ini sekiranya mempunyai kesempatan masa.. Ini kerana penulis buku ini iaitu Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yang suka membaca.. Dan saya menjangkakan pasti ada sesuatu perkara menarik yang cuba disampaikan oleh beliau kepada para pembaca buku tersebut..

Perkara positif yang ingin saya sampaikan di sini adalah supaya kita meluangkan sebahagian masa dalam kehidupan harian kita dengan membaca.. Terdapat banyak kelebihan orang-orang yang suka membaca.. Disebabkan itu wahyu pertama yang turun kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W juga adalah perkataan Iqra' yang bermaksud "Bacalah"..

Sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.. Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Sebelum saya mengundur diri, terdapat sebuah kata hikmah yang dapat saya kongsikan pada kali ini sebagai pembakar semangat untuk diri anda ..
"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan"
- Abdulah Mansur M.H


Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Kajian tantang Tahap Kepuasan Kerja
Karnival Mesra Belia 1 Sarawak
Menjejaki Jetty 2002
Rumah Baru Untuk Anak-anakku
Kem Motivasi Di Kem Alapong (Siri 5)
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Tips menjana pendapatan dengan Nuffnang
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Sunday, March 13, 2011

Kajian Tentang Tahap Kepuasan Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera terutamanya di musim cuti sekolah ini.. Pastinya ramai yang sedang menggunakan kesempatan ini untuk meluangkan masa bercuti atau bersantai bersama keluarga.. ;)

Sebagai seorang manusia, bekerja merupakan satu tuntutan dalam kehidupan kita.. Tanpa bekerja bagaimana untuk kita melengkapkan diri kita dengan 5 peringkat keperluan dalam Teori keperluan Maslow iaitu :-
  1. Keperluan Fisiologi,
  2. Keperluan Keselamatan,
  3. Keperluan Sosial,
  4. Keperluan Esteem
  5. Keperluan Aktualisasi Diri
Dalam kita sibuk mengejar/memenuhi semua keperluan tersebut, kita juga perlu memperuntukkan sebahagian masa kita untuk bersama keluarga dan masyarakat.. Ingat.. anak-anak merupakan aset yang paling berharga buat diri kita.. Dan kita perlu meluangkan sedikit masa buat mereka.. Jangan biarkan masa bersama mereka hanya dimonopoli sepenuhnya oleh pengasuh, bibik, orang gaji, datuk, nenek dan lain-lain..

Di mana peranan kita sebagai ibu bapa mereka?

Bagi memenuhi tuntutan tersebut, ada kalanya kita perlu mengorbankan kepentingan dalam kerjaya kita.. Dan syukur Alhamdulillah.. dengan izin Allah S.W.T akhirnya tercapai juga harapan saya iaitu kembali menjadi pensyarah biasa untuk meluangkan lebih banyak masa saya bersama anak-anak.. ;)
Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah PMU, Ketua Pengarah JPP, dan sesiapa juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mempertimbangkan permohonan saya ini.. Terima kasih yang tidak terhingga kerana memahami diri saya.. ;)
Surat pertukaran jawatan yang saya terima dari Ketua Pengarah JPP ;)

Berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini iaitu "Kajian Tentang Tahap Kepuasan Kerja"..

Tahap Kepuasan Kerja terlalu subjektif sifatnya.. Hampir setiap manusia mempunyai perasaan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan pekerjaan mereka, namun begitu ianya berbeza-beza bersandarkan kepada setiap individu..

Dan maklumat tentang kepuasan kerja ini saya kira perlu diketahui oleh semua orang samada anda seorang:
  1. Pelajar IPT yang bakal berada di alam pekerjaan
  2. Pelajar IPT yang sedang membuat kajian tentang tahap kepuasan kerja
  3. Pekerja di sektor kerajaan atau swasta
  4. Pihak yang ingin mendapatkan maklumat tahap kepuasan kerja sesuatu organisasi
  5. Pekerja yang menjadi "hamba" kepada pekerjaan mereka
  6. Pekerja yang merasakan diri mereka ditindas oleh pihak majikan
  7. dan sebagainya..
Syukur Alhamdulillah saya pernah membuat kajian tentang tahap kepuasan kerja semasa belajar dahulu bagi memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan untuk menamatkan pengajian.. Walaupun kajian saya mungkin tidak sehebat mana, tetapi mungkin terdapat sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan kepada anda..

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan laporan kajian saya, anda boleh muat turun secara percuma dengan klik pada gambar atau pada perkataan di bawah:- 



Kebanyakan pengkaji yang membuat kajian tentang tahap kepuasan kerja biasannya mereka membangunkan soal selidik berdasarkan alat pengukuran "Job Descriptive Index".. Dalam "Job Descriptive Index" (JDI) terdapat enam indikator (petunjuk) untuk mengukur tahap kepuasan kerja seseorang iaitu:-
  1. Suasana Pekerjaan sekarang
  2. Ganjaran yang diterima
  3. Peluang kenaikan pangkat
  4. Penyeliaan Dalam Pekerjaan
  5. Hubungan dengan rakan sekerja
  6. Hasil pekerjaan keseluruhan..
Jadi sebelum ini ada terlintas di hati saya untuk membuat kajian tentang tahap kepuasan kerja Pensyarah PMU.. Tapi bila mempertimbangkan beberapa perkara telah menyebabkan saya kurang bersemangat untuk meneruskan kajian tersebut..

Kajian tahap kepuasan kerja ini boleh mewujudkan isu yang agak sensitif terhadap pihak-pihak tertentu.. Terutamanya semasa membentangkan kajian dilakukan.. dan terdapat persoalan demi persoalan yang ditimbulkan oleh penonton semasa sesi pembentangan diadakan..

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap kajian yang dijalankan, sudah tentu pembentang akan mempertahankan semua dapatan-dapatan kajian mereka samada ianya bersifat positif atau negatif.. Dan sekiranya ianya bersifat negatif terhadap orang yang berkepentingan dalam sesebuah organisasi, berkemungkinan besar ia boleh mewujudkan sebuah konflik..

Justeru itu dengan berpegang kepada pesanan orang tua-tua "sekiranya tidak mahu di pukul ombak, jangan mendirikan rumah di tepi pantai", maka buat masa ini saya terpaksa membatalkan hasrat untuk melaksanakan kajian tersebut.. ;)

Berdasarkan hipotisis yang dapat saya buat terhadap 6 indikator yang terkandung dalam JDI.. Sebenarnya agak susah untuk sebuah organisasi memuaskan hati setiap pekerja mereka.. Masing-masing ada pandangan yang berbeza terhadap sesuatu perkara..

Saya ambil satu contoh iaitu indikator yang kedua yang ada kena mengena dengan gaji dan ganjaran.. Berapakah gaji yang boleh memuaskan hati seorang pekerja? RM2000? RM3000? RM5000? RM10000?

Sebenarnya persoalan tentang gaji terlalu subjektif.. Sebabnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada..
Bila dapat gaji besar.. rumah teres bertukar menjadi banglow, kereta kancil jadi kereta BMW, pakaian pasar malam jadi pakaian berjenama, melancong dalam negeri ke melancong luar negeri, dan sebagainya..

Jadi untuk organisasi yang dirasakan tidak terlalu kritikal terhadap tahap kepuasan kerja seperti tempat saya bekerja, memadai untuk kita menyalurkan permasalahan atau cadangan melalui mesyuarat pengurusan atau Majlis bersama jabatan..

Tetapi bagi organisasi yang dirasakan mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah.. Saya syorkan lakukanlah kajian ini supaya dapat memperbaiki keadaan organisasi anda.. Anda boleh membaca laporan kajian saya, untuk mempelajari cara untuk melaksanakan kajian ini..

Semoga kita dapat bersama-sama beroleh manfaat hasil daripada perkongsian sedikit ilmu daripada berjuta ilmu yang berada di muka bumi ini...

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/
http://discount-hari2.blogspot.com/

Anda Juga Mungkin Meminati:
Hadiah Istimewa Khas Untukmu..
Karnival mesra Belia 1 Sarawak
Menjejaki Jetty 2002
Rumah baru Untuk anak-anakku
Kem Alapong, Lundu, Sarawak
Apa akan terjadi jika laman Web Facebook ditutup
Doa Buat Rakan-Rakan Blogger
Dimanakah tempat terbaik untuk membuat Pelaburan
Readers Digest nak Bagi RM200,000
Perbaiki Keadaan Ekonomi Semasa
Gambar Terkini Pak Ya Home Stay
Jualan Murah Baby land Cloth Diapers
Koleksi Bra Untuk Ibu-Ibu Yang Menyusukan Bayi
Bengkung Moden Dan Set Bertungku Untuk Ibu Lepas Bersalin
Al-Quran Istimewa (15 Dalam 1)
Al-Quran Terjemahan Perkataan + Asbabun Nuzul
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..